Anda di halaman 1dari 7

SAH 123 : AKHLAK

BAB 5: AKHLAK RASULULLAH SAW

HASIL PEMBELAJARAN

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW

Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-Quran

PENGENALAN

Islam adalah agama yang bukan hanya mementingkan aspek akidah dan syariah semata
mata. Malah aspek akhlak juga sangat dititikberatkan dalam Islam. Umat Islam dituntut
untuk melakukan amalan-amalan mahmudah dan meninggalkan amalan-amalan
mazmumah dalam kehidupan seharian. Seseorang yang beriman perlulah mempunyai
akhlak yang mulia sepertimana yang dianjurkan Islam dan apa yang telah dinasihatkan oleh
Nabi Muhammad SAW dalam Sunnahnya.

Allah SWT telah mengutuskan Nabi


dan Rasul sebagai tanda rahmat,
cinta dan kasih sayang kepada
hamba-hamba-Nya. Para nabi dan
rasul ini bertanggungjawab untuk
memimpin manusia ke jalan yang
benar dan diredhai Allah demi
mengecapi kebahagiaan hidup di
dunia dan di akhirat, sepertimana
yang terungkap di dalam kitab suci al-Quran sejak berabad yang lalu.

CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

Nabi Muhammad SAW telah diutus untuk membawa syariat Allah yang terakhir
sekali iaitu agama Islam untuk seluruh umat manusia dan ianya kekal sehingga akhir
zaman. Baginda merupakan seorang insan yang terulung dalam konteks kehidupan, dalam
masa yang sama baginda juga merupakan seorang murabbi teragung yang mempunyai
akhlak serta nilai yang sangat mulia yang didasari oleh al-Quran.

Kita boleh melihat dan memperakui betapa tinggi dan pentingnya kedudukan akhlak
dalam Islam sehingga ianya menjadi misi utama diutuskan Nabi Muhammad SAW ke dunia.
Baginda pernah menegaskan pentingnya akhlak dalam kehidupan melalui hadis yang
diriwayatkan oleh al-Baihaqi yang bermaksud: Sesungguhnya aku diutuskan untuk
menyempurnakan akhlak yang mulia.

AYAT-AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN AKHLAK RASULULLAH.

Dalam surah al-Ahzab ayat 45 dan 46, Allah SWT berfirman yang maksudnya:

Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutus engkau sebagai saksi (terhadap


umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman), serta pemberi
peringatan (kepada orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia
seluruhnya) kepada agama Allah dengan izin-Nya dan sebagai lampu yang
menerangi.

Allah SWT berfirman dalam Surah Saba ayat 28:

Kami tidak mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia
seluruhnya, sebagai rasul pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman),
dan pemberi peringatan (kepada orang yang ingkar). Tetapi kebanyakkan manusia
tidak mengetahui (hakikat itu).

Ayat-ayat al-Quran di atas menjadi bukti bahawa tujuan Allah SWT melantik Nabi
dan Rasul-Nya adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej-mesej-Nya kepada umat
manusia. Terdapat dua mesej iaitu mesej yang menerangkan perkara-perkara baik dan juga

CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

mesej tentang perkara-perkara tidak baik. Ini sebagai pengajaran dan peringatan daripada
Allah SWT kepada umat manusia. Sebagai Nabi dan Rasul, Nabi Muhammad SAW telah
dilantik dan dipilih oleh Allah SWT untuk memikul tangungjawab ini khusus untuk umatnya.

RASULULLAH CONTOH TERBAIK INSAN BERAKHLAK MULIA

Nabi Muhammad SAW telah membesar dan menempuh hidup dalam suasana
kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Baginda dikelilingi masyarakat
Jahiliyyah yang melakukan perkara-perkara kesesatan dan mungkar seperti menyembah
berhala, membunuh anak perempuan, melakukan zina, minum arak, berjudi dan menindas
kaum yang lemah (hamba dan kaum wanita).

Namun demikian, Rasulullah tetap terpelihara dari melakukan sebarang bentuk


kemaksiatan dan membesar dalam keadaan kesempurnaan akal dan jasad, budi dan adab
sopan, sehingga terkenal di kalangan penduduk Mekah. Baginda berakhlak mulia meskipun
masyarakat ketika itu masih mempunyai dan mengamalkan peradaban yang rendah.

Perwatakan baginda tidak pernah dipengaruhi oleh suasana dan persekitaran yang
penuh dengan kemaksiatan. Semenjak kecil lagi baginda telah merasa benci kepada
fahaman dan perlakuan masyarakat Jahiliyyah yang menyembah berhala. Aqidah
kepercayaan baginda adalah suci dan terpelihara sepertimana tergambar serta terzahir
dalam wataknya yang berbudi pekerti yang tinggi dan mulia.

Ketika dewasa, Rasulullah tidak pernah melakukan sebarang bentuk perlakuan keji
dan maksiat seperti tidak meminum arak, tidak menikmati hiburan yang melampaui batas
serta tidak hidup berpoya-poya seperti tabiat kebiasaan yang selalu diamalkan oleh para
pemuda Arab Mekah ketika itu. Baginda tidak pernah tunduk menyembah berhala, walaupun
perbuatan tersebut menjadi amalan kebanyakkan bangsa Arab Jahiliyyah.

Baginda juga tidak pernah menggunakan bahasa yang kotor dan kasar, serta tidak
pernah berbohong atau berdusta. Dari Abdullah (bin Masud), ia berkata :

CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

Rasulullah SAW bersabda: Wajib atasmu berlaku jujur, karena


sesungguhnya jujur itu membawa kepada kebaikan dan sesungguhnya
kebaikan itu membawa ke surga. Dan terus-menerus seseorang berlaku
jujur dan memilih kejujuran sehingga dicatat di sisi Allah sebagai orang yang
jujur. Dan jauhkanlah dirimu dari dusta, karena sesungguhnya dusta itu
membawa kepada kedurhakaan, dan sesungguhnya durhaka itu membawa
ke neraka. Dan terus menerus seseorang berdusta dan memilih yang dusta
sehingga dicatat di sisi Allah sebagai pendusta. [Hadith Riwayat Muslim]

Baginda sangat menghormati bukan sahaja kepada orang-orang tua, malahan


orang-orang muda dan amat mengasihi kanak-kanak, anak yatim dan wanita yang
kehilangan suami. Baginda telah memperlihatkan kualiti seorang manusia yang unggul
apabila sentiasa berusaha untuk membantu orang lain walaupun baginda sendiri dalam
keadaan serba kekurangan.

Nabi Muhammad SAW amat kasih dan sayang kepada sahabat-sahabatnya dan satu
sikap yang amat terpuji adalah baginda sentiasa memaafkan kesalahan orang lain terutama
musuh-musuhnya. Baginda sentiasa melemparkan riak wajah yang manis, yang boleh
menyenangkan hati semua orang. la tidak suka memperkatakan tentang keburukan dan
keaiban orang lain dan sentiasa bersangka baik terhadap semua orang.

Baginda lebih suka menjadi orang


yang pertama memberi salam dan
mendoakan kesejahteraan kepada
sahabat-sahabatnya. Kadangkala
baginda memanggil mereka dengan
nama-nama yang menyenangkan
untuk menunjukkan betapa kasih dan
mesranya baginda kepada mereka.
Sekiranya seseorang sahabat pernah
membantunya, baginda amat
menghargai pertolongan tersebut buat
selama-Iamanya.
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

Dari Abdullah Ibn Harits mengatakan: Aku tidak pernah melihat seorangpun yang
banyak tersenyem selain Rasulullah. Beliau juga mengatakan: Rasulullah tidak pernah
tertawa kecuali tersenyum. (Hadith Riwayat Tirmizi)

Baginda juga apabila berkata-


kata, ia bersungguh. Walaupun
demikian, baginda juga mempunyai
perwatakan yang suka bersenda-
gurau dan tertawa, tetapi tidak
menyimpang dari dasar kebenaran
dan tidak berlebih-Iebihan. Apabila
marah, tidak tergambar
kemarahannya, hanya kelihatan
antara dua keningnya sedikit peluh.
Ini kerana, baginda amat penyabar dan sentiasa menahan rasa marah dan tidak mahu
melemparkan kemarahannya kepada orang lain.

Semua ini berlaku kerana baginda mempunyai sifat berlapang dada dan menghargai
orang lain. Baginda juga mempunyai sikap yang tegas dan tidak pernah berasa ragu.
Sebelum mengambil sesuatu keputusan, baginda akan berfikir dan mempertimbangkannya
terlebih dahulu. Sifat sedemikian sudah sebati dalam diri baginda dan mendatangkan
keselesaan kepada semua orang.

Lain-lain sifat keistimewaan yang ada dalam diri baginda ialah baginda seorang yang
cerdik, bijaksana dan cepatberfikir serta bertindak. Sebelum diutuskan menjadi nabi dan
rasul lagi, baginda sentiasa diminta untuk memberikan buah fikiran, pendapat dan
pandangan daripada pelbagai peringkat masyarakat Arab ketika itu bagi menyelesaikan
sebarang kesulitan, terutamanya dalam penyelesaian masalah berbangkit. Segala
pandangan dan pendapat yang diberikan secara umumnya selalu diterima dan dihormati.

Dari Anas katanya: Rasulullah SAW adalah orang yang paling cantik, paling berani
dan paling pemurah. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

Semua sifat-sifat mahmudah yang utama, terdapat dalam diri dan sentiasa
menghiasi keperibadian baginda yang unggul. la memancarkan suatu cahaya yang amat
indah serta sangat menarik perhatian umum. Inilah sebaik-baik ikutan. Oleh sebab itu, setiap
individu yang pernah menemui baginda, sama ada semasa mudanya,sebelum menjadi nabi
dan rasul mahupun sesudah diutus menjadi nabi dan rasul akan menghormati baginda.

Walaupun terdapat sebilangan yang memusuhinya setelah baginda diutus menjadi


nabi dan rasul, tetapi permusuhan yang wujud adalah semata-mata disebabkan
keengganan mereka mengikut perintah Allah SWT, bukan kerana permusuhan dan
kebencian terhadap diri dan peribadi baginda.

KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW CONTOH AKHLAK AL-QURAN

Satu rahsia kehebatan dan kemuliaan al-Quran, ia diturunkan oleh Allah SWT
kepada sebaik-baik rasul iaitu junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW
dipilih Allah SWT sebagai sebaik-baik dan semulia-mulia rasul walaupun Baginda diutuskan
sebagai rasul terakhir.

Kebenaran Nabi SAW sebaik-


baik rasul dirakamkan Allah SWT dalam
firman-Nya yang bermaksud: Dan
tiadalah Kami mengutuskan engkau
(wahai Muhammad), melainkan untuk
menjadi rahmat bagi sekalian alam.
(Surah al- Anbiya, ayat 107)

Ayat ini jelas menunjukkan pengiktirafan Allah SWT khusus kepada Nabi Muhammad
SAW sebagai rahmat bagi sekalian alam, yang tidak diberikan kepada nabi dan rasul yang
lain.

Rasulullah SAW juga sebaik-baik dan semulia-mulia rasul kerana akhlak Baginda
ialah akhlak al-Quran itu sendiri.Tiada keindahan dan kemuliaan akhlak yang lebih baik
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK

daripada keindahan akhlak al-Quran.Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan bahawa
sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (Surah al-Qalam, ayat 4)

Ini selari dengan beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah ketika
ditanya mengenai akhlak Nabi Muhammad SAW. Maka Saidatina Aisyah menjawab:
Sesungguhnya akhlak Baginda ialah al-Quran) (Riwayat Muslim)

Imam Ibn Katsir menjelaskan, ini menunjukkan Nabi SAW sebagai manusia yang
patuh semua perintah dan larangan Allah SWT dalam al-Quran dengan penuh sabar dan
berakhlak. Jika al-Quran memerintahkan sesuatu maka Rasulullah SAW menurutinya.

Jika al-Quran menegahnya maka Rasulullah SAW meninggalkannya.Inilah peribadi


Nabi Muhammad SAW yang telah dibentuk oleh Allah SWT daripada akhlak yang mulia
seperti sifat malu, kemuliaan hati, keberanian, pengampunan, kelembutan dan seluruh
akhlak yang cantik.

Rasulullah SAW sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya diberikan akhlak yang
baik dan Allah SWT memperbaiki akhlak Baginda. Daripada Aisyah, beliau berkata:
Rasulullah SAW pernah berdoa: Ya Allah seperti mana Engkau telah memperelokkan
penciptaanku, maka perelokkanlah akhlakku. (Riwayat Imam Ahmad) Sebagai umat Islam
kita wajib meyakini Rasulullah SAW adalah sebaik-baik dan semulia-mulia insan yang
diutuskan sebagai rahmat bagi sekalian alam.

CATATAN:

Anda mungkin juga menyukai