Anda di halaman 1dari 85

KAEDAH-KAEDAH PEMBELAJARAN JAWI DALAM KALANGAN MURID-MURID

SEKOLAH RENDAH
KAJIAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KALA, JAJAHAN KOTA BHARU

ABSTRAK

Pemahaman kepada pembelajaran Jawi adalah penting kerana hubungkait dengan


pemahaman agama islam , Bahasa Al Quran dan Al Hadis adalah bahasa arab yang
mempunyai hubungan yang erat dengan bentuk tulisan jawi. Kajian ini memfokuskan kepada
kaedah mengenal dan menulis huruf jawi. Proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak
yang berada di dalam kelas memerlukan daya kreativiti guru untuk menarik minat mereka.
Pelbagai pendekatan dan kaedah perlu di cuba dalammemastikan murid=murid
mengekpresikan pengajaran yang di ajar oleh guru. Dari tinjauan Pengkaji, murid-murid
pemulihan ini memerlukansuatu bentuk pengajaran yang ringkas dantidak terlalu berat
sebagai permulaan sesuai dengan tahap keintelektualanmereka.Dalam hal ini,
pengkajimengambil inisiatif untuk murid-murid memahami pendekatan
menyebutdan menulis huruf jawi melalui kaedah nyanyian dan lukisan.
Pendekatan melaluikaedah ini telah di jalankan selama lebih kurang 1 bulan dan dapatan
daripada analisisdata menunjukkan kaedah ini berkesan dalam mengurangkan kesilapan
murid dalam menulisejaan jawiterutamanyayang melibatkan huruf-huruf dalam skop kajian.
Selain itu, ujiankoordinator juga ada menunjukkan sedikit
perkembangandimana sebelum ini, murid-murid yang diuji sukar membezakan bahagian
kanan dan juga bahagian kiri, namunbegitu dengankaedah yang telah dijalankan, di dapati
mereka sudah dapatmengecam dan membezakan arah kanan dan kiri. Dapatan daripada
kajian ini menunjukkan murid-murid yang diuji mengekspresikan peningkatan pemahaman
mereka dalam penulisan dan pembacaan huruf jawi.
PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN
BAB 1- PENGENALAN
PENGENALAN 7
LATAR BELAKANG KAAJIAN 8
OBJEKTIF KAJIAN 9
KEPENTINGAN KAJIAN 11
BATASAN KAJIAN 13
RUMUSAN 13

BAB 2- TINJAUAN LITERATUR


PENDAHULUAN 14
TEORI KONSEP BERKAITAN 14
KAJIAN-KAJIAN LEPAS 16


RUMUSAN 18

BAB 3- METHODOLOGI
PENDAHULUAN 19
REKA BENTUK KAJIAN 20
PERSAMPELAN 27
INSTRUMENT KAJIAN 30
ANALISIS DATA 33

BAB 4- DAPATAN KAJIAN


PENDAHULUAN 39
ANALISIS DAPATAN KAJIAN 39
RUMUSAN 40

BAB 5- PERBINCANGAN KESIMPULAN


PENDAHULUAN 45
PERBINCANGAN BERDASARKAN SOALAN KAJIAN
46
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN 48
KESIMPULAN 50

SENARAI RAJAH
3.1 MODEL KAJIAN TINDAKAN KURT LEWIN 20
3.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 22
3.3 PELAKSANAAN TINDAKAN 28
3.4 PENGELASAN JANTINA 35
3.5 TAHAP PEKERJAAN BAPA 36
3.6 BILANGAN ADIK BERADIK 38
4.1 PERBANDINGAN MARKAH ANTARA MURID LELAKI DAN PEREMPUAN
39
4.2 PERBANDINGAN MARKAH UJIAN PRA DAN UJIAN POS
43

BAB SATU

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Ayat al quran bersabit dengan bahasa arab

Sokongan dengan hadis nabi fasal bahasa.

Bahasa alquran dan sunnah nabi ada kaitan dengan huruf jawi kerana masyarat

nusantara melayu memnngunakan tulisan jawi pada awal-awal kedatangan islam ke

nusantara.
Pendidikan Agama Islam adalah satu mata pelajaran yang penting di sekolah, samada di

peringkat sekolah menengah ataupun di sekolah rendah. Di sekolah rendah prestasi

kecemerlangan pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam diukur melalui keputusan

peperiksaan sekolah dan peperiksaan Ujian Pencapaian Kelas Kafa (UPKK).

Pelajaran jawi adalah satu mata pelajaran yang diajar dalam Pelajaran Pendidikan Islam sejak

dahulu lagi yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara.Bermula dari tempoh

tersebut, ternyata pelajaran jawi masih belum dapat dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid.

Oleh itu pelbagai usaha telah dilakukan contohnya melalui program j-QAF adalah

bertujuan untuk memperkasakan tulisan jawi di kalangan murid-murid sekolah rendah.

Teknik penulisan jawi yang betul merupakan aktiviti yang mesti dilalui oleh murid-murid di

sekolah. Guru perlulah bijak dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan

menggunakan metodologi dan teknik-teknik yang berkesan agar murid-murid dapat

menguasai teknik kemahiran menulis dengan cara yang betul dan sempurna.

Kepakaran guru dalam pengajaran teknik penulisan jawi akan membantu mengatasi masalah

kelemahan pelajar dalam menulis jawi dengan cara yang betul. Kemahiran ini juga ianya

diajar oleh guru yang dilatih khas di bawah program j-QAF. Pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran kemahiran jawi hendaklah mengikut modul jawi yang disediakan oleh JAPIM,

SPIM dan KPM.

Dalam kontek pendidikan, menguasai setiap kemahiran didalam mengenal huruf dan teknik

penulisan jawi amatlah perlu dilalui oleh setiap pelajar apatah lagi terhadap pelajar-pelajar

yang lemah. Di dalam proses ini guru perlu berhati-hati supaya mutu pencapaian pelajar

dapat dibentuk dengan lebih teratur dan tersusun. Apabila proses ini dapat dikuasai oleh
pelajar, barulah pelajar ini diajar membaca huruf jawi, suku kata terbuka dan suku kata

tertutup serta rangkaikata yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka.

Untuk menghasilkan kecemerlangan bagi sesuatu mata pelajaran, khususnya Pendidikan

Islam, seseorang pelajar itu perlu menguasai atau pun memahami setiap kaedah yang diajar

oleh guru yang berkenaan. Dengan mengamalkan atau menggunakan kaedah pembelajaran

yang betul dan bersesuaian sahaja akan memberi kesan positif kepada pelajar didalam

menguasai sesuatu kemahiran sekali gus akan membangkitkan minat pelajar serta dapat

melahirkan sikap yang positif terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.

1.1 PERMASALAHAN KAJIAN

Masalah yang dihadapi oleh pelajar di dalam menguasai teknik penulisan jawi yang betul

sebenarnya sudah sering diperkatakan dan telah dibuat kajian oleh banyak pihak. Seseorang

guru perlu memastikan pelajar dapat menguasai tahap mengenal huruf dan menyebut dengan

berkesan sebelum mereka menguasai kemahiran lain seperti menulis dan sebagainya. Di

dalam kaedah pelaksanaan teknik penguasaan tulisan jawi dengan kaedah yang betul

sebenarnya adalah suatu usaha dalam mengatasi masalah keciciran pembelajaran dan

kemahiran menulis jawi.

Oleh itu, murid yang gagal di dalam menguasai kemahiran ini akan diberi pendedahan yang

sewajarnya sehingga boleh membantu diri mereka sendiri kepada perubahan yang ketara dari

segi tingkah laku kognitif, afektif dan psikomotor. Ianya amat bersesuaian sekali dengan

matlamat mata pelajaran jawi dan bertujuan untuk membantu serta membolehkan murid-

murid yang ketinggalan jawi dapat dipulihkan dan akan dapat bersama-sama murid lain bagi

menyertai kelas masing-masing di dalam kelas aliran perdana.


Program ini akan membantu pelajar agar lebih berdikari dan mempunyai keyakinan diri

seperti murid-murid lain. Walau bagaimanapun, seseorang guru itu perlulah berkeupayaan

untuk membimbing anak didiknya agar menjadi insan yang sempurna tanpa perasaan rendah

diri dan sebagainya.

Di dalam kajian ini, isu yang hendak diketengahkan di sini ialah mengenai teknik menulis

huruf-huruf dan perkataan jawi dengan cara yang betul. Di sini jelas kepada kita bahawa

setiap murid perlu menguasai teknik penulisan yang betul pada peringkat awal persekolahan

lagi.

1.2 Persoalan Kajian

Kajian ini membincangkan pemahaman jawi dengan persoalan kajian seperti berikut :-

1. Adakah penguasaan kemahiran menulis huruf tunggal Jawi dalam kalangan murid telah

mencapai tahap yang sepatutnya?


2. Adakah minat murid dapat ditingkatkan dalam pembelajaran Jawi dengan menggunakan

kaedah bermain dan melukis ?


3. Adakah kaedah permainan dan melukis dalam pengajaran jawi mampu mewujudkan

suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan aktif?

1.3 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif seperti berikut :-

1. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran menulis huruf tunggal jawi dalam kalangan

murid-murid

2. Mengenal pasti minat murid dalam pembelajaran jawi melalui teknik belajar sambil

bermain dan melukis.

3. Mewujudkan suasana pembelajaran jawi yang menyeronokkan dan aktif melalui kaedah

bermain dan melukis

1.4 Batasan Kajian

Dalam setiap kajian yang dijalankan pastinya tertumpu kepada batasan kajian tertentu yang

tidak dapat dielakkan oleh setiap penulis. Kajian yang dijalankan hanya tertumpu kepada

murid-murid di Sekolah Kebangsaan Padang Kala. Melor, 16400 Kota Bharu, Kelantan.

Oleh itu tidak boleh disamakan dengan kajian di tempat lain kerana situasi, latar belakang

dan komitmen individu terhadap pengajaran dan pembelajaran Jawi adalah berbeza diantara

satu tempat dengan tempat yang lain. Responden untuk kajian ini ialah murid tahun satu

seramai 10 orang terdiri daripada murid lelaki dan murid perempuan yang lemah di dalam

menguasai kemahiran menulis huruf tunggal jawi.

Kebanyakan daripada murid-murid ini adalah terdiri daripada anak-anak penduduk tempatan

yang terdiri dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi yang berbeza. Memandangkan kajian
yang akan dijalankan ini memerlukan masa maka tempat kajian dihadkan kepada sebuah

sekolah sahaja.

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di dalam daerah Kota Bharu Kelantan.Sample kajian

ini dipilih di kalangan pelajar-pelajar tahun satu rajin.Bilangan murid seramai 32 orang, tetapi

hanya 10 orang pelajar sahaja yang dipilih. Di mana mereka ini mempunyai IQ yang hampir

sama. Melalui ujian pra, ujian pos, soal selidik, pemerhatian dan temu bual juga diadakan

sebagai alatan kajian untuk mengukuhkan lagi keputusan kajian.

Kesampelan kajian ini adalah mempunyai tahap kesetaraan yang sama yang hanya dilihat

daripada aspek latar belakang responden, kecerdasan kognitif dan status sosio ekonomi

keluarga responden. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan untuk menjawab

soalan-soalan kajian dan menguji hipotesis yang telah dikemukakan.Kajian ini melibatkan 10

orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun satu.

Prinsip-prinsip pembelajaran utama yang berpusatkan murid mempunyai ciri-ciri iaitu

pembelajaran merupakan proses yang aktif. Di sini guru perlu menerima autonomi murid.Ia

menekankan pembelajaran daripada pengajaran. Murid diberi peluang untuk memilih gol,

strategi dan penilaian pelajarannya. Pembelajaran juga adalah sebagai aktiviti sosial yang

menggalakkan dialog atau perbincangan sesama pelajar atau antara guru dengan murid.

Kajian ini juga terbatas kepada kaedah pembelajaran dalam menggunakan teknik dan kaedah

penguasaan menulis huruf Jawi dengan kaedah yang betul.Kajian ini bertujuan untuk
mengukur keberkesanan kaedah bermain melalui tahap pencapaian pelajar di dalam

menguasai penulisan jawi.Justeru, skop kajian terbatas kepada instrumen bagi mengukur

tahap pencapaian pelajar dalam kemahiran menulis jawi dengan teknik yang betul beserta

dengan sikap, minat dan keseronokkan untuk belajar.

1.6 Definisi Istilah

Bagi beberapa istilah yang berkaitan dengan kajian ini. Pengkaji akan mengemukakan

definisi istilah yang digunakan agar perbincangan tentang perkara-perkara berkaitan tidak

menimbulkan kekeliruan. Berikut merupakan definisi kepada istilah-istilah yang digunakan di

dalam kajian ini.

1.6.2 Kemahiran

Menurut Kamus Dewan (2002), kemahiran bererti kecekapan atau kepandaian untuk

mengerjakan sesuatu.

1.6.3 Menulis

Menurut Kamus Dewan (2002), menulis bererti mencatat kata-kata dengan huruf dan

memakai pena dengan menggunakan kalam, kapur, pencil dan lain- lain. Menulis adalah

penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem.Ia mengambil kira aspek tujuan

menulis, penggunaan bahasa audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan

keadaan alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh. Menulis juga merupakan proses

penghasilan simbol-simbol grafik yang disususn berdasarkan peraturan yang membentuk

perkataan seterusnya menjadi ayat.


1.6.4 Huruf Tunggal Jawi

Mengikut Kamus Dewan (2002), huruf membawa maksud lambang dalam sistem bunyi

(bahasa) yang darinya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk , lambang-lambang dari

abjad. Manakala perkataan tunggal membawa erti tidak ada yang lain lagi, itulah sahaja

satu-satunya.

Huruf hijaiyyah jawi berasal dari huruf-huruf arab, iaitu asas huruf arab ada sebanyak 30

huruf dan ditambah dalam hijaiyyah jawi sebanyak 7 huruf. Dengan ini bilangan huruf

tunggal jawi yang sempurna ada sebanyak 37 huruf.

Tulisan jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di

Nusantara.Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan Agama Islam ke

Nusantara.Tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang

dimasukkan ke dalam sistem penulisan Bahasa Melayu.

Tulisan jawi adalah tulusan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan secara meluas di

Malaysia, Filipina dan Indonesia. (Hashim Musa, 1999)

Jadual 1.1 : Senarai huruf tunggal jawi

Sebutan Huruf Tunggal Jawi Bil

Alif 1

Ba 2
Ta 3

Ta marbutah 4

Sa (tha) 5

Jim 6

Ha 7

Ca 8

Kha (kho) 9

Dal 10

Zal 11

Ra (ro) 12

Zai 13

Sin 14

Syin 15

Sad (sod) 16

Dad (dod) 17

Ta (to) 18

ZA (zo) 19

Ain 20

Ghain 21

Nga 22

Fa 23

Pa 24
Qaf 25

Kaf 26

Ga 27

Lam 28

Mim 29

Nun 30

Nya 31

Wau 32

Va 33

Ha 34

Hamzah 35

Ya 36

Ye 37

1.5 Kepentingan Kajian

1.5.1 Kepentingan Untuk Murid

kajian ini secara tidak langsung memberi kesedaran kepada para pelajar bahawa kemahiran

menulis adalah satu lagenda atau mengimbas kembali peristiwa penulisan al-Quran yang

diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah. Juga memberi peluang kepada pelajar di dalam
membuat penerokaan ke atas pembelajaran jawi. Di samping itu juga dapat mendorong

pelajar bagi mengemukakan pendapat atau idea tentang kelemahan yang mereka hadapi ,

serta dapat meningkatkan prestasi pelajar ke peringkat yang lebih tinggi dan memberi

keyakinan kepada pelajar untuk memperbaiki kelemahan yang mereka hadapi dalam

pembelajaran jawi.

1.5.2 Kepentingan Untuk Guru

Kajian ini penting untuk guru kerana ianya dapat membantu guru agar dapat menggunakan

pendekatan yang sesuai bagi pelajaran jawi untuk setiap tajuk yang bermasalah.Guru-guru

dapat mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan semasa mengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Seterusnya memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai

dengan tahap kebolehan pelajar serta berpusatkan murid, dengan ini dapat meningkatkan

profesion keguruan kerana guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan strategi

yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran jawi.

1.5.3 Kepentingan Untuk Ibubapa

Kajian ini penting untuk ibubapa kerana mengharapkan agar ibubapa dapat melibatkan diri

dan bekerjasama dengan pihak sekolah dan guru-guru dalam membantu anak-anak mereka

memperbaiki kemahiran jawi. Ibubapa juga merupakan aset penting dalam kehidupan pelajar

sebagai pendorong dan pembakar semangat kepada anak-anak untuk menguasai sesuatu

kemahiran dan menanam minat yang mendalam dalam diri anak- anak terhadap sesuatu

perkara khususnya yang melibatkan kecemerlangan mereka dalam bidang pelajaran.

Kesedaran ibubapa sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam membantu pelajar

menangani masalah ini.


1.5.4 Kepentingan Untuk Sekolah

Diharapkan kajian ini dapat dimanfaatkan oleh sekolah rendah yang berada di kawasan negeri

Kelantan sahaja atau berkemungkinan boleh juga diguna pakai bagi sekolah-sekolah di

seluruh negeri yang mempunyai situasi dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang

sama. Dapatan kajian ini adalah untuk meningkatkan prestasi matapelajaran Pendidikan Islam

amnya dan pendidikan jawi khususnya dalam penilaian sekolah rendah. Ini adalah bertujuan

bagi mengurangkan masalah keciciran dalam pendidikan jawi bermula dari tahap satu lagi

serta dapat meningkatkan kaedah-kaedah pengajaran dan pembalajaran dalam kalangan guru

bagi pengajaran jawi.

1.5.5 Kepentingan Untuk Pejabat Pelajaran Daerah ( PPD )

Diharapkan pihak Jabatan Pelajaran Daerah ( PPD ) dapat menyediakan. Di mana pihak PPD

harus menyediakan kursus-kursus bagi meningkatkan Pelajaran jawi dalam kalangan guru,

serta menyedia dan mengedarkan bahan bantu yang sesuai bagi mempertingkatkan lagi

penggunaan bahan bantu serta penggunnan kaedah-kaedah agar Pelajaran jawi tidak terus

tercicir.
1.5.6 Kepentingan Untuk Jabatan Pelajaran Negeri ( JPN )

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, khususnya Sektor Pendidikan Islam dan Moral

haruslah mengambil langkah sewajarnya dalam mengatasi permasalahan yang diutarakan

dalam kajian yang akan dilakukan ini agar semua masalah dapat diatasi dalam

memartabatkan tulisan jawi. Di mana pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) perlulah

menjayakan kursus-kursus peningkatan pelajaran jawi di kalangan guru dan pelajar, serta

memperbaiki dan mengubah suai kurikulum bagi mempertingkatkan penguasaan guru dalam

pelajaran jawi agar para pelajar tidak terus tercicir.

1.5.7 Kepentingan untuk Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM )

Untuk mencapai matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia agar murid dapat membaca dan

menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa melalui berbagai program

yang dianjurkan serta mendorong dan memberi peluang kepada pelajar untuk sentiasa

melibatkan diri dan menyertai pelbagai aktiviti secara aktif.Melalui program yang diadakan,

pelajar berpeluang memperolehi pelbagai kemahiran bukan sahaja membaca dan menulis

jawi malah kemahiran sosial dan komunikasi juga dapat dikuasai.

Hasil daripada kajian ini pastinya akan lebih memperkasakan lagi ilmu Pendidikan Islam

khususnya dari sudut kajian penulisan melalui bidang keguruan. Ini akan menambahkan lagi

bahan dan rujukan bagi mereka yang ingin membuat kajian dengan lebih mendalam lagi

mengenai kemahiran menulis jawi dengan kaedah yang betul.

1.6 SISTEMATIKA KAJIAN


Bab peratama menghuraikan tentang latarbelakang kajian, bab kedua tentang

literatrur b ab ketiga mmetodoogi

BAB DUA

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Kajian Berkaitan

Pelbagai pendapat atau hasil kajian yang lepas antaranya ialah sebuah kajian yang dibuat oleh

Ustaz Asri bin Mat Ail (2010) yang lebih terarah kepada mengkaji penguasaan Jawi dan

hubungannya dengan minat dan pencapaian murid dalam Pendidikan Islam. Menurut beliau

juga terdapat signifikan antara penguasaan jawi dan pencapaian pelajar dalam Pendidikan

Islam, walau bagaimanapun, faktor minat dan taraf hidup juga mempengaruhi pencapaian

pelajar dalam skor yang tinggi dalam suatu subjek.

Selain daripada itu, kajian yang dibuat oleh Noriah Bt. Sapei (2010), juga berpendapat

bahawa setiap orang murid perlu meningkatkan penguasaan mereka terhadap tulisan jawi,

memandangkan tahap penguasaan kemahiran jawi di kalangan pelajar adalah rendah. Hal ini

berlaku disebabkan oleh persaingan antara tulisan rumi yang diajar dan diguna pakai dalam

setiap mata pelajaran di sekolah.

Pendapat serta alasan yang sama turut dikongsi kajian yang dibuat oleh Norlaila Sulaiman

(1993) pula mendapati, dalam kajiannya bahawa kedudukan pelajaran jawi yang tidak
menentu dalam kurikulum sekolah telah menimbulkan masalah dan menjadi sebab kelemahan

pengusaan kemahiran jawi di kalangan pelajar. Pendapat yang sama juga telah disuarakan

oleh Zaidi Osman (1999) menyatakan bahawa peranan tulisan jawi dalam perkembangan

kebudayaan dan keilmuan Melayu amat besar.

Menurut Zaidi Osman (1999), ada menyatakan peranan tulisan jawi dalam perkembangan

kebudayaan dan keilmuan Melayu amat besar. Dapat dikatakan semua manuskrip Melayu

terawal dalam tulisan jawi.Beribu-ribu manuskrip Melayu yang masih terpelihara yang

mengungkapkan berbagai-bagai bidang ilmu seperti kebudayaan, kesusasteraan, sejarah,

keagamaan, perubatan dan sebagainya memberi gambaran yang jelas tentang tulisan jawi

dalam memupuk perkembangan keilmuan masyarakat Melayu zaman silam. Kesenian ini

tidak akan pupus sekiranya kanak-kanak iaitu generasi muda sekarang ini diberi penekanan di

dalam mempelajari tulisan jawi dan seterusnya mempertahankan martabatnya di mata dunia.

Kajian yang dibuat oleh Noriza Mohd Yusof (2010), menyatakan kehilangan dan lepupusan

tulisan Jawi bermakna satu lagi daripada sekian banyak warisan pusaka Bangsa Melayu

yang hilang. Dan inilah juga yang dikenal pasti kejahilan anak-anak muda Melayu membaca

al-Quran, disebabkan ketidakbolehan mereka membaca jawi.Ekoran daripada itu pelbagai

krisis akhlak dan sosial di kalangan remaja kerana konsep Islam yang tulen tiada lagi dalam

diri mereka.Menyedari hakikat itulah maka kini, pelbagai pihak tampil ke hadapan dengan

pelbagai pandangan untuk memartabatkan semula jawi yang pernah memajukan Bangsa

Melayu.
Selain itu, menurut pandangan Asri Bin Mat Ail menyatakan bahawa pengusaan tulisan jawi

di kalangan pelajar tahap satu amatlah lemah, berdasarkan beberapa faktor, antaranya ialah

faktor murid itu sendiri, faktor keluarga dan faktor rakan sebaya.

Daripada tinjauan literatur tersebut, seseorang guru itu perlu bersedia untuk menangani

pelbagai jenis pemikiran dan tahap pencapaian murid. Guru tidak boleh bertindak melulu,

malah sebaliknya berusaha merancang suatu pengajaran dan pembelajaran agar lebih

sistematik dan terancang.

Setiap orang Melayu terutama yang beragama Islam sewajarnya mengambil berat tentang

tulisan jawi dan menjadikan ianya satu tanggungjawab sebagai satu tulisan warisan budaya

Melayu.

Tulisan jawi merupakan kunci khazanah ilmu dan warisan bangsa Melayu yang mesti

dikekalkan hingga ke akhir zaman.Oleh yang demikian pengkaji telah memilih beberapa

kaedah dalam mengesan tahap penguasaan menulis huruf tunggal jawi bagi murid tahun 1

dengan mewujudkan pelbagai program yang telah diadakan di sekolah seperti Kem Cintai

Jawi, Kem Pemulihan Jawi, Bijak Menulis Jawi dan sebagainya.

2.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Menyedari hakikat bahawa pelajaran jawi sangat penting untuk diajar kepada para pelajar,

maka pengkaji mengambil inisiatif membuat kajian tentang kemahiran menulis jawi di

kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Padang Kala.Ini adalah kerana pengkaji adalah
seorang guru Pendidikan Islam di sekolah ini. Dengan ini akan memudahkan dan menjadikan

sampel ini lebih teliti dan mendalam lagi. Tambahan pula pengkaji lebih arif dan maklum

mengenai situasi masyarakat responden.

Berdasarkan pengalaman pengkaji selama 17 tahun terlibat dalam bidang perguruan ini dan

hasil daripada pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji, tahap penguasaan jawi di kalangan

murid sekolah ini masih lagi berada pada tahap sederhana. Namun begitu, kajian terperinci

akan dilakukan untuk memastikan pencapaian sebenar murid-murid sekolah ini dalam

matapelajaran Pendidikan Islam ada kaitan dengan peningkatan kemahiran menulis jawi.

Tulisan jawi merupakan salah satu warisan masyarakat Melayu yang tidak ternilai harganya

tetapi menghadapi masalah dimana kebanyakan generasi muda dewasa ini tidak boleh

membaca tulisan jawi apatah lagi untuk menulis tulisan Jawi. Perkara ini amat

membimbangkan jika tidak ditangani, gejala ini akan semakin meluas dan akan timbul

masalah dimana tulisan ini akan tinggal dalam lipatan sejarah dan manuskrip lama yang akan

dipamerkan di muzium sahaja. Mohd. Ghaffar Mohd Jauhar (2006).

Hashim Abdullah (1999) menyatakan kehilangan atau kelupusan tulisan jawi bermakna satu

lagi daripada sekian banyak warisan pusaka bangsa Melayu yang hilang dan inilah juga

yang dikenalpasti kejahilan anak-anak muda Melayu membaca al-Quran disebabkan

ketidakbolehan mereka membaca jawi. Ekoran daripada itu pelbagai krisis akhlak dan sosial

di kalangan remaja kerana konsep Islam yang tulen tiada lagi dalam jiwa mereka.Menyedari

hakikat itulah maka kini, pelbagai pihak tampil ke hadapan dengan pelbagai pandangan untuk

memartabatkan tulisan jawi yang pernah mentamadunkan bangsa Melayu.

Menurut Zaidi Osman (1999), ada menyatakan peranan tulisan jawi dalam perkembangan

kebudayaan dan keilmuan Melayu amat besar. Dapat dikatakan semua manuskrip Melayu
terawal dalam tulisan jawi.Beribu-ribu manuskrip Melayu yang masih terpelihara yang

mengungkapkan berbagai-bagai bidang ilmu seperti kebudayaan, kesusasteraan, sejarah,

keagamaan, perubatan dan sebagainya memberi gambaran yang jelas tentang tulisan jawi

dalam memupuk perkembangan keilmuan masyarakat Melayu zaman silam. Kesenian ini

tidak akan pupus sekiranya kanak-kanak iaitu generasi muda sekarang ini diberi penekanan di

dalam mempelajari jawi dan seterusnya mempertahankan martabatnya di mata dunia.

Masyarakat umum akan hilang penguasaan tulisan jawi yang halus dan unik ini, justeru itu

kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif untuk

mengembangkan tahap penguasaan jawi di kalangan pelajar dengan menitikberatkan

pelajaran jawi dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Di samping itu kerajaan yang telah

memperkenalkan program j-QAF untuk mementapkan lagi kefahaman pelajar menguasai

tulisan jawi.

Penguasaan kemahiran jawi di kalangan orang Melayu merupakan satu kebanggaan kepada

masyarakat Melayu. Kalau orang Cina terkenal dengan penulisan kaligrafinya yang unik,

maka orang Melayu boleh berbangga dengan seni khatnya. Semua ini memerlukan seseorang

itu boleh menguasai tulisan jawi terlebih dahulu.

Tulisan jawi memang tidak asing lagi dengan matapelajaran Pendidikan Islam. Kedua-

duanya sudah sinonim yang tidak boleh dipisahkan lagi.Pelajar yang menguasai Pendidikan

Islam sudah pasti boleh menguasai jawi.Tulisan jawi adalah identiti orang Islam khususnya

orang Melayu di Malaysia.Maka tulisan jawi diberi ruang dalam Pendidikan Islam di sekolah.

Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, kajian ini akan memfokuskan kepada kemahiran

menulis jawi di kalangan murid-murid. Ini semua bertujuan untuk memantapkan lagi
penggunaan tulisan jawi dan beberapa saranan dibuat sebagai kesinambungan ke arah

mengembalikan semula keagungan tulisan jawi dan meletakkan fungsi kedudukan yang

tinggi setanding dengan tulisan-tulisan lain di dunia.

Peringkat penulisan yang dilakukan oleh pengkaji di dalam strategi peringkat permulaan

penulisan adalah pergerakkan tangan dari arah kanan ke kiri.Di mana peringkat pra penulisan

ini ialah tempoh murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka

dapat menulis huruf dengan kemas dan betul kaedahnya.Dalam tempoh itu, latihan otot-otot,

tangan dan jari serta kaordinasi tangan dan mata harus diberi kepada murid.

Latihan-latihan tulisan menitik berat perkara-perkara berikut :-

1. Melakukan latihan pergerakan tangan.


2. Menguasai pergerakan tangan bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna.
3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
4. Melakukan latihan koordinasi tangan dan mata.

Di antara kaedah yang akan dijalankan oleh pengkaji di dalam menghasilkan penulisan yang

betul ialah :-

1. Latihan mengikut garisan rajah atau gambar dari kanan ke kiri, dari kiri ke kanan dan

dari atas ke bawah.


2. Latihan mewarna dari kanan ke kiri, dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.
3. Latihan membentuk huruf di udara, di meja, di lantai, di atas pasir dan sebagainya

tanpa menggunakan alat tulis.


4. Latihan menyambung titik bagi membentuk huruf.

2.4 Refleksi Nilai Pendidikan

Pendidikan Islam memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat Pendidikan

Kebangsaan yang menjurus ke arah pembangunan insan yang menyeluruh dan seimbang dari

segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.Seiring dengan kepesatan perkembangan ilmu

pengetahuan, penekanan yang berterusan harus diutamakan untuk mewujudkan guru yang

berkualiti, berdaya maju, berketerampilan dan berhemah tinggi.

Peranan yang dimainkan oleh guru dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran adalah

satu tugas yang amat besar. Guru harus sedar bahawa semua murid mampu untuk belajar,

dengan itu guru harus memberi peluang yang mencukupi untuk murid menguasai sesuatu

hasil pembelajaran. Dalam hal ini berbagai kaedah dan strategi harus dipilih oleh guru bagi

menjadikan pengajaran dan pembelajaran menghasilkan pulangan yang memaksimum

mungkin.

Penguasaan tulisan jawi di kalangan pelajar adalah sesuatu yang amat penting dalam

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Selain daripada menguasai al-Quran dari

sudut bacaan huruf-hurufnya, pendidikan jawi juga penting bagi membolehkan pelajar terus

menguasai dan membaca teks-teks jawi dan sebahagiannya menguasai pembelajaran

Pendidikan Islam itu sendiri.


Kelemahan pelajar dalam penguasaan tulisan jawi sama ada dari sudut tulisan, bacaan dan

ejaan menjadi satu masalah yang besar dalam Pendidikan Islam. Oleh itu kajian ini bertujuan

untuk mencari punca dan sebab seterusnya memberikan cadangan-cadangan untuk

membetulkan kesilapan semua pihak sama ada guru dan pelajar itu sendiri atau suasana

setempat.

Kementerian Pelajaran Malaysia tidak mahu keadaan ini berterusan berlaku.Jawi adalah

identiti orang Islam khususnya orang Melayu di Malaysia.Maka tulisan jawi diberi ruang

dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah.Misalnya buku Pendidikan Islam telah

ditulis dalam tulisa jawi bermula dari tahun 1 hingga tahun 6.Mereka yang mampu menguasai

jawi pada kebiasaannya mampu menguasai mata pelajaran ini.

Guru-guru Pendidikan Islam dikehendaki mengajar subjek Pendidikan slam berasaskan

tulisan jawi dan tidak dibenarkan menggunakan tulisan rumi. Murid-murid yang belajar

Pendidikan Islam secara tidak langsung akan mempelajari tulisan jawi walaupun ada

pengkhususan sebanyak 30 minit seminggu untuk mengajar pelajaran jawi.


BAB TIGA

METHODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian menurut kamus dewan 1999 adalah satu sistem yang merangkumi kaedah

dan prinsip yang digunakan dalam bahagian ini. Pengkaji akan membincangkan metodologi

yang telah digunakan dalam melakukan kajian ini yaitu Kajian Kualitatif. Perbincangan akan

menyentuh beberapa aspek kajian yang berkaitan iaitu reka bentuk kajian, sampel kajian,

tempat kajian, instrumen kajian, analisis data, pentadbiran kajian dan kesahan serta keboleh

percayaan alatan yang disediakan dalam melakukan kajian.

Model pemikiran Kurt Lewin (1948) telah dipilih oleh pengkaji sebagai kerangka konsep

bagi menjalankan penyelidikan ini.Model yang dibangkitkan ini menjadi panduan kepada

pengkaji untuk menjalankan kajian dengan lebih sempurna. Kajian tindakan ini bermula

dengan proses menreflek, proses merancang, proses bertindak dan proses pemerhatian

(gelung 1), manakala dalam gelung yang ke 2 dimulakan dengan proses yang sama iaitu

proses menreflek, proses merancang, proses bertindak dan proses pemerhatian.

Antara langkah Model Kurt Lewin ialah ;-

Merefleksi - Membuat tinjauan terhadap dapatan yang akan dilakukan.


Merancang - Membuat perancangan bagi mengatasi masalah.

Bertindak - Dari dapatan awalan, pengkaji telah bertindak bagi mengatasi

masalah tersebut.

Memerhati - pengkaji akan memerhati setiap langkah yang dipraktikkan oleh

responden setelah proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Antara langkah yang diambil oleh pengkaji bagi mengatasi masalah tersebut ialah :

i. Latihan melakukan pergerakan tangan dari arah kanan ke kiri.

ii Menguasai pergerakan tangan yang bebas supaya selesa dan rasa sempurna untuk

memulakan penulisan.

iii. Melakukan latihan pergerakan mata serta koordinasi mata dan tangan adalah selari.

iv. Latihan mengikut garisan rajah,gambar dan huruf-huruf dari arah kanan ke kiri dan

dari arah atas ke bawah.

MODEL KURT LEWIN (1946)


Rajah 5.1 : Model Kajian Tindakan Kurt Lewin

5.2Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian yang telah dipilih untuk kajian ini ialah reka bentuk Kurt lewin (1946)

yang berbentuk tinjauan.Tinjauan ini adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi

mengetahui dengan jelas latar belakang pelajar. Alat kajian yang digunakan adalah borang

kaji selidik. Maklumat dan data kajian diperolehi daripada borang soal selidik ini akan

membantu perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kaedah bermain.

Kajian tindakan seperti ini akan memberi peluang kepada pengkaji yang menjalankan kajian

dalam bilik darjah agar pengkaji dapat membuat refleksi tentang pengajaran. Diharapkan

melalui kajian yang akan dijalankan ini, para guru dan pengkaji akan dapat meningkatkan

amalan profesionalisme dan pada masa yang sama dapat menyelesaikan kaedah penulisan

jawi dengan betul dan berkesan.


Selain itu, kajian ini yang melibatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih

menarik seperti kaedah bermain.Kaedah ini dianggap sesuai untuk murid tahun satu kerana

lebih menunjukkan reaksi positif terhadap sebarang jenis permainan berbanding pendidikan

secara formal.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Jadual 5.2 : Kaedah Mengutip Data

Langkah

Dan Cara Kumpulan Tujuan

Sasaran
Tarikh Penilaian
Langkah Pemerhatian Semua Memerhati hasil kerja murid dan ngenal

Murid pasti masalah sebenarnya yang dihadapi


1
Tahun 1R oleh murid.
12.2.2015
Langkah Ujian Pra 10 orang Pengkaji telah menjalankan ujian ke atas

murid 10 orang tahun 1R yang dikenal pasti gagal


2
tahun 1R dalam menguasai kemahiran menulis huruf
15.2.2015
tunggal jawi dengan cara yang betul.
Langkah Temubual 10 orang Temubual dijalankan secara individu

murid 1R responden yang dikenal pasti.

29.3.2015
Langkah Pemerhatian 10 orang Di awal rawatan murid agak terkeliru

semasa murid 1R bagaimana hendak memulakan titik

rawatan 1 permulaan untuk menulis huruf tunggal


4 jawi. Setelah pengkaji memulakan

beberapa kali gerakan awal untuk


2.4.2015
memulakan tulisan seperti pergerakan

tangan di awan-awangan, membentuk

huruf di udara, di meja, di lantai dan

sebagainya tanpa menggunakan alat tulis.

Murid mula memberi perhatian dan tindak

balas yang positif. Tujuannya adalah untuk

mengatasi masalah yang dikenalpasti.


Langkah Pemerhatian 10 orang Rawatan susulan yang dilakukan oleh

semasa murid 1R pengkaji ialah dengan kaedah bermain. Di

rawatan 2 mana murid-murid dikehendaki dapatkan


5
huruf-huruf tunggal jawi dan cuba menulis

9.4.2015 huruf tersebut dengan cara yang betul di

papan putih yang disediakan.


Langkah Ujian pos 10 orang Pengkaji menjalankan ujian yang sama

murid 1R dengan ujian pra ke atas murid yang

terlibat dan didapati berlaku peningkatan


6
daripada ujian pra. Tujuan ujian pos adalah

12.4.2015 untuk menentukan rawatan yang diberikan

berhasil atau tidak.


Langkah Soal selidik 10 orang Borang soal selidik diisi oleh pengkaji

murid 1R sendiri, berpandukan jawapan murid dan

maklumat data murid.


7
(Lampiran B, C dan D)
20.4.2015
Dalam kajian ini juga, borang soal selidik digunakan sebagai instrument untuk mendapatkan

data dari populasi. Penyelidikan ini telah dijalankan dengan diajukan soalan kepada murid

terbabit. Soalan akan direka berdasarkan persoalan kajian dan juga melihat kepentingan

kajian ini nanti. Kejujuran murid-murid amat diperlukan untuk memastikan ia berkesan.

Maklumat ini akan disimpan dan akan digunakan untuk membantu mengenalpasti tahap

pencapaian murid. Begitu juga dengan soalan ujian yang diberikan bertujuan untuk

mengetahui kebolehan sebenar seseorang murid itu. Berdasarkan ujian yang dibuat ini akan

membantu pengkaji memulakan kajian bagi mendorong murid ke arah perubahan yang lebih

baik.

5.6Populasi dan sampel

Populasi adalah sekumpulan manusia, nombor, haiwan dan objek yang boleh dikira.Dalam

kajian ini semua murid tahun satu dianggap sebagai populasi yang boleh dirumuskan sebagai

manusia, nombor, haiwan dan objek yang mempunyai sedikit persamaan secara umum dan

mestilah didefinisikan sifatnya secara spesifik..Manakala sampel pula adalah sebahagian

daripada populasi, dengan erti kata lain, sampel diambil daripada populasi bagi menjadi wakil

kepada populasi tersebut. Sampel dalam kajian ini ialah 10 orang murid yang dipilih

daripada murid tahun 1.

Sampel yang baik ialah sampel yang dapat mewakili keseluruhan populasi.Sampel tidak

boleh diambil daripada populasi yang berlainan. Sementara teknik persampelan didefinisikan
sebagai proses untuk memilih ahli sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai sampel kajian.

Sebagai pengkaji, kita perlu memastikan teknik peesampelan yang kita gunakan bersesuaian

supaya sampel yang dipilih benar-benar dapat mewakili populasi. Selain itu, teknik

persampelan yang tidak sesuai akan mengurangkan kesahan dan keboleh percayaan kajian.

5.7 Kerangka Konsep Kajian

Reka bentuk kajian yang bertepatan adalah amat penting untuk menjamin kajian yang akan

dilakukan akan mendatangkan hasil seperti yang dirancangkan.

KERANGKA KONSEP KAJIAN

Penilaian dalam kelas secara individu

Mengenal pasti responden

Ujian pra diedarkan

Data dikumpul dan dianalisis

Pelaksanaan tindakan

Edarkan ujian pos


Membuat analisis ujian pos

Rumusan bagi kajian yang dijalankan

Data dikumpul

Analisis data

5.8 Pelaksanaan Tindakan

Penilaian secara kelas


semua murid terlibat.

Ujian pra
Seramai 10 orang
diedarkan dan
murid telah dikenal
senarai semakan
pasti yang
latihan murid.
menghadapi masalah
dalam menulis huruf

tindakan
Data dikumpul dilakukan
dan dianalisis. melalui kaedah
bermain
Ujian pos
diedarkan
Data dikumpul
setelah proses
dan dianalisis.
pengajaran dan
pembelajaran.

Cadangan dan Pelapora


rumusan kajian n
yang dapatan
dijalankan. kajian.

Rajah 5.4 : Rajah Pelaksanaan Tindakan

3. CARA PENGUMPULAN DATA


Dalam bahagian ini, pengkaji cuba menjelaskan cara mendapatkan data menggunakan

instrument iaitu dengan cara pemerhatian, senarai semak, soal selidik, uijan pra, ujian pos dan

temu bual.

instrument yang telah digunakan dalam kajian ini, terdiri daripada beberapa item yang

dibina berdasarkan kepada objektif kajian yang dikemukakan. Antara data yang diperolehi

untuk dianalisis adalah seperti berikut :-

i. Pemerhatian.

ii. Senarai semak penguasaan tulisan jawi

iii. Borang soal selidik (1) berkaitan dengan maklumat.

iv. Borang soal selidik (2) berkaitan dengan maklumat keluarga.

v. Temubual

vi. Set soalan Ujian Pra.

vii. Set soalan Ujian Pos.

6.1 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian dalam kelas dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran sedang

berlangsung. Dari pemerhatian yang dibuat melalui proses pengajaran dan pembelajaran,

didapati ramai pelajar yang menghadapi masalah tidak tahu dalam menggunakan teknik yang

betul di dalam penuluisan jawi. Walaupun pengkaji cuba memberi penerangan berulang kali,

namun keupayaan murid sangat terhad. Pengkaji juga telah memerhati maklum balas yang

diberikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran jawi berlangsung.


Menerusi pengumpulan data yang diperolehi daripada pemerhatian tersebut, pengkaji telah

menganalisis bilangan murid yang lemah dan yang mengalami masalah kurang daya ingatan

pelajaran yang lalu. Pemerhatian ini dilakukan adalah semata-mata bagi mengenal pasti

jumlah murid yang akan diambil kira sebagai bahan sampel.

6.2 Senarai Semak Penguasaan Tulisan Jawi

Senarai semak telah dijalankan bagi mengetahui murid-murid yang dapat menguasai tulisan

jawi dengan kaedah yang betul. Ujian ini dilakukan secara individu, di mana murid yang

tergulung dalam kategori yang lemah akan di ambil kira sebagai sampel kajian. Data yang

diperolehi telah dicatatkan dalam borang senarai semak yang telah disediakan oleh

pengkaji.Pengkaji juga telah membuat pemerhatian untuk menilai pencapaian murid melalui

latihan yang diberi dalam buku tulis.

6.3 Soal Selidik

Pengkaji telah mengisi borang soal selidik (1) dan borang soal selidik (2) kepada responden

yang dipilih.Pengkaji mendapat maklumat responden melalui Borang Maklumat Murid yang

disediakan oleh pihak sekolah.Di mana borang ini perlu diisi oleh ibu bapa atau penjaga

responden secara jujur dan ikhlas. Pengkaji juga mendapat maklumat secara lisan dari

responden itu sendiri.


Maklumat ini akan disimpan dan akan digunakan untuk mengenal pasti tahap pencapaian

sebenar pelajar. Begitu juga dengan soalan ujian yang diberikan adalah bertujuan untuk

mengetahui kebolehan sebenar pelajar itu. Berdasarkan ujian yang dibuat ini akan membantu

pengkaji untuk memulakan kajian dengan menggunakan kaedah bermain yang mendorong

pelajar kearah perubahan yang baik.

Borang soal selidik juga bertujuan untuk mengetahui maklumat mengenai latar belakang

keluarga responden, minat murid terhadap pelajaran jawi dan punca kepada permasalahan.

Pengkaji telah mengambil masa selama 30 minit bagi menerangkan kepada responden apa

yang perlu dilakukan. Kejujuran sampel dalam kajian ini semasa menjawab soalan amatlah

diperlukan.Untuk menjawab persoalan kajian data-data berkaitan dengannya hendaklah

dikumpul dan diurus dengan perancangan yang teliti.

6.4 Temu Bual

Temu bual yang dilakukan oleh pengkaji adalah secara tidak formal.Di mana pengkaji

mendapat maklumat tentang responden melalui data yang di ambil melalui diri responden dan

juga dari rakan-rakan responden itu sendiri. Dengan sesi temu bual secara tidak formal ini,

pengkaji akan mengenal pasti punca kelemahan responden.

Kaedah temu bual telah digunakan oleh pengkaji secara tidak formal. Di mana temu bual ini

antara pengkaji dengan secara tidak langsung pengkaji dapat mengenal pasti kelemahan

murid dalam menguasai teknik menulis jawi dengan cara yang betul. Sesi temu bual akan

dijalankan kepada murid yang telah dikenal pasti oleh pengkaji. Mereka juga ditemu bual
berkaitan dengan minat terhadap pelajaran jawi dan amalan penulisan jawi di rumah. Temu

bual juga dilakukan terhadap guru subjek lain bagi melihat sejauhmana murid-murid yang

dipilih ini dapat menguasai penulisan Rumi.

6.5 Ujian Pra

Ujian pra dilakukan untuk menguji sejauh mana penguasaan murid dalam kemahiran menulis

jawi.Ujian pra ini dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Pengkaji akan menyemak

jawapan murid dan cuba mengenal pasti satu kaedah untuk meningkatkan kemahiran menulis.

6.6 Ujian Pos

Ujian ini dilakukan setelah rawatan awal dan rawatan susulan dibuat, ini adalah untuk

mengenal pasti tahap kemampuan murid dalam penguasaan kemahiran menulis huruf tunggal

jawi setelah proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ujian pos ini diajukan selepas

ujian pra dijalankan.

6.7 Perancangan Pengumpulan Data

Kajian ini akan dijalankan melalui beberapa peringkat prosedur agar pengkajian ini dapat

dijalankan secara sempurna dan berkesan. Peringkat pertama pengkaji akan mendapat

kebenaran dari guru besar bagi menjadikan murid tahun satu sebagai responden kajian.

Peringkat kedua, pengkaji akan menjelankan Ujian Pra. Selepas Ujian Pra berlangsung,

Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi membantu murid-murid di dalam menguasai

kemahiran menulis huruf tunggal jawi dengan kaedah yang betul akan diteruskan. Setelah

selesai Proses Pengajaran dan Pembelajaran, Ujian Pos akan dilaksanakan bagi mengesan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tersebut.


Di samping itu, soal selidik secara bertulis akan dilaksanakan. Soal selidik yang dikemukakan

kepada responden disoal oleh pengkaji dan ditulis oleh pengkaji sendiri.Memandangkan

murid-murid tahun 1 belum dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis soalan dan

jawaban sebagaimana yang dikehendaki oleh pengkaji. Pun begitu, responden perlu

menjawab dengan jujur soala-soalan yang ditanya tanpa dipengaruhi oleh pihak lain.

Maklumat-maklumat ini dikumpul sebagai data dalam soal selidik.

Setelah data diperolehi, penyelidik perlu menyusun data asal supaya mudah dikendalikan.

Menurut Mohd Majid (1994), penganalisis data merupakan teknik untuk mengumpul,

mengolah, menganalisa, menyimpan dan mengeluarkan data. Data daripada soal selidik yang

diperolehi dianalisa bagi mendapat nilai jumlah dan peratusan.

Semasa mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya pelajaran jawi. Pengkaji telah

memilih seramai 10 orang murid yang terdiri daripada murid-murid yang lemah untuk

menjalani program ini.Dengan pemerhatian yang dijalankan, didapati mereka menghadapi

masalah dalam banyak perkara, di antaranya ialah mereka lemah di dalam kemahiran menulis

huruf-huruf jawi dengan kaedah yang betul.Disamping itu juga, pelajar ini seringkali sukar

untuk mengaittkan pelajaran lama dengan pelajaran yang baru. Ini menyebabkan mereka

keliru. Selain daripada kelemahan mereka yang sukar mengingat kembali apa yang telah di

ajar oleh guru, menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan

dengan lancar. Pengkaji percaya jika ada usaha yang berterusan, pastinya mereka mampu

mencapai objektif yang dirancang.


BAB EMPAT

DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

Pengkaji telah memilih beberapa cara untuk membantu pelajar menerusi cara mudah di dalam

teknik penulisan Jawi dengan kaedah yang betul. Pendekatan kaedah yang dipilih ialah

kaedah bermain, kerana kaedah ini amat berkesan untuk menarik minat pelajar . Menarik

minat pelajar adalah suatu perkara yang penting kerana proses pengajaran dan pembelajaran

akan lebih berkesan apabila murid bersedia dan seronok untuk belajar. Selain itu pengkaji

akan mendapat maklumat yang jelas mengenai pencapaian murid daripada pihak sekolah,

guru-guru serta ibubapa.

Jadual4.1 : Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Jadual 4.1: Taburan Jantina Mengikut Responden

Peratus (%) Bilangan murid Jantina

60% 6 Lelaki
40% 4 Perempuan
100% 10 Jumlah

Rajah 4.1: Taburan Jantina Mengikut Responden

Menerusi rajah 1, di atas kita dapat mengetahui secara keseluruhan tentang jumlah responden

yang terlibat dalam kajian ini. Responden tersebut terdiri daripada 6 orang murid lelaki atau

60% daripada calon responden, manakala 4 orang murid perempuan atau terdiri daripada

40% murid perempuan.


5.4 Analisis Tinjauan masalah

Jadual 5.3 : Analisis Tinjauan Masalah

Langkah

Dan Cara Kumpulan Masalah yang dikenalpasti

Penilaian Sasaran
Tarikh
Langkah Pemerhatian Semua Murid banyak membuat kesilapan pada

Murid peringkat awal penulisan.


1
Tahun 1R
12.2.2015
Langkah Ujian Pra 10 orang Setelah membuat Ujian Pra pengkaji

murid tahun mendapati 10 orang murid ini perlu


2
1R mendapat pemerhatian yang lebih.
15.2.2015
Langkah Temubual 10 orang Temubual 2 hala, antara guru-murid dan

murid 1R antara murid dengan rakan-rakan.


3

29.3.2015
Langkah Pemerhatian 10 orang Di awal rawatan murid agak terkeliru

semasa murid 1R bagaimana hendak memulakan titik

rawatan 1 permulaan untuk menulis huruf tunggal


4
jawi. Setelah pengkaji memulakan

2.4.2015 beberapa kali gerakan awal untuk

memulakan tulisan seperti pergerakan

tangan, murid mula memberi tindak balas

yang positif. Sepanjang rawatan pertama

ini, pengkaji mendapati murid perlu dititik

beratkan perkara-kara berikut :-

1. Melakukan latihan pergerakan tangan.


2. Menguasai pergerakan tangan bebas

supaya boleh menulis dengan selesa

dan sempurna
3. Melakukan latihan-latihan pergerakan

mata.
4. Melakukan latihan koordinasi tangan

dan mata.

Langkah Pemerhatian 10 orang Rawatan susulan yang dilakukan oleh

semasa murid 1R pengkaji ialah dengan kaedah bermain. Di

rawatan 2 mana murid-murid dikehendaki dapatkan


5
huruf-huruf tunggal jawi dan langkah

9.4.2015 seterusnya kemahiran menulis diuji


dengan penekanan kepada teknik

penulisan huruf tunggal jawi, di mana

hurufnya yang terdapat pada pin bowling

yang disediakan dalam permainan ini.


Langkah Ujian pos 10 orang Pengkaji menjalankan ujian yang sama

murid 1R dengan ujian pra ke atas murid yang

terlibat dan didapati berlaku peningkatan


6
daripada ujian pra. Dalam ujian pos,

12.4.2015 pengkaji mendapati :-

i. Tahap penguasaan murid dalam menulis

huruf tunggal jawi dengan kaedah yang

betul semakain meningkat.

ii. Kemahiran menulis dengan kaedah

yang betul memerlukan bimbingan

yang berterusan.
Langkah Soal selidik 10 orang Hasil dari soal selidik dirumuskan

murid 1R pengkaji mendapati murid-murid :-

i. Seramai 10 orang murid telah


7
dikenalpasti.
20.4.2015
ii. Kurang mendapat pemerhatian

daripada ibubapa, tahap didikan

ibubapa.

iii. Keadaan persekitaran dan pergaulan.

iv. Tidak mendapat didikan awal, Pra


Sekolah atau Tabika.

(Lampiran B, C dan D)

5.5 Tindakan Yang Dijalankan

Berdasarkan tinjauan awal didapati murid-murid memang lemah di dalam menguasai

kemahiran menulis huruf tunggal jawi.Ini adalah kerana mereka kurang keyakinan diri,

keadaan persekitaran, pengaruh rakan sebaya serta kurang mendapat dorongan dan galakan

daripada keluarga, menyebabkan mereka kehilangan arah jika tidak dibimbing oleh guru.Oleh

tu, pengkaji rasa bertanggungjawab di dalam mengubah corak pembelajaran murid-murid ini.

5.5.1 Aktiviti Koordinasi Pergerakan Tangan

Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah melaksanakan tindakan yang telah dirancang

sebagaimana berikut :-

i. Latihan melakukan pergerakan tangan dari arah kanan ke kiri.

ii. Membantu membimbing murid menguasai pergerakan tangan yang bebas supaya selesa

dan rasa sempurna untuk memulakan penulisan.

iii. Melakukan latihan pergerakan mata serta koordinasi mata dan tangan adalah selari.
iv. Latihan mengikut garisan rajah,gambar dan huruf-huruf dari arah kanan ke kiri, dari arah

kiri ke kanan dan dari arah atas ke bawah.

v. Latihan mewarna dari arah kanan ke kiri, dari arah kiri ke kanan dan dari arah atas ke

bawah.

vi. Latihan membentuk huruf-huruf di udara, di atas meja, di atas lantai, di atas pasir dan

sebagainya tanpa menggunakan alat tulis.

vii. Latihan menyambung titik bagi membentuk huruf.

Aktiviti dilaksanakan sebagai proses rawatan. Proses rawatan telah di peraktikkan dengan

cara belajar sambil bermain. Ini adalah bertujuan bagi mewujudkan suasana pembelajaran

yang menyeronokan.

5.5.2 Pelaksanaan Teknik Permainan

Kaedah yang dipilih oleh pengkaji ialah kaedah permaianan bowling. Pada setiap pin bowling

diletak huruf jawi tunggal. Setiap jatuhan bowling diberi markah pertama dan kedua. Namun

pada langkah seterusnya aspek kemahiran menulis diuji dengan penekanan kepada teknik

penulisan huruf tunggal jawi, di mana hurufnya yang terdapat pada pin bowling yang

disediakan dalam permainan tersebut.

Permainan yang diterapkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran ini dapat menarik

minat pelajar terhadap pelajaran.Permainan yang dipilih adalah permainan bowling, dimana

permainan ini paling diminati oleh pelajar kerana disebalik kesoronokan turut juga diselitkan

dengan unsur-unsur persaingan antara pelajar untuk mendapat markah yang tertinggi.
5.5.3 Aktiviti Semasa Permainan

Dalam menguasai kaedah penulisan huruf tunggal jawi terdapat tiga langkah yang utama

yang perlu dilalui oleh murid. Langkah yang pertama dijalankan untuk menguji kemahiran

mengecam, pada langkah kedua kemahiran menyebut pula diuji samada tepat atau tidak di

dalam menyebut huruf manakala langkah ketiga pula dalam aspek penulisan murid diuji,

mampukah murid dapat menulis huruf jawi tunggal dengan tepat dan betul dengan kaedah

yang diajar.

Setiap aktiviti murid akan diambil kira markah. Keseluruhan markah ini akan dikumpul dan

akan ditentukan siapa yang berjaya mendapat markah yang tertinggi mengikut gred yang

telah ditentukan. Markah yang diperoleh akan dicatat dalam borang pemarkahan yang

disediakan.

7.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

Bahagian ini akan membincangkankan tentang dapatan kajian yang berdasarkan daripada set

soalan soal selidik yang diedarkan kepada semua responden yang telah dikenalpasti iaitu

seramai 10 orang dari murid tahun 1R Sekolah Kebangsaan Padang Kala. Semua soalan soal

selidik yang dikemukakan oleh pengkaji kepada responden telah dijawab dengan jujur dan

ikhlas.

Maklumat atau data yang dipungut menggunakan instrument yang disediakan sebelum kajian

iaitu pra permerhatian, pemerhatian, borang soal selidik, set soalan pra ujian dan ujian pos.

Ujian Pra adalah untuk mengesan masalah yang timbul semasa pengajaran. Ujian Pos pula
adalah adalah untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran tulisan jawi dengan kaedah yang

betul.Manakala borang soal selidik pula adalah untuk menentukan persepsi murid terhadap

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran jawi.

7.2 Profil Responden

Dalam kajian ini, 2 set borang soal selidik telah disediakan dan diberikan kepada guru dan

murid yang terlibat dalam kajian ini.Seramai 10 orang murid dan seorang guru yang terlibat

dalam kajian.Lokasi kajian ialah di Sekolah Kebangsaan Padang Kala, Kota Bharu,

Kelantan.Kategori sekolah ini ialah sekolah luar bandar.Kesemua murid sekolah ini ialah

murid beragama Islam dan berbangsa Melayu.

7.2.1 Jantina

Pengumpulan maklumat telah dibuat berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan

kepada murid-murid yang berkaitan.Maklumat ini penting untuk mengetahui sejauhmana

pencapaian murid-murid berdasarkan jantina responden.

Jadual 7.1: Jantina Responden

Peratus Bilangan
Responden
% murid

60% 6 Lelaki
40% 4 Perempuan

100% 10 Jumlah

Rajah 7.1 : Pengelasan Jantina

Menerusi rajah 7.1 di atas kita dapat mengetahui secara keseluruhan tentang jumlah

responden yang terlibat dalam kajian ini. Responden tersebut terdiri daripada 6 orang murid

lelaki atau 60% daripada calon responden, manakala 4 orang murid perempuan atau terdiri

daripada 40% murid perempuan.


7.2.2 Sosioekonomi Keluarga

Dapatan daripada soal selidik yang dilakukan mendapati majoriti bapa responden adalah

buruh. Pemerhatian dan temubual secara tidak langsung bersama responden mendapati tahap

pendidikan bapa responden adalah pada tahap yang sederhana, yang mana tahap pendidikan

mereka adalah sama dengan tahap pendidikan ibu responden masing-masing. Kesukaran

untuk mendapatkan pekerjaan dengan tahap pendidikan yang ada dan juga keadaan

persekitaran, menyebabkan majoriti kaum bapa bekerja sebagai buruh untuk mencari sumber

pendapatan. Bapa responden bekerja sebagai buruh ini melakukan kerja-kerja seperti pekerja

am kontraktor, tukang rumah dan sebagainya. Lain-lain pekerjaan yang didapati daripada

kajian tersebut adalah peniaga, petani dan pemandu.

Jadual 7.2 : Pekerjaan Bapa

Pekerjaan bapa Kekerapan Peratus


Buruh 6 60%

Peniaga 1 10%

Petani 1 10%

Pemandu 2 20%

Jumlah 10 100%
Pekerjaan Bapa

10%
10% petani
peniaga
pemandu
20%
buruh

Rajah 7.2 : Tahap Pekerjaan Bapa

7.2.3 Bilangan adik beradik

Dapatan kajian mendapati bilangan adik beradik boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu

kategori 3 orang anak, kategori 6 orang anak, kategori 7 orang anak dan kategori 9 orang

anak. Majoriti responden yang mempunyai bilangan adik beradik antara 4-9 orang.Jumlah ini

adalah angka yang biasa bagi kebanyakan keluarga.Maklumat yang diperolehi dapat

digambarkan di dalam jadual 4 di bawah.

Jadual 7.3 : Bilangan adik- beradik


Peratus

Bilangan adik beradik Kekerapan (%)


3 orang 2 20%
6 orang 3 30%
7 orang 4 40%
9 orang 1 10%
Jumlah 10 100%

BILANGAN ADIK-BERADIK

3 orang
6 orang
7 orang
9 orang

Rajah 7.3: Bilangan Adik-beradik

Secara keseluruhan, Rajah 7.3 menunjukan majoriti responden adalah terdiri daripada

kategori adik-beradik 3 orang sebanyak 20%. Responden yang mempunyai adik-beradik 6

orang sebanyak 30%, sementara responden yang mempunyai 7 orang adik-beradik sebanyak

40% dan responden yang mempunyai adik-beradik seramai 9 orang sebanyak 10% sahaja.

Responden yang berada dalam kategori ini mengalami kemerosotan pembelajaran berbanding

dengan responden yang berada dalam kategori lain. Mungkin akan disebabkan oleh tumpuan

dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak dan sikap cakna ibu

bapa untuk melihat kemajuan anak-anak mereka.


7.2.4 Keputusan Ujian Pra

Menerusi pencapaian pra ujian yang diadakan kepada murid tahun 1, didapati pencapaian

mereka agak merosot.Ini mungkin disebabkan kerana sebelum ini pengajaran dan

pembelajaran tidak berasaskan permainan walaupun teknik dan kaedah telah pun diajar.

Harapan semoga di dalam keputusan ujian yang akan menyusul kemudian akan berubah ke

arah yang lebih baik dan bermutu.

7
6
5
4
Lelaki
3
Column1
2
1
0
A B C D E

Rajah 7.4 : Perbandingan Markah Antara Murid Lelaki Dan Muird Perempuan

Dalam rajah : 7.4 yang dipaparkan menyatakan dengan jelas tentang pencapaian antara murid

lelaki dengan murid perempuan. Markah gred A dan B dimonopoli oleh murid perempuan

iaitu seramai 3 orang mencapai gred A dan 6 orang mendapat gred B. Sementara bagi murid

lelaki pula seramai 5 orang mendapat gred C berbanding dengan 3 orang murid perempuan

yang mencapai gred C. Keseluruhan markah yang agak merosot dan lemah dimonopoli oleh

murid lelaki iaitu seramai 4 orang mendapat gred D dan 3 orang mendapat gred E,

berbanding dengan murid perempuan pula seramai 2 orang mendapat gred D dan hanya

seorang sahaja yang mendapat gred E. Jumlah murid yang gagal ialah seramai 10 orang.
Manakala susunan pencapaian murid keseluruhan dalam bentuk jadual adalah seperti

berikut:-

Jadual 7.4 : Ujian Khusus Pemilihan Responden

BIL. Murid

Gred Semasa Markah Ujian Pertengahan Tahun


A B C D E 80 Markah 60 79 40 59 39 Markah

Ke atas Markah Markah Ke bawah


32 4 1 8 6 4 4 10 8 10

Jadual 7.4 di atas memaparkan berkaitan dengan pencapaian ujian pra bagi murid tahun 1

Rajin. Pencapaian ini menunjukkan pencapaian murid yang endapat gred A seramai 4 orang,

manakala mencapai gred B pula seramai 10 orang dan yang mencapai gred C adalah seramai

8 orang. Jumlah murid yang lulus adalah seramai 22 orang, sementara murid yang gagal

adalah berjumlah 10 orang iaitu 6 orang mendapat gred D dan 4 orang yang mendapat gred E.

pencapaian murid akan meningkat setelah melalui proses kajian tersebut.

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kelemahan murid di dalam menguasai

kemahiran menulis huruf tunggal jawi dengan kaedah yang betul. Kajian ini membincangkan

tentang dapatan kajian berdasarkan daripada set soalan soal selidik yang diedarkan kepada

responden yang telah dikenalpasti iaitu seramai 10 orang daripada murid tahun 1 Rajin.
Semua soalan yang dikemukakan kepada responden hendaklah dijawab oleh responden dan

diisi oleh pengkaji itu sendiri. Memandangkan murid tahun 1 tidak tahu untuk menulis dan

membaca, jadi pihak pengkaji perlu mengambil inisiatif yang bijak supaya dapatan kajian

adalah tepat dan bermakna.Dapatan kajian ini diperolehi setelah dibuat beberapa siri ujian,

ujian pra dan ujian pos.

7.2.5 Pra Pemerhatian

Pemerhatian telah dilakukan sebelum kajian, dengan menempatkan murid-murid yang tidak

dapat menguasai proses pengajaran dan pembelajaran di suatu sudut. Pada akhir pengajaran

guru mendapati mereka masih dalam dunia mereka. Murid ini tidak dapat menguasai proses

pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan didapati murid-murid ini hilang tumpuan,

hilang pemerhatian, bergurau dengan kawan, berbisik sesama mereka dan suka berkhayal.

Murid seperti yang dinyatakan ini hendaklah diberi pemerhatian yang serius. Guru hendaklah

melakukan tindakan yang sewajar dengan segera kerana jika dibiarkan murid-murid ini akan

terus terbiar dan tersorot serta malas untuk belajar. Oleh itu pra pemerhatian ini amat penting

untuk mengenal pasti kebolehan murid.

7.2.6 Dapatan Pemerhatian

Setelah beberapa sesi pemerhatian dilakukan untuk menyempurnakan kajian ini.Beberapa

contoh soalan kajian telah dibuat untuk mendalami permasalahan ini.Secara rawak didapati

bahawa dengan penggunaan kaedah bermain, responden ini didapati ada perubahan dan

menunjukan peningkatan.Ini dapat dibuktikan bahawa minat dan tumpuan murid tidak boleh

diukur dengan menggunakan soalan objektif, subjektif mahupun pra ujian atau ujian.
Pemerhatian pertama telah dibuat dan didapati murid hanya diam dan seolah-olah timbul

tanda tanya di kalangan mereka. Murid-murid diagihkan dengan kad-kad huruf.Setiap orang

murid diberikan sekaping kad huruf jawi. Murid-murid dikehendaki berlari dan mendapatkan

rakan mereka yang mempunyai huruf yang sama. Murid-murid kelihatan begitu teruja.

Mereka bergerak dari tempat duduk mereka dan mempamerkan kepada rakan mereka yang

memiliki kad huruf yang sama serta cuba menyebutnya dan seterusnya menulis huruf jawi

tersebut di papan hitam dengan kaedah yang betul. Murid-murid kelihatan begitu gembira

walaupun ada di antara mereka gagal menyebut huruf-huruf tersebut.Begitu juga bila

dipraktikkan kaedah bermain seperti permainan bowling.Ini adalah bertujuan untuk mengajar

mereka mengenal huruf-huruf hijaiyyah jawi seterusnya mengajar mereka tentang teknik dan

kaedah penulisan jawi dengan betul.

7.2.7 Dapatan Ujian Pra Dan Ujian Pos

Setiap orang murid diberi satu set ujian pra sebelum pembelajaran bermula. Tujuan ujian ini

adalah untuk mengenal pasti tahap pencapaian murid. Markah murid akan dicatat dan direkod

pada borang yang disediakan, ini adalah bertujuan untuk membuat pemantauan.

Jadual 7.5 : Markah dan gred dalam ujian pra dan ujian pos

Responden Jantina Markah Gred Markah Gred

Ujian Pra Ujian Pos


1. L 18 E 80 A
2. L 26 D 88 A
3. L 32 D 96 A
4. L 18 E 78 B
5. L 34 D 100 A
6. L 18 E 82 A
7. P 24 D 90 A
8. P 18 E 76 B
9. P 28 D 92 A
10. P 32 D 100 A

100
90
80
70
60
50
ujian pra ujian pos
40
30
20
10
0
m1 m2 m3 m4 m5 m6 m7 m8 m 9 m 10

Rajah 7.5 : Perbandingan Markah Ujian Pra da Ujian Pos

Dapatan jadual diatas, didapati setelah pra ujian dilaksanakan, hampir separuh daripada

murid mendapat gred E, manakala sebahagian lagi mendapat gred D. setelah ujian sebenar

dijalankan, bilangan murid yang mendapat gred A seramai 8 orang dan seramai 2 orang yang

mendapat gred B. Ini bermakna pencapaian murid telah berubah ke arah yang lebih baik dan

berpotensi sekiranya ada kesungguhan dalam jiwa murid di sertakan pula dorongan dan

motivasi dari guru-guru dan ibu bapa.


Kajian ini juga adalah lebih terarah kepada penyelesaian masalah yang sering membelenggu

awal pengajian murid, terutamanya bagi murid tahun 1. Usaha ini juga memerlukan guru lain

mengambil tindakan yang lebih kurang sama untuk lebih merangsang minat murid terhadap

pelajaran yang diajar. Kajian ini dianggap penting khasnya bagi guru-guru pendidikan Islam

kerana ia merupakan tugas yang murni. Murid yang lemah ini perlu dibimbing untuk

mengelakkan mereka terus tercicir. Namun setiap perkara yang akan dilakukan mesti melalui

perbincangan dan persepakatan bagi semua pihak.

Rumusannya, setiap murid sewajarnya mengambil berat tentang kemahiran menulis jawi

sebagai satu tanggungjawab di dalam mengenali dan mencintai tulisan jawi sebagai satu

tulisan orang Melayu dengan betul dan baik.Tulisan jawi merupakan kunci khazanah ilmu

dan warisan bangsa Melayu yang mesti dikekalkan sehingga ke akhir zaman.

Hasil kajian ini menunjukkan pentingnya peranan seorang guru, guru yang berpengalaman

dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran akan berjaya menarik minat murid untuk

terus mengikuti pelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian

dengan masa dan tajuk akan member inpak positif terhadap kesan pencapaian murid.

Guru yang bertanggungjawab untuk mendidik pelajar haruslah seorang guru yang bertauliah

dan mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dalam bidang keguruan. Ini bagi

memastikan supaya teknik dan kaedah yang digunakan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran yang berlangsung di dalam dan di luar bilik darjah adalah berkesan dan

member inpak yang positif kepada pelajarnya.


Ketekunan guru dalam dalam membuat kajian tentang cara yang terbaik untuk mengajar

adalah satu usaha yang murni. Kepelbagaian teknik yang digunakan oleh guru menjadikan

pelajar merasai keseronokan dan merasa mata pelajaran jawi merupakan suatu yang mudah

dan menarik untuk dipelajari.

BAB LIMA

RUMUSAN/ CADANGAN

5.0 RUMUSAN / REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

Bahagian ini memberikan gambaran yang jelas tentang hasil dapatan kajian setelah dianalisis

data-data yang diperolehi sebelum ini kajian menumpukan tentang teknik penulisan jawi
dengan menggunakan kaedah yang betul.Ianya bertujuan membincangkan dan merumuskan

serta merumuskankan beberapa cadangan.Hasil daripada maklumat dan data yang telah

diperolehi daripada responden,rumusan dan perbincangan telah dibuat berdasarkan tujuan

utama kajian.

Akhirnya dikemukakan beberapa cadangan bagi penyelidikan selanjutnya yang boleh

dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di masa-masa akan datang.

Hasil dari analisis yang dibuat, dapatlah disimpulkan bahawa secara keseluruhannya kajian

yang telah dilakukan dapat membuahkan hasil dan imput yang memberangsangkan terhadap

responden. Di mana peratusan yang diperolehi oleh responden dalam ujian pra,

keseluruhannya adalah mendapat gred E dan D. setelah ujian pos pula dijalankan semua

responden mendapat peratusan yang menggalakkan, di mana semua responden lulus dan

mendapat gred A. dimana pencapaian markah dari 76% hingga 100%. Pengkaji berpuas hati

kerana terdapat perubahan yang positif khususnya kepada responden yang terlibat secara

langsung.

Kejayaan ini begitu membanggakan kerana pengkaji telah mencapai matlamat asal di mana

pengkaji mengharapkan responden dapat menguasai kemahiran menulis huruf tunggal jawi

dengan kaedah yang betul. Pengkaji dapati responden begitu bersemangat dan bersungguh-

sungguh di dalam menulis huruf tunggal jawi, responden juga mempunyai keyakinan diri

dalam meneruskan pembelajaran yang setanding dengan murid-murid lain.


Hasil kajian ini bolehlah dibuat rumusan bahawa murid-murid dapat meningkatkan

kemahiran penulisan huruf tunggal jawi dengan kaedah yang betul. Ini kerana proses

pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pergerakkan yang aktif khususnya dengan

menggunakan kaedah bermain juga boleh membantu mengaktifkan minda murid-murid.

Semoga pendidikan Islam di seluruh Malaysia amnya dapat melakukan sesuau perubahan ke

arak kebaikan.

Hasil dari kajian ini juga diharapkan dapat mengubah persepsi murid bahawa subjek

pendidikan Islam itu penting dan menyeronokkan.Pelajaran jawi juga tidak sesukar yang

disangkakan.Penggunaan teknik yang telah digunakan terhadap murid-murid boleh

dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan mereka.Melalui kajian ini guru perlu memikirkan

teknik yang lebih berkesan bagi membantu murid-murid yang lemah dalam kemahiran

menulis huruf tunggal jawi dengan kaedah yang betul dengan lebih berkesan.

8.1 Rumusan Hasil Kajian.

Kajian telah dilakukan ke atas murid tahun 1, bertempat di Sekolah Kebangsaan Padang

Kala, Melor 16400, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.Pelajaran jawi merupakan elemen

penting dan merupakan identity bagi masyarakat Melayu di Malaysia.Adalah menjadi

tanggungjawab bagi masyarakat Melayu agar mempertahankan identiti orang Melayu ini.

Celik jawi dianggap penting pada masa kini kerana ia boleh memainkan peranan penting

dalam membangunkan modal insan kelas pertama. Ini bertepatan dengan program j-QAF

yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ada tahun 2005 dan dijalankan

oleh sekolah-sekolah diseluruh negeri di Malaysia. Tambahan pula pada era globalisasi ini
semua kerja atau keputusan yang dibuat mestilah tepat dalam jangka masa yang

ditetapkan.Itulah di antara rasional kajian ini.

Seramai 10 orang murid telah dipilih bagi mengikuti proses kajian ini dan diselia oleh

seorang guru. Pemilihan kumpulan ini dilakukan berdasarkan ujian pra yang diberikan

terlebih dahulu.Murid ini kemudiannya diberi borang maklumat juga borang soal selidik

untuk panduan guru.Murid kemudiannya didedahkan dengan sesi pengajaran dan

pembelajaran melalui kaedah bermain.Murid akhirnya diberikan ujian pos untuk memastikan

keberkesanan kaedah yang dicadangkan.Hasil kajian pos seterusnya telah dibandingkan

dengan keputusan ujian pra yang dianalisis terlebih dahulu.

Kajian didapati mencapai matlamat yang diharapkan di mana keseluruhan murid yang terlibat

dalam proses pembelajaran melalui kaedah bermain, ini menunjukkan minat dan konsentrasi

serta melibatkan diri secara aktif. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat mengubah persepsi

pelajar kepada subjek pendidikan Islam terutama tulisan jawi yang dianggap sukar oleh

sestengah murid. Mereka seterusnya akan merasa seronok dan dapat memberi kesan yang

positif dan bermakna terhadap pemahaman konsep dan mengekalakan dalam minda murid-

murid serta akan mewujudkan rasa cinta yang mendalam terhadap al-Quran itu sendiri.

8.2 Refleksi Dapatan Kajian


Merujuk kepada jadual 1, kita akan mengetahui dengan jelas jantina responden yang terlibat

dalam kajian ini, iaitu terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan.

Maklumat ini diperolehi daripada borang maklumat murid.Manakala pencapaian mereka pula

dirujuk kepada ujian pertengahan tahun.Hampir keseluruh pelajar dalam kelas ini

memperolehi pencapaian sederhana dan lemah. Sepuluh daripada murid yang lemah ini

dipilih untuk menyertai kajian ini. Mereka diberikan pra ujian. Kemudian guru cuba

menyampaikan pengajarannya dengan kaedah bermain. Seterusnya murid-murid ini diberikan

ujian yang sama sekali lagi. Perubahan dapat dilihat dalam jadual 7, murid yang sebelum ini

mendapat gred E dan gred D pada ujian pra sudah berubah mendapat gred A seramai 8 orang

dan seramai 2 orang mendapat gred B dalam ujian pos. Pencapaian ini adalah sesuatu yang

membanggakan.

Daripada hasil dapatan pada ujian pra dan ujian pos, murid akan terus dibimbing untuk

menguasai kemahiran menulis huruf tunggal jawi dengan kaedah yang betul dan melalui

proses pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah bermain. Guru memastikan semua murid

terlibat dengan aktif dan bersemangat. Kerjasama semua pihak pasti menjanjikan hasil yang

terbaik kepada semua, khususnya terhadap kajian yang telah dijalankan ini.Perbezaan markah

yang ketara sebelum menjalankan kaedah bermain adalah suatu perkembangan yang positif

dan berkesan. Seorang guru yang kreatif tidak akan mengeluh sekiranya mendapat murid

yang lemah, sebaliknya cuba mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki keadaan dan

juga masalah yang timbul. Dengan ini marilah kita sama-sama tangani masalah ini dengan

hati yang terbuka.


8.4 Implikasi Dapatan Kajian

Kajian yang dijalankan menunjukkan pelajar menzahirkan minat yang mendalam dalam

mengikuti sesi pembelajaran dengan menggunakan teknik dan kaedah penulisan huruf

tunggal jawi yang betul.Keputusan yang agak baik dalam ujian yang dijalankan. Dengan

kaedah yang menarik ini, iaitu dengan cara pergerakan tangan yang serentak dengan

koordinasi mata di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, akan bertambah diminati,

jelas dan berkesan. Kajian mendapati bahawa langkah-langkah pembelajaran kooperatif

dengan rangsangan daripada kaedah bermain akan mendorong murid mencuba melakukan

sesuatu yang menjadi kesukaran kepada mereka selama ini.

Hasil kajian ini menunjukkan pentingnya guru sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan

memperkembangkan daya kreatif dan perlu inovatif dalam menentukan proses pengajaran

dan pembelajaran dalam bilik darjah berjalan dengan lancar seterusnya menarik minat pelajar.

Tanggungjawab seperti ini memerlukan usaha dan semangat yang lebih gigih. Guru bukan

sekadar mengajar semata-mata malah perlu lebih mengusai kemahiran yang akan diajar. Guru

perlu melengkapkan diri dengan menghadari kursus-kursus yang berkaitan dengan kaedah

pengajaran dan pembelajaran sebagai persediaan berhadapan dengan murid di zaman ini.

Selain daripada itu guru perlu mengelakkan diri dari beranggapan bahawa minda murid itu

sebagai tin kosong yang hanya cukup diisi dengan fakta dan pengetahuan baru sebaliknya

mengambil kira, menilai mengukur keterlibatan dan kefahaman mereka dalam

mengembangkan maklumat yang disampaikan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

Peranan guru sebagai pembimbing dan fasilitator juga dapat membantu dalam mengawal

disiplin murid dengan berkesan.


Dalam hai ini guru perlu teliti setiap orang murid di dalam kelas, apatah lagi bilangan murid

yang terhad 10 orang sahaja. Bagi kelas pemulihan guru perlu peka dengan kebolehan murid

secara individu, di mana guru memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri dan

membimbing secara personal, contohnya jika murid tidak mampu menggerakkan jari

jemarinya untuk menulis, maka sudah tentu gurulah yang akan memainkan peranan di dalam

menggerakkan jari jemarinya itu dengan cara guru hendaklah mendekati dan membantu

melembutkan pergerakkan jari mereka untuk memulakan penulisan huruf tunggal jawi

dengan cara yang betul, iaitu dari arah kanan ke kiri, dari atas ke bawah dan dari arah kiri ke

kanan.

Perubahan peranan guru pada hari ini adalah seiring dengan perubahan strategi pengajaran

dan pembelajaran yang tertumpu dalam bilik darjah. Menurut Mok Soon Sang (2000), untuk

menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi perancangan pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan, guru pada hari ini hendaklah sentiasa berusaha

melengkapkan diri dengan mengemas kini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari

masa ke semasa.

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Tahap penguasaan kemahiran menulis huruf tunggal jawi di kalangan murid Sekolah

Kebangsaan Padang Kala boleh di pertingkatkan lagi untuk menjadikan tahap kemahiran

menulis huruf tunggal jawi ke tahap yang boleh dibanggakan.Bagi merealisasikan hasrat ini,

semua pihak perlu terlibat secara holistik bagi memastikan hasrat ini tercapai.Pada pandangan

penulis, guru perlu memainkan peranan utama dalam menjayakan hasrat ini tetapi sokongan

dan kerjasama daripada pihak guru, sekolah, ibu bapa, masyarakat dan Kementerian Pelajaran
Malaysia perlu bergerak seiring bagi menjayakannya.Beberapa langkah boleh diambil untuk

meningkatkan tahap kemahiran menulis huruf tunggal jawi di kalangan murid sekolah

rendah.

9.1 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini merupakan kajian yang hanya menekankan kepada aspek tertentu tentang

kemahiran menulis huruf tunggal jawi.Kajian ini terbatas kepada sekolah dan responden

tertentu sahaja. Adalah diharapkan agar penulis akan datang dapat membuat kajian yang lebih

mendalam dari aspek-aspek lain yang tidak dikaji dalam kajian ini.

Berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi dari hasil kajian ini, beberapa cadangan

disarankan untuk pengkaji di masa akan datang agar dapat melengkapkan lagi kajian seperti

ini, iaitu :-

1. Kajian ini hanya memfokuskan kepada kemahiran menulis huruf tunggal jawi

berpandukan pencapaian Ujian Pertengahan Tahun. Untuk mengetahui tahap celik jawi,

adalah diharapkan penulis akan datang dapat mengkaji dengan lebih mendalam lagi

kaedah sebutan huruf dan sebagainya.

2. Kajian tentang penggunaan bahan bantu mengajar bagi meningkatkan lagi minat terhadap

pengajaran dan pembalajaran tulisan jawi. Kajian mengenai penggunaan bahan bantu

mengajar ini banyak dijalankan tetapi tudak banyak berkaitan dengan penguasaan

menulis jawi.
3. Memandangkan kajian ini telah diadakan di sebuah sekolah sahaja, maka dapatan kajian

adalah benar dan releven untuk sekolah tersebut sahaja. Pada pengkaji yang akan datang

disarankan agar menggunakan sekolah daripada seluruh negeri supaya dapatan kajian

lebih lengkap dan dipercayai.

4. Kajian tentang teknik yang digunakan untuk murid menyelesaikan masalah penguasaan

tulisan jawi. Penggunaan teknik yang telah digunakan terhadap murid-murid boleh

dipelbagaikan mengikut tahap kematangan mereka. Melalui kajian ini mungkin guru

boleh memikirkan teknik yang berkesan bagi membantu murid-murid menyelesaikan

masalah penguasaan tulisan jawi dengan lebih berkesan.

5. Diharap penulis akan datang dapat mengkaji dari sudut kelemahan murid dalam

kemahiran menulis huruf tunggal jawi supaya langkah-langkah pemulihan dapat diambil

dengan segera untuk memastikan semua generasi akan datang mempunyai kemahiran

menulis jawi serta tahap celik jawi yang diharapkan.

6. Kajian ini hanya menggunakan statistik peratusan. Dicadangkan pengkaji akan datang

menggunakan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam mengkaji kebolehan

menguasai kemahiran menulis huruf tunggal jawi murid-murid sekolah. Kajian yang lebih

baik ialah kajian yang menggunakan kedua-dua kaedah iaitu kuantitatif dan kualitatf

supaya dapatan lebih terperinci.

9.2 Cadangan Penambahbaikan


Pengkaji menyarankan di sini bagi menghasilkan dapatan yang lebih baik dan

memberangsangkan. Pengkaji mencadangkan beberapa penmambahbaikan. Di antaranya

ialah :-

i. Mempelbagaikan aktiviti dan penglibatan murid secara aktif di sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini adalah untuk menarik minat murid dan

melahirkan rasa seronok untuk terus belajar.

ii. Mewujudkan aktiviti secara berkumpulan, di mana murid-muridnya terdiri daripada

kumpulan yang cerdas, sederhana dan lemah.

iii. Guru perlu melantik seorang guru kecil di kalangan mereka dalam setiap kumpulan

sebagai fasilitator atau pemudah cara.

9.4 Kesimpulan

Kajian ini adalah merupakan kajian yang dijalankan dalam masa yang terhad dan pastinya

terdapat kelemahan.Namun begitu penulis merasa yakin bahawa dapatan ini telah

menjelaskan kepada kita bahawa tahap menguasai kemahiran menulis huruf tunggal jawi

memberi kesan kepada pencapaian Pendidikan Islam bagi murid-murid tahun 1.

Hasil dari analisis yang dibuat, dapatlah disimpulkan bahawa secara keseluruhannya kajian

yang telah dilakukan dapat membuahkan hasil dan input yang memberangsangkan terhadap

responden. Di mana peratusan yang diperolehi oleh responden dalam ujian pra,

keseluruhannya adalah mendapat gred E dan D. setelah ujian pos pula dijalankan semua

responden mendapat peratusan yang menggalakkan, di mana semua responden lulus dan

mendapat gred A seramai 8 orang dan gred B seramai 2 orang.


Pengkaji berpuas hati kerana terdapat perubahan yang positif khususnya kepada responden

yang terlibat secara langsung.Kejayaan ini begitu membanggakan kerana pengkaji telah

mencapai matlamat asal di mana pengkaji mengharapkan responden dapat menguasai

kemahiran menulis huruf tunggal jawi dengan kaedah yang betul. Pengkaji dapati responden

begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh di dalam menulis huruf tunggal jawi, responden

juga mempunyai keyakinan diri dalam meneruskan pembelajaran yang standing dengan

murid-murid lain.

Kebolehan mengenal dan menulis huruf tunggal jawi amat penting dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam.Hal ini kerana bahan pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Islam sebahagian besarnya ditulis dalam tulisan jawi.Pelajar juga perlu cekap

dalam menguasai jawi supaya dapat mempelajari jawi dan dapat membaca al-Quran dengan

lancar.

Kahadiran guru-guru j-QAF yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

semenjak tahun 1994 / 1995 ke sekolah-sekolah sebenarnya banyak memberi kekuatan

kepada Guru Pendidikan Islam dalam menangani isu jawi ini. Sasaran j-QAF yang bertujuan

untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus kepada pelajaran jawi, al-

Quran, bahasa arab dan fardhu Ain adalah satu usaha yang baik demi membentuk

keseimbangan spiritual dan jasmani pelajar. Dicadangkan juga agar bilangan guru j-QAF

yang berkomitmen tinggi ditambah lebih ramai lagi di sekolah-sekolah rendah agar dapat

membantu Guru Pendidikan Islam serta memulihkan penguasaan jawi di kalangan murid-

murid sekolah rendah.

Kajian tentang Kemahiran Kaedah Menulis Huruf Tunggal Jawi ini juga perlu dilakukan dan

dipantau dari masa ke semasa kerana ia boleh menjadi landasan pihak sekolah atau
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperbaiki kelemahan murid seterusnya

meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Diharap semua cadangan dan pandangan

penulis akan mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak yang berwajib.

BIBLOGRAFI

Abdullah al-Qari bin Haji Salleh. (1993). Pendidikan Islam di Malaysia.Bangi:


Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amat Juhari Moain. (1992).Sejarah Tulisan Jawi.Jurnal Bahasa 35(11): 101


1012..1996. perancangan Bahasa: sejarah Aksara Jawi. Kuala lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Daftar Kata Bahasa Melayu. (2005). Rumi-Sebutan-Jawi.Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Hashim Hj. Musa. (1999). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi.Kuala Lumpur.


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jawatankuasa Penerbitan Majlis Penyelia KAFA Negeri Kelantan. (2002). Panduan


pengurusan Kelas KAFA. Kota Bharu: Majlis Penyelia KAFA Negeri Kelantan.

Jurulatih Utama Pendidikan Islam Rendah. (2008). Agihan Huraian Sukatan Kelas al-
Quran dan Fardu Ain.Kota Bharu: Pejabat Pelajaran Daerah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Buku Panduan Kursus Pemantapan Guru-


Guru j-QAF tahun 2006.

Panduan Pengurusan j-QAF Pemulihan Jawi. (2006). JAPIM Kementerian Pelajaran


Malaysia.

Nik Rusila bt. Yaakob. (2001). Pengurusan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan
Pencapaiannya Dalam Pendidikan Isam. Kertas Kerja dan Jurnal Pendidikan
dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Amri Daud. (2005). Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di


Terengganu.Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

Abdul Majid Konting. (1997). Kaedah Penyelidikan Pendidikan.Dewan Bahasa dan


Pustaka: Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1983. Sukatan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Mohd Salleh, Mohd Farid, Hafiz Ahmad. (2008). Sri Pendidikan Guru Islam
Rabbani Dasar Pendidikan Islam Teras. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah
Alam.

Che Siah Che Man (2007), Pendekatan Pelajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Azizi Abdullah. (2006). Jawi Yang Malang.http://www.scribd.com

Awang Mohd Amin (1889) Tulisan Jawi Ke arah penggunaan yang lebih meluas dan
berkesan. Jurnal Dewan Bahasa, 33(12),937-941.

Anisah bt Mat Soh. (tanpa tarikh) Meningkatkan Penguasaan Pelajar Dalam Tulisan
Jawi Melalui Kaedah Pembelajaran Masteri Dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer.SMK Pengkalan.

Aisyah Rabiah Muhammad Saleh (2002),Pelaksanaan Jawi Di Sekolah: Satu


Penyelesaian, kertas kerja sempena Mesyuarat Agung PENJAWIM 2002.

Suhaimi Mohammad (2008), Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Model


Pengajaran Diperolehi daripada
http://www.searchinpdf.com/TAHAP-KESEDIAAN -GURU-TERHADAP-
PELAKSANAAN-MODEL- PENGAJARAN-...

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2004) Buku Panduan Pelaksanaan
Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran j-QAF (Tahun 1):
Jabatan Pendidkan Islam dan Moral.KementerianPelajaran Malaysia.

Nik Rosila Nik Yaacob (2007), Penguasan Jawi Dan Hubungannya Dengan Minat
Dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam.Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia.
http://www.Pemulihan jawi.my

http://www.Mahimun.gov.my

http://quranexplorer

LAMPIRAN A

Mohd Razrawardy bin Abdul Rashid,


Lot 50 Depan Klinik Bidan Kampung Parit,
Pasir Tumboh,
16150 Kota Bharu, Kelantan.
____________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Padang Kala,
16400 Melor, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MELAKSANAKAN KAJIAN DI SEKOLAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya adalah Mohd Razrawardy bin Abdul Rashid (no. k/p : 800114-03-5259) selaku
pelajar Sarjana Pendidikan Islam bertempat di Open University Malaysia kampus Kelantan
ingin menjalankan satu kajian yang bertajuk Kemahiran Menulis Huruf Tunggal Jawi di
Kalangan Murid Tahun 1.

3. Sehubungan dengan itu saya dengan penuh harapan memohon kebenaran daripada
pihak tuan untuk menjalankan kajian tersebut di sekolah tuan dengan melalui boring kaji
selidik yang akan diedarkan kepada murid tahun 1 yang dipilih. Segala bentuk hasil kajian
yang diperolehinnanti hanyalah untuk penyelidikan sahaja.

4. Segal pertimbangan dan jasa baik pihak tuan amatlah saya hargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

(MOHD RAZRAWARDY BIN ABDUL RASHID)

No.K/P : 800114-03-5259
\

LAMPIRAN B

BORANG SOAL SELIDIK (1)

1. Nama :..

2. Tahun :..................

3. Tarikh lahir :.

4. Tempat dilahirkan :.

5. Jantina :..

6. Bangsa :..

7. Agama :..............

8. Cita-cita murid :..

9. Alamat murid :..........

..

10. Jarak dari sekolah :..

11. Cara ke sekolah :..

12. Pekerjaan bapa :..

13. Pekerjaan ibu :..

14. Pendapatan bapa :..

15. Pendapatan ibu :..


LAMPIRAN C

BORANG SOAL SELIDIK (2)

a) Biodata diri

1. Nama murid :..

2. Tahun :..

3. Jarak dari sekolah :..

4. Cara ke sekolah :..

5. Bil. Adik beradik :..

6. Bil. Anak bersekolah :..

b) Bahan permainan bantu pembelajaran di rumah

1. Permainan : Ada / Tiada*

1.1. Luar rumah : Ada / Tiada*

1.2. Dalam rumah : Ada / Tiada*

2. Televisyen : Ada / Tiada*

3. Radio : Ada / Tiada*


4. Surat khabar : Ada / Tiada*

5. Majalah : Ada / Tiada

c) Kemudahan di rumah

1. Bekalan eletrik : Ada / Tiada*

2. Bekalan air : Ada / Tiada*

3. Kerusi : Ada / Tiada*

4. Meja : Ada / Tiada

LAMPIRAN D

Soalan soal selidik mengenai peningkatan kemahiran menulis huruf tunggal jawi

Bil. Soalan Ya Tidak


1. Saya suka belajar jawi.
2. Saya suka bermain dengan huruf jawi.
3. Saya suka menyanyi huruf jawi.
4. Saya tahu menulis huruf tunggal jawi.
5. Saya mampu mencari huruf yang sama seperti yang ditunjuk.
6. Saya boleh tunjuk huruf yang sama pada kad dan carta.
7. Saya boleh menulis dan tiru cara menulis huruf tunggal jawi.
8. Saya boleh menulis huruf yang ditunjukkan oleh guru.
LAMPIRAN E

Contoh borang markah pra ujian dan ujian.

Bil Nama murid L/P Markah Gred


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Jadual 6: Borang markah ujian murid

LAMPIRAN F
ARAHAN : WARNAKAN HURUF-HURUF DI BAWAH INI DENGAN TEKNIK YANG

BETUL.

LAMPIRAN G
ARAHAN : TULIS HURUF DI BAWAH MENGIKUT CONTOH.

LAMPIRAN H

ARAHAN : TULIS HURUF DI BAWAH MENGIKUT CONTOH.

Anda mungkin juga menyukai