Anda di halaman 1dari 8

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM MEMBANTU MEMBUAT

KERJA RUMAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN


AKADEMIK ANAK-ANAK

Zalinah Binti Mohamed, Dr.M. Khata Jabor


Universiti Teknologi Malaysia
Johor Darul Takzim
ndai_64@yahoo.com

Abstrak

Keluarga merupakan institusi yang utama dalam kehidupan manusia kerana mempunyai
peranan besar dalam melahirkan masyarakat yang harmonis dan berilmu seterusnya
membentuk warga yang cemerlang bagi merealisasikan impian membentuk insan yang
seimbang antara kemajuan dan pembangunan modal insan. Keluarga yang harmonis
menyumbang kepada kestabilan dan kesejahteraan anak-anak dari segi emosi, sahsiah dan
tingkah laku yang sempurna. Dalam institusi kekeluargaan, ibu bapa merupakan individu
yang paling hampir dengan anak-anak dan perkembangan anak-anak dicorakkan bermula dari
peringkat kelahiran sehinggalah ke peringkat dewasa. Berbanding bapa, ibu adalah insan yang
paling hampir dan memainkan peranan penting dalam perkembangan anak-anak. Asuhan dan
didikan yang sempurna serta perhatian yang secukupnya serta belaian kasih sayang terhadap
anak-anak akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap anak-anak pada masa akan
datang.
Menurut pandangan Islam, peranan ibu bapa amat besar. Merekalah yang
bertanggungjawab ke atas masa hadapan anak-anak. Peranan ibu bapa sebagai pembina utama
anak-anak sukar dicari galang ganti. Ibu bapa merupakan insan istimewa yang
bertanggungjawab memperkenalkan nilai-nilai kasih sayang, erti kehidupan serta
pengorbanan dalam menunaikan tanggungjawab. Dalam sebuah hadis ada disebut, Setiap
anak yang dilahirkan di atas fitrah, maka dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, atau
Nasrani atau Majusi. Fitrah ini jelas menunjukkan bagaimana setiap anak yang dilahirkan
adalah suci dan putih dan betapa besarnya peranan ibu bapa dalam membentuk dan
mencorakkan anak-anak. Sudah menjadi impian dan harapan setiap ibu bapa ingin melihat
anak-anak mereka berjaya dalam hidup. Mereka ingin melihat setiap anak mereka mencapai
kesejahteraan dari segi fizikal, mental, sosial dan juga rohaniah. Apabila membincangkan soal
mempertingkat potensi intelek seseorang kanak-kanak, aspek-aspek seperti perkembangan
fizikal, sosialnya dan rohaniahnya tidak boleh diketepikan dan dipandang remeh.
Perkembangan dalam satu bidang akan mempengaruhi perkembangan yang lain. Ibu bapa
merupakan sebaik-baik contoh kepada anak-anak. Mereka perlu menarik perhatian anak-anak
mereka kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik agar anak-anak dapat menjiwainya.

1. Pengenalan
Ibu bapa juga perlu mempunyai pengetahuan tentang perkembangan anak-anak,
strategi pendidikan dan strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat mempengaruhi
dan mencorakkan perkembangan anak mereka sebagaimana yang dicita-citakan. Keterlibatan
ibu bapa dalam proses pendidikan amat penting bagi membentuk konsep kendiri anak-anak.
Konsep kendiri merupakan keseluruhan persepsi seseorang terhadap dirinya sendiri sama ada
berbentuk deskriptif atau berupa penilaian secara kognitif. Salah satu daripada konsep kendiri
ialah ke atas pencapaian akademik. Tinggi atau rendahnya pencapaian akademik adalah
bergantung pada positif atau negatifnya tanggapan konsep kendiri seseorang itu terhadap
pelajaran. Pendidikan dari segi bahasa ialah membina, memperbaiki dan menyempurnakan.
Dari segi teknikal ia bermaksud membina fungsi badan, akal, akhlak sehingga sempurna
melalui latihan dan pembudayaan. Di dalam Islam, pendidikan bermaksud mempersiapkan
individu Muslim yang beriltizam dengan agama dan berakhlak dengan akhlak Islam dari segi
hati, roh, jasad, akal, akhlak dan sikap. Namun begitu, Rohaty (2003) menyatakan, ibu bapa di
Malaysia kurang memberikan perhatian tentang pentingnya pembentukan kendiri pada usia
awal kanak-kanak. Keadaan di rumah kurang memberi rangsangan berbanding persekitaran
mereka. Akibatnya, ibu bapa kehilangan peluang untuk mengembangkan potensi anak-anak
secara maksimum. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam
pencapaian akademik anak-anak. Hubungan yang erat antara ibu bapa dan anak-anak adalah
elemen utama dalam kemajuan pelajar. Penglibatan ibu bapa seperti perbincangan, penjagaan
dan komunikasi sangat menentukan pencapaian kanak-kanak dalam matlamat yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah. Penglibatan ibu bapa merupakan salah satu elemen penting
dalam kerana ia memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan
akademik kanak-kanak.

2. Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat penglibatan ibu bapa dalam membantu membuat
kerja rumah di samping memberikan keyakinan kepada anak-anak bahawa menghabiskan
masa dan tenaga untuk mengejar pendidikan adalah suatu aktiviti bernilai tinggi. Selain itu,
kajian yang dilakukan juga bertujuan untuk melihat perkaitan dan hubungan ibu bapa yang
menyemak kerja rumah yang telah disiapkan oleh anak-anak sebenarnya telah mengukuhkan
lagi matlamat pendidikan. Akhirnya, apabila ibu bapa memberi arahan atau menyuruh anak-
anak mereka membuat latih tubi masalah kerja rumah atau menambah soalan-soalan lain yang
sama bentuk, mereka sebenarnya menggalakkan pembelajaran faktual dan kebolehan
kognitif. Kajian juga bertujuan melihat penglibatan ibu bapa adalah lebih berbentuk tutoran.
Ini bermakna, sama ada kedua-dua atau salah seorang daripada ibu bapa mesti mempunyai
kemahiran matematik yang tinggi untuk membolehkan mereka memberi tutoran kepada anak-
anak mereka. Penglibatan ibu bapa dalam perbincangan, komunikasi dan penjagaan didapati
memberi impak yang positif terhadap pencapaian akademik pelajar. Walaupun remaja
dikatakan menghabiskan lebih banyak masa bersama rakan-rakan berbanding ibu bapa,
namun hubungan yang mesra di antara ibu bapa dan anak dianggap penting dalam proses
perkembangan remaja yang memerlukan sokongan ibu bapa untuk menjadi lebih berdikari.
Kajian juga bertujuan melihat hubungan adakah latar belakang yang dimiliki oleh ibu
bapa membolehkan mereka membantu anak-anak secara aktif. Dalam hal ini, peranan ibu
dilihat lebih besar berbanding peranan bapa. Kajian oleh pengkaji di atas juga menunjukkan
pelajar berasa amat seronok dan gembira apabila ibu bapa membantu mereka dalam membuat
kerja rumah. Dalam hal ini, wujud dua situasi di mana anak-anak merasa amat seronok
kerana dapat meningkatkan kefahaman mengenai kerja rumah dan kedua, pelajar seronok
kerana ia mendatangkan kesan seronok..dengan kata lain, pelajar berasa seronok kerana
mereka lebih mudah faham dengan cara pengajaran ibu mereka kerana ibu mempunyai
pelbagai cara atau kaedah untuk membolehkan mereka memahami kerja rumah dan pada
masa yang sama, pemahaman membantunya membuat kerja rumah dengan betul. Ahli
keluarga yang melibatkan diri dengan aktiviti yang berkaitan sekolah bukan sahaja sikap
pelajar tersebut terhadap kerja rumah bahkan mungkin boleh meningkatkan pencapaian
pelajar tersebut. Selain itu, dapatan juga jelas menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa
sama ada di rumah mahupun di sekolah memainkan peranan yang sangat penting. Penglibatan
ibu bapa di rumah juga didapati sangat diperlukan oleh anak-anak berbanding perhatian oleh
guru di sekolah. Persekitaran positif dalam keluarga membentuk perkembangan kanak-kanak.
Keluarga yang harmoni dapat memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa untuk membentuk
anak-anak yang saling berinteraksi dan efektif. Ibu bapa yang sering menitikberatkan interaksi
dan komunikasi dalam keluarga memperlihatkan hubungan yang positif dengan penglibatan
ibu bapa di rumah.

3. Soalan-soalan kajian
a. Bagaimanakah penglibatan ibu bapa dalam membantu anak-anak membuat kerja
rumah dapat meningkatkan pencapaian akademik anak-anak?
b. Bagaimanakah kekerapan ibu bapa yang menyemak kerja rumah yang telah disiapkan
oleh anak-anak dapat mengukuhkan lagi matlamat pendidikan?
c. Bagaimanakah penglibatan ibu bapa dalam perbincangan, komunikasi dan penjagaan
memberi impak yang positif terhadap pencapaian akademik pelajar?

4. Metodologi kajian

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dengan


menggunakan pendekatan naratif atau penceritaan. Kajian kualitatif digunakan kerana ia
boleh membongkar dan memberi pemahaman apa yang berlaku di sebalik sebarang fenomena
yang kurang diketahui (Strauss & Corbin, 1990). MenurutMarshall dan Rosman (1989) data
secara kualitatif dapat menghuraikan dan menjelaskan secara terperinci dan mendalam. Tiga
teknik yang lazimnya digunakan oleh para penyelidik kajian kualitatif ialah pemerhatian,
temu bual dan analisis dokumen(Fraenkel & Wallen 1993; Bogdan & Biklen 1998; Merriam
2001). Menurut Patton (1990), data kualitatif mengandungi petikan secara tidak langsung
tentang pengalaman, pendapat, perasaan, dan pengetahuan yang diperoleh melalui temu bual;
perincian deskripsi tentang aktiviti, tingkah laku dan tindakan yang direkodkan melalui
pemerhatian; dan petikan, kutipan atau keseluruhan perenggan yang diambil daripada
pelbagai jenis dokumen. Penggunaan pelbagai kaedah pengumpulan data adalah sebahagian
daripada proses triangulasi yang dapat menghasilkan dapatan yang lebih tepat dan
meyakinkan tentang sesuatu konsep yang dikaji (Patton 1987; Yin 1994; Suseela 2001).
Antara kaedah pengumpulan data yang boleh dilakukan ialah melalui pemerhatian (video-
tapping), nota guru dan komen, kerja pelajar, refleksi pelajar dan kerja pelajar, jurnal pelajar,
ujian, tinjauan soal selidik, temuduga (audio tape). Pemerhatian secara langsung boleh
dilakukan setiap masa dengan meneliti segala perlakuan dan kejadian dalam situasi yang
dikaji.

Pemerhatian membantu seseorang penyelidik membina semula teori tersebut agar


memperolehi satu fahaman baru agar data yang relevan dapat diperolehi dan tidak
mengganggu perjalanan tugas lain yang lebih utama. Selain itu, pengkaji juga menggunakan
perakam audio agar dapat membantu merekodkan interaksi lisan yang berlaku antara
kumpulan sasaran dengan pemerhatian ataupun antara kalangan kumpulan sasaran. Perkataan,
sebutan dan perbualan yang sebenar dapat dirakamkan dengan tepat. Data-data penting boleh
diperolehi daripada rakaman audio melalui proses tiga fasa iaitu mendengar kembali seluruh
rakaman tersebut untuk mendapat gambaran umum, mendengar semula untuk mencari data-
data penting dan mendengar sekali lagi untuk membuat transkripsi tentang data-data penting.
Pemerhatian yang dilakukan memberikan peluang kepada penyelidik untuk memerhati,
mendengar dan mengalami suasana yang sebenar (Mohd, 2005; Nana, 2005). Dengan kaedah
ini, penyelidik memperoleh gambaran sebenar yang menyeluruh dan mendalam tentang yang
berlaku. Dalam kajian ini, penyelidik bertindak sebagai pemerhati atau peserta seperti mana
dinyatakan oleh Spradley (1980), semua pengkaji yang menggunakan pemerhatian-peserta
dalam kajian mempunyai dua tujuan iaitu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai
dengan situasi dan memerhati aktiviti-aktiviti yang sedang berlaku dengan aspek-aspek
berkenaan. Temu bual ialah alat penyelidikan bilamana subjek dan penyelidik hadir dalam
proses memperoleh dapatan kajian (Sukardi, 2004; Mohd, 2005; Nana, 2005), berkenaan
dengan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak yang diperlukan untuk mencapai objektif
penyelidikan (Mohd, 2005). Temu bual merupakan salah satu sumber maklumat yang paling
penting dalam kajian kes. Hal ini kerana dengan temu bual, dalam beberapa situasi
penyelidik dapat meminta kepada responden untuk menyampaikan pendapatnya tentang suatu
peristiwa atau program tertentu, dan hasilnya dapat digunakan sebagai preposisi dalam
pelaksanaan penyelidikan selanjutnya.

5. Dapatan Kajian
Kajian yang dilakukan untuk melihat hubungan dan penglibatan ibu bapa dalam
membantu membuat kerja rumah menunjukkan bahawa apabila ibu bapa membantu anak-
anak mereka membuat kerja rumah, mereka memberikan keyakinan kepada anak-anak
bahawa menghabiskan masa dan tenaga untuk mengejar pendidikan adalah suatu aktiviti
bernilai tinggi. Selain itu, kajian yang dilakukan juga menunjukkan ibu bapa yang menyemak
kerja rumah yang telah disiapkan oleh anak-anak sebenarnya telah mengukuhkan lagi
matlamat pendidikan. Akhirnya, apabila ibu bapa memberi arahan atau menyuruh anak-anak
mereka membuat latih tubi masalah kerja rumah atau menambah soalan-soalan lain yang
sama bentuk, mereka sebenarnya menggalakkan pembelajaran faktual dan kebolehan
kognitif. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa adalah lebih
berbentuk tutoran. Ini bermakna, sama ada kedua-dua atau salah seorang daripada ibu bapa
mesti mempunyai kemahiran matematik yang tinggi untuk membolehkan mereka memberi
tutoran kepada anak-anak mereka. Penglibatan ibu bapa dalam perbincangan, komunikasi dan
penjagaan didapati memberi impak yang positif terhadap pencapaian akademik pelajar.
Pengkaji juga mendapati, walaupun remaja dikatakan menghabiskan lebih banyak masa
bersama rakan-rakan berbanding ibu bapa, namun hubungan yang mesra di antara ibu bapa
dan anak dianggap penting dalam proses perkembangan remaja yang memerlukan sokongan
ibu bapa untuk menjadi lebih berdikari.
Kajian melalui teknik temu bual yang dilakukan mendapati latar belakang yang
dimiliki oleh ibu bapa membolehkan mereka membantu anak-anak secara aktif. Dalam hal ini,
peranan ibu dilihat lebih besar berbanding peranan bapa. Kajian juga menunjukkan pelajar
berasa amat seronok dan gembira apabila ibu bapa membantu mereka dalam membuat kerja
rumah. Dalam hal ini, wujud dua situasi di mana anak-anak merasa amat seronok kerana
dapat meningkatkan kefahaman mengenai kerja rumah dan kedua, pelajar seronok kerana ia
mendatangkan kesan seronok. Dengan kata lain, pelajar berasa seronok kerana mereka lebih
mudah faham dengan cara pengajaran ibu mereka kerana ibu mempunyai pelbagai cara atau
kaedah untuk membolehkan mereka memahami kerja rumah dan pada masa yang sama,
pemahaman membantunya membuat kerja rumah dengan betul. Ahli keluarga yang
melibatkan diri dengan aktiviti yang berkaitan sekolah bukan sahaja sikap pelajar tersebut
terhadap kerja rumah bahkan mungkin boleh meningkatkan pencapaian pelajar tersebut.
Selain itu, dapatan juga jelas menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa sama ada di rumah
mahupun di sekolah memainkan peranan yang sangat penting. Penglibatan ibu bapa di rumah
juga didapati sangat diperlukan oleh anak-anak berbanding perhatian oleh guru di sekolah.
Persekitaran positif dalam keluarga membentuk perkembangan kanak-kanak. Keluarga yang
harmoni dapat memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa untuk membentuk anak-anak
yang saling berinteraksi dan efektif. Ibu bapa yang sering menitikberatkan interaksi dan
komunikasi dalam keluarga memperlihatkan hubungan yang positif dengan penglibatan ibu
bapa di rumah. Isu pendidikan utama yang diberi perhatian ialah berkaitan kerja rumah anak-
anak. Menurut Kelly (1996), adalah menjadi tugas dan tanggungjawab ibu bapa untuk
membantu dan membimbing anak- anak menyelesaikan kerja rumah, mengurus masa belajar
di rumah, memberi motivasi, mengatasi masalah pembelajaran dan mengambil bahagian
dalam aktiviti kokurikulum. Sejajar dengan isu yang diutarakan di atas, perkembangan terkini
dalam bidang keibubapaan dan kajian keluarga telah membawa kepada kepentingan baru
dalam hubungan antara pencapaian sekolah kanak-kanak dan gaya keibubapaan.
Perkembangan ini telah meningkatkan keperluan untuk kajian mengenai pencapaian sekolah
anak-anak. Oleh kerana keluarga adalah tetingkap pertama kanak-kanak, gaya keibubapaan
dan pengaruhnya terhadap kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam menentu
hala tuju dan pencapaian persekolahan mereka.
Sehubungan itu, terdapat beberapa penyelidikan kerja-kerja yang dilakukan ke atas
hubungan ibu bapa dan kanak-kanak dan pencapaian sekolah anak-anak (Prindle (Ladd &
Pettit, 2002). Mereka bertanggungjawab membentuk sikap yang positif di dalam diri anak-
anak seperti ingin belajar, rajin membaca, ingin tahu, suka bergaul dengan orang lain, sentiasa
aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Ibu bapa juga harus
menunjukkan contoh sikap ini kepada anak-anak dan membimbing kelakuan mereka. Ibu
bapa juga bertanggungjawab meletakkan asas-asas nilai murni dan pembentukan konsep diri
yang positif di kalangan anak-anak. Nyatalah peranan ibu bapa dan keluarga dalam
pendidikan terutama pendidikan yang bermutu itu bukan kecil. Mohd. Nor (1990) berkata di
kalangan keluarga yang dalam golongan bawahan terdapat corak hidup dan pengasuhan anak
yang berlainan daripada keluarga kelas pertengahan dan kelas atasan. Keadaan keluarga yang
miskin ini mempengaruhi sikap mereka terhadap pendidikan. Desakan hidup menyebabkan
mereka tidak dapat memenuhi keperluan-keperluan untuk mencapai kejayaan dalam
pendidikan. Ini akan turut menjejaskan kemampuan anak mereka dalam pengajian di sekolah.
Keluarga yang dalam keadaan budaya miskin ini mempunyai aspirasi yang rendah terhadap
pendidikan dan pekerjaan dan mereka sering menyarankan kepada nasib atau takdir dan
percaya mereka tidak dapat menguasai persekitaran.
Atan Long (1993) menegaskan bahawa kejayaan anak-anak dalam pelajaran
memerlukan sumbangan kedua-dua pihak guru dan ibu bapa. Ini adalah satu perkembangan
yang menggalakkan kerana fokus pembolehubah keluarga menandakan pengakuan akan
betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam soal pendidikan anak-anak. Banyak kajian yang
dibuat rnenunjukkan bahawa terdapat pertalian atau korelasi yang tinggi di antara pencapaian
akademik dan bukan akademik pelajar dengan latar belakang dan bimbingan ibu bapa dan
keluarga di rumah. Dengan kata lain, pencapaian akademik anak-anak seharusnya bermula
dari rumah dengan pemantauan dan penglibatan ibu bapa dalam kerja sekolah anak-anak. Ibu
bapa sebagai peneraju sesebuah keluarga memegang amanah besar bagi memastikan anak-
anak dididik sesempurna mungkin dengan seberapa banyak nilai-nilai terpuji. Kekukuhan
ikatan kekeluargaan yang diselubungi kasih sayang dan keimanan mampu
menghindari unsur-unsur buruk. Nilai-nilai keibubapaan sebenarnya mempunyai pengaruh
yang besar dalam perkembangan fizikal dan psikososial anak. Penglibatan ibu bapa didapati
mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan pembentukan dan tingkah laku dan
pencapaian akademik anak-anak.
6. Kesimpulan

Kesibukan dalam kerjaya dan keghairahan mencari kemewahan membuatkan


segelintir ibu bapa mengabaikan perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya diberi kepada
anak-anak. Isu ketidakprihatinan ibu bapa ini mungkin disebabkan tahap pendidikan mereka
yang rendah (Kohl, Lengua, & McMahon, 2002) sehingga mengakibatkan mereka tidak
memandang berat akan isu pendidikan anak-anak. Kegagalan institusi pendidikan khususnya
guru dalam membimbing dan mendidik para pelajar turut menyumbang kepada kelemahan
prestasi akadernik pelajar. Terdapat sebahagian guru yang berpandangan sernpit serta pasif
terhadap pelajar mereka sehingga menyebabkan pelajar rasa terasing dan tersinggung. Malah,
kajian Hamidah (2003) rnendapati terdapat guru yang rnengamalkan sikap pilih kasih dalam
menjalankan tanggungjawab rnereka. Antaranya, sikap guru yang hanya rnengambil berat
terhadap pelajar cemerlang berbanding pelajar yang sederhana dan rendah pencapaian, Oleh
itu, pelajar yang merasa terabai rnempunyai konsep kendiri yang rendah, tidak berrnotivasi
untuk belajar dan terus ketinggalan dalam pencapaian akademik. Selain itu, kelemahan guru
dalam rnembirnbing pelajar dengan kaedah yang sesuai juga menjadi punca kelemahan
akademik pelajar. Ishak Harun merumuskan kelemahan guru sebagai pembimbing utama
pelajar dan kurangnya pendedahan pengetahuan dan pengalaman merupakan antara faktor
keciciran pelajar dalam subjek Bahasa Melayu di pedalarnan Sabah. Di samping itu,
kelemahan akademik bukan sahaja mempengaruhi aspek pendidikan individu pelajar itu
sendiri malah dikhuatiri ia akan turut memberi kesan terhadap peribadi dan akhlak mereka. Ini
berikutan hasil kajian Rasidah Dato' Omar (2004) yang menyatakan salah satu sebab
berlakunya gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar ialah kurangnya perhatian ibu bapa
terhadap prestasi akademik anak-anak.

Ibu bapa boleh meningkatkan komitmen belajar anak dan merangsang minat mereka
dengan menemani anak ketika waktu belajar mereka. Untuk anak-anak peringkat sekolah
rendah, ibu bapa bolehlah mengajar mereka dan apabila anak-anak mula meningkat ke
sekolah menengah secara beransur-ansur ibu bapa biarkan anak-anak berdikari. Dengan cara
ini tabiat belajar dalam masa yang ditetapkan menjadi kebiasaan dan mudah untuk kita terus
mendorong minat serta kemahuan mereka. Di samping itu, ibu bapa juga sepatutnya selalu
berbincang dengan guru kelas dan rapatkan diri dengan aktiviti PIBG serta sekolah. Kenali
siapa guru anak-anak kita dan sering berbincang dengan guru tentang perkembangan mereka.
Dengan cara ini kita cepat tahu sama ada anak-anak beri tumpuan dalam kelasnya, siap kerja
sekolahnya, masuk kelas pada waktunya dan sebagainya. Apabila berpeluang, tawarkan diri
untuk melibatkan diri dalam PIBG dan aktiviti sekolah. Dengan cara ini, guru-guru tahu siapa
kita dan mereka juga akan berikan perhatian yang lebih baik kepada anak-anak kita. Malah
kerap kali anak-anak kita, tanpa diminta, diberikan peluang untuk terlibat dalam aktiviti-
aktiviti sekolah dan ini akan meningkatkan self-esteem mereka. Anak-anak juga akan lebih
menjaga disiplin serta pelajaran mereka kerana mereka sedar bahawa perkembangan diri
mereka cepat dimaklumkan oleh guru kepada ibu bapa. Komitmen anak-anak secara langsung
akan meningkat terhadap pelajaran mereka. Selain itu, di pihak ibu bapa, mereka tidak
membanding-bandingkan kebolehan anak-anak. Ibu bapa perlu ingat bahawa kemampuan
anak-anak adalah berbeza. Tidak semua boleh berjaya dalam bidang akademik. Ada yang
dianugerahkan oleh Allah dengan kebolehan dan kemahiran lain seperti petah berpidato,
pandai melukis, bijak bermain alat muzik dan mencipta lagu, mahir bertukang, dan
sebagainya. Oleh itu kenapa mesti dibandingkan pencapaian mereka? Kalau adik
dibandingkan dengan kakak dan abang, mereka rasakan seolah-olah ibu bapa tidak cukup
sayangkan mereka. Kalau perbandingan dibuat dengan rakan-rakan, mereka akan rasa rendah
diri pula. Oleh itu, membandingkan anak tidak membantu kecemerlangan mereka. Ibu bapa,
lazimnya, menyebut kelebihan dan kejayaan orang lain kepada anak-anak hanya apabila
marah, geram dan kecewa dengan tindakan dan tingkah laku mereka. Lain daripada masa itu,
kita lupa dan tidak ambil kisah. Sebab itulah anak-anak menolak cara ibu bapa ini. Oleh itu,
apabila menegur kesilapan dan kegagalan anak, jangan sama sekali dibandingkan dengan
sesiapa. Cukup sekadar menegur dan menasihati perbuatan dan tingkah laku mereka. Waktu
lain, ketika tiada ketegangan emosi antara kita dan anak maka berceritalah tentang kejayaan
orang lain serta bagaimana mereka capai kejayaan tersebut untuk anak jadikan panduan dan
teladan. Saat sebegini adalah lebih mudah untuk anak menerimanya kerana mereka lebih
terbuka.
Rujukan

1. Abdorreza Kordi & Rozumah Baharudin. 2010. Parenting Attitude and Style and Its
Effect on Childrens School Achievements. Diperolehi daripada www.ccsenet.org/ijps
International Journal of Psychological Studies Vol. 2, No. 2; December 2010

2. Abdul Razak Zakaria &Noraini Mohd Salleh. 2011. Konteks keluarga dan
hubungannya dengan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah
menengah. Jurnal pendidikan Malaysia,36(1)(2011):35-44.
and implications of parental involvement. International Journal about parents in
education .European Network about parents in education 2007,vol.1,no.0,90-
96.ISSN:1973-3518
3. Azizi Hj Yahaya dan Nalini a/p Madavan. 2006. Faktor-faktor lepak dan hubungan
keibubapaan di kalangan pelajar remaja di sekolah menengah di empat buah negeri
Skudai, Johor. UTM.
4. Balli,S., Wedman,J., & Demo,D. 1997. Family involvement with middle grade
homework:effect of differential promting. The journal of Experimental research.
66/1.31-48.
5. Eleni Theodorou. 2007. Reading between the lines: exploring the assumptions
6. Hayati Mohamad .1998. Hubungan antara sokongan sosial dengan penghargaan
kendiri dan pengaruhnya terhadap pencapaian akademik. Bangi.UKM.
7. Ismail Ibrahim. 2002. Disiplin keluarga jadi penentu. Diperolehi daripada
http://www.cikgu.net.my/malay/berita/moreberita
8. Kamarudin Hj. Husin Dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2004). Pedagogi Asas
Pendidikan. Kuala Lumpur : Kayazano Enterprise.
9. Mohd Fami bin Mohd Sahid, Mohamed Sharif bin Mustaffa &Roslee bin
Ahmad.2008. Penglibatan ibu bapa dalam membantu membuat kerja rumah
(matematik) di kalangan pelajar tingkatan dua:satu tinjauan di sebuah sekolah
menengah di daerah muar. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik 11-
12 Okt.2008.
10. Rohaty Mohd Majzud. 2003. Pendidikan prasekolah:cabaran kualiti (syarahan
perdana). Bangi. Penerbitan Malindo Sd. Bhd.
11. Wan Zainura Bt Wan Yusof (2008). Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik Terhadap
Tahap Pencapaian Akademik Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana
Muda.
12. Zulkifli Abd.Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad &Ismi Arif Ismail.
2011. Hubungan antara penglibatan ibu bapa dan pencapaian akademik pelajar
miskin di negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic education 3(2), 2011 31-40.

Anda mungkin juga menyukai