Anda di halaman 1dari 9

ISSN: 2180-4842. Vol. 5, Bil. 2 (Nov.

2015): 22-30 22

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN SIKAP DAN PERSEPSI MURID TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA


MELAYU DENGAN KEMAHIRAN ABAD KE-21
(Attitude Relationship and Students Perception through Malay Language Learning
with 21st Century Skills)

MASYUNIZA YUNOS Abstrak:Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan sikap dan persepsi murid
ieza_1327@yahoo.com terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21.
Kementerian Pendidikan Malaysia Domain kemahiran abad ke-21 yang dikaji terdiri daripada lima komponen utama iaitu
kemahiran literasi era digital, kemahiran pemikiran inventif, kemahiran komunikasi
berkesan dan penghasilan produktiviti tinggi serta norma dan nilai kerohanian. Soal
Dihantar pada: selidik digunakan sebagai alat kajian bagi mengutip data. Seramai 280 orang murid
Tingkatan 4 di daerah Segamat, Johor telah dipilih sebagai responden kajian. Analisis
20 September 2015
data yang digunakan adalah SPSS 19 sebagai alat untuk pemerihalan data deskriptif
dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap murid, dan tahap kemahiran
Diterima pada: abad ke-21 adalah tinggi dan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kemahiran
20 November 2015 tersebut berdasarkan lokasi sekolah. Secara keseluruhan, hubungan sikap dengan
kemahiran abad ke-21 adalah kuat dan tinggi (r=0.711, 0.673).Hal ini menunjukkan
bahawa kemahiran abad ke-21 perlu banyak diaplikasikan dalam pengajaran guru
Koresponden:
murid-murid lebih berdaya saing dalam mempelajari Bahasa Melayu.
ieza_1327@yahoo.com
Kata kunci: Sikap, bahasa Melayu, kemahiran abad ke-2, lokasi sekolah

Abstract:This study aimed to evaluate the skills of the 21st century students in Malay
Language. Domain 21st century skills being studied consists of five major components
which is digital age literacy, inventive thinking skills, effective communication skills
and high productivity production and norm and spiritual value. The first four
components were adapted from enGauge 21st century skills while another additional
component, norms and spiritual values are adjusted with Malaysian education. In
addition, this study also looked the different levels of the 21st century skills of students
based on gender and school location. The questionnaires were used as the instrument
to collect data. 280 students from Form 4 in Segamat district were chosen as
respondents. SPSS 17 was used to analyze descriptive and inferential data. The results
showed that students' attitudes and the level of skills of the 21st century is moderately
high and there are significant differences in the skills based on the location of the
school. Overall, the correlation between attitude and perception of the students and
the skills of the 21st century are high (r = 0,711, 0,673). Therefore, based on the
findings of the study revealed that the application of the skills acquired in the existing
study as well as new skills development can help student to face challenge in the
future and also build a positive competitive environment among them.

Keywords: Attitude, Malay language, skills of the 21st century, school location

Fakulti Pendidikan, UKM @ Mei2014

Fakulti Pendidikan, UKM @ Nov. 2015


ISSN: 2180-4842. Vol. 5, Bil. 2 (Nov. 2015): 22-30 23

PENGENALAN mewujudkan daya saing yang positif antara satu


sama lain. Hal ini kerana, kemahiran abad ke-21
Pada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi amat berguna dalam dunia globalisasi hari ini.
cabaran yang sengit terutamanya dalam abad ke-21 Justeru, PdP Bahasa Melayu perlu memberi
ini. Masyarakat abad ke-21 merupakan masyarakat perhatian tentang kemahiran ke-21.
yang berorientasikan sains dan teknologi serta
menggunakan prasarana teknologi maklumat PERNYATAAN MASALAH
terkini dalam kehidupan seharian (Juriah, Khalid,
Raja Mohd Fauzi, Siti Fatimah, Nik Mohd Rahimi, Pada abad ke-21 ini, murid tidak harus dinilai
Zamri & Zarin 2001).Pada abad ke-21 ini, Bahasa hanya dengan kebolehan menjawab soalan ujian
Melayu yang diperkasakan dan dimartabatkan di tetapi juga harus menilai sejauh mana mereka
negara ini terpaksa menghadapi saingan hebat menguasai kemahiran abad ke-21 seperti
dengan Bahasa Inggeris dari pelbagai sudut. kemahiran menyelesaikan masalah, keusahawanan
Pada hari ini, perkembangan teknologi telah dan kreativiti. Menyedari kepentingan kemahiran
mempengaruhi setiap bidang kehidupan. abad ke-21, pengintegrasian dalam pendidikan
Perkembangan teknologi maklumat serta telah pun dilaksanakan di negara-negara barat
penggunaan komputer membawa implikasi yang seperti Amerika Syarikat. Menurut NCREL:
besar terhadap kehidupan manusia termasuklah enGauge 21st century skills (2002), kemahiran
dalam bidang pendidikan. Aspek teknologi telah abad ke-21 mampu menyediakan generasi muda
digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai untuk menghadapi kemungkinan yang bakal
satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk dihadapi dalam masyarakat industri, ekonomi
minat serta sikap yang positif terhadap proses global, kebanjiran teknologi tinggi dan canggih
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Zamri yang sentiasa berubah serta penggunaan komputer
(2012), bentuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) sebagai keperluan urusan harian dan limpahan
pada abad ke-21 masih tetap berpusatkan guru, maklumat sejagat. Perubahan-perubahan yang
tetapi guru memainkan peranan lebih penting ketara dan pantas dalam pelbagai bidang adalah
untuk melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti cabaran besar yang dihadapi generasi kini dan
pembelajaran. dijangka lebih hebat dan kritikal dengan
Menurut Azalya (2003), bagi menghadapi sumbangan teknologi baru serta pengkomputeran.
cabaran globalisasi rakyat Malaysia perlu Menurut Kellner (2000), revolusi teknologi
dilengkapi dengan asas pendidikan dan latihan mempunyai kesan yang besar ke atas masyarakat
yang kukuh serta mempunyai pelbagai kemahiran berbanding peralihan budaya oral kepada budaya
umum termasuk kebolehan berkomunikasi dan cetakan. Murid yang tidak memperoleh kemahiran
menguasai bahasa. Penekanan dalam menguasai yang diperlukan akan menghadapi saingan. Hal ini
kemahiran abad ke-21 dalam proses PdP haruslah kerana, kemahiran di tempat kerja akan terus
bermula dengan menerapkan pelbagai kemahiran meningkat menjadi satu ciri yang menentukan
abad ke-21 dalam proses PdP. Oleh itu, kurikulum pembangunan ekonomi dan menghasilkan
pendidikan haruslah sentiasa mengikut peredaran teknologi baharu serta bersaing dalam pasaran
zaman bagi memastikan pelajar yang dikeluarkan global. Sawchuk (2009) mencadangkan pihak
bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan malah sekolah melaksanakan dan memantau pengajaran
menguasai kemahiran abad ke-21 bagi yang dapat mewujudkan kemahiran abad ke-21
menghadapi era globalisasi pada masa ini, seperti berfikir secara kritikal dan analitikal,
termasuk kurikulum Bahasa Melayu. kemahiran teknologi, kreativiti, kerjasama dan
Kajian berkaitan penyepaduan kemahiran komunikasi yang dibuktikan oleh pakar bahawa
abad ke-21 dalam bidang pendidikan telah banyak murid mempunyai kemahiran tersebut.
dilakukan oleh pengkaji, namun kajian berkaitan Dalam memenuhi tuntutan mempersiapkan
penyepaduan kemahiran abad ke-21 dalam PdP murid dengan kemahiran abad ke-21, para guru
Bahasa Melayu belum pernah dijalankan. Lantaran Bahasa Melayu menghadapi pelbagai cabaran
itu, kajian ini diharap dapat membantu pelajar kerana banyaknya kemahiran yang perlu
untuk menghadapi kehidupan yang mencabar di didedahkan, namun keterbatasan waktu menjadi
luar sekolah dan juga masa akan datang yang dapat penghalang utama. Menyesuaikan sesuatu kaedah
ISSN: 2180-4842. Vol. 5, Bil. 2 (Nov. 2015): 22-30 24

pembelajaran untuk sekumpulan murid yang Bahasa Melayu dengan kemahiran abad
rencam dari segi pengalaman sedia ada, gaya ke-21
pembelajaran, minat dan sebagainya, menjadikan
usaha ini semakin rumit. Guru merupakan salah HIPOTESIS KAJIAN
satu faktor yang penting dalam menjadikan suatu
proses pengajaran dan pembelajaran itu berkesan. Sebanyak dua hipotesis kajian dibentuk untuk
Guru yang mengajar dengan baik dapat mengubah menjawab dua objektif kajian, iaitu:
persepsi murid terhadap sesuatu mata pelajaran. Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan
Bagi mengubah persepsi murid, guru Bahasa antara sikap murid terhadap mata pelajaran
Melayu perlu memainkan peranan membentuk Bahasa Melayu dengan kemahiran abad ke-
minat murid serta lebih menumpukan perhatian 21.
dalam PdP. Oleh itu, guru Bahasa Melayu harus Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan
sentiasa bersikap proaktif dan mengambil inisiatif antara persepsi murid terhadap pengajaran
untuk berusaha meningkatkan kemahiran dan dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan
menghasilkan teknik pengajaran berkesan yang kemahiran abad ke-21.
mampu menarik minat murid dan pada masa yang
sama turut memenuhi keperluan sukatan pelajaran. METODOLOGI
Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan
untuk melihat penyepaduan kemahiran abad ke-21 Kajian ini adalah kajian tinjauan yang
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Soal selidik
kerana, tidak terdapat kajian mengenai kemahiran digunakan untuk mengenal pasti kemahiran abad
abad ke-21 dalam bidang Bahasa Melayu. Di ke-21 yang diterapkan kepada murid semasa
samping itu, pengkaji mendapati bahawa PdP proses PdP Bahasa Melayu. Responden kajian
bahasa dianggap penting dalam proses terdiri daripada murid tingkatan empat di empat
melengkapkan keperluan murid menguasai bahasa. buah sekolah menengah di daerah Segamat, Johor.
Bahasa Melayu yang begitu dinamik sifatnya Seramai 280 orang murid terlibat dalam
memerlukan cara khusus untuk dikuasai. kajian.Empat buah sekolah tersebut ialah Sekolah
Dalam trend PdP bahasa abad ke-21 kini, Menengah Kebangsaan Kamalrul Ariffin, Sekolah
guru Bahasa Melayu bukan sahaja perlu Menengah Kebangsaan Munshi Ibrahim Labis,
menguasai ilmu bahasa, tetapi juga dapat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara
melengkapkan dengan kemahiran bahasa Dalam Segamat dan Sekolah Menengah
(mendengar, bertutur, membaca dan menulis) di Kebangsaan Agama Segamat.
samping menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam Instrumen yang digunakan dalam kajian ini
kalangan murid. Oleh itu, PdP Bahasa Melayu adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang
perlu dihuraikan berpandukan teori serta diadun dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian
dengan strategi pengajaran yang mampu pertama ialah Bahagian A yang berkaitan dengan
membantu guru mengendalikan dengan berkesan demografi responden. Bahagian kedua pula iaitu
(Zamri 2012). Bahagian B berkaitan dengan sikap murid terhadap
P&P bahasa Melayu dan Bahagian C adalah
TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN konstruk kemahiran-kemahiran abad ke-21.
Soal selidik akan dianalisis menggunakan
Secara am, kajian ini adalah bertujuan untuk perisian Statistical Package for the Social Science
melihat hubungan dan persepsi murid ketika (SPSS) versi 19.0. Analisis yang digunakan ialah
mempelajari Bahasa dengan kemahiran ke-21. Ujian Mann-Whitney U dan ujian korelasi
Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk: Spearman Rho. Oleh itu, huraian dalaman
1. Mengenal pasti hubungan sikap murid bahagian ini akan memperincikan keputusan ujian
terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu bagi menguji hipotesis kajian.
dengan kemahiran abad ke-21.
2. Mengenal pasti hubungan persepsi murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran
ISSN: 2180-4842. Vol. 5, Bil. 2 (Nov. 2015): 22-30 25

DAPATAN KAJIAN ialah 0.686 (rs = 0.686) dan nilai kebarangkalian


ialah 0.000 yang diuji pada aras keertian 0.05.
Hubungan Sikap Murid terhadap Mata Nilai kebarangkalian ini didapati lebih kecil dari
Pelajaran Bahasa Melayu dengan Kemahiran aras keertian (p<0.05). Nilai korelasi yang terhasil
Abad Ke-21 ini adalah korelasi yang tinggi. Sehubungan itu,
dapatan menunjukkan bahawa sikap terhadap mata
Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan pelajaran Bahasa Melayu dengan kemahiran
antara sikap murid terhadap mata pelajaran Bahasa literasi era digital mempunyai hubungan yang
Melayu dengan kemahiran abad ke-21. positif dan signifikan (rs=0.686, p<0.05).

Jadual 1 merupakan hasil analisis korelasi Jadual 2. Analisis korelasi Spearmans Rhoantara
Spearmans Rho antara sikap murid terhadap mata sikap murid terhadap Bahasa Melayu dengan
pelajaran Bahasa Melayu dengan kemahiran abad setiap elemen kemahiran abad ke-21
ke-21.Keputusan analisis bagi sikap terhadap
Bahasa Melayu menunjukkan bahawa nilai pekali Pemboleh ubah Kemahiran N rs P
Abad ke-21
korelasi ialah 0.711 (rs = 0.711) dan nilai
Sikap terhadap Kemahiran 280 0.686 0.000**
kebarangkalian ialah 0.000 yang diuji pada aras Bahasa Melayu Literasi Era
keertian 0.05. Nilai kebarangkalian ini didapati Digital
lebih kecil dari aras keertian (p<0.05). Nilai
korelasi yang terhasil ini adalah korelasi yang Pemikiran 279 0.670 0.000**
Inventif
tinggi.
Sehubungan itu, dapatan menunjukkan Komunikasi 279 0.448 0.000**
bahawa sikap terhadap mata pelajaran Bahasa Berkesan
Melayu mempunyai hubungan yang positif dan
signifikan dengan kemahiran abad ke-21 Penghasilan 279 0.628 0.000**
Produktiviti
(rs=0.711, p<0.05). Oleh itu, hipotesis nol adalah Tinggi
ditolak.
Norma dan 280 0.657 0.000**
Jadual 1. Analisis korelasi Spearmans Rho antara kerohanian
sikap murid terhadap Bahasa Melayu dengan p <.0.05**
kemahiran abad ke-21
Keputusan analisis bagi sikap terhadap
Pemboleh ubah Kemahiran Abad ke-21
Bahasa Melayu dengan pemikiran inventif pula
N rs P menunjukkan bahawa nilai pekali korelasi ialah
Sikap terhadap Bahasa 280 0.711 0.000** 0.670 (rs = 0.670) dan nilai kebarangkalian ialah
Melayu 0.000 yang diuji pada aras keertian 0.05. Nilai
P <.0.05** kebarangkalian ini didapati lebih kecil dari aras
keertian (p<0.05). Nilai korelasi yang terhasil ini
Seterusnya, kajian ini akan membincangkan adalah korelasi yang tinggi. Sehubungan itu,
secara terperinci dapatan bagi sikap murid dapatan menunjukkan bahawa sikap terhadap mata
terhadap Bahasa Melayu dengan setiap elemen pelajaran Bahasa Melayu dengan pemikiran
kemahiran abad ke-21, iaitu literasi era digital, inventif mempunyai hubungan yang positif dan
pemikiran inventif, komunikasi berkesan, signifikan (rs=0.670, p<0.05).
penghasilan produktiviti tinggi serta norma dan Seterusnya, keputusan analisis bagi sikap
kerohanian. terhadap Bahasa Melayu dengan komunikasi
Jadual 2 merupakan hasil analisis korelasi berkesan menunjukkan bahawa nilai pekali
Spearmans Rhoantara sikap murid terhadap korelasi ialah 0.448 (rs = 0.448) dan nilai
Bahasa Melayu dengan setiap elemen kemahiran kebarangkalian ialah 0.000 yang diuji pada aras
abad ke-21. Keputusan analisis bagi sikap terhadap keertian 0.05. Nilai kebarangkalian ini didapati
Bahasa Melayu dengan kemahiran literasi era lebih kecil dari aras keertian (p<0.05). Nilai
digital menunjukkan bahawa nilai pekali korelasi korelasi yang terhasil ini adalah korelasi yang
ISSN: 2180-4842. Vol. 5, Bil. 2 (Nov. 2015): 22-30 26

sederhanai. Sehubungan itu, dapatan menunjukkan Jadual 3. Analisis korelasi Spearmans Rho antara
bahawa sikap terhadap mata pelajaran Bahasa persepsi murid terhadap PdP Bahasa Melayu
Melayu dengan komunikasi berkesan mempunyai dengan kemahiran abad ke-21
hubungan yang positif dan signifikan (rs=0.448,
p<0.05). Pemboleh ubah Kemahiran Abad ke-21
Bagi keputusan analisis sikap terhadap N rs p
Bahasa Melayu dengan penghasilan produktiviti Persepsi terhadap 280 0.673 0.000**
tinggi pula menunjukkan bahawa nilai pekali pengajaran dan
korelasi ialah 0.628 (rs = 0.628) dan nilai pembelajaran Bahasa
Melayu
kebarangkalian ialah 0.000 yang diuji pada aras
p <.0.05**
keertian 0.05. Nilai kebarangkalian ini didapati
lebih kecil dari aras keertian (p<0.05). Nilai Jadual 3 merupakan hasil analisis korelasi
korelasi yang terhasil ini adalah korelasi yang Spearmans Rho di antara persepsi murid terhadap
tinggii. Sehubungan itu, dapatan menunjukkan PdP Bahasa Melayu dengan kemahiran abad ke-
bahawa sikap terhadap mata pelajaran Bahasa 21. Keputusan analisis bagi persepsi murid
Melayu dengan penghasilan produktiviti tinggi terhadap PdP Bahasa Melayu menunjukkan
mempunyai hubungan yang positif dan signifikan bahawa nilai pekali korelasi ialah 0.673 (rs=
(rs=0.628, p<0.05). 0.673) dan nilai kebarangkalian ialah .000 yang
Analisis bagi sikap terhadap Bahasa Melayu diuji pada aras keertian 0.05. Nilai kebarangkalian
dengan norma dan kerohanian pula menunjukkan ini didapati lebih kecil dari aras keertian (p<0.05).
bahawa nilai pekali korelasi ialah 0.657 (rs = Nilai korelasi yang terhasil ini adalah korelasi
0.657) dan nilai kebarangkalian ialah 0.000 yang yang tinggi.
diuji pada aras keertian 0.05. Nilai kebarangkalian Sehubungan itu, dapatan menunjukkan
ini didapati lebih kecil dari aras keertian (p<0.05). bahawa persepsi murid terhadap PdP Bahasa
Nilai korelasi yang terhasil ini adalah korelasi Melayumempunyai hubungan yang positif dan
yang tinggii. Sehubungan itu, dapatan signifikan dengan kemahiran abad ke-21 (rs =
menunjukkan bahawa sikap terhadap mata 0.673, p<0.05). Oleh itu, hipotesis nol adalah
pelajaran Bahasa Melayu dengan norma dan ditolak.
kerohanian mempunyai hubungan yang positif dan Seterusnya, kajian ini akan membincangkan
signifikan (rs=0.628, p<0.05). secara terperinci dapatan bagi persepsi murid
terhadap PdP Bahasa Melayu dengan setiap
Hubungan Persepsi Murid terhadap PdP elemen kemahiran abad ke-21 iaitu literasi era
Bahasa Melayu dengan Kemahiran Abad Ke-21 digital, pemikiran inventif, komunikasi berkesan,
penghasilan produktiviti tinggi serta norma dan
Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan kerohanian.
antara persepsi murid terhadap PdP Bahasa Jadual 4 merupakan hasil analisis korelasi
Melayu dengan kemahiran abad ke-21. Spearmans Rho di antara persepsi murid terhadap
PdP Bahasa Melayu dengan setiap elemen
Jadual 3 merupakan hasil analisis korelasi kemahiran abad ke-21. Keputusan analisis bagi
Spearmans Rho di antara persepsi murid terhadap persepsi murid terhadap PdP Bahasa Melayu
PdP Bahasa Melayu dengan kemahiran abad ke- dengan kemahiran literasi era digital menunjukkan
21. Keputusan analisis bagi persepsi murid bahawa nilai pekali korelasi ialah 0.729 (rs=
terhadap PdP Bahasa Melayu menunjukkan 0.729) dan nilai kebarangkalian ialah .000 yang
bahawa nilai pekali korelasi ialah 0.673 (rs= diuji pada aras keertian 0.05. Nilai kebarangkalian
0.673) dan nilai kebarangkalian ialah .000 yang ini didapati lebih kecil dari aras keertian (p<0.05).
diuji pada aras keertian 0.05. Nilai kebarangkalian Nilai korelasi yang terhasil ini ialah korelasi yang
ini didapati lebih kecil dari aras keertian (p<0.05). tinggi.
Nilai korelasi yang terhasil ini adalah korelasi Justeru, dapatan menunjukkan bahawa
yang tinggi. persepsi murid terhadap PdP Bahasa
Melayumempunyai hubungan yang positif dan
ISSN: 2180-4842. Vol. 5, Bil. 2 (Nov. 2015): 22-30 27

signifikan dengan kemahiran literasi era digital (rs pekali korelasi ialah 0.628 (rs= 0.628) dan nilai
= 0.729, p<0.05). kebarangkalian ialah .000 yang diuji pada aras
keertian 0.05. Nilai kebarangkalian ini didapati
Jadual 4. Analisis korelasi Spearmans Rhoantara lebih kecil dari aras keertian (p<0.05). Nilai
persepsi murid terhadap Bahasa Melayu korelasi yang terhasil ini adalah korelasi yang
dengan kemahiran abad ke-21 tinggi. Sehubungan itu, dapatan menunjukkan
bahawa persepsi murid terhadap PdP Bahasa
Pemboleh Kemahiran N rs P Melayumempunyai hubungan yang positif dan
ubah Abad ke-21 signifikan dengan penghasilan produktiviti tinggi
Persepsi Kemahiran 280 0.729 0.000**
terhadap Literasi Era
(rs = 0.628, p<0.05).
Bahasa Melayu Digital Akhir sekali, bagi keputusan analisis
persepsi murid terhadap PdP Bahasa Melayu
Pemikiran 279 0.554 0.000** dengan norma dan kerohanian pula menunjukkan
Inventif bahawa nilai pekali korelasi ialah 0.647 (rs=
Komunikasi 279 0.723 0.000** 0.647) dan nilai kebarangkalian ialah .000 yang
Berkesan diuji pada aras keertian 0.05. Nilai kebarangkalian
ini didapati lebih kecil dari aras keertian (p<0.05).
Penghasilan 279 0.628 0.000** Nilai korelasi yang terhasil ini adalah korelasi
Produktiviti
Tinggi
yang tinggi. Sehubungan itu, dapatan
menunjukkan bahawa persepsi murid terhadap PdP
Norma dan 280 0.647 0.000** Bahasa Melayu mempunyai hubungan yang positif
kerohanian dan signifikan dengan norma dan kerohanian (rs =
0.647, p<0.05).
Keputusan analisis bagi persepsi murid
terhadap PdP Bahasa Melayu dengan pemikiran PERBINCANGAN
inventif pula menunjukkan bahawa nilai pekali
korelasi ialah 0.554 (rs= 0.554) dan nilai Hubungan Sikap Murid terhadap Mata
kebarangkalian ialah .000 yang diuji pada aras Pelajaran Bahasa Melayu dengan Kemahiran
keertian 0.05. Nilai kebarangkalian ini didapati Abad Ke-21
lebih kecil dari aras keertian (p<0.05). Nilai
korelasi yang terhasil ini ialah korelasi yang tinggi. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan
Sehubungan itu, dapatan menunjukkan bahawa sikap murid terhadap Bahasa Melayu dengan
persepsi murid terhadap PdP Bahasa Melayu penyepaduan kemahiran abad ke-21 adalah kuat
mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dan mempunyai korelasi positif. Dapatan ini
dengan pemikiran inventif (rs = 0.554, p<0.05). menunjukkan bahawa sikap terhadap mata
Seterusnya, keputusan analisis bagi persepsi pelajaran Bahasa Melayu mempunyai hubungan
murid terhadap PdP Bahasa Melayu dengan yang positif dan signifikan dengan kemahiran abad
komunikasi berkesan pula menunjukkan bahawa ke-21 (rs=0.711, p<0.05).
nilai pekali korelasi ialah0.723 (rs= 0.723) dan Menurut Zamri (2011) , terdapat beberapa
nilai kebarangkalian ialah .000 yang diuji pada faktor yang perlu diberi perhatian oleh setiap guru
aras keertian 0.05. Nilai kebarangkalian ini Bahasa Melayu ketika mengajar murid-murid yang
didapati lebih kecil dari aras keertian (p<0.05). semakin maju tahap kognitif masa kini. Antara
Nilai korelasi yang terhasil ini adalah korelasi faktor yang dapat menarik minat murid
yang tinggi. Sehubungan itu, dapatan mempelajari Bahasa Melayu dalam abad ke-21 ini
menunjukkan bahawa persepsi murid terhadap ialah:
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu 1. Persediaan guru Bahasa Melayu:
mempunyai hubungan yang positif dan signifikan Persiapan yang dibuat sebelum mengajar
dengan komunikasi berkesan (rs = 0.723, p<0.05). (bahan pengajaran, buku rekod mengajar),
Keputusan analisis bagi persepsi murid semasa mengajar (pengetahuan, pedagogi,
terhadap PdP Bahasa Melayu dengan penghasilan penyebatian dan lain-lain) dan selepas
produktiviti tinggi pula menunjukkan bahawa nilai
ISSN: 2180-4842. Vol. 5, Bil. 2 (Nov. 2015): 22-30 28

mengajar (memeriksa dan memberi terhadap kedudukan bahasa Melayu, khususnya


komen, latihan pengukuhan dan lain-lain) sebagai bahasa pengantar ilmu dan dalam
2. Cara penyoalan guru Bahasa Melayu: pentadbiran negara. Malah kedudukan Bahasa
Jenis soalan yang diajukan, bentuk soalan, Melayu mula mengalami perubahan ketara apabila
respons guru terhadap jawapan atau soalan pengajaran Sains dan Matematik dilaksanakan
murid, pengukuhan yang guru berikan, dalam Bahasa Inggeris, sekali gus menafikan
dan lain-lain berkaitan cara penyoalan. kedudukan Bahasa Melayu.
3. Pedagogi pengajaran guru Bahasa Melayu: Dalam kalangan murid pula, walaupun
Kepelbagaian kaedah pengajaran guru sudah bertahun-tahun Bahasa Melayu dijadikan
sama ada kaedah tersebut berpusatkan sebagai bahasa pengantar di sekolah, bahkan
guru, berpusatkan murid ataupun sebagai mata pelajaran wajib, namun semakin
berpusatkan bahan pengajaran. ramai murid yang gagal menguasai Bahasa Melayu
4. Aplikasi ICT dalam PdP Bahasa Melayu: dengan baik. Bertitik-tolak daripada pernyataan
Penggunaan aplikasi terkini dalam tersebut, guru perlulah memainkan peranan yang
pengajaran dan pembelajaran Bahasa penting bagi menarik minat dan mengubah
Melayu seperti e-kumpulan, e-bincang, persepsi murid supaya lebih positif terhadap
pembelajaran atas talian, laman web dan Bahasa Melayu. Guru perlu mengambil kira cara
lain-lain. dan gaya belajar untuk membantu murid-murid
5. Mengambil kira kepelbagaian murid: Guru mempelajari bahasa dengan mudah, cepat dan
Bahasa Melayu perlu mengambil kira berkesan (Zamri 2012).
bahawa di dalam kelas Bahasa Melayunya,
murid mempunyai pelbagai latar belakang IMPLIKASI KAJIAN
sosioekonomi keluarga, emosi, kognitif
dan pencapaian, jantina, dan lain-lain yang Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa proses
boleh mempengaruhi pengajaran guru. PdP Bahasa Melayu di sekolah masih kurang
berjaya untuk memupuk kemahiran abad ke-21
Rumusannya, hubungan sikap murid murid khususnya daripada aspek Literasi Era
terhadap kemahiran abad ke -21 terhadap proses Digital, Komunikasi Berkesan dan Penghasilan
PdP Bahasa Melayu adalah penting bagi memupuk Produktiviti Tinggi. Justeru diharapkan hasil
minat dan kesediaan murid belajar Bahasa Melayu. daripada dapatan kajian ini dapat membantu guru
Hal ini perlu diambil kira oleh guru dalam Bahasa Melayu membuat refleksi terhadap proses
merancang sesuatu aktiviti PdP. Dengan PdP mereka. Selain itu, kajian ini juga dapat
mengambil kira kepelbagaian sikap murid di meberikan kesedaran kepada guru Bahasa melayu
dalam bilik darjah, guru Bahasa Melayu dapat terhadap kemahiran-kemahiran yang diperlukan
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid- dalam abad ke-21 supaya mereka jelas terhadap
pelajarnya ketika belajar Bahasa Melayu (Zamri, kemahiran-kemahiran yang patut diperoleh oleh
Ruslin & Mohamed Amin 2015). murid melalui proses PdP Bahasa Melayu.
Kajian ini juga membantu guru dalam
Hubungan Persepsi Murid Terhadap dalam mengenal pasti proses PdP Bahasa Melayu
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu yang boleh dilakukan bagi mengintegrasikan
dengan Kemahiran Abad Ke-21 kemahiran-kemahiran abad ke-21 dalam mata
pelajaran tersebut. Oleh itu, pendidik dapat
Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi memberi peluang kepada murid untuk
murid terhadap pengajaran dan pembelajaran menghasilkan produk dan aktiviti pembelajaran
Bahasa Melayu mempunyai hubungan yang positif yang lebih berkesan dengan menggunakan
dan signifikan dengan kemahiran abad ke-21 (rs = kemahiran-kemahiran abad ke-21.
0.673, p<0.05). Hassan (2006) berpendapat Dapatan kajian ini juga dapat dijadikan
bahawa kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa sebagai bahan rujukan kepada pensyarah Bahasa
kebangsaan sekali gus sebagai pembentukan Melayu di institusi pengajian tinggi. Dapatan
tamadun bangsa kian tercalar kerana sikap kajian ini menunjukkan pendidik perlu didedahkan
sesetengah pihak yang memandang remeh pengetahuan tentang persepsi murid dalam PdP
ISSN: 2180-4842. Vol. 5, Bil. 2 (Nov. 2015): 22-30 29

Bahasa Melayu. Pendidik perlu sedar akan ini menunjukkan bahawa kemahiran abad
kehendak dan keperluan murid terhadap PdP ke-21 dalam proses P&P kurang
Bahasa Melayu pada alaf baru. Para guru dan diterapkan oleh guru. Pelajar kurang
pendidik juga boleh mengambil tindakan untuk berminat terhadap proses PdP Bahasa
mempertingkatkan profesionalisme perguruan. Melayu semasa proses pembelajaran
Dari aspek pedagogi, pendidik atau guru dapat berlaku di dalam kelas. Proses PdP guru
membantu murid menanam minat dan kurang menarik minat kerana guru tidak
mengekalkan perhatian semasa PdP melalui mempelbagaikan pendekatan, kaedah dan
kepelbagaian kaedah, teknik, strategi dan alat teknik yang sesuai dengan aktiviti dan
bantu mengajar (ABM). genre teks yang dipelajari.
Bagi memastikan modal insan yang
dihasilkan melalui bidang pendidikan yang RUJUKAN
mempunyai kualiti seperti yang diharapkan, guru
perlu mengubah suai pendekatan PdP mereka Azalya Ayob. (2003). Kepentingan kemahiran
dengan memberi lebih penekanan kepada generik di kalangan pekerja di Industri
pengajaran yang lebih menggalakkan kerjasama Elektrik dan Elektronik di Bayan Lepas,
yang lebih baik antara murid. Selain itu guru juga Pulau Pinang. Projek Sarjana Muda,
perlu menggalakkan murid mengeluarkan idea, Universiti Teknologi Malaysia.
mengintegrasikan teori dan amali dalam Hassan Ahmad. (2006). Peranan bahasa Melayu
pengajaran dan menyediakan bahan-bahan dalam pembangunan negara. Dlm. Asraf
pengajaran yang lengkap. Saranan oleh Abaruscata (pnyt). Manifesto budaya. Kuala Lumpur:
(1992) dalam Robiah (2004) menggalakkan Persatuan Linguistik Malaysia.
pengajaran dibuat secara hand on, deduktif dan Kellner, D. (2000). New technologies/new
discovery learning untuk meningkatkan literacies: Reconstructing education for the
kemahiran murid. Iklim bilik darjah haruslah new millennium. Taeching Education,
sesuai dan menggalakkan bagi meningkatkan 11(3) 245-265.
kemahiran menjalankan uji kaji, mengembangkan Normala Ismail, Zaliha Hj. Hussin & Mohamad
kreativiti dan bekerjasama secara berpasukan Kamil Ariff Khalid. Komputer Pelajar.
(Zamri, Ruslin & Mohamed Amin 2015). (2005). Tahap literasi komputer pelajar
sekolah menengah di Kedah. Jurnal
KESIMPULAN Pendidikan, 30: 129-139.
NCREL: enGauge 21st Century Skills. (2002).
Secara ringkasnya, rumusan dapatan kajian Digital literacies for a digital age.
kemahiran abad ke 21 dalam proses PdP Bahasa http://www/ncrel/org/engauge/skills/skills.
Melayu ini adalah seperti berikut: htm [Diakses pada 25/05/2014]
1. Tahap kemahiran abad ke-21 murid Robiah K. Hamzah. (2004). Teknik dan
tingkatan empat berada pada tahap strategi membimbing remaja
sederhana tinggi. Hal ini menunjukkan kepimpinan.Gombak: PTS Publication.
mata pelajaran Bahasa Melayu kurang Sawchuk, S. (2009). Backers of 21st Century
memupuk kemahiran-kemahiran abad ke- Skills take plak. Education Week, 2823:
21 dalam diri murid kecuali bagi elemen 1-2
pemikiran inventif dan norma dan Zamri Mahamod. (2011). Memperkasa guru,
kerohanian yang berada pada tahap tinggi. Mempercekap pelajar: Pengajaran dan
2. Sikap murid terhadap mata pelajaran pembelajaran Bahasa Melayu dalam
Bahasa Melayu berada pada tahap yang abad ke-21. Kertas kerja Ucap Utama di
tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa murid Seminar Bahasa Melayu Singapura 2011.
bersikap positif dan berminat mempelajari Pusat Bahasa Melayu Singapura, 1 Jun
Bahasa Melayu. 2011.
3. Persepsi murid terhadap kemahiran abad Zamri Mahamod. (2012). Inovasi P&P dalam
ke-21 dalam proses PdP Bahasa Melayu pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung
berada pada tahap sederhana tinggi. Hal
ISSN: 2180-4842. Vol. 5, Bil. 2 (Nov. 2015): 22-30 30

Malim: Penerbit Universiti Pendidikan


Sultan Idris.
Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin
Embi (2015). Kepelbagaian pelajar dan
perbezaan pembelajaran. Kuaa Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai