Anda di halaman 1dari 24

1.

0 Perkembangan Petempatan India


Kewujudan Sungai Indus menjadikan kawasan Lembah Indus kawasan yang subur
dan sesuai sebagai kawasan pertanian, penternakan dan petempatan. Selain itu,
tamadun ini terletak di Lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus. Sungai ini
dikatakan bermulanya dari Pergunungan Himalaya dan mengalir ke laut Arab.
Lembah Indus ini terletak di kawasan Barat Laut India dan dikelilingi dengan
banjaran Makran, Pergunungan Baluchistan, Punjab dan Rajashtan di timur serta
Kathiawar dan Gujerat di Tenggara. Tamadun ini dipercayai muncul pada sekitar
2500 Sebelum Masihi (S.M.) dan merosot pada 1800 S.M.

Faktor manusia nomad yang berpindah randah dari satu tempat ke tempat
yang lain bagi mencari sumber air dan tanah yang subur, maka terhasillah
penempatan di sepanjang Sungai Indus. Maka keadaan ini telah menyebabkan
wujudnya beberapa bandar utama dilembah ini seperti Mohenjo-Daro dan Harappa.
Petempatan terawal di Lembah Sungai Indus terletak dibeberapa tempat seperti di
Kalibangan, Banawali dan Mithatal. Kampung-kampung ini kemudiannya
berkembang menjadi kota-kota besar. Antara kota besar yang berpengaruh pada
masa itu adalah Mohenjo-Daro, Harappa dan Kalibangan (Mahadevan, T. M. P.
1974: 85).

Secara umumnya kota-kota besar ini dikelilingi tembok yang boleh


dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, bahagian utama yang terdiri dengan pusat
pentadbiran, keagamaan dan penyimpanan makanan. Manakala bahagian kedua
adalah kawasan perumahan. Di Mohenjo-Daro, terdapat beberapa bangunan yang
ditemui berbentuk seperti kubu dan kolam besar yang digunakan untuk tujuan
keagamaan.

1
1.1 Dasar Pendidikan Tamadun India
Terdapat beberapa aspek penting dalam penekanan bidang ilmu pendidikan dalam
tamadun ini. Bagi mereka dengan persediaan pendidikan yang menyeluruh dan
mencukupi, ilmu ini dapat digunakan bagi menghadapi kehidupan selepas mati.
Justeru itu, pendidikan juga dijadikan sebahagian daripada saluran untuk mendidik
pelajar kepada hukum agama dan seterusnya mengajar mereka mengamalkan
nilai-nilai yang baik dalam kehidupan seharian.

Pendidikan dalam tamadun awal India berasaskan pelajaran yang terkandung


dalam beberapa kitab veda. Semua pengetahuan yang dipelajari adalah berasaskan
agama. Maka pendidikan merupakan satu unsur pelengkap bagi mencapai
kesempurnaan dalam ilmu keagamaan. Dengan mempelajari ilmu-ilmu dalam kitab
veda, ilmu tersebut akan ditinggalkan pada usia tua dan mereka akan hidup dalam
alam pertapaan untuk mencapai tingkat nirwana (Majumdar, R. C. 1974:33).

Pendidikan juga memainkan peranan dalam menjaga dan mengukuhkan


sistem kasta yang diamalkan dalam masyarakat Hindu. Pendedahan tentang
kehidupan berkasta amat dititikberatkan supaya generasi mereka dapat
mengetahui masa depan profesion mereka. Selain daripada itu, para pelajar dari
kasta Brahmin pada ketika usia lapan tahun akan didedahkan dengan pengetahuan
berkaitan kita-kita suci Veda (Basham, A. L. 1969:219).

Manakala para pelajar dari kasta Khastria akan didedahkan dengan


pengetahuan ketenteraan dari umur 11 atau 12 tahun. Begitu juga para pelajar dari
kasta Vaisya akan didedahkan dengan ilmu berkaitan ekonomi dan perdagangan
demi mencorak keluarga mereka masing-masing. Kanak-kanak dari kasta Sudra
pula tidak akan diberikan sebarang pendidikan secara formal kerena mereka akan
memberi perkhidmatan kepada kasta-kasta yang lain.

2
Akibat dari keruntuhan tamadun India, orang Indo-Arya telah mengambil alih
tampuk pemerintahan dengan memperluaskan lagi pengetahuan berkaitan sains
dan agama. Semua pengetahuan tersebut dikumpulkan dan dimudah, pendek dan
dijadikan menarik agar mudah difahami dan dihafal oleh golongan kanak-kanak.
Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa orang-orang Tamil di selatan India
mengutamakan pelajaran dalam kehidupan mereka.

Tujuan pendidikan ialah untuk memperoleh pengetahuan berkaitan sains,


sastera dan tiga bahagian sastera iaitu prosa, puisi masyarakat dan drama. Oleh
yang demikian, guru yang menduduki tempat atau tahap yang tinggi sering
dihormati dan dikagumi masyarakat setempat (R. Rajakrishnan, 1994:176).

Tamadun dunia pada abad ini sangat terhutang budi akan pencapaian
cemerlang dalam bidang ilmu terutama dari bidang sains dan teknologi oleh
tamadun India. Kecemerlangan mereka terbukti dengan pelbagai penemuan-
penemuan saintifik seperti dari bidang ilmu matematik, astronomi, sains perubatan,
fizik, kimia dan zoologi.

Manakala menerusi bidang teknologi, tamadun India telah terserlah dengan


penemuan dari bidang kejuruteraan, seni bina, seni tari dan drama. Dalam
tamadun India, mereka lebih menekankan dua aspek penting dalam bidang sains
dan teknologi iaitu, fungsi dan kepentingan ilmu tersebut secara menyeluruh (Mohd
Koharuddin Mohd Balwi, 2002:30).

3
1.2 Sumbangan dari bidang Matematik
Tamadun dunia amat terhutang budi pada tamadun India oleh kerana angka sifar
yang ditemui oleh tamadun India. Pada zaman Gupta, bidang matematik telah
berkembang pesat dan mencapai tahap ilmu yang tertinggi. Ahli matematik pada
tamadun ini telah berjaya menemui sistem perpuluhan dan membuat penemuan
baru dalam ilmu trigonometri. Selain itu ahli matematik pada tamadun ini juga
telah menghasilkan penggunaan kaedah separa perentas untuk mengira sudut.

Kejayaan ahli matematik pada tamadun ini adalah kerana mereka


mempunyai konsep yang amat jelas berkaitan perbezaan antara nombor abstrak
dengan kuatiti berangka bagi suatu objek atau keluasan pada ruang.Oleh kerana
ilmu matematik pada tamadun India pada zaman Gupta telah mencapai tahap ilmu
yang tertinggi, mereka berjaya mengasaskan konsep algebra dengan menggunakan
satu sistem penomboran yang mudah dan kemudiannya dapat membantu
menyelesaikan masalah dan pengiraan yang lebih kompleks (Ghazali Darulsalam.
2001).

Aryabhata, Varamahira, Brahmagupta dan Mahavira merupakan antara tokoh


dari bidang ilmu matematik yang terkemuka dalam tamadun India. Aryabhata pada
499 Masihi (M.) telah menghasilkan karya penulisan beliau yang bertajuk
Aryabhatiuya (Gambar 1.1) yang banyak membincangkan berkaitan trigonometri,
sfera dan algebra di samping menyentuh berkaitan beberapa formula matematik
seperti persamaan kuadratik dan linear.Terdapat dua jenis sistem angka dalam
tamadun India pada ketika itu. Sistem tersebut adalah sistem angka Brahmi dan
sistem angka Kharosti, dimana sistem angka Brahmi mempunyai pengaruh dari
Yunani manakala sistem angka Kharosti mempunyai simbol-simbol angka seperti
angka Rom. Kedua-dua sistem angka ini difahamkan telah mula digunakan sejak
zaman Asoka lagi (Ashtanga Hridaya. 1991:22).

4
Gambar 1.1: Hasil karya Aryabatha yang berjudul Aryabhatiuya yang
terkenal dengan ilmu matematik beliau.

Varamahira, salah seorang dari tokoh terkemuka dalam tamadun India juga
merupakan salah seorang ahli astronomi yang telah menghasilkan penulisan beliau
yang berjudul Pancasiddhanta. Karya beliau banyak menyentuh ilmu dari bidang
matematik dari segi pengiraan sudut dan trigonometri dalam menyelesaikan
masalah pengiraan sistem bintang dan planet. Manakala, karya Sidhara yang
berjudul Ganita-Sara membincangkan berkaitan angka-angka pengukuran,
masalah matematik dan juga berkaitan penggunaan angka sifir. Sistem tambah,
tolak, darab dan bahagi banyak ditekankan didalam karya Mahavira yang judul
Ganita-Sara-Sangraha pada tahun 850 M(Ashtanga Hridaya. 1991:19).

Selain daripada itu, masyarakat India juga menggunakan matematik untuk


menentukan tempat upacara pengorbanan menerusi kiraan astrologi. Terdapat
bukti-bukti yang menunjukkan kewujudan elemen-elemen permulaan geometri,
algebra dan trigonometri dalam ilmu matematik mereka. Nombor-nombor yang
digunakan adalah berdasarkan sembilan angka dan kosong. Selain daripada ilmu
kiraan biasa seperti punca kuasa dua dan punca kuasa tiga, mereka juga dapat
membuat kiraan persamaan kuadratik (R. Rajakrishnan, 1994:176).

5
1.3 Sumbangan dari bidang Astronomi
Salah satu cabang ilmu pengetahuan Vedik dalam tamadun India adalah Jyotisa
iaitu ilmu astronomi. Ilmu pengetahuan astronomi India telah memainkan peranan
yang penting dalam menetapkan tarikh dan masa yang sesuai bagi menjalankan
aktiviti pengorbanan kepada dewa dan dewi. Semasa zaman Vedik, ilmu astronomi
ini dapat diketahui daripada petikan-petikan yang terdapat dalam kitab Rig Veda
(Gambar 1.2).

Contohnya, kitab Rig Veda ada menerangkan tentang lintasan perjalanan


tahunan matahari. Dari petikan ini, mereka pada zaman Vedik dapat menetapkan
jumlah hari dalam setahun kepada 360 hari atau 12 bulan. Selain itu, pada abad
ke-6, Aryabatha telah menggunakan pendekatan matematik dalam bidang
astronomi dan ini merupakan hasil pengaruh astronomi yang dibawa masuk dari
Yunani (Madhaya Nidanam. 1993:12).

Gambar 1.2: Kitab Rig Veda yang mengandungi pelbagai petik-petik


berkaitan ilmu astronomi dan lain-lain lagi.

6
Perkembangan astronomi dalam tamadun India telah mencapai tahap
kemuncak pada zaman Siddharta iaitu pada awal tahun masihi hingga munculnya
kedatangan Islam. Buku astronomi dan matematik yang berjudul Pancasiddhanta
hasil karya Varamahira amat berpengaruh sekali pada zaman itu.

Ilmu astronomi India ada tercatat dalam Jyotisa iaitu salah satu bahagian
utama dalam kitab Veda. Ia merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada
zaman awal untuk menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan. Orang
India telahpun menjumpai 7 planet dalam galaksi tanpa bantuan teknologi
peralatan yang canggih. Planet-planet tersebut adalah Matahari (Surya, Ravi),
Bulan (Chandra, Soma), Marikh (Mangala), Utarid (Budha), Mustari (Bhaspati),
Zuhrah (Sukra), Zuhal (Sani)(Madhaya Nidanam. 1993:12).

Kemudian dua lagi planet yang mereka namakan sebagai Rahu dan Kethu
(pusat tenaga) yang berada pada arah bertentangan 180. Selain daripada itu,
tamadun India telah mengenalpasti 27 bintang (nakshatra). Bagi mereka kesemua
27 bintang dan 9 planet yang tersenarai mempunyai pengaruh yang tersendiri
kepada kehidupan manusia. Kepercayaan inilah yang mencetuskan ilmu tilik
(astrologi) yang muncul pada Zaman Gupta yang seterusnya berkembang pesat
serta menjadi pegangan sebahagian besar masyarakat tamadun India (G.
Sivapalan, 2001:279).

Tambahan lagi, pada abad ke-7 M., Brahmagupta telah berjaya


menganggarkan jarak diantara bumi dengan matahari, iaitu sejauh 5 000 Yojanas
dimana satu Yojanas bersamaan dengan 7.2 kilometer. Anggaran yang dibuat oleh
Brahmagupta hampir menyamai jarak sebenar. Malah, pada zaman Gupta orang
India telah menyedari akan adanya medan graviti dan mengetahui akan bentuk
bumi sebenarnya adalah sfera (Sudheer Birodkar, 1998:431).

7
1.4 Sumbangan dari bidang Fizik dan Kimia
Tamadun India merupakan asas penting dalam bidang fizik sebelum dikembangkan
dengan lebih meluas dan dipraktikan oleh tamadun barat. Tamadun India telah
mengenalpasti konsep atom atau lebih dikenali sebagai Parmanu dan konsep
relativiti atau Sapekshavada yang digunakan sekurang-kurangnya sejak 600 tahun
S.M. Bagi mereke atom wujud dalam setiap kehidupan dan dapat dipisah-pisahkan.

Penemuan konsep atom ini kejumpai oleh Kashyapa pada abad ke-6 S.M.
dalam hasil penulisan beliau yang bertajuk Vaisheshita-Sutra. Penemuan ini
dikaitkan dengan pemahaman orang India kepada pengkelasan bahan kepada
empat unsur iaitu, bumi (Prithvi), api (Agni), udara (Vayu) dan air (Jala). Kemudian
ditambah pula dengan unsur baru iaitu gelombang (Akasha)(Sazelin Arif. 2007).

Kelima-lima unsur tersebut dikenali sebagai Pancha Mahabhootas yang


mempunyai kaitan dengan deria manusia (Gambar 1.3). Mereka percaya bahawa
kesemua unsur dapat dipisahkan kecuali unsur gelombang. Antara penemuan
Kashyapa adalah sesuatu objek akan mempunyai kadar berat yang lebih besar
apabila ia berada dalam air berbanding apabila ia berada di udara kerana densiti
atom di dalam air melebihi densiti atom di udara.

Gambar 1.3: Kelima-lima unsur tersebut dikenali sebagai Pancha Mahabhootas


yang mempunyai kaitan dengan deria manusia

8
Dari segi ilmu fizik dan kimia, Tamadun India berjaya mengenalpasti konsep-
konsep jirim berdasarkan intuisi dan logik dan bukannya berdasarkan ujikaji di
makmal. Pada zaman tamadun ini, mereka percaya bahawa alam semesta ini
diperbuat daripada lima unsur iaitu tanah, angin, air, dan angkasa. Terdapat juga
teori yang menyatakan bahawa orang Buddha melihat atom sebagai Occupying
minutrs space in the minutest time (R. Rajakrishnan, 1994:176).

Pada tamadun India, kimia dikenali sebagai Ragayan Shastra, Raja Vidja,
Rasatantra dan Rasakriya yang membawa maksud sains bendalir (Azhar Hj. Mad
Aros, 2000:180). Manakala kerja-kerja mengenali ilmu kimia di makmal dikenali
sebagai Rasakriya-nagaram dan Rasakriya-shala. Manakala mereka yang terbabit
dalam bidang kimia pula dipanggil sebagai Rasadnya dan Rasa-tantra-vid. Antara
penemuan penting dalam tamadun India dalam bidang ilmu kimia adalah aktiviti
peleburan logam. Aktiviti tersebut diusahakan oleh Nagarjuna walaupun usahanya
gagal.

9
1.5 Sumbangan dari bidang Perubatan
Dalam tamadun India, karya perubatan yang penting dapat dibahagikan kepada
tiga iaitu Rig Veda pada 1500 S.M., Ayur Veda pada 700 M. dan Susruta Samahita.
Bidang ilmu perubatan pada tamadun India sangat penting kerana sumbangannya
dalam bidang pembedahan. Bidang pembedahan berkembang sejak 3 M. semasa
zaman Gupta. Pada zaman Gupta, mereka sudah memulakan pembedahan mata
bagi mengubati penyakit katarak, hidung dan patah tulang(Bhaya Prakasha.
1998.10).

Antara buku karya Shusruta berjudul Shushruta-Sanahita adalah karya yang


paling awal menyentuh berkaitan tubuh manusia iaitu pada kurun ke-8 M.
Sumbangan besar Shusruta adalah dengan memperkenalkan teknik pembedahan
Rhinoplasty yang dapat memulihkan bentuk hidung yang cacat (Gambar 1.4).
Teknik pembedahan hidung tersebut ada dijelaskan dengan teliti dalam Shushruta-
Sanahita. (C. Dougles, 1945:25).

Gambar 1.4: Antara lancet yang digunakan pada zaman sekarang untuk
pembedahan. Lancet ini ditemui pada tamadun India semasa
menjalankan pembedahan bagi mencantikkan hidung pada
tamadun tersebut

10
Salah seorang tokoh perubatan yang terkenal, Charaka menyatakan bahawa
seseorang doktor haruslah mengetahui punca penyakit termasuklah alam sekitar.
Beliau telah memperkenalkan ilmu Ayurveda dimana ia merupakan sistem
perubatan yang dapat dibahagikan kepada lapan cabang iaitu, organ dalaman, kaki,
lima organ utama, pembedahan plastik, dadah, penyakit orang tua dan ginekologi.
Manakala dalam bidang anatomi pula, tamadun India telah sudah mengenali dan
mahir terhadap organ-organ dalaman tubuh manusia termasuk tulang manusia.
Disamping itu, mereka juga memperkenalkan senaman yoga yang dapat
menguatkan badan dan mengawal keseimbangan dalam badan (Wan Fuad Wan
Hassan, 1996:98).

Sejak dari Zaman Vedik, Tamadun India telah mengamalkan ilmu perubatan.
Namun pada masa itu, ilmu perubatan lebih dikenali sebagai ilmu sihir. Antara
bidang perubatan yang dikuasai oleh Tamadun India adalah Fisiologi, Pernafasan,
Reproduksi manusia, Pembedahan, Farmakologi dan Perubatan haiwan. Tamadun
ini juga mempunyai kehandalan dalam menjalankan pembedahan mata bagi
mengubati penyakit katarak mata, pembedahan plastik bagi memperbaiki
kecacatan pada tubuh badan seperti hidung, telinga dan bibir dan mengubati tulang
yang patah(Bhaya Prakasha. 1998.10).

Amalan perubatan India banyak disumbangkan oleh tulisan dari Ayur Veda
seperti Charaka Samhita (Gambar 1.5) dan Susruta Samhita (Gambar 1.6).
Kedua-dua tulisan ini adalah hasil dari penelitian yang sangat mendalam tentang
organ dalaman manusia serta telah mengalami perkembangan yang lengkap serta
dianggap setaraf dengan tulisan yang dikarang oleh Hippocrates dan Galen dalam
beberapan penulisan mereka.

11
Gambar 1.5: Sumbangan dari penulisan Ayur Veda yang sangat penting dalam
bidang perubatan tamadun India.

Tamadun India juga telah meneroka penghasilan ubat-ubatan daripada


haiwan, tumbuh-tumbuhan dan mineral. Susruta dalam bukunya Susruta Samhita
telah menyenaraikan sebanyak 760 jenis tumbuhan perubatan. Tumbuhan-
tumbuhan perubatan ini telah dibahagikan mengikut bahagian kepentingan dalam
perubatan seperti racun, penawar dan tonik. Antra pokok yang berharga ialah
Chaul Mugra kerana ianya dikatakan dapat menyembuhkan penyakit kusta. Bawang
putih pula dapat merawat bisul dalam perut. Manakala pokok Kanabis digunakan
untuk memberi ketengan kepada pesakit. Kunyit dipercayai dapat mengubat luka
kerana mempunyai kuasa antiseptik (Sivachandralingam, 1999:442-443; R.
Rajakrishnan, 1995:176; G. Sivapalan, 2001:2008).

12
Gambar 1.6: Sumbangan dari cabang penulisan Ayur Veda yang penting
dalam bidang perubatan dalam tamadun India.

Antara faktor yang menggalakkan perkembangan ilmu perubatan dalam


tamadun ini adalah kerana minat yang mendalam dalam bidang fifiologi menerusi
amalan yoga, pengalaman mistik dan pengaruh ajaran Buddhisme. Selain itu,
perkembangan yang berlaku juga adalah dari segi dorongan kuat hasil hubungan
ahli perubatan India bersama doktor Hellenistik.

Namun demikian, perkembangan ilmu perubatan India semakin perlahan


selepas Zaman Susruta. Perkembangan yang berlau selepas itu hanyalah tertumpu
kepada ilmu yag berkaitan dengan ubat-ubatan seperti candu dan sarsaparilla yang
diperkenalkan oelh orang-orang Arab (Sivachandralingam, 1999:442).

13
Secara umumnya, ilmu perubatan Tamadun India telah menyatakan bahawa
kesihatan seseorang dapat dikekalkan melalui keseimbangan pada tiga bendalir
asas dalam tubuh manusia iaitu, angin, duktos hempedu dan mukus. Ketiga-tiga
unsur ini dikenali sebagai humor (dosa) yang menjadi asas dalam konteks
perubatan tamadun ini. Selain itu, terdapat pandangan yang menyatakan bahawa
darah juga adalah salah satu unsur dalam humor. Selain humor, tamadun ini
percaya bahawa terdapat lima angin (vayu) yang mengawal badan manusia. Angin-
angin tersebut adalah Udana, Prana, Samana, Apana dan Vyana (Gambar 1.7).
Udana adalah angin di bahagian kerongkong yang memainkan peranan dalam
pernafasan dan menelan makanan. Manakala Samana ialah udara yang membantu
dalam penghadaman dalam perut. Apana pula adalah angin yang terletak
dibahagian perut dan berfungsi dalam membantu sistem perkumuhan dan
peranakan.Vyana pula menjalankan fungsi peredaran darah dalam badan. Selain
daripada pengetahuan dalam ilmu perubatan, ilmu sistem saraf juga ada
dibincangan sebagai salah satu cabang ilmu perubatan dari Tamdun India
(Sivachandralingam, 1999:442).

Gambar 1.7: Gambar rajah yang menerangkan kedudukan angin yang mengawal
badan manusia

14
1.6 Impak dari sumbangan bidang ilmu tamadun India terhadap bidang
Sains moden pada masa kini.
Kesan positif daripada sumbangan awal dari tamadun India dalam bidang ilmu
Sains dan Teknologi telah banyak membantu menyelesaikan masalah kehidupan
pada masa kini. Sebagai contohnya, sistem angka sifar dan algebra yang diasaskan
pada zaman Gupta dan diperkembangkan penggunaannya dari satu tamadun ke
tamadun yang lain sehingga masa kini.

Dengan adanya sistem angka sifar, kita dapat mengetahui kuantiti sesuatu
barang yang difikirkan dengan lebih jelas bagi tujuan pengiraan dan
penjumlahan.Manakala ilmu algebra ini sangat luas dan mempunyai banyak
pecahan dan pembahagiannya. Algebra masih mempunyai operasi tambah, tolak,
bahagi dan darab, Cuma yang membezakannya ialah penggunaan anu x dan y
(Gambar 1.8). Melalui penguasaan terhadap ilmu algebra, seseorang itu boleh
menyelesaikan permasalahan anu yang terdiri dari pelbagai simbol (Muhammad
Ariff Mohamad Yussoff, 2011:44).

Gambar 1.8: Antara kaedah pengiraan yang tertulis dalam Pancah-Siddhantika


pada kurun ke-5 M

15
Dalam pada masa kini, penggunaan algebra dapat dibahagikan kepada
empat jenis algebra iaitu, algebra asas, algebra moden, algebra linear dan algebra
semesta. Algebra asas merupakan suatu ilmu yang mencatatkan berkaitan sifat-
sifat operasi pada sistem nombor yang nyata sebagai pemegang tempat dengan
simbol-simbol untuk mewakili pemalar serta pemboleh ubah.Jika dilihat dari segi
ilmu matematik yang berkait rapat dengan bidang astronomi yang disumbangkan
dari tamadun India, mereka telah menyumbang dari penemuan trigonometri,
logarithma dan sukuan.

Dari ilmu ini, tamadun Islam telah menambah baik ilmu tersebut sehingga
dapat digunakan sehingga masa kini. Dengan ilmu yang disumbangkan dari
tamadun India, kita pada masa kini dapat meramal akan tarikh perayaan setiap
kaum dan agama berdasarkan asas logarithma dan sukuan yang disumbangkan
dari tamadun India (Hartmann, 1987:177).

Dengan ilmu tersebut juga, kita dapat mengetahui bilangan hari dalam satu
tahun dan dalam setiap bulan. Sumbangan ini telah banyak menyenangkan
kehidupan masyarakat sekarang bagi merancang jadual kehidupan seharian
masyarakat sekarang. Selain dari itu, dengan penemuan 9 planet dari tamadun
Indian juga telah memberi impak besar kepada tamadun dunia untuk mencari dan
membuat penemuan saintifik bagi planet-planet yang seterusnya.

Manakala sumbangan dari ilmu matematik trigonometri telah menjadi alat


utama dalam ilmu mengukur segitiga. Malah, trigonometri mempunyai banyak
aplikasi pada kehidupan sehari-harian sebagai contoh dalam bidang teknik
kejuruteraan dan astronomi. Selain daripada itu, trigonometri juga mempunyai
kaitan yang sangat erat dalam kehidupan kita, baik secara langsung dan tidak
langsung. Ilmu perbintangan dan pembinaan bangunan sangat dibantu oleh
hadirnya trigonometri.

16
Penemuan dari tamadun India telah membuka ruang kepada para pengkaji
di seluruh dunia untuk menjalankan aktiviti kajian mereka di bulan sebagai
contonnya demi mengetahui dengan lebih lanjut komposisi dan ciri fizik dan kimia
setiap planet. Jika bukan kerana sumbangan dari tamadun India, kita pada masa
kini tentunya sekali tidak mengenali planet-planet yang terdapat di galaksi kita
(Gambar 1.9). Malahan mungkin, kita baru sahaja ingin memulakan penyelidikan
dalam bidang ilmu astronomi. Sumbangan ilmuan dari tamadun India sangat
membantu masyarakat zaman ini.

Gambar 1.9: Gambar yang menunjukkan penemuan 9 planet dari Tamadun India

Jika dilihat dari sumbangan bidang perubatan pada zaman sekarang, salah
satu sumbangan terbesar tamadun ini adalah dengan penemuan teknik
pembedahan hidung atau lebih dikenali dengan Rhinoplasty dengan menggunakan
lancet. Teknik ini telah dikembang dan diberi penambahbaikkan dari satu tamadun
ke tamadun yang lain sehingga zaman sekarang. Kaedah Rhinoplasty yang mudah
telah dikembangkan dan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis Rhinoplasty
diantaranya adalah Rhinoplasty: Nasal Class I, Class II, Class III, Class IV, Class V
dan Class VI (Saraf S. Sushruta, 2007:188).

17
Jika dilihat pada zaman sekarang, industri kecantikan dan pembedahan
plastik semakin mendapat sambutan hangat terutamanya di Korea Selatan. Bukan
sahaja mendapat sambutan dari golongan artis malah dari golongan pelajar dan
rakyat biasa. Bukan sahaja perempuan tetapi lelaki juga ada menjalankan
pembedahan tersebut bagi menyelesaikan masalah kecantikan muka mereka.
Sumbangan teknik pembedahan dari tamdun India jelas dilihat membantu
masyarakat sekarang dalam menyelesaikan masalah kecantikan wajah.

Bukan itu sahaja, malah pengamalan ilmu perubatan dari tamadun India
masih diamalkan sehingga sekarang. Sebagai contoh dari kenyataan diatas, kunyit
masih digunakan bagi mengubati luka. Hal ini kerana kunyit mempunyai iunsur
farmakologinya iaitu bermanfaat sebagai antiseptik dan antibakteria. Kunyit juga
dapat digunakan bagi mengubati luka akibat terbakar. Selain daripada itu, dengan
mengamalkan kombinasi diantara bunga kobis dan kunyit dalam masakan juga
dapat mencegah dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat.

Setelah tamadun India menjumpai bahawa kunyit mempunyai nilai


farmakologi dengan mengandungi unsur antiseptik dan antibakteria, banyak
penyelidikan berkaitan penggunaan tumbuhan ini. Justeru itu, pada zaman ini
kunyit dipercayai dapat menyembuhkan banyak penyakit diantaranya adalah, dapat
mengubatai cirit birit, dapat mengukarkan risiko luekimia, dapat membantu proses
ditoksifikasi racun pada hati, dapat melambatkan penyakit Alzheimer dengan
menghilangkan amiloid didalam otak, dapat mengawal berat badan, dapat
menyembuhkan tekanan dan radang pada kulit (Purwanti, 2008:693).

Bidang kosmetik pada zaman sekarang juga telah mengaplikasikan


penggunaan herba dari kitab veda ke dalam produk kecantikan pada zaman
sekarang. Antaranya adalah produk AV Ayurveda. Ilmu dari peninggalan tamadun
India telah diaplikasikan oleh penyelidik zaman sekarang dan telah menghasilkan
produk kecantikan yang telah dikomersialkan diseluruh negara (Gambar 2.0).

18
Gambar 2.0: Antara iklan produk kecantikan yang mengaplikasikan ilmu
sumbangan dari tamadun India dan dijadikan produk pada masa sekarang

Selain daripada kunyit, tamadun India juga turut memperkenalkan


penggunaan bawang dalam bidang perubatan. Sumbangan tersebut diguna pakai
sehingga zaman sekarang kerana penyelidik telah mengesahkan bahawa bawang
putih bukan sahaja dapat menyembuhkan penyakit bisul seperti yg dinyatakan
dalam tamadun India, malah ianya juga adalah sebagai angen membunuh parasit,
membantu dalam sistem pernafasan, memperbaiki sistem penghadaman dan
mengandungi kandungan tenaga yang rendah.

19
Malah penyelidik telah menjumpai dalam setiap 100 gram bawang putih ada
mengandungi 623 kJ kaori, karbohidrat, gula, serat, lemak, protein, beta karotin,
thiamine (Vitamain B1), riboflavin (Vitamin B2), niacin, asid panthitenik, Vitamin
B6, folate, Vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, kalium, natrium dan
zink. Malah bawang putih juga ada mengandungi zat lain seperti mangan dan
selenium. Kandungan nutrient dan zat yang dibekalkan oleh bawang putih adalah
sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.

Selain bertindak sebagai anti bakteria, bawang putih didapati sangat baik
untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah
tinggi dan penyakit kanser. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik zaman sekarang
juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolestrol pada
saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian ini nyata menjelaskan bahawa
bawang putih dapat mengurangkan kandungan gula dalam badan dan
mengurangkan batuk (Muhammad Zakaria, 2010: 165)

Acapkali kita akan mendengar ungkapan mencegah lebih baik daripada


mengubati. Ungkapan ini sebenarnya datang dari karya penulisan yang bertajuk
Ayurvedic Treatise Charaka Samahita dari tamadun India. Dari tamadun India
lagi, ungkapan ini sering menjadi pegangan dan motivasi kepada masyarakat India.
Hal ini kerana untuk berjumpa tabib bagi menjalani pemeriksaan kesihatan, hanya
kasta tinggi sahaja yang akan dirawat. Kasta yang rendah akan menderita
kesakitan dan akan cuba mencari ubat alternatif. Oleh yang demikian, mereka
masih berpegang dengan ungkapan mencegah lebih baik daripada mengubati.
Malah ungkapan ini telah menjadi salah satu ungkapan yang sering digunakan
dalam mempromosi kesihatan di merata dunia amnya dan Malaysia khususnya.

20
1.7 Kesimpulan

Tamadun India banyak memberi impak kepada masyarakat daripada zaman dahulu
lagi sehingga kini. Selain itu, tamadun ini juga antara tamadun yang tertua di dunia
yang kaya dengan pelbagai adat budaya dan kesenian yang tidak dapat ditandingi
dengan mana-mana tamadun lain.

Kehebatan dan kecemerlangan dalam bidang sains dan teknologi dari


tamadun ini menjadi bukti bahawa tamadun ini dapat membina satu empayar yang
besar dan agung jika penerokaan, penemuan, penciptaan, pengubahsuaian dan
pembaharuan sering dilakukan. Selain itu, persaingan dalam mencintai ilmu juga
perlu dijadikan contoh kepada remaja zaman sekarang. Dengan persaingan yang
sihat dalam menerokai ilmu seperti yang ditunjukkan dari tamadun India, ianya
sedikit sebanyak dapat membantu masyarat zaman sekarang dalam membina jati
diri dan dapat meningkatkan lagi ilmu ke tahap yang lebih tinggi.

Justeru, tidak hairanlah kenapa negara Barat pada masa kini begitu tinggi
dengan pencapaian dalam bidang sains dan teknologi sehinggakan mereka
memulakan zaman baru yang dikenali sebagai Zaman Cyber atau Zaman Teknologi
Maklumat. Hal ini adalah kerana mereka menjadikan contoh tamadun India dalam
konsep Research and Development atau lebih dikenali dengan R&D.

Masyarakat seharusnya menerap dan menyemai nilai-nilai murni dalam


menerokai ilmu pengetahuan seperti mana tamadun India dan tamadun-tamadun
yang lain. Hanya dengan ilmu pengetahuan yang tinggi sahaja dapat memberikan
perubahan dan impak positif kepada kehidupan kita. Selain itu, ilmu pengetahuan
yang tinggi juga akan membantu sesebuah negara untuk membangun dan menuju
ke arah negara maju dengan mempunyai masyarakat yang berpengetahuan tinggi
dalam bidang sains dan teknologi.

21
Kemajuan dari bidang sains dan teknologi ini bukan sahaja dapat membantu
menyelesaikan masalah malah, dapat memudahkan kehidupan seharian
masyarakat sesebuah negara yang mempunyai tahap kecemerlangan yang tinggi
dalam bidang sains dan teknologi. Di samping itu, masyarakat tamadun India telah
membuktikan bahawa mereka berkebolehan serta berkeupayaan untuk
mengeksploitasi kelebihan mereka bagi memudahkan kehidupan seharian mereka
sekaligus menjadi asas kepada perkembangan kepada tamadun India.

22
Rujukan

Azhar Hj. Mad Aros. 2000. Op. Cit. hlm. 180.

C. Dougles. 1945. Op. Cit. Hlm. 25.

G. Sivapalan, M. Rajantheran dan R. Rajakrishnan. 2001. Tamadun India:


Masyarakat.

Hartmann, W. K. 1987. Astronomy, the Coamic Journe. Belmont, California:


Wadsmorth Publishing Co.

Mohd Koharuddin Mohd Balwi. 2002. Sains dan Teknologi Asia: Hadiah Asia kepada
Dunia. Journal Teknologi, 37: 29-46.

Muhammad Ariff Mohamad Yussoff. 2011. Indahnya Matematik. Discovering


Mathematics. 33(2):37-44.

Muhammad Zakaria dan Mustafa Ali Mohd. 2010. Traditional Malay Medicine Plant.
Institut Terjemahan Negara Sdn. Bhd.: Oxfard Fajar. Hlm 1-179.

Purwanti, S., Mutia, R., Widhyari, S. D. Dan W. Winarsih. 2008. Kajian Efektiviti
Kunyit, Bawang Putih dan Mineral Zink Terhadap Performa. Pusat Penelitian
dan Pegembangan Peternakan. Department Pertanian. Hlm: 690-695,

R. Rajakrishnan dan M. Rajantheran. 1994. Pengantar Tamadun India. Kuala


Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Saraf S. Sushruta. 2007. Rhinoplasty in 600 B.C.Journal of Plastic Surgery.


3(2):188.

Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan.2000. Tamadun


Dunia. Shah Alam: Fajar Bakti.

Sudheer Birodkar. 1998. Indias Contribution to the World Culture. Hindu Press.

Wan Fuad Wan Hassan. 1996. Op. Cit. Hlm. 92-98.

23
Charaka Samhita, P. V. Sharma Translator, Chaukhamba Orientalia, Varanasi,
India. 1981. 4:9-32.

Sushruta Samhita, K. L. Bhishagratna Translator, Chaukhamba Orientalia, Varanasi,


India. 1991. 2(3):3-116.

Ashtanga Hridaya. Shri Kanta Murthy Translator, Chaukhamba Orientalia, Varanasi,


India. 1991. 3:9-26.

Sharngadhara Samhita. Shri Kanta Murthy Translator, Chaukhamba Orientalia,


Varanasi, India. 1984:3-16.

Madhaya Nidanam.Shri Kanta Murthy Translator, Chaukhamba Orientalia, Varanasi,


India. 1993:3-15.

Bhaya Prakasha.Shri Kanta Murthy Translator, Chaukhamba Orientalia, Varanasi,


India. 1998. 2:7-12.

Ghazali Darulsalam. 2001. Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala
Lumpur: Utusan Publication and Distribution Sdn Bhd.

Sazelin Arif. 2007. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

Ratna Roshida, Moris Z., Kailasam, A., Ellias Haji Zakaria, Suhaila Abdullah dan
Muhammad Azizan Sabjan. 2009. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah
Alam:MacGraw-Hill Sdn. Bhd.

Majumdar, R. C. 1974. Ancient India, Motilal Bonarsidass, Delhi, hlm. 33.

Mahadevan, T. M. P. 1974. Invitation to Indian Civilization, Arnold Heinemann, New


Delhi. hlm 85.

Basham, A. L. 1969. The Wonder That Was India: A Survey of the Cultural of the
Indian Sub-continent Before the Coming of Muslim. hlm 219.

Sharma, S. R. The Soul of Indian History. Bharatiya Vidya Bhavan, Bombay. hlm
41.

24

Anda mungkin juga menyukai