Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dijadikan sebagai garis panduan dan
rujukan perdana para pendidik semasa melaksanakan tugas-tugas pendidikan. Para
guru perlu menyedari hakikat bahawasanya tugas dan tanggungjawab mereka
tertumpu kepada penyampaian ilmu pengetahuan dan pembentukan modal insan
yang perlu diberikan perhatian yang serius. Dalam pendidikan negara, kurikulum
Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasan dan
komunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat (Bahagian
Perkembangan Kurikulum, 2013).

Seiring dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025


(PPPM) yang komited ingin meningkatkan pencapaian setiap murid dan kualiti
pendidikan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) distrukturkan kepada
pendekatan modular. Unit-unit kecil yang terkandung dalam KSSR terdiri daripada
beberapa modul termasuklah Modul Tatabahasa (Zaini, 2013)

Standard Kandungan Aspek Tatabahasa digubal bertujuan untuk menentukan


keupayaan murid menguasai asas kemahiran berbahasa dengan penggunaan nahu
yang betul dan tepat. Dalam hal ini, guru dilihat berperanan penting untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa ini secara
penggabungjalinan dengan kemahiran yang lain seperti kemahiran lisan, membaca
atau menulis. Oleh hal yang demikian, pengajaran dan pembelajaran tatabahasa
wajar diajarkan dengan berfokus dan terancang.

Kemahiran menulis adalah salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai
oleh murid. Terdapat sebilangan murid sekolah rendah yang masih lemah dalam
menguasai kemahiran berbahasa, terutamanya kemahiran menulis (Kamarudin Husin
dan Siti Hajar, 1997). Penguasaan kemahiran menulis amat penting dan perlu
diberikan penekanan sama da melalui perancangan pengajaran sistematik (Yahya
Othman, 2005).

Sehubungan dengan itu, kemahiran menulis amat penting dan perlu dikuasai
oleh murid. Penguasaan yang baik dalam kemahiran menulis ini membolehkan murid
melahirkan idea dan pendapat serta pandangan mereka melalui penulisan (Farhan,
2013). Kemahiran menulis yang baik juga dipengaruhi oleh penguasaan aspek

1
tatabahasa yang baik oleh seseorang murid. Aspek tatabahasa yang terangkum
dalam bidang morfologi ini mempunyai cakupan ilmu yang luas dan salah satu
daripadanya ialah aspek pengimbuhan kata. Oleh hal yang demikian, saya akan
menjalankan satu penyelidikan tindakan untuk meningkatkan penguasaan menulis
kata nama yang menerima imbuhan peN- dalam kalangan murid.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kelangsungan penyelidikan tindakan ini adalah daripada pelaksanaan praktikum fasa


kedua di Sekolah Kebangsaan Raja Di Hilir Ekram, Jalan Pasir Puteh, Ipoh selama
lapan minggu. Sepanjang melaksanakan praktikum fasa kedua ini, saya menimba
pelbagai ilmu termasuklah ilmu pedagogi murid yang hadir daripada pelbagai latar
belakang keluarga. Sekolah ini merupakan sekolah kategori B yang mempunyai
hampir 150 orang murid.

Saya telah ditugaskan untuk mengambil alih kelas tahun 3 bagi mata pelajaran
Bahasa Malaysia yang mempunyai 20 orang murid yang terdiri daripada 11 orang
murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Mereka mempunyai aras pengetahuan
yang pelbagai, iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Berdasarkan pemerhatian serta
temu bual dengan guru kelas dan guru yang mengajarkan Bahasa Malaysia, saya
mendapati bahawa murid di dalam kelas ini masih lagi mengalami masalah dalam
kemahiran berbahasa terutamanya melibatkan kemahiran membaca dan kemahiran
menulis.

Selain itu, murid di dalam kelas ini juga mempunyai banyak masalah dalam
kemahiran menulis. Antaranya ialah mereka sering kali membuat kesalahan ejaan,
tanda baca, menjarakkan perkataan yang ditulis dalam ayat, penggunaan huruf kecil
dan huruf besar serta pengimbuhan kata yang tidak menepati sistem ejaan yang betul.
Hal ini telah menyebabkan murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis dan
sering kali melakukan kesalahan yang sama. Saya mengambil perhatian pada aktiviti
menulis semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan membaiki dan
memberikan bimbingan ketika melaksanakan aktiviti di dalam kelas. Tetapi, murid
masih melakukan kesilapan yang sering berulang dan menampakkan kecuaian murid
semasa aktiviti menulis ayat sama ada menyalin semula daripada buku atau membina
ayat sendiri berdasarkan perkataan yang diberikan.

2
Berkisar kepada penyelidikan tindakan yang akan dilakukan, fokus yang
diberikan ialah kepada satu permasalahan yang sedang dihadapi oleh murid, iaitu
penulisan kata nama terbitan dengan imbuhan peN-. Permasalahan ini turut berlaku
pada murid tahun 3 dan dapat dikesan semasa menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Jeram, Perak untuk praktikum
fasa ketiga. Kesukaran murid untuk menulis kata terbitan yang mempunyai imbuhan
awalan peN- telah dikenal pasti semasa saya melaksanakan ujian lisan atau soalan
kuiz kepada murid-murid mengenai pengimbuhan kata dengan awalan peN-.

Murid di dalam kelas ini mempunyai 27 orang yang terdiri daripada pelbagai
aras pengetahuan, iaitu lemah, sederhana dan baik. Hampir sepuluh orang murid
telah berjaya mencapai tahap tertinggi dalam pentaksiran berasaskan sekolah (PBS),
iaitu Band 6. Namun begitu, mereka juga menghadapi masalah untuk menulis dan
mengeja dengan baik. Rentetan daripada permasalahan ini, saya telah membentuk
soalan ujian untuk mengenal pasti tahap kritikal penguasaan ejaan murid-murid
mengenai penulisan kata terbitan berimbuhan awalan peN-.

Sehubungan dengan itu, saya berasakan guru memainkan peranan penting


untuk memberikan kesedaran dan mendekati murid supaya lebih menghargai dan
berasa bertanggungjawab untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan. Saya telah
menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (BSPP) seperti kad
perkataan, slaid power point, menjawab soalan latihan, dan menyalin semula ayat
yang diberikan sebagai bahan rangsangan dan secara tidak langsung dapat
membantu murid menguasai kemahiran berbahasa terutamanya kemahiran menulis
dan mengeja.

3.0 TINJAUAN LITERATUR

Imbuhan merupakan morfem terikat yang diletakkan sama ada di awal, di tengah atau
di akhir sesuatu kata akar atau kata dasar untuk membentuk satu kata baru. Morfem
terikat tersebut lazimnya membawa makna kenahuan tertentu yang mengubah makna
kenahuan kata baru yang dihasilkan. Imbuhan juga boleh ditakrifkan sebagai unit-unit
bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan
perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut:

3
awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong, dan bentuk fleksi (Nik Safiah Karim,
Abdul Hamid Mahmood, Hashim Haji Musa, Farid M. Onn, 2011).

Penggunaan imbuhan adalah salah satu aspek yang dapat mengelirukan


pengguna bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan yang paling banyak mengelirukan
ialah akhiran kan dan i serta per- pada pembentukan kata kerja transitif. Hal ini juga
berlaku semasa penggunaan bentuk imbuhan peN-, khususnya perbezaan antara pe-
dan per- dalam pembentukan kata nama.

Kebanyakan penahu Melayu menghuraikan imbuhan peN- bahasa Melayu


berdasarkan struktur dan fungsi. Zaba (1965), Asmah (2011), Nik Safiah et. al (2011)
dan beberapa lagi orang penahu bersetuju mengatakan imbuhan ini selalunya
merujuk kepada agen dan alat. Ada juga penahu yang memberikan makna peN-
sebagai penderita, kelaziman dan penanda abstrak. Dalam hal ini, makna yang
diberikan pada imbuhan peN- agak luas yang kadang kala bertindih dan secara tidak
langsung boleh menimbulkan kekeliruan dan kesilapan dalam penulisan (Hashimah
dan Harith, 2009).

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengenal pasti kesalahan


tatabahasa dalam kalangan murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang,
Jeram, Perak. Dalam penyelidikan ini, didapati banyak kajian dilakukan terhadap
permasalahan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam kalangan murid, khususnya dari
aspek tatabahasa seperti penulisan huruf besar pada awal ayat, penulisan tanda baca
yang sesuai pada tempatnya, penulisan ayat yang menepati sistem tatabahasa dan
sebagainya. Namun demikian, tidak banyak kajian yang dilakukan untuk melihat
permasalahan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam kalangan murid sekolah.
Menurut Jeniri (2005), bahasa Melayu mudah untuk dipelajari, tetapi susah untuk
dikuasai.

Dalam pembelajaran bahasa, Corder (1973) dalam Baidura dan Jamilah (2012)
telah mengkategorikan empat kesalahan yang dilakukan oleh pelajar, iaitu
pengguguran unsur-unsur yang perlu, penambahan unsur yang tidak perlu atai tidak
tepat, pemilihan unsur yang tidak tepat dan penyusunan unsur yang salah. Walau
bagaimanapun, menurut Corder lagi, kategori-kategori tersebut belum mencukupi
untuk menjelaskan kesalahan seterusnya beliau menyertakan kesalahan bagi
peringkat-peringkat linguistik seperti morfologi, sintaksis dan leksikon.

4
Merujuk kepada kajian-kajian lepas, Baidura dan Jamilah (2012) turut
menyentuh mengenai kesalahan penggunaan imbuhan dalam kalangan pelajar asing
di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Setiap kesilapan dan kesalahan
penggunaan imbuhan telah dikenal pasti dengan Analisis Kesalahan Tatabahasa
menerusi penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing. Ahmad
Shahril (1996) menyimpulkan bahawa pelajar yang kurang melakukan latihan aspek-
aspek tatabahasa didapati mempunyai pencapaian yang lemah dalam aspek-aspek
tersebut.

4.0 FOKUS KAJIAN

Kajian yang akan dijalankan berfokuskan kepada permasalahan dalam imbuhan peN-
berdasarkan penerapan kaedah GUK. Kaedah GUK ini dijangka dapat meningkatkan
kefahaman dan penguasaan murid dalam aspek tatabahasa, khususnya dalam
pengimbuhan kata nama terbitan imbuhan peN-. Walaupun saya mengesan banyak
masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya akan memfokuskan kajian ini kepada
masalah dalam penggunaan imbuhan peN-.

Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, saya


mendapati murid-murid dilihat kurang menunjukkan minat terhadap pembelajaran
Bahasa Melayu. Hal ini menjadi salah satu punca kepada permasalahan ini berlaku.
Permasalahan yang ketara diperoleh berdasarkan pemerhatian dan latihan bertulis
yang dijalankan ialah murid tidak boleh menulis ini juga bukan sahaja berlaku semasa
menulis imbuhan awalan peN-, malahan meliputi semua penulisan imbuhan yang lain.

Setelah beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan, saya


masih dapat mengesan kegagalan murid untuk menulis kata nama berimbuhan peN-
dengan betul, walaupun sudah diberikan penerangan secara mudah dan ringkas agar
mereka dapat memahami tatacara penulisan yang betul.

Awalan peN- merupakan antara awalan yang membentuk kata nama dalam
bahasa Melayu (Nik Safiah Karim, Abdul Hamid Mahmood, Hashim Haji Musa, Farid
M. Onn, 2011). Bentuk awalan peN- boleh terdiri daripada empat bentuk, iaitu pe-,
pem-, pen-, dan peng-. Namun demikian, perbezaan bentuk awalan ini bergantung
kepada dua, iaitu:

5
Perbezaan bentuk-bentuk awalan peN-
Faktor fonologi Faktor perkembangan dan
perancangan bahasa
Jenis huruf pertama pada kata dasar Menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak
yang akan bercantum dengan awalan mematuhi kelaziman peraturan fonologi
itu. bahasa Melayu.

Jadual 1.1 : Perbezaan Bentuk-bentuk Awalan peN-

Hashimah dan Harith (2009) menulis, penulisan imbuhan peN- juga menyentuh
aspek makna dan fungsi. Menurut Hashimah dan Harith lagi, apabila imbuhan peN-
bergabung dengan kata dasar daripada pelbagai kelas kata yang membentuk kata
terbitan, fungsi makna yang akan diimplikasikan boleh mempunyai sekurang-
kurangnya dua fungsi atau lebih. Namun demikian, fokus kajian ini lebih menjurus
kepada kaedah penulisan imbuhan peN- yang menepati hukum tatabahasa dan
maknanya. Meskipun imbuhan peN- ini menyentuh hal kepelbagaian fungsinya,
namun perkara tersebut terpaksa dikesampingkan bagi memudahkan murid terlebih
dahulu memahami serta menguasai penulisan imbuhan peN- dengan betul.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian yang akan saya jalankan ini, terdapat beberapa objektif yang perlu
dicapai pada akhir kajian saya. Terdapat dua bentuk objektif yang ditetapkan dalam
kajian saya ini, iaitu objektif umum dan objektif khusus.

5.1 Objektif Umum

Kajian ini dijalankan bagi membantu meningkatkan penguasaan murid tahun 3


di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dalam penulisan kata nama berimbuhan peN-
yang juga merupakan salah satu daripada subtajuk sistem bahasa KSSR.

6
5.2 Objektif khusus

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:


i. Meningkatkan penguasaan murid menulis kata nama berimbuhan peN-
melalui kaedah GUK.
ii. Meningkatkan mutu pengajaran guru melalui kaedah GUK ketika
melaksanakan pengajaran sistem bahasa.
iii. Menarik minat murid untuk mempelajari imbuhan kata nama peN- melalui
kaedah GUK.

6.0 SOALAN KAJIAN

Soalan kajian yang saya akan jalankan ini adalah seperti berikut:
i. Adakah kaedah GUK dapat membantu meningkatkan penguasaan murid
tahun 3 dalam penulisan kata nama berimbuhan peN-?
ii. Adakah kaedah GUK dapat meningkatkan mutu pengajaran guru?
iii. Adakah kaedah GUK dapat menarik minat murid tahun 3 untuk
mempelajari imbuhan kata nama peN-?

7.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian saya ini merujuk kepada murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang,
Jeram, Perak. Seramai 27 orang murid di dalam kelas tersebut. Terdapat juga lima
orang murid pemulihan dan seorang murid LINUS, justeru seorang murid LINUS
tersebut akan dikecualikan daripada kajian saya. 26 orang murid yang terdiri daripada
14 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan berbangsa Melayu. Secara
amnya, usia sampel ini adalah dalam lingkungan sembilan tahun.

Semua sampel ini merupakan murid yang berada pada tahap yang pelbagai
dalam pencapaian akademik; lemah, sederhana dan baik. Semua sampel ini juga
mengikuti sesi persekolahan seperti biasa waktu-waktu persekolahan. Murid-murid
tahun 3 ini menetap di kawasan sekitar sekolah dan juga taman perumahan di

7
kawasan Jeram serta Bandar Baru Kampar. Kebanyakan mereka daripada golongan
keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah.

8.0 RANCANGAN TINDAKAN

Setelah mengenal pasti masalah murid, saya berasakan satu tindakan segera perlu
diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Saya telah membuat keputusan untuk
menggunakan kaedah GUK bagi membantu murid-murid tahun 3 menguasai
kemahiran penulisan kata nama berimbuhan peN-. Antara prosedur tersebut ialah:

8.1 Prosedur 1: Perbincangan bersama-sama pensyarah pembimbing.

Saya telah membuat perbincangan awal bersama-sama pensyarah


pembimbing, iaitu Puan Hasnah binti Awang mengenai tajuk dan juga kaedah yang
hendak dijadikan sebagai kajian. Perbincangan tajuk dan pemilihan kaedah telah
dilaksanakan ketika interaksi kuliah bersama-sama rakan yang lain sebagai
pendedahan dan gambaran awal terhadap penyelidikan tindakan.

8.2 Prosedur 2: Perbincangan bersama-sama guru pembimbing.

Sebelum saya melaksanakan kajian ini dengan lebih mendalam terhadap


murid-murid, saya akan berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing mata
pelajaran Bahasa Malaysia, Puan Rozana binti Om untuk mendapatkan khidmat
nasihat, idea, pendapat dan bimbingan daripada beliau bagi menambah baik lagi
kajian dan soalan-soalan yang dirancang.

8.3 Prosedur 3: Membina item soalan

Setelah berbincang dengan guru pembimbing, saya telah membina item soalan
yang akan digunakan sebagai alat pengujian dan pemerolehan data daripada murid.
Pembinaan item soalan juga perlu merujuk kepada sumber-sumber yang berkaitan
dan tepat. Oleh hal yang demikian, beberapa buah buku dijadikan sebagai rujukan
seperti Tatabahasa Dewan, Siri Tatabahasa: Kata Terbitan dan buku-buku kerja yang
diakui menepati hukum tatabahasa dari segi binaan soalan dan cadangan jawapan.

8
Soalan-soalan yang dibina juga mengikut tahap pencapaian murid yang
pelbagai; baik, sederhana dan lemah. Saya juga telah mendapatkan rekod
pencapaian murid-murid untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan semasa
membina soalan. Perkataan-perkataan yang dipilih juga tidak begitu sukar dan mudah
difahami oleh murid.

8.4 Prosedur 4: Menjalankan ujian pra

Murid diminta untuk menulis kata terbitan menggunakan imbuhan awalan peN-
berdasarkan kata dasar yang telah diberikan. Kata dasar tersebut disusun mengikut
aturan abjad dan terdapat beberapa abjad yang tidak disertakan seperti abjad Q, X
dan Z kerana jarang menerima imbuhan awalan peN-.

Murid menjawab soalan yang diberikan tanpa sebarang bantuan dan


bimbingan daripada guru serta tiada perbincangan dalam kalangan murid semasa
menjawab soalan tersebut. Hal ini bertujuan untuk menguji kefahaman dan
pengetahuan murid mengenai imbuhan awalan peN- yang sering digunakan dalam
kehidupan mereka.

8.5 Prosedur 5: Intervensi Kaedah GUK

Latih tubi bertindak sebagai penguat kepada penguasaan murid tentang


penulisan kata nama berimbuhan awalan peN-. Latih tubi digunakan bagi mengukur
tahap perkembangan murid. Tambahan pula, kepekaan murid bagi membuat latihan
berkenaan penulisan kata nama berimbuhan awalan peN- juga membantu
meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam penulisan yang baik dan betul.

Di samping memberikan latih tubi, saya akan menerangkan kaedah yang boleh
membantu mengatasi kekeliruan murid untuk menulis kata nama berimbuhan awalan
peN-. Kaedah tersebut dinamakan sebagai Gugur, Ubah, Kekal (GUK). Kaedah GUK
juga merupakan intervensi utama saya untuk menjalankan penyelidikan ini. Intervensi
ini juga berbentuk pemberian soalan-soalan latihan yang berkaitan dengan fokus
kajian yang akan dijalankan terhadap sampel. Dalam latih tubi tersebut, saya akan
menyediakan soalan yang berkaitan dengan kata berimbuhan awalan peN- ini dan
murid akan menuliskan jawapan yang betul di ruangan yang disediakan. Semua hasil

9
kerja sampel akan dikumpulkan dan dianalisis untuk dilihat perkembangan dari segi
penguasaan dan kefahaman terhadap penulisan imbuhan awalan peN- dengan
kaedah GUK ini..

9.0 TEKNIK PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian yang dijalankan, saya akan menggunakan tiga jenis instrumen khusus
bagi mendapatkan data serta mengumpul data dan maklumat. Tiga instrumen khusus
yang dipilih adalah seperti berikut:

i. Ujian pra dan pos


ii. Pemerhatian
iii. Analisis dokumen

9.1 Ujian Pra dan Pos

Ujian pra dan pos merupakan satu set soalan yang digunakan bagi mengetahui
kefahaman awal murid sebelum mereka menjalani rawatan atau penambahbaikan,
iaitu aktiviti kajian ini serta mendapatkan hasil selepas menjalani aktiviti. Kedua-dua
ujian ini mempunyai julat masa yang tersendiri untuk dilaksanakan. Setelah itu,
tindakan rawatan dilakukan berdasarkan masalah yang telah dapat dikenal pasti dan
diperoleh daripada ujian pra yang dijalankan. Ujian pos hanya akan dilakukan setelah
sampel menerima rawatan bagi menguji keberkesanannya. Menerusi kedua-dua
dapatan ini, saya dapat mengenal pasti sama ada keberkesanan tindakan yang telah
dijalankan terhadap sampel.

9.2 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan salah satu instrumen pengumpulan data yang akan


dijalankan sepanjang kajian. Satu senarai semak yang ringkas akan dibina bagi
memantau perkembangan murid sepanjang tempoh kajian dijalankan serta nota
lapangan yang mencatat setiap perkembangan yang ditunjukkan oleh murid.
Beberapa kriteria akan dinilai dalam pemerhatian yang akan dilakukan. Pemerhatian

10
yang akan dilakukan ini merupakan pemerhatian berstruktur kerana melalui senarai
semak dan nota lapangan.

9.3 Analisis Dokumen

Di samping menggunakan ujian pos dan pra dan pemerhatian, saya juga akan
menggunakan teknik analisis dokumen untuk mendapatkan data. Pengutipan data
dan maklumat daripada dokumen ini membolehkan saya menambah, membanding
dan memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada teknik pemerhatian dan
ujian pra. Dokumen ini kemudiannya akan dianalisis untuk meninjau perubahan dan
perkembangan bentuk, pola, trenda yang berlaku selain menyediakan bukti kukuh
untuk menyokong kesahan teknik ujian pra dan pemerhatian. Sehubungan dengan
itu, dokumen yang akan dikumpulkan merupakan hasil kerja murid, iaitu melalui
lembaran-lembaran kerja yang melibatkan imbuhan awalan kata nama peN-.

10.0 TEKNIK ANALISIS DATA

Dalam analisis dan menginterpretasi data, saya akan melakukan penganalisisan


terhadap semua data mentah yang telah dikumpulkan sepanjang tempoh
pelaksanaan kajian tindakan ini.

10.1 Ujian Pra dan Pos.

Hasil dapatan daripada ujian pra dan pos akan dianalisis dalam bentuk
penjadualan markah dan pemplotan graf. Contohnya:

11
BORANG REKOD PEMARKAHAN MURID

(UJIAN PRA / UJIAN POS)

UJIAN PRA UJIAN POS


BIL NAMA MURID CATATAN
M G M G

1. R1
2. R2
3. R3
4. R4
5. R5
6. R6
7. R7
8. R8
9. R9
10. R10
11. R11
12. R12
13. R13
14. R14
15. R15
16. R16
17. R17
18. R18
19. R19
20. R20
21. R21
22. R22
23. R23
24. R24
25. R25
26. R26

Catatan:
- R: Responden
- M: Markah
- G: Gred

12
10.2 Pemerhatian

Melalui pemerhatian, saya menggunakan catatan nota lapangan tidak


berstruktur. Dalam hal ini, saya akan membuat catatan tindakan peserta kajian. Aspek
yang akan saya catatkan ialah reaksi sampel kajian semasa menerima setiap helaian
lembaran kerja yang berlainan soalan dan aras, menjawab soalan yang terdapat
dalam lembaran kerja dan reaksi sesi menyemak hasil jawapan bersama-sama guru.
Berikut merupakan contoh nota lapangan yang akan digunakan.

BORANG CATATAN NOTA LAPANGAN

Nama Peserta :
Nama Pencatat:
Bil. Tarikh/Hari Masa/Tempat Latihan Catatan

13
11.0 JADUAL PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Jadual 1.2 : Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan.

14
12.0 KOS KAJIAN

Kos yang terlibat sepanjang perancangan penyelidikan tindakan ini disertakan seperti
berikut:

HARGA
BIL JENIS BAHAN KUANTITI JUMLAH KOS
SEUNIT

1 Kertas A4 5 RM 50 RM 50

2 Dakwat pencetak 1 RM 80 RM 80

Cetakan bahan dan laporan


3 100 RM 0.10 RM10
kajian

4 Buku catatan guru 1 RM 10 RM10

Bahan Sumber Pengajaran dan


5 1 RM20 RM 20
Pembelajaran (BSPP)

6. Penjilidan laporan kajian 5 RM20 RM 100

JUMLAH RM 270

15
13.0 REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, akhirnya saya berjaya melaksanakan tugasan


Kertas Cadangan Kajian Tindakan Bahasa Melayu. Tugasan ini memerlukan saya
mengenal pasti masalah yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) Bahasa Malaysia, sekali gus menentukan isu yang akan diutarakan untuk
menjadi fokus kajian. Sehubungan dengan itu, saya juga perlu membuat sorotan
literatur berdasarkan isu kajian dan menyediakan kertas cadangan bagi kajian
tindakan berdasarkan isu yang telah dipilih. Saya juga membuat rujukan
menggunakan buku Kajian Tindakan dan jurnal bahasa untuk menyiapkan kajian
tindakan ini.

Penulisan kertas cadangan kajian tindakan ini dimulakan sedikit awal


memandangkan saya telah menemukan satu permasalahan yang dilalui semasa
menjalani praktikum kedua. Tajuk dan fokus kajian ini telah diputuskan semasa
perbincangan di dalam interaksi kuliah bersama-sama pensyarah, Puan Hasnah binti
Awang. Memandangkan tajuk dan isu telah ditemui dan diputuskan, saya telah
melanjutkan kajian saya dengan mencari bahan-bahan untuk dijadikan sebagai
literatur dan meneliti aspek-aspek yang perlu ditekankan dalam kajian ini.

Semasa proses menyiapkan sorotan literatur bagi tugasan ini, saya dapat
mengetahui dengan lebih meluas mengenai para pengkaji lain yang telah membuat
kajian. Saya juga mengetahui pelbagai kaedah yang sesuai dengan fokus kajian yang
ingin dilaksanakan. Dengan adanya maklumat ini, saya dapat menyiapkan sorotan
literatur ini dengan rujukan daripada jurnal dan laman sesawang berdasarkan rujukan
yang telah saya dinyatakan.

Dengan adanya rujukan-rujukan daripada buku-buku kajian tindakan, saya


dapat menyempurnakan cara mengumpul dan menganalisis bagi kertas cadangan ini.
Saya berasakan bahawa tugasan ini sangat berfaedah dan memainkan peranan yang
penting kepada saya kerana perlu mengenal pasti isu pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih terperinci. Pembacaan yang mendalam mengenai buku dan jurnal-jurnal
kajian tindakan ini membolehkan saya memperbaiki mutu penulisan saya pada masa
yang akan datang.

16
Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada pensyarah penyelia selaku
pensyarah pembimbing bagi praktikum ketiga ini, iaitu Puan Hasnah binti Awang.
Beliau telah memberikan tunjuk cara sepanjang saya menghasilkan proposal ini.
Sementara itu, saya juga meminta pandangan daripada beliau mengenai buah fikiran
yang sesuai untuk diaplikasikan dalam proposal saya ini. Pelbagai idea dan sesi
perbincangan dilakukan memastikan penghasilan proposal ini berjalan lancar. Tidak
dilupakan juga kepada guru pembimbing, Puan Rozana binti Om yang telah
membantu dalam memberikan idea dan pandangan sepanjang kajian dilakukan di
sekolah.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan alhamdulillah dan terima kasih kepada
pihak Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dan rakan-rakan secara langsung atau
tidak langsung kerana memberi ruang dan peluang kerana membantu saya
melakukan proposal kajian tindakan ini.

17

Anda mungkin juga menyukai