Anda di halaman 1dari 22

FAKULTI SAINS GUNAAN

DIPLOMA SAINS

SEMESTER 3

Nama Bidang: SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM


ISLAM
Kod Bidang: CTU 211
Tajuk: KEPAKARAN IBNU TUFAIL DALAM PERUBATAN,
ASTRONOMI DAN PENYAIR

Nama Pensyarah: Abd Aziz Bin Harjin


Nama Pelajar: Sal Sabeela BInti Abdul Rahman
NO.Matrik : 2014839194
Kumpulan: RAS1203J
Tarikh Hantar: 31 Ogos 2015
ISI KANDUNGAN

BI TAJUK MUKA SURAT


L
01 PENGHARGAAN 3

02 PENDAHULUAN 4

03 BIODATA IBNU TUFAIL 5-6

04 KEPAKARAN IBNU TUFAIL DALAM 7


PERUBATAN
05 KEPAKARAN IBNU TUFAIL DALAM 8-9
BIDANG ASTRONOMI
06 IBNU TUFAIL SEBAGAI PENYAIR DAN 10-11
PENULIS
07 FALSAFAH 12-16
HAYY IBNU YAQDHAN
08 PEMIKIRAN IBNU TUFAIL 17-18

09 KARIER IBNU TUFAIL 19-20

10 KESIMPULAN 21

11 RUJUKAN 22

PENGHARGAAN
2
Alhamdulillah bersyukur kepada ILAHI kerana saya telah berjaya menyiapkan
tugasan yang diberikan tepat pada waktunya. Terima
kasih diucapkan kepada Ustaz Abd. Aziz Harjin kerana berikan saya tunjuk ajar dan
peluang untuk mengenali dengan lebih dekat seorang tokoh Ilmuwan Islam iaitu Ibnu
Tufail yang terkenal pada zamannya suatu ketika dahulu. Ibnu Tufail
seorang yang sangat mengagumkan sehinggakan Ilmuwan dari Barat pada masa itu
juga berminat dan kagum dengan penemuannya karyanya. Namun
begitu, tidak banyak maklumat yang dapat saya kumpulkan kerana kebanyakan
karya-karya Ibnu Tufail telah musnah akibat peperangan yang berlaku pada zaman
tersebut. Terima kasih juga
saya titipkan kepada pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis, kepada kedua
ibu bapa dan juga rakan-rakan seperjuangan.

PENDAHULUAN
3
Dunia Islam telah melahirkan ramai ahli falsafah yang hebat. Namun begitu, falsafah
Islam tetap dianggap sebagai satu kelompok yang hilang dalam sejarah pemikiran
manusia. Maka tidak hairanlah, sejarah lebih mengenali tokoh-tokoh falsafah Yunani
dan barat jika dibandingkan dengan ahli falsafah Islam. Walaupun beberapa tokoh
falsafah Islam seperti al-Kindi, al-Farabi, dan Ibn Sina mendapat pengiktirafan dari
Barat, tetapi mereka tidak mendapat tempat yang sewajarnya jika dibandingkan
dengan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle. Kajian-kajian mengenai tokoh
berkenaan masih belum memadai dan jauh daripada memuaskan.Walaupun para
sarjana, ilmuwan, dan ahli falsafah Islam telah menghasilkan sejumlah karya-karya
yang besar tetapi kebanyakan tulisan mereka belum diterjemahkan.Tidak kurang
juga yang musnah disebabkan oleh peperangan dan penaklukan yang dilakukan
oleh kuasa asing. Malahan kajian yang dibuat terhadap pemikiran falsafah beberapa
tokoh terkenal tidak diberikan penilaian yang adil. Begitu juga dengan pemikiran
falsafah Ibn Tufail tidak banyak diketahui oleh umat Islam sendiri. Ibn Tufail yang
lahir pada tahun 1106 Masihi di Asya, Granada lebih dikenali sebagai ahli hukum,
perubatan, dan ahli politik yang handal. Semasa pemerintahan al-Mu'min ibn Ali, Ibn
Tufail atau nama asalnya, Abu Bakr Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn
Muhammad ibn Tufail al-Qisi pernah dilantik sebagai pembantu gabenor Wilayah
Sabtah dan Tonjah di Maghribi. Setelah beranjak dewasa, Ibnu Tufail pernah berguru
kepada Ibnu Bajjah, seorang ilmuwan besar yang memiliki banyak keahlian. Di
bawah bimbingan Ibnu Bajjah yang multitalenta, Ibnu Thufail berkembang menjadi
seorang ilmuwan besar

4
BIODATA IBNU TUFAIL

Nama penuh: Abu Bakar bin Abdullah Malik bin Muhammad bin Thufail al-Qadisi al-
Andalusi

Nama Gelaran: Ibnu Tufail

Nama Gelaran Di Barat: Abubacer

Suku Kaum: Arab Qais

Tahun Kelahiran: 1106 Masihi

Tempat Lahir: Asya, Granada

Tahun Kematian: 1185 Masihi

Latar Belakang Pendidikan: - Beliau telah belajar falsafah secara talaqqi dengan
Ibnu Bajjah (1100-1138 M), seorang ilmuan yang besar. Berkat bimbingan sang guru
yang hebat itu, Ibnu Tufail menjadi seorang ilmuan besar. Ibnu Tufail mempunyai
murid iaitu Ibnu Rushd alias Averroes (1126-1198M) yang terpengaruh dengan
pemikiran Ibnu Tufail. Bahkan menurut sejarah astronomer, Nur Addin bin Ishak Al-
Batruji juga sempat menimba ilmu dari Ibnu Tufail sehingga telah menulis
kesusasteraan dalam penyusunan Batlimus

Sumbangan: Pemikir yang banyak menghasilkan karya dalam bidang falsafah,


politik, sastera, ilmu matematik, astronomi dan ilmu perubatan.

5
* Para ahli sejarah tidak dapat memberitahu keseluruhan latar belakang dari tokoh
ini disebabkan keterbatasan data. Tidak diketahui keluarga dan kerabat Ibnu Tufail.
Sejarah hanya mencatatkan bahawa beliau pada masa hidupnya merupakan
seorang tokoh yang disegani dan berpengaruh

6
KEPAKARAN IBNU TUFAIL DALAM
PERUBATAN

Ibnu Tufail juga pernah menjadi doktor peribadi kepada pemerintah al-Muwahidin,
Abu Ya'kub Yusuf Al-Manshur, khalifah Morocco kedua dari Dinasti Muwahhidun
( 558H/ 1163M-580H/ 1184M) sekaligus sebagai wazir khalifah dan ketika
hayatnya, Ibn Tufail pernah dilantik sebagai menteri selain dikenali sebagai ahli
politik yang dihormati oleh pihak
pemerintah.

Ketekunan dan kesungguhan beliau telah mengangkatnya menjadi doktor peribadi


Gabenor dan Setiausaha untuk 2 wilayah iaitu Sabtah dan Thaniah

Selepas bersara, tempatnya digantikan oleh anak muridnya iaitu Ibnu Rusyd. Namun
begitu, maklumat tentang kepakaran Ibnu Tufail tidaklah begitu banyak kerana
sumber kajian adalah terhad dan tidak banyak kajian yang dilakukan terhadap tokoh
ilmuan Islam yang ulung ini.

7
KEPAKARAN IBNU TUFAIL DALAM BIDANG
ASTRONOMI

Selain terlibat dalam bidang kedoktoran, Ibnu Tufail juga merupakan pakar dalam
bidang astronomi. Teori-teori kebijaksanaanya dalam bidang ilmu astronomi secara
ringkas dilukiskan oleh Lyon Goteh, seorang orientalis Perancis. Lyon mengatakan
bahawa walaupun tidak ditemukan tulisan-tulisan Ibnu Tufail di bidang astronomi,
namun diketahui bahwa dia tidak setuju dengan teori sistem planet yang diletakkan
Batlimus.

Bahkan menurut penelitiannya, Ibnu Tufail telah memiliki teori baru. Hal ini dikuatkan
oleh pernyataan Ibn Rusyd bahwa Ibnu Tufail memiliki teori-teori sensasi berkenaan
sistem planet dan dasar-dasar perputarannya. Ibnu Tufail melihat alam ini sebagai
baru dan ditadbir oleh Tuhan yang satu dan berkuasa penuh sementara dalam diri
manusia pula terdapat roh yang menjadi sumber dan asas kehidupan mereka di
muka bumi ini.
Falsafah Ibnu Tufail bukan sekadar menyentuh perkara yang berkaitan dengan
metafizik tetapi juga sains tabii seperti fizik di mana beliau mendapati lapisan udara
yang tinggi lebih sejuk dan nipis daripada lapisan yang rendah.
Hal ini disebabkan kepanasan berlaku di permukaan bumi bukannya di ruang dan

8
lapisan udara.
Meskipun pandangan itu dianggap sebagai satu perkara yang biasa pada hari ini,
pandangan ini sebenarnya telah menyediakan landasan kepada ahli sains untuk
melakukan kajian terhadap kepanasan dan segala fenomena yang berkaitan
dengannya.

9
IBNU TUFAIL SEBAGAI PENYAIR DAN
PENULIS

Ibnu Tufail adalah seorang doktor, ahli falsafah,ahli matematik, penulis dan penyair
yang terkenal dari Muwaddin Sepanyol tetapi karya-karyanya yang banyak telah
hilang di saat terjadi kekacauan dan peperangan di Maghribi dan hanya sedikit
sekali yang dikenali orang.

Sebenarnya Ibnu Tufail lebih menggemari merenung daripada


kecenderungan untuk menulis, disebabkan itu tidak hairan jika hasil karyanya sedikit
untuk generasi berikutnya. Namun beberapa buku biografi menyebutkan bahawa ia
sempat menulis sejumlah buku dalam beberapa bidang iaitu, falsafah, fizik, kejiwaan
dan kedoktoran. Diriwayatkann Abdul Wahid Al-Marakasy, Ibnu Tufail telah
meriwayatkan buku yang banyak yang telah dibaris dengan tangannya sendiri dalam
falsafah, ilmu jiwa dan banyak dari syair-syair. Miguel Casiri(1122H/1710M-
1205H/1790M) menyebutkan 2 karya yang masih ada, iaitu : Risalah Hayy Ibnu
Yaqzan dan Naskhah Asrar Al-Hikmah Al-Mashriqiyyah.

Menurut Ibnu Khatib terdapat 2 buku dalam bidang perubatan yang dikatakan
merupakan karya Ibnu Tufail, yang ditulis dua orang muridnya yang dipersembahkan
kepada Ibnu Tufail, iaitu karya Al-Batruji berjudul Kitab Al-Haiah dan karya Ibnu

10
Rushd berjudul Fi Al-BuqaAl-Maskunah wa Al-Ghair Al-Maskunah (
)

Ibnu Abi Ushaibiaah ketika membahas tentang latar belakang Ibnu Rushd bahawa
beliau menyebutkan nama kitab karya Ibnu Tufail adalah Fi Al-Buqa Al-Maskunah
wa Al-Ghair Al-Maskunah, Ibnu Rushd juga berkata dalam bukunya
Ilahiyyat( Teologi) buku ke-12, bahawa Ibnu Tufail memiliki pemikiran yang sangat
hebat tentang kejadian-kejadian baik internal mahupun external.

Abu Ishak Al-Batruji dalam salah satu risalahnya tentang ilmu falak
menyebutkan bahawa Ibnu Tufail mempunyai pandangan tentang ilmu falak yang
sangat sesuai untuk mengatasi permasalahan dan memahami pandangan-
pandangan Batlimus tentang falak.

11
FALSAFAH

HAYY IBNU YAQDHAN

Buku falsafahnya (Hayy Ibnu Yaqdhan) yang ditulisnya diterjemahkan ke dalam


Bahasa Latin, Philosophus Autodidactus, pertama kali beredar di Barat tahun 1671.
Buku tersebut dialihkan bahasakan oleh Edward Pocoke. Terjemahan bahasa
Inggerisnya pertama kali ditulis oleh Simon Ockley dan diterbitkan pada tahun 1708.
Novelnya diterjemahkan ke dalam bahasa Latindan Inggeris. Novel terjemahan itu
kemudian mengaspirasikan Daniel Defoe untuk menulis Robinson Crusoe, yang juga
menceritakan gurun pasir dan novel pertama dalam bahasa Inggeris. Novel ini juga
terinspirasi dari konsep Tabula Rasa (fitrah-red) yang dikembangkan dalam An
Essay mengenai Human Understanding (1690) oleh John Locke, seorang
mahasiswa Pococke.

Hayy Ibnu Yaqzan (Hidup Anak Kesadaran), di Barat dikenali sebagai


Philosophus Autodidactus telah menorehkan tinta emas di atas lembaran sejarah
sebagai salah satu karya paling berharga yang pernah ada dalam bidang
falsafah.Penulisan Ibnu Tufail yang menakjubkan diri ini juga disebut menjadi

12
lambang diri beliau iaitu Oriental Wisdom. Buku ini diinspirasikan oleh Ibnu Sina
(Avicennism) dan Suffism menyebutkan beberapa karangan Ibnu Tufail yang berkait
tentang falsafah fizik, falsafah metafizik, kejiwaan dan sebagainya.Tetapi hanya
karya Hayy Ibnu Yaqdhan yang sampai kepada masyarakat kini.

Sebenarnya judul buku falsafah ini sangat panjang iaitu Hayyu Ibnu Yaqdhan
Fi Asraril Hikmah Al-Masyriqiyyah, Istakhlasha-Min Durari Jawahiri Al-Fadhilur- Rais
Abi Ali Ibnu Sina Al-Imam Al-Failasuf Al-Kamil Al-Arif Abi Jaafar Muhammad bin
Tufail.

Dikatakan risalah Hayy Ibnu Yaqdhan ditulis atas permintaan salah seorang
kawan Ibnu Tufail untuk menjelaskan falsafah timur, seperti yang disebut pada kata
pengantarnya sebagai berikut :

Wahai saudara yang mulia engkau minta agar aku mungkin dapat membuka rahsia-
rahsia falsafah timur yang lepas oleh Abu Ali Ibnu Sina. Ketahuilah bahawa orang-
orang yang mengingkari kebenaran yang tak berisi keraguan lagi, maka ia harus
mencari falsafah itu dan berusaha memilikinya

(Edward : 1903)

Ibnu Tufail memulakan cerita Hayy Ibnu Yaqzan dengan menghubungkan kaitkan 2
saingan cerita asalnya, iaitu menandakan saingan yang saintifik dan cerita
keagamaan yang semulajadi serta asal kehidupan manusia.
Sebenarnya semua pemikiran Ibnu Tufail tercatat dalam Hayy Ibnu Yaqdhan.
Tujuan penulisan beliau adalah untuk melihat kebenaran (Al-Haqq) menurut cara
yang telah dilalui oleh para Al-Zauq dan Musyahadah yang telah mencapai tingkat
kewalian.
Selain itu, untuk membangkitkan minat atau sebagai galakan agar manusia bersedia
menempuh jalan itu. Ibnu Tufail banyak terpengaruh dengan falsafah Plato dalam
mengarang buku ini.
Ditulis pemikiran-pemikiran beliau dalam bentuk novel alegori yang mengaitkan
gabungan falsafah antara akal dan agama dalam pencarian kebenaran
yang hakiki.

13
Novel ini mengisahkan dua jenis kehidupan manusia di dua pulau, iaitu
kehidupan individu manusia dan kehidupan masyarakat manusia. Kedua-dua
kehidupan tersebut mempunyai perbezaan dari sudut pemikiran dan marifah
masing-masing.Terdapat tujuh fasa yang telah dijelaskan di dalam novel Hayy Ibnu
Yaqdhan, iaitu :

I. Hayy dijaga dan dibesarkan oleh seekor rusa betina (gazelle) sehingga dapat
mengetahui tingkah laku dan bahasa binatang di sekelilingnya. Dia mula
melihat perbezaan di antara dirinya dengan bintang-binatang lain dan mula
menutupi tubuhnya dengan daun dan bulu. Bahkan dia menyimpan makanan
sebagai persiapan.
II. Rusa yang memelihara Hayy mati. Dia berusaha untuk mengetahui penyebab
kematian rusa ini dan binatang-binatang lain. Hasil penyelidikannya, beliau
menemukan bahawa jantung yang berhenti menandakan berakhirnya
kehidupan seseorang manusia itu. Hayy mula mengetahui jiwa merupakan
penggerak bagi jasad.
III. Hayy mengetahui kewujudan api, kegunaan dan sumbernya. Beliau
merasakan api dapat memberikan penerangan dan membangkitkan
kepanasan.
IV. Hayy mengetahui kesatuan dan keberagamaan pada jasad dan jiwa. Pada
tahap ini pemikirannya sampai kepada pengakuan Tuhan dan mula
mempercayainya.
V. Hayy merenung ke langit dan memerhatikan benda-benda yang terdapat di
langit. Berdasarkan penelitiannya ia dapat mengetahui astronomi. Namun
yang lebih penting lagi dengan melihat ketertiban serta pergerakan dan
perubahannya, ia memikirkankesamaan dengan bumi atau makhluk bumi dan
menyimpulkan adanya penggerak tertentu yang sama untuk semuanya iaitu
Tuhan (The Perfect One).
VI. Hayy mencari pancaindera yang terdapat dalam dirinya dan beliau
menemukan apa itu akal (reason), roh (spirit) dan jiwa (soul). Beliau hidup
dengan kerendahan rohani sambil merenung tentang segala ciptaan sebagai
teofani (tajalliyat) Sang Wajibul Wujud (The necessary being).
VII. Hayy berjumpa dengan Asal, seorang ahli ibadah yang hidup secara zuhud
dan beliau telah belajar tentang kehidupan agama Islam. Sejak itu, Hayy
sudah memasuki ke bidang agama dan peradaban. Pada mulanya kedua-dua
mempunyai pemikiran yang berbeza dan akhirnya mempunyai kesimpulan

14
yang sama. Asal membawa Hayy kepada kaumnya dan memperingatkan
kaumnya supaya merenungi tanda-tanda kekuasaan Sang Pencipta, dan
telah berlaku perselisihan diantara Asal dan kaumnya termasuk Hayy.
VIII. Kesimpulannya Hayy mengetahui yang Tuhan itu hebat, bijaksana, sempurna
dan menjadi petunjuk setiap manusia. Beliau melihat bahawa kebahagiaan
dapat dicapai apabila seseorang sentiasa berhubung dengan Tuhan dan
mengingati Tuhan dari perkara-perkara duniawi.

Jika dilihat, maka didapati tiga hal dalam kisah antara Hayy dan Asal yang mereka
menjadi lambang tiga hidup yang berlainan :-

I. Hayy Ibnu Yaqdhan sebagai lambang kekuatan akal dalam mencapai suatu
kesimpulan atas keyakinan kepada Tuhan dengan memikirkan alam dengan
isinya serta dirinya sendiri sehingga sampai keyakinan kepada Tuhan.
II. Ketokohan Asal sebagai tokoh agama yang memikirkan wahyu sebagai
kebenaran, dan sampai kepada keyakinan kepada Tuhan. Disini dapat dilihat
kesesuaian di antara falsafah dan agama.
III. Keadaan di sekeliling sebagai fakta kehidupan.

15
Akhir cerita, Hayy bertemu dengan hakikat utama yang dicarinya. Berdasarkan buku
ini Barat menetapkan Ibnu Tufail sebagai pelopor konsep Autodidactism dan konsep
Tabula rasa. Falsafah yang terdapat dalam buku ini dapat dijumpai pada karya-
karya Thomas Hobbes, John Locke, Isaac Newton dan Immanuel Kant dalam
pelbagai variasi.

PEMIKIRAN IBNU TUFAIL

16
Falsafah dan Agama

Menurut Ibnu Tufail falsafah dan agama adalah selaras, bahkan merupakan
gambaran dari hakikat yang satu. Ibnu Tufail menyedari terdapat perbezaan tahap
akal antara sesama manusia melalui gambaran tokoh-tokoh dalam falsafah tersebut.
Disebabkan itu, beliau menganggap tidak semua sampai kepada Wajib al-Wujud
dengan jalan berfalsafah seperti yang ditempuh Hayy. Asal, Salaman dan
masyarakat lain tidak mungkin dapat mengenali Al-Haq, kerana keterbatasan akal
mereka. Oleh itu, terdapat seorang penolong iaitu adanya nubuwwah yang berfungsi
menjelaskan sesuatu sesuai dengan kadar akal manusia. Asal mempunyai akal yang
lebih tinggi berbanding akal Salaman dan masyarakat awam. Disebabkan itu ia
memahami syariat dan menerima pengalaman-pengalaman Hayy.

Huraian menunjukkan keberhasilan Ibnu Tufail dalam pelbagai pemikiran


yang berkembang di masanya dalam satu karya, Hayy Ibnu Yaqdhan. Ibnu Tufail
juga menggambarkan bahawa dengan akal khusus setelah melalui pemikiran
dapat mengetahui kebenaran yang tertinggi iaitu Allah, sama seperti yang dijelaskan
di dalam wahyu. Oleh itu, wahyu amat diperlukan untuk memberi bimbingan kepada
akal yang tidak dapat mencapai tahap khusus, juga sebagai petunjuk pelaksanaan
ibadah.

Epistimologi
Ibnu Tufail menunjukkan dua jalan untuk sampai kepada objek pengetahuan yang
Maha Tinggi atau Tuhan. Jalan pertama ialah wahyu, seperti yang dialami Asal, dan
jalan kedua adalah falsafah seperti yang dilakukan Hayy, jalan pertama lebih pendek
dari jalan kedua.

Dari kesimpulan cerita dapat digambarkan bahawa marifah (pengetahuan)


melalui akal ditempuh dengan jalan keterbukaan, peneliti, pencarian, generalisasi
dan menyimpulkan. Oleh itu, marifah merupakan sesuatu yang dilatih bermula dari
yang konkrit kepada yang abstrak, dari yang khusus kepada yang global.
Seterusnya dilanjutkan dengan pemerhatian yang berterusan. Ibnu Tufail juga
menjelaskan proses fungsinya, apa yang ditangkap oleh pancaindera disampaikan

17
ke otak, kemudian otak mengolahnya dan mengembalikannya ke seluruh badan
melalui saraf yang sama.

Kosmologi Cahaya
Ibnu Tufail menerima prinsip dari satu tidak ada lagi apa-apa kecuali satu itu.
Manifesto kemajmukan kewujudan dari yang dijelaskan dalam gaya Neo-Platonik
yang melihat sebagai tahap-tahap berurutan pemancaran yang berasal dari cahaya
Tuhan. Proses itu pada prinsipnya sama dengan refleksi terus cahaya matahari ke
cermin.

Jiwa
Ibnu Tufail berkaitan dengan konsep tentang jiwa pada asalnya selaras dengan
konsep Al-Farabi. Terdapat tiga kategori jiwa iaitu pertama jiwa Fadhilah iaitu yang
kekal dalam kebahagiaan kerana mengenali Tuhan dan menumpukan perhatian dan
renungan kepadaNya, jiwa ini ditempatkan di syurga. Kedua, jiwa Fasiqah iaitu jiwa
yang kekal dalam kesengsaraan dan tempatnya di neraka, kerana pada asalnya jiwa
ini mengenal Allah tetapi telah meninggalkannya dan melupakanNya dengan
melakukan maksiat. Ketiga, jiwa Jahiliyyah iaitu jiwa yang musnah kerana tidak
pernah mengenal Allah.

KARIER IBNU TUFAIL

18
Kecintaan Ibnu Tufail kepada buku-buku dan ilmu pengetahuan mengalahkan
cintanya kepada manusia lain. Hal ini menjadikan beliau seorang ilmuan dalam
pelbagai bidang seperti doktor, penulis, ahli falsafah Islam, ahli hukum dan ahli
matematik. Beliau mendalami ilmu kedoktoran dan falsafah di Seville dan Gordova.
Karier Ibnu Tufail bermula sebagai doktor praktikal di Granada. Disebutkan beliau
adalah salah seorang doktor yang masyur, ahli matematik dan penyair di kota
Granada. Ketekunan dan kesungguhan beliau telah mengangkatnya menjadi doktor
peribadi Gubernur dan Setiausaha peribadinya untuk 2 wilayah iaitu Sabtah dan
Thaniah. Seterusnya beliau menjadi doktor peribadi Abu Yusuf Yaqub Al-Mansur
Ibnu Abd Mumin, Sultan Morocco kedua dari Dinasti Muwahhidun (558H/
1163M-580H/ 1184M) .

Pada zaman khalifah Abu Yusuf Yaqub. Ibnu Tufail mempunyai pengaruh
yang besar dalam pemerintahan. Di samping itu, beliau merupakan seorang menteri
yang baik, tidak pernah kenal erti tamak atau masuk dalam dunia konspirasi yang
telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan pemimpin. Khalifah Abu Yusuf Yaqub
mencintai ilmu pengetahuan dan secara khusus adalah peminat falsafah serta
memberi kebebasan berfalsafah. Disebabkan itu, menjadikan pemerintahannya
sebagai permulaan pemikiran falsafah dan menurut Sepanyol, seperti dikatakan
R.Briffault sebagai tempat kelahiran kembali negeri Eropah.

Kemudian Ibnu Tufail mengundurkan dirinya dari jabatan beliau sebagai


doktor pemerintah pada tahun 578H/ 1182M, kerana usianya yang sudah uzur.
Kedudukannya itu digantikan oleh Ibnu Rushd atas permintaan Ibnu Tufail. Beliau
amat percaya kepada Ibnu Rushd, muridnya. Diceritakan, Suatu hari Ibnu Tufail
memanggil saya dan memberitahu saya, kata Ibnu Rushd dalam buku catatannya.
Ibnu Tufail memintanya untuk menggantikan kedudukannya. Saya yakin kamu
boleh kerana saya tahu kemampuan kamu kata Ibnu Tufail. Disebabkan itu, beliau
meminta Ibnu Rushd untuk menggantikan kedudukannya. Namun begitu, Ibnu Tufail
tetap mendapat penghargaan dari Abu Yusuf Yaqub dan beliau sendiri hadir dalam
upacara pemakaman Ibnu Tufail pada 581H.

19
KESIMPULAN

20
Ibnu Tufail merupakan seorang tokoh falsafah Islam dari dunia Islam Barat yang
menguasai dalam pelbagai bidang seperti kedoktoran, matematik, fizik, metafizik
dan sebagainya.
Walaupun pemikirannya berbeza dengan pemikiran tokoh-tokoh falsafah lain tetapi
tidak semua, terdapat juga pemikiran dan pendapatnya selaras dengan tokoh-tokoh
falsafah lain.

Salah satu peninggalan yang diwariskan untuk generasi seterusnya adalah


Hayy Ibnu Yaqdhan, novelnya yang masyhur.
Novel yang dipenuhi dengan pemikiran-pemikiran Ibnu Tufail yang meliputi pelbagai
aspek dan bidang seperti pemikiran dalam bidang falsafah dan agama, epistimologi,
kosmologi cahaya dan jiwa.

Hayy Ibnu Yaqdhan ini juga menggambarkan kedalaman dan ketajaman


falsafah dan hikmah yang dimiliki oleh Ibnu Tufail dimana beliau menjelaskan
tentang pertemuan di antara akal dan wahyu dalam satu titik pengetahuan iaitu
pengetahuan akan wujudnya Tuhan dan kebenaran.

RUJUKAN

21
1) Dr. T. J. DE. Boer. 1903. The History of Philosophy in Islam. Trans. Edward
R. Jones.London, Luzac and Company LTD.
2) F. C. Copleston. 1972. History of Medieval Philosophy. London: Methuen and
Co LTD
3) Majid Fakhry. 1997. Islamic Philosophy Theology and Mysticism. United
States of America:One World Publication
4) M. Saeed Sheikh. 1982. Islamic Philosophy. Great Britain: The Octagon Press
LTD
5) Sami S. Hawi. 1974. Islamic Naturalism and Mysticism. Belgium: E. J. Brill
6) Seyyed Hossien Nasr & Oliver Leaman. 1996. History of Islamic Philosophy
(Part I).London : Routledge
7) , , : . .1946 ..
8) : . .1998 . .
9) http://amry90.blogspot.com/2013/04/ibnu-thufail--riwayat-hidup-dan-
falsafah.html
10) http://en.wikipedia.org/wiki/Hayy ibn Yaqdzan
11) http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn Tufail
12) http://mumtazfaezah.blogspot.com/2013/10/biografi-ibnu-tufail.html

22

Anda mungkin juga menyukai