Anda di halaman 1dari 3

CONTOH PENULISAN REFLEKSI DALAM BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

(Dicatat selepas setiap waktu p&p di ruang bawah RPH)

Contoh Refleksi 1
1
Dengan menggunakan teknik bercerita saya telah berjaya mewujudkan kesediaan Kekuatan
dan memotivasikan murid-murid saya1. Cerita tentang Dua Sekawan yang saya
sampaikan dengan iringan muzik latar telah berjaya menarik tumpuan dan perhatian
semua murid2. Nampaknya saya telah berjaya memotivasikan mereka. Cerita 2
kelebihan
tersebut juga sememangnya amat berkaitan dengan tajuk yang saya ajar hari ini3.
3
Penilaian kendiri
Eloklah jika saya gunakan puppet semasa menyampaikan cerita agar ianya lebih
realistik dan dapat menarik lebih perhatian dan tumpuan semua murid. Saya juga
perlu pergi ke Pusat Sumber Sekolah untuk mengenal pasti jenis-jenis bahan
sumber yang ada dalam pusat sumber tersebut. Pemilihan kemahiran berfikir, iaitu
kemahiran Membanding Beza adalah kurang berkaitan dengan isi kandungan
pelajaran yang saya ajar pada hari ini4. 4
Penambahbaikan
Nampaknya saya kurang memberi perhatian tentang penerapan unsur kemahiran
berfikir semasa merancang Rancangan Pengajaran Harian5. Di samping itu, saya 5
Kelemahan
juga lupa menyediakan alat berfikir dan bahan rangsangan yang sesuai dengan
kemahiran berfikir tersebut6. Saya hendaklah memastikan bahawa kemahiran 6
kekurangan
berfikir yang dipilih mestilah sesuai dan berkaitan dengan tajuk dan isi pelajaran
yang saya akan sampaikan7.
7
Penilaian kendiri
Saya harus menyediakan bahan rangsangan yang relevan dengan kemahiran
berfikir yang hendak diterapkan dan bahan rangsangan tersebut juga seharusnya
berkaitan dengan isi pelajaran8. 8
Penambahbaikan

Contoh Refleksi 2

Secara keseluruhannya, saya telah menjalankan pengajaran dengan jayanya.


Tayangan video dapat menarik perhatian dan minat murid dalam bidang perniagaan.
Murid berminat dalam menonton video dan dapat memberikan respon yang baik dan
dapat menjawab soalan guru dengan tepat. Murid-murid dapat menghasilkan peta
minda yang teratur dan murid dapat melukiskan peta minda dengan kreatif dan
berkaitan dengan tajuk9. 9
Kekuatan

Murid menggunakan masa yang lebih dalam menghasilkan peta minda


mengakibatkan masa yang dirancang tidak dapat dikuasai. Murid menjalankan
aktiviti dalam kumpulan sememangnya dapat memupuk nilai kerjasama dalam
10
kumpulan, tetapi murid nyaris berlaku pergaduhan akibat perbezaan idea. Guru Kelemahan
perlu mengawal disiplin kelas10.

Saya perlu mempertingkatkan kemahiran dalam kawalan kelas dan memastikan


semua murid bekerjasama dalam aktiviti kumpulan untuk meningkatkan
persahabatan antara murid-murid. Saya juga perlu menguatkan perancangan
membahagikan masa dalam pengajaran supaya dapat melancarkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran saya11. 11
Cara mengatasi
12
Pada kelas yang seterusnya saya akan cuba mempermudahkan lagi penerangan Tindakan susulan
saya mengenai peta minda dan saya juga akan cuba untuk menerangkan dengan
lebih jelas dahulu sebelum menyuruh pelajar melaksanakan peta minda yang saya
ajari12.
Contoh Penulisan Refleksi: Tahap Pertama Deskriptif

Pengajaran tidak dapat diteruskan kerana sebahagian pelajar lambat hadir ke kelas.
Latihan kebakaran sekolah dijalankan pada waktu pengajaran. Kelas terpaksa dibatalkan.
Pelajar mengantuk di dalam kelas.
Masa pengajaran tidak mencukupi. Aktiviti kelas terpaksa ditangguhkan kepada pengajaran akan
datang.

Contoh Penulisan Refleksi: Tahap Kedua Refleksi Deskriptif

Guru mengajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kurang faham apa yang disampaikan
oleh guru. Guru sepatutnya cuba menerangkan sesuatu istilah dalam Bahasa Melayu.

Terdapat beberapa orang pelajar yang membuat bising di dalam kelas dan tidak menghiraukan
pengajaran guru. Guru bertindak memanggil nama pelajar tersebut dan bertanyakan soalan yang
berkaitan.

Contoh Penulisan Refleksi: Tahap Ketiga Dialog

Contoh 1:
Setelah beberapa kali diselia oleh guru pembimbing dan penyelia, saya dapati kelemahan saya adalah tidak
berupaya menyediakan Bahan Bantu Mengajar yang menarik ...dan mampu mencungkil idea awal pelajar
serta merangsang daya inkuiri pelajar. Mereka memberikan komen BBM yang saya gunakan tidak dapat
membantu melancarkan pengajaran topik pada hari itu. Saya rasa saya patut terima kritikan tersebut secara
positif. Model Refleksi juga menegaskan guru yang refleksi perlu bersikap terbuka dan menerima kritikan yang
membina. Tapi saya tak kreatif. Tapi takpelah mungkin saya perlu berbincang dengan rakan dan melayari
internet mencari bahan-bahan yang menarik bagi membantu saya menyediakan BBM yang efektif.

Contoh 2:
Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang prinsip paduan daya dan prinsip leraian daya pada
hari ini. Saya tidak menyediakan contoh soalan untuk pelajar mencuba. Saya tidak dapat menumpukan satu
persatu pelajar untuk menjawab soalan. Ada isi yang saya tertinggal. Saya kurang persediaan mengenai tajuk
yang di ajar.

Contoh Penulisan Refleksi: Tahap Tertinggi - Kritikal


Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar. Saya tidak suka ketawa semasa mengajar. Saya mesti
pastikan pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa saya menyampaikan aktiviti pengajaran.
Saya akan memarahi pelajar yang tidak mengendahkan pengajaran saya.

Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila mengajar kerana saya ingat lagi masa cikgu saya
mengajar fizik beliau menggunakan pendekatan yang sama. Dan dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya
mendidik saya menjadi insan yang berjaya.

Oleh itu, saya percaya pendekatan tersebut akan dapat membantu pelajar mempelajari fizik. Tetapi....setelah
beberapa minggu, saya dapati pendekatan saya ini menyebabkan prestasi pelajar dalam fizik merosot ... saya
dah mula menggelabah...takut dipersalahkan oleh guru pembimbing...
Kemudian saya cuba melakukan pemikiran dan amalan refleksi seperti yang disarankan barulah saya tahu
betapa zalimnya saya kerana tidak memerhatikan pelajar yang memerlukan pendekatan yang berbeza-beza
antara satu sama lain.

Saya perlu ubah pendekatan pengajaran saya...Saya perlu perbanyakan aktiviti pengajaran yang dapat
menggalakkan pelajar berfikir serta berupaya mencungkil idea awal pelajar...
Contoh-Contoh Lain:

1. Pengajaran hari ini berjalan seperti dirancang. Masa dapat diuruskan dengan
baik. Murid menyiapkan latihan dalam waktu ditetapkan. Terdapat 6-8 orang
murid di barisan belakang gagal menyiapkan latihan seperti diarahkan1. Mereka
1
cuma menjawab soalan 1 dan 6 secara ringkas, sedangkan arahan saya ialah Apa?
menjawab dengan lengkap soalan 2 hingga 6. Mereka memberitahu mereka
tidak faham dan tidak jelas berhubung arahan saya2. Apabila saya tanya
2
kepada murid lain, terdapat beberapa orang lagi memberitahu arahan saya Mengapa?
memang kurang jelas.

Saya fikir kelemahan saya dalam pengajaran hari ini telah menyebabkan
objektif pelajaran tidak tercapai sepenuhnya. Kelemahan ini mesti saya atasi
dalam pengajaran akan datang3. 3
Tindakan susulan

2. Pengajaran hari ini bermula dengan baik dan lancar1. Murid semuanya terlibat 1
Apa?
dengan seronok. Melihat keseronokan murid, beberapa aktiviti tambahan1 telah
saya jalankan untuk melibatkan semua murid supaya berlaku adil.
Kemudiannya saya dapati waktu pengajaran sudah tamat tanpa sempat
membuat penutup. Saya fikir pengajaran saya hari ini gagal.
2
Kesilapan saya ialah lari daripada perancangan asal p&p saya2. Saya Mengapa?
sepatutnya mengawal pengajaran saya dan tidak menambah aktiviti spontan.
Untuk pengajaran akan datang, saya mesti menentukan aspek pengurusan
masa tidak terabai3. 3
Tindakan susulan

Anda mungkin juga menyukai