Anda di halaman 1dari 9

PUNCA BULI DAN LANGKAH MENANGANINYA

(T) Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan
aset modal insan negara bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. "Berikan
saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini, begitulah ungkapan retorik yang
pernah dilontarkan oleh bekas Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya
peranan remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan. (I) Malangnya,
dalam proses menongkah arus globalisasi yang pantas bergerak bagai belut diketil ekor ini, keruntuhan
akhlak remaja semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Salah satu masalah sosial yang kian
merebak dalam kalangan remaja ialah gejala buli. Buli dapat ditakrifkan sebagai perlakuan ganas yang
mencederakan fizikal dan menjejaskan emosi dan mental seseorang seperti memukul, membuli,
mengugut dan sebagainya. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia, kes buli juvana telah meningkat
sebanyak 11 kes pada tahun 2013 berbanding pada tahun 2012. Peningkatan ini menyukarkan usaha
negara untuk mencapai impian menjadi negara kelas pertama. Pelbagai usaha diambil oleh kerajaan
mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menyifarkan kemelut sosial ini tetapi usaha ini
hanya seperti melukut di tepi gantang kerana kes tersebut masih meningkat sehingga hari ini. (A) Tak
tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, jadi sebelum mencari jalan penawar untuk menangani
kemelut ini, kita haruslah mengenal pasti akar umbi yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini
kerana jika tiada angin masakan pokok bergoyang.

(I) Punca dominan yang mencetuskan fenomena ini ialah remaja tidak mempunyai didikan agama yang
teguh. (M) Kebanyakan remaja pada hari mempunyai stigma bahawa ajaran agama sudah ketinggalan
zaman dan tidak relevan untuk dipraktikkan pada alaf globalisasi ini. Keadaan menjadi lebih parah
apabila ibu bapa pada hari ini tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka.
Hal ini terjadi kerana ibu bapa pada alaf ini sering mempunyai tanggapan bahawa ajaran agama tidak
penting berbanding dengan pendidikan akademik yang dianggap sebagai tiket kejayaan anak-anak pada
masa hadapan. Sikap ini menunjukkan bahawa terdapat ibu bapa yang semakin alpa akan tanggungjawab
hakiki mereka dalam membesar, mengasuh dan mendidik anak-anak mereka yang diumpamakan sehelai
kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkan tingkah laku anakanak sama ada seindah warna
pelangi atau semalap masa hadapannya. (BA) Berlandaskan sikap remaja dan ibu bapa yang sebegini
maka tidak hairanlah anak-anak tidak mementingkan amalan solat yang difardukan kepada setiap
muslim walaupun solat itu tiang agama yang dapat mencegah kemungkaran. Mereka beranggapan bahawa
amalan ini membuang masa dan tidak membantu mereka untuk mencapai kejayaan duniawi. Bukan itu
sahaja, kebanyakan remaja pada hari ini lebih bertuhankan hiburan dan keseronokan duniawi semata-
mata seperti melibatkan diri dalam Black Metal. (K) Jika situasi ini berterusan sudah pasti
keharmonian masyarakat dan negara kita akan terjejas. Memetik kata-kata seorang tokoh
cendekiawan, Petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut mencintai
hiburan. Keimanan remaja yang senipis kulit bawang menyebabkan kehidupan mereka terumbang-
ambing ibarat kapal tanpa nakhoda lantaran mereka tidak dapat membezakan dosa dan pahala lalu
mereka akan bertindak untuk menyakiti dan mengasari individu lain demi kepentingan dan keseronokan
diri sendiri. (P) Tegasnya, didikan agama yang tidak mantap mampu mendorong kepada penularan gejala
buli di negara ini.

(I) Selain itu, kegoyahan institusi kekeluargaan juga menjadi pemangkin kepada gejala buli yang
melanda di nusa tercinta kita ini. (M) Intitusi keluarga porak-peranda disebabkan oleh tiada lagi
persefahaman antara pasangan suami isteri. Sekiranya tiada persefahaman antara mereka sudah pasti
bibit-bibit kasih sayang yang dipupuk selama ini hilang sebagai akibat daripada sikap mementingkan
diri sendiri tanpa memikirkan impak yang bakal mengganggui kehidupan anak-anak pada hari mendatang.
(BA) Oleh itu, kes penderaan, pertengkaran dan perceraian semakin meningkat bagai bangkai gajah
yang tidak dapat ditutupi dengan nyirunya lagi. Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), kadar perceraian pasangan suami isteri Islam di Malaysia berlaku sekali dalam tempoh masa
15 minit. Keluarga yang porak-peranda akan lalai untuk memberikan kasih sayang mereka kepada anak-
anak remaja yang sentiasa memerlukan belaian dan perhatian daripada ibu bapa mereka. (K) Keadaan
ini membimbangkan kerana akan menjejaskan perkembangan remaja dan pembentukan personaliti
remaja. Maka tidak hairanlah apabila remaja sanggup terlibat dalam gejala samseng ini untuk menarik
perhatian dan mendapatkan sekelumit kasih sayang daripada ibu bapa mereka yang semakin alpa dalam
memikul tanggungjawab hakiki mereka. Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan bahawa 50 peratus
remaja yang terlibat dalam gejala negatif terdiri daripada remaja yang mempunyai konflik keluarga.
(P) Izharlah bahawa kegoyahan institusi kekeluargaan turut mencetuskan fenomena buli remaja yang
ingin melepaskan kemarahan mereka kepada individu yang lain bak kata peribahasa Melayu, orang lain
makan nangka, orang lain terkena getahnya.

(I) Jika kita kaji dari dimensi yang lain, pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara faktor gejala
buli semakin menular dan kian serius bagai duri dalam daging di negara kita pada hari ini. (M) Hal ini
dikatakan demikian kerana remaja pada hari ini lebih mempercayai rakan sebaya daripada ibu bapa dan
guru-guru mereka. Tindakan remaja yang sanggup menuruti kata-kata kawannya tanpa memikirkan
risiko dapat diumpamakan seperti kerbau dicucuk hidung. Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja tidak
ingin dipulaukan atau disisihkan oleh ahli kumpulan sekiranya enggan menuruti perlakuan dan kata-kata
mereka. Menurut Thrasher yang merupakan pelopor awal tentang kajian buli mengutarakan bahawa
pada peringkat awal remaja, golongan ini berkemampuan untuk mewujudkan geng atau persatuan.
Remaja yang masih berbau pucuk jerengau ini sanggup mengkhianati kepercayaan ibu bapa dan guru
mereka daripada mengkhianati kumpulan mereka. (BA) Sebagai contohnya, 8 orang pelajar tingkatan 5
dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah mengugut guru asrama dengan menggunakan parang.
Kumpulan pelajar ini sanggup bertindak demi melepaskan kemarahan dan berseronok-seronok tanpa
memikirkan impaknya kepada diri sendiri dan orang lain. (K) Ekoran sikap remaja yang tersalah memilih
rakan menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif seperti membuli . Hal ini
dapat dikaitkan dengan petikan sebahagian daripada hadis nabi yang bermaksud, Jika berkawan
dengan tukang besi maka percikan api akan terkena pada tubuhmu. (P) Pendek kata, pengaruh dan
tekanan daripada rakan sebaya turut mejadi penyebab kepada kemelut buli semakin sukar ditangani.
(I) Dalam konteks yang sama, punca yang lain ialah pengaruh media yang berteknologi tinggi. (M) Pada
alaf modenisasi dan globalisasi ini, pertambahan bilangan dan jenis media berteknologi tinggi seperti
rangkaian televisyen dan internet semakin pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Penggunaan
media berteknologi ini kebanyakannya dikuasai oleh golongan remaja yang masih mentah. Kajian
melaporkan bahawa 80 peratus anak-anak melayari Internet. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
untuk mencapai status negara maju, rakyat sesebuah negara itu perlu memajukan diri dengan
perkembangan semasa seiring dengan kehendak pasaran dunia. Malangnya, kemajuan yang dikecapi
pada hari ini turut merosakkan pemikiran dan akhlak remaja di negara kita. (BA) Terdapat banyak
media berteknologi tinggi yang mendedahkan pelbagai budaya luar dan aksi-aksi ganas yang mampu
menjahanamkan peribadi dan sahsiah remaja yang masih berumur setahun jagung. Sebagai contoh,
filem Buli, Gengster, KL Menjerit dan rancangan WWF Smack Down telah membudayakan amalan
samseng dalam kalangan remaja yang masih hijau. Penerbitan filem dan rancangan yang berunsurkan
keganasan yang sememangnya bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia ini disebabkan
oleh sikap penerbit yang bersikap materialistik dan ingin mengautkan keuntungan peribadi daripada
mengutamakan kepentingan sejagat. Sikap manusia yang mementingkan diri sendiri ini dapat
diumpamakan bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. (K) Kesannya, remaja akan
meniru dan mengikuti aksi-aksi yang ditontoni tanpa memikirkan kesan atas tindakan mereka. Mereka
yang sentiasa didorongi oleh semangat inkuiri akan melakukan gengsterisme terhadap orang lain
seperti memukul dan mengugut untuk melihat keberkesanan rancangan yang ditontoni oleh mereka. (P)
Ringkasnya bahawa pengaruh negatif yang dibawa oleh media berteknologi tinggi juga menjadi
pemangkin kepada kemelut sosial ini kepada ibu pertiwi kita.

(I) Dari perspektif yang berbeza pula, peraturan sekolah yang lemah turut menyebabkan masalah buli
dalam kalangan remaja kian bermaharajalela dan merebak dengan pantas bagaikan virus epidermik. (M)
Keadaan ini terjadi apabila terdapat sesetengah pihak sekolah pada hari ini lebih mementingkan
pencapaian akademik dan lebih berorientasikan peperiksaan. Bagi mereka, pencapaian kecemerlangan
pelajar dari aspek akademik menjadi kayu pengukur kepada prestasi kecemerlangan sekolah. Sekiranya
hal ini terjadi sudah pasti pihak sekolah akan hilang fokus untuk menangani kes-kes pelajar sekolah
dan tidak menganalisis kesalahan pelajar yang dilaporkan seperti kes buli yang kian hari kian bernanah
di persekitaran sekolah. Pihak sekolah juga tidak mengenakan peraturan dan hukuman yang tegas
kepada pelajar-pelajar yang melakukan keganasan pelajar lain dan sikap pihak sekolah ini dapat
diumpamakan seperti singa yang hilang taringnya. (BA) Sebagai misalannya, lebih kurang 20 orang
pelajar di Sekolah Menengah St. David, Bukit Baru, Melaka bergaduh di kantin sekolah dan memukul
sesama sendiri menggunakan kerusi. Kejadian ini membuktikan bahawa kumpulan pelajar ini memantang
enteng dan tidak gerun dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. (K) Sehubungan dengan
itu, impian Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang holistik akan terkubur
sekiranya gejala gengsterisme semakin berleluasa dalam kalangan remaja yang rata-ratanya
merupakan pelajar sekolah. Bukan itu sahaja, kepercayaan ibu bapa terhadap pihak sekolah untuk
melahirkan modal insan yang berkualiti turut akan terjejas. (P) Jadi, ketidaktegasan peraturan dan
sikap pihak sekolah juga antara punca yang menyebabkan gejala buli dalam kalangan remaja semakin
sukar diatasi.
(K) Secara analoginya, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak punca yang
menjadi pemangkin kepada penularan gejala buli dalam kalangan remaja di negara kita. Jika kemelut
sosial yang melanda remaja di negara kita ini tidak dapat dihapuskan, remaja yang merupakan jentera
penggerak kemajuan negara tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dan obligasi masing-masing
untuk memacu pembangunan negara. Dengan ini, segala aspirasi negara hanya sekadar omongan kosong
semata-mata dan akan menjadi angan-angan Mat Jenin. (CDGN) Jadi, remaja kita perlu terjaga
daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat
menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Akta Pencegahan
Jenayah dan Akta Juvana juga perlu dikaji dan diubah suai selaras dengan zaman globalisasi. Namun
begitu, tindakan mengharapkan satu pihak untuk menyelesaikan masalah ini semata-mata tidak
berkesan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Oleh itu, semua pihak tanpa mengenal
batasan usia dan status haruslah mengorak langkah untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
mengatasi masalah ini sehingga noktah terakhir. (HRPN) Komitmen padu daripada semua pihak
diharapkan impian untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat
direalisasikan. Secara implisitnya, negara kita dapat berdiri gah di pentas antarabangsa bergandingan
dengan negara maju yang lain dan terkenal di seantero dunia. Imej negara juga akan harum di persada
dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama kerana ketinggian
akhlaknya. Ahli filsuf Tao pernah menukilkan bahawa jika mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika
mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia.
Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah masa depan mutiara
negara yang berharga ini terus terpelihara demi kebaikan bersama.
Langkah-langkah merealisasikan gejala buli sifar di sekolah

Pendahuluan:

Tema : Menurut Kamus Dewan edisi-4 buli didefinisikan sebagai perbuatan mendera,
mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Secara
umumnya,buli turut di definisikan sebagi perbuatan negatif oleh seseorang yang lebih kuat
kepada mereka yang lemah. Perbuatan ini dilakukan secara berulang kali keatas mangsa
dengan tujuan memdatangkan perasaan tidak selesa,aman,tenteram dan harmoni.

Isu: Seperti yang sedia maklum ,masalah buli kini semakin hari semakin hangat diperkatakan
dan telah menjadi suatu perkara yang membimbangkan di Malaysia. Sebagai contohnya,baru-
baru ini telah berlaku kejadian buli di Maktab Tentera Darat. Kes buli ini telah menjadi isu
besar yang mengakibatkan kematian pelajar lelaki tingkatan 4 dipercayai dibuli oleh senior-
seniornya. Jadi, kes ini perlu diambil berat supaya tidak berleluasa.

Arahan: Sebelum kudis menjadi tokak, langkah-langkah yang pragmatik dan efektif perlu
diambil segera untuk membendung fenomena ini daripada berleluasa.

Isi 1

I memberikan didikan agama yang teguh kepada anak-anak sejak kecil lagi melentur buluh
biarlah dari rebungnya (U)

M - unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama
membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan
balasan buruk di akhirat nanti

Ba ibu bapa perlu memastikan anak-anak mengerjakan solat solat itu tiang agama yang
dapat mencegah kemungkaran

K Anak-anak tidak melakukan buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan
yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah di
sisi agama.

P Pendidikan agama merupakan perisai yang paling ampuh untuk menangkis gejala negatif
seperti kes buli
Isi 2

I Peranan media massa

M merupakan wahana yang berkesan untuk mendidik manusia / berupaya mempengaruhi


tingkah laku dan pemikiran manusia

Ba - Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik
remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu
memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di
samping itu media juag perlu sentiasa menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti
larangan merokok.

K di samping memberikan hiburan, media massa dapat menyifarkan gejala buli dalam
masyarakat

U serampang dua mata / sambil menyelam minum air

P Tanggungjawab sosial media massa, sama ada media elektronik, media internet mahupun
media cetak juga amat penting dalam menangani masalah buli

Isi 3

I Peraturan yang tegas

M memberikan keinsafan kepada pembuli dan menjadi pengajaran kepada orang ramai yang
baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan (U)

Ba hendaklah dilaksanakan tanpa memilih bulu dan tegas - haruslah telus dalam
mengendalikan kes buli memberikan kaunseling, memanggil ibu bapa, merotan atau dibuang
sekolah

K dapat membanteras kes buli hingga tahap sifar di samping dapat menjamin keselamatan
pelajar di kawasan sekolah untuk menimba ilmu

P Tindakan pihak sekolah dalam mempamerkan kekuasaannya dengan menetapkan peraturan


tegas dapat membendung kemelut ini.
Isi 4
I kempen kesedaran oleh pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO)

M menyedarkan masyarakat akan isu buli - memberikan pendedahan ilmu kepada ibu bapa
dan guru agar mereka dapat mengenal sama ada anak atau pelajar mereka telah menjadi
mangsa buli atau tidak

Ba - menganjurkan program-program kesedaran kepada kelompok-kelompok tertentu seperti


ibu bapa, golongan pendidik dan remaja secara berterusan dan bukannya bermusim bagaikan
hangat-hangat tahi ayam (U) contoh kempen kesedaran Katakan Tak kepada Buli atau
Benci Buli, Rakyat Maju

K memberikan kesedaran secara berterusan mangsa buli dapat mengambil langkah-langkah


yang proaktif dan drastik dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa

U sediakan payung sebelum hujan

P kempen kesedaran dapat menyifarkan masalah buli

Penutup

Kesimpulan isi-isi banyak langkah yang dapat diimplementasikan sekolah dapat melahirkan
modal insan yang berkualiti jika pelajar dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan
harmoni.

Cadangan tidak seharusnya mengharapkan usaha pihak berautoriti sahaja perlu berganding
bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

Harapan / pujukan - berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang
dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi

Anda mungkin juga menyukai