Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih ke atas pertolongan para responden.
Dengan bantuan mereka, saya dapat menyelesaikan tugasan saya dalam masa yang
ditetapkan. Pelbagai pengalaman yang saya perolehi dalam masa melaksanakan tugasan
tersebut.

Pada awalnya, saya berasa tertekan kerana saya tidak pernah melakukan soal selidik
sebelum ini. Pada awalnya, saya berasa tugasan ini amat sukar kerana saya perlu memilih
kaedah untuk membuat borang soal selidik yang paling tepat dan berkesan.

Namun begitu, saya belajar untuk bersabar dan bertenang semasa membuat tugasan.
Selepas pencarian maklumat dari beberapa sumber dan berbincang dengan beberapa rakan
tentang kehendak soalan, saya memulakan soal selidik secara rawak di IPG kampus Batu
Lintang. Selain itu, saya telah mempelajari kaedah menterjemaahkan bentuk graf. Walaupun
saya pernah mempelajari ilmu tentang statistik, tetapi saya tidak pernah menggunakan dalam
kehidupan harian. Ini adalah pengalaman yang amat berguna untuk saya kerana saya dapat
menganalisis data dengan lebih jelas dan berkesan.

Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah memahami tentang betapa pentingnya
masa yang dimanfaatkan. Hal ini kerana menyusun data soal selidik telah menggunakan
banyak masa dan sikap saya yang suka menangguh masa. Disebabkan saya ada tugasan
subjek lain yang perlu buat, oleh itu, saya menggunakan masa lapang yang lebih banyak untuk
menyempurnakan tugasan.

Dalam mengurus dan menganalisis data, saya telah menggunakan carta palang untuk
menyusun data tentang masa yang digunakan di perpustakaan dan tujuan pergi ke
perpustakaan. Kelebihan carta palang ialah ia dapat membuat perbandingan beberapa perkara
dalam satu palang yang sama. Setiap palang akan dibahagikan kepada bahagian-bahagian
tertentu. Cerahan bahagian-bahagian tertentu bergantung kepada bilangan perkara yang
hendak dibandingkan seperti masa dan tujuan di perpustakaan.

Ia juga dapat melihat perubahan yang ketara secara umum. Contohnya, kita dapat
melihat masa yang digunakan oleh paling ramai pelajar ke perpustakaan ialah 2 jam.

Kekurangannya ialah perbandingan antara data adalah tidak jelas dilihat kerana semua
data mengenai suatu aspek adalah tersusun dalam satu bar. Setiap perkara mempunyai
ketinggian yang berlainan antara satu sama lain. Apabila semua perkara dalam satu palang
dipertunjukkan, kita tidak dapat melihat perbezaan antara perkara yang lebih spesifik.

Ia juga akan menyebabkan kekeliruan kepada sesiapa yang kurang berpengalaman


dalam membaca data jika terlalu banyak aspek dipersembahkan dalam satu palang. Hal ini
kerana susunan perkara dalam palang adalah berbeza. Ini disebabkan bukan semua data
mengenai aspek wujud, juga ada data yang tidak dapat dipersembahkan dalam carta bar jika ia
adalah bernilai sifar.

Secara kesimpulannya, tugasan ini telah membantu saya lebih memahami bagaimana
mengumpul semua jenis data dan memterjemaahkan dalam bentuk graf bagi menunjukkan
sebuah statistk. Saya hendaklah mengubah sikap yang suka menangguh masa dan belajar
supaya lebih sabar dalam menghadapi masalah dalam menjalankan projek statistik. Saya
haruslah menambah pengetahuan statistik saya kerana ia amat diperlukan oleh para guru
pelatih untuk menganalisis data pelajar pada masa yang akan datang. Selain itu, guru yang
berpengetahuan luas dapat membantu pelajarnya sekira pelajar menghadapi masalah
mengenai statistik.Ilmu sampingan ini dapat menghasilkan guru yang dapat berdaya saing pada
peringkat global.

481 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai