Anda di halaman 1dari 45

1.

Bincangkan aspek kritikal DPbN

1. Mewujudkan keseimbangan yang optimum dalam matlamat pertumbuhan


ekonomi dan pengagihan yang saksama.
2. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi
untuk meningkatkan daya saling melengkapi an tara sektor bagi
mengoptimumkan pertumbuhan.
3. Mengurangkan dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan
ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan
perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperoleh daripada
pembangunan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia.
4. Menggalak dan memperkukuh integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negerinegeri
dan di antara kawasan bandar dengan luar bandar.
5. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif supaya rakyat menikmati
kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan
kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.
6. Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja
yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran yang
perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu
budaya cemerlang tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula
masyarakat.
7. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan
dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan
keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta
memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu
ekonomi perindustrian yang moden.
8. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian
yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi
dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan
secara berterusan.

2. Bincangkan peranan sector ekonomi

Sektor Pertanian
Sektor pertanian Malaysia mengalami pembangunan agak pesat sepanjang tempoh
Dasar Ekonomi Baru (DEB; 1971-1990). Perkembangan ini adalah disebabkan oleh
beberapa faktor. Pertama, pembangunan sektor ini sebahagian besarnya dihasilkan
melalui pembukaan tanah-tanah baru oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA), agensi-agensi di peringkat negeri dan syarikat-syarikat swasta. Keduanya,
melalui pembangunan in-situ seperti Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu
(IADP), Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga
Kemajuan Perusahaan Pekebun-pekebun Kecil Getah (RISDA) dan Lembaga
Pembangunan Wilayah (LPW). Kesemua agensi yang terlibat telah meningkatkan daya
pengeluaran melalui penggunaan teknologi baru dan tanaman bermutu tinggi. Tidak
ketinggalan juga pertumbuhan dalam subsektor perikanan dan penternakan melalui
penggunaan teknik penangkapan ikan yang lebih baik dan pengurusan ternakan yang
serba moden.
Pada tahap awal pembangunan sehingga akhir 1970-an pencapaian sektor pertanian
sangat menggalakkan. Kerajaan telah membuat banyak pelaburan untuk
membangunkan sektor berkenaan. Program yang memberi sumbangan kepada
ekonomi negara dalam tempoh tersebut termasuk pembukaan tanah baru untuk aktiviti
pertanian, program penanaman semula getah, pelbagai tanaman serta pembinaan dan
pembaikan sistem pengairan dan saliran.
Walau bagaimanapun, sejak tahun 1980, sektor pertanian mula memperlihatkan aliran
menurun dan kemerosotan ini menimbulkan keresahan kepada kerajaan dan golongan
yang terlibat dalam pembangunan pertanian. Kelembapan prestasi sektor ini
disebabkan beberapa faktor seperti. kejatuhan dalam harga eksport komoditi utama dan
kenaikan harga import keperluan ladang. Sebagai contoh, harga komoditi pertanian
mula menurun pada tahun 1982 dan akibatnya akaun dagangan Malaysia mencatatkan
defisit sebanyak RM1.926 bilion iaitu nilai defisit tertinggi yang pernah dialami negara ini
(Malaysia, 1988). Akan tetapi, dalam tempoh 1983-1994, akaun dagangan mencatatkan
prestasi bertambah baik dengan pertambahan lebihan kerana harga eksport dan harga
pasaran kelapa sawit yang tinggi. Lebihan akaun dagangan tertinggi yang pernah
dicapai dalam tempoh tersebut ialah pada tahun 1987 dengan lebihan sebanyak
RM14,703 bilion. Walaupun lebihan akaun dagangan menjunam pada tahun 1995 ke
paras RM233 bilion sahaja, ia meningkat semula pada tahun-tahun berikutnya. Pada
tahun 1997, akaun dagangan dijangka mencatat lebihan sebanyak RM10 bilion.
Arah aliran yang menurun dalam sektor pertanian ini telah mendesak kerajaan untuk
menggubal Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN) pada tahun 1984 dan DPN Kedua
(DPN II; 1992-2010). Umumnya, tujuan utama DPN ialah untuk memaksimumkan
pendapatan petani serta meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada
perkembangan ekonomi melalui penggunaan sumber sedia ada dan sumber baru
secara lebih cekap. Teras DPN adalah untuk meningkatkan daya pengeluaran,
kecekapan dan daya saing dengan sektor moden sambil mengkomersialkan sektor
pertanian. Untuk mencapai tujuan itu, perlu digunakan kaedah pembangunan tanah
baru serta memperbaiki segala khidmat sokongan seperti pembekalan input,
pemasaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta pemberian subsidi dan kredit.
DPN juga menggalakkan penglibatan pihak swasta secara lebih aktif dengan
menggunakan kepakaran mereka untuk mempercepatkan pembangunan sektor
tersebut dan meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
serta kadar pertumbuhannya. Namun sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi
negara menunjukkan arah aliran yang menurun dari tahun ke tahun. Terutamanya,
fenomena ini dapat dibuktikan melalui sumbangan sektor pertanian kepada KDNK,
guna tenaga dan nilai ditambah. Jelas sekali arah aliran sumbangan yang menurun ini
tidak mungkin dapat diperbaiki lagi. Jika kadar perkembangan ekonomi yang lebih
memihak kepada pembangunan yang berterusan dalam sektor perindustrian dan
perkhidmatan, seperti yang dialami ketika ini, ia akan hanya menanti saat-saat apabila
keseluruhan sektor pertanian tidak lagi mempunyai apa-apa pengaruh dalam ekonomi
negara. Keadaan ini telah lama dialami kebanyakan negara Barat yang telah mencapai
status negara perindustrian sehinggakan dalam proses tersebut sumbangan sektor
pertanian kepada ekonomi mereka secara relatifnya menjadi semakin tidak bererti lagi.
Dalam kata lain, kejatuhan dalam sumbangan sektor pertanian ini mencerminkan suatu
perubahan struktur yang berlaku kepada sumbangan ekonomi Malaysia yang diiringi
peningkatan relatif yang pesat dalam sumbangan dari sektor perkilangan dan
perkhidmatan.
Perubahan yang berlaku kepada sektor pertanian mencerminkan satu cabaran yang
amat sengit kepada negara. Fenomena ini sebenarnya menandakan satu lagi cabaran
yang lebih hebat daripada cabaran yang dihadapi ketika zaman pelaksanaan DEB.
Oleh itu penelitian yang lebih terperinci perlu dibuat dan cara penyelesaian yang
berkesan perlu direka bagi menjamin pembangunan serta kestabilan yang berterusan
kepada kumpulan masyarakat yang masih lagi bergantung kepada sektor pertanian.
Dengan itu, bab ini cuba memaparkan pengalaman pembangunan sektor pertanian
Malaysia, menganalisis prestasi, isu-isu dan permasalahan semasa serta prospek masa
depan. Usaha untuk mengkaji dan meneliti permasalahan semasa yang dihadapi oleh
sektor pertanian adalah penting bagi tujuan menyediakan langkah-Iangkah berkesan ke
arah menangani cabaran yang tidak mungkin dapat diselesaikan dengan mudah seperti
yang dijangkakan.
Pembangunan Sektor Pertanian
Sebagai satu gabungan kepada program pelbagaian ekonomi, Malaysia menekankan
kepada usaha meningkatkan taraf sosioekonomi sektor luar bandar. Umumnya,
pembangunan sektor luar bandar samalah dengan pembangunan sektor pertanian. Di
antara ciri-ciri utama sektor ini ialah kewujudan kadar kemiskinan tinggi, penggunaan
saiz ladang tidak ekonomik, daya pengeluaran rendah serta lebihan tenaga buruh yang
tidak berkemahiran.
Dalam usaha meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, program yang khusus
telah dirancang. Sebagai contoh, aktiviti perikanan yang serba moden serta bercirikan
nilai-nilai komersial diperkenalkan untuk meningkatkan pendapatan para petani; teknik
bam penternakan haiwan digunakan untuk meningkatkan taraf hidup para penternak;
manakala subsektor perhutanan dapat berkembang melalui pengurusan sumbersumber
hutan secara moden, komersial dan saintifik. Bagi sektor tanaman pula, tiga
program pembangunan tanah yang kesemuanya bertujuan meningkatkan hasil keluaran
dan daya pengeluaran telah diketengahkan melalui penggunaan teknologi Revolusi
Hijau. Usaha ini meliputi projek pembukaan tanah-tanah baru, pembangunan tanah in
situ dan pembangunan wilayah.
Prestasi Sektor Pertanian
Pencapaian ekonomi negara sebelum ini telah membawa banyak perubahan terhadap
sektor pertanian. Antara beberapa penunjuk penting tentang prestasi sektor pertanian
ialah sumbangannya terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), guna tenaga
dan nilai ditambah.
Sumbangan kepada KDNK
Nyata sekali pembangunan ekonomi melalui dasar pelbagaian dan perindustrian yang
bermula pada tahun 1950an telah membawa perubahan pesat terhadap struktur
ekonomi negara. Paling jelas sekali ialah perubahan dalam sumbangan pelbagai sektor
terhadap KDNK. Perubahan ini bukanlah menjadi satu masalah, malah fenomena ini
turut dialami negara-negara lain yang berusaha membangunkan ekonomi mereka.
Sehubungan itu, sumbangan sektor pertanian (sektor yang menjadi tumpuan kepada
sebahagian besar masyarakat Melayu) telah menurun dengan hebatnya. Dalam tempoh
30 tahun sahaja, sumbangan sektor pertanian jauh ketinggalan jika dibandingkan
dengan pencapaian sektor perkilangan dan perkhidmatan. Sebagai contoh, daripada
sejumlah 35.1 peratus sumbangan sektor pertanian kepada KDNK pada tahun 1965,
menurun kepada 13.1 peratus sahaja pada tahun 1995. Sumbangannya dijangka terus
menurun kepada 10.5 peratus dalam tahun 2000. Bagi tempoh yang sama, sumbangan
sektor perkilangan mampu melonjak ke atas daripada 10.4 peratus sahaja kepada 32.2
peratus. Sumbangannya bagi tahun 2000 dijangka meningkat lagi kepada 37.5 peratus.
Manakala sumbangan sektor perkhidmatan pula menetapkan penurunan yang kecil
sahaja daripada 45.0 peratus pada tahun 1965 kepada 43.0 peratus pada tahun 1995.
Sumbangannya dijangka menurun lagi kepada 41.5 peratus pada tahun 2000.
Tanda-tanda ini jelas menunjukkan pola dan fenomena tersebut akan berterusan pada
masa akan datang. Akibat daripada perubahan ini, sektor pertanian dianggap sebagai
sebuah "industri senja" (sunset industry) yang sedang menanti malam gelap gelita
(Abdul Aziz: 994). Perubahan yang berlaku ini mungkin menjadi lebih hebat lagi dengan
perlaksanaan dasar kerajaan yang ingin membawa negara kita 'setaraf negara
perindustrian' menjelang tahun 2020. Perubahan sumbangan berbagai-bagai sektor
terhadap KDNK dari tahun 1965 hingga tahun 1995 dapat dijelaskan dalam Jadual 6.5.

3. Bincangkan strategi harga maksima dalam dasar Penstabilan Otomatik

iv. Harga Maksimum (Ceiling Price)


Harga maksimum adalah kategori harga yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan di
mana tingkat harga adalah lebih rendah dari harga keseimbangan
Pada mulanya, harga keseimbangan adalah PE dan kuantiti keseimbangan adalah QE.
Apabila harga maksimum dikenakan iaitu P0, pengeluar akan cuba menjual
barangannya sebanyak Q1 dengan harga P0. Di harga P0 ini, pengguna akan membeli
(minta) barangan sebanyak Q2. Dengan itu, berlaku lebihan permintaan sebanyak Q1Q2.
Untuk menyelesaikan masalah lebihan permintaan ini, pihak kerajaan akan
menggunakan beberapa polisi penting iaitu polisi import dan polisi subsidi.
1) Polisi Import (Import policy). Polisi ini adalah dengan mengimport barangan untuk
mengatasi lebihan permintaan.
77
2) Polisi Subsidi (Subsidy Policy). Polisi ini adalah dengan memberi bantuan kepada
pihak pengeluar tempatan, supaya mereka dapat mengeluarkan barangan untuk
mengatasi lebihan permintaan tersebut.
Dalam memilih polisi yang paling sesuai, pihak kerajaan perlu memilih polisi yang
menggunakan perbelanjaan paling minimum.
Melalui polisi import, jika harga import adalah Pm, maka perbelanjaan untuk polisi ini
adalah Pm (Q1Q2).
Melalui polisi subsidi. Di tingkat harga P0, pengguna sanggup membeli barangan
dengan jumlah Q2. Tetapi di tingkat Q2 tersebut, pengeluar sanggup menjual dengan
harga P1. Dengan itu berlaku perbezaan harga sebanyak P1 P0 atau dengan jarak
P1P0. Oleh itu jika pihak kerajaan ingin mengekalkan harga maksimum di P0 dengan
jumlah kuantiti pasaran di Q2, pihak kerajaan perlu memberi subsidi kepada pihak
pengeluar untuk mengekalkan pengeluaran di Q2 di mana jumlah subsidi adalah
(P1P0)(0Q2) atau di kawasan P0P1VU.
Secara kesimpulan :
Jika Pm(Q1Q2) < (P0P1)(0Q2), pihak kerajaan akan menggunakan Polisi Import , dan
Jika Pm(Q1Q2) > (P0P1)(0Q2), pihak kerajaan akan menggunakan Polisi Subsidi.
4. Bincangkan polisi2 yang digunakan dalam strategi

Untuk menyelesaikan masalah lebihan permintaan ini, pihak kerajaan akan


menggunakan beberapa polisi penting iaitu polisi import dan polisi subsidi.
1) Polisi Import (Import policy). Polisi ini adalah dengan mengimport barangan untuk
mengatasi lebihan permintaan.
77
2) Polisi Subsidi (Subsidy Policy). Polisi ini adalah dengan memberi bantuan kepada
pihak pengeluar tempatan, supaya mereka dapat mengeluarkan barangan untuk
mengatasi lebihan permintaan tersebut.

5. Bincangkan sumbangan sector pembinaan dan sector pkhidmatan

5.4 Sumbangan kepada KDNK


Nyata sekali pembangunan ekonomi melalui dasar pelbagaian dan perindustrian yang
bermula pada tahun 1950an telah membawa perubahan pesat terhadap struktur
ekonomi negara. Paling jelas sekali ialah perubahan dalam sumbangan pelbagai sektor
terhadap KDNK. Perubahan ini bukanlah menjadi satu masalah, malah fenomena ini
turut dialami negara-negara lain yang berusaha membangunkan ekonomi mereka.
Sehubungan itu, sumbangan sektor pertanian (sektor yang menjadi tumpuan kepada
sebahagian besar masyarakat Melayu) telah menurun dengan hebatnya. Dalam tempoh
30 tahun sahaja, sumbangan sektor pertanian jauh ketinggalan jika dibandingkan
dengan pencapaian sektor perkilangan dan perkhidmatan. Sebagai contoh, daripada
sejumlah 35.1 peratus sumbangan sektor pertanian kepada KDNK pada tahun 1965,
menurun kepada 13.1 peratus sahaja pada tahun 1995. Sumbangannya dijangka terus
menurun kepada 10.5 peratus dalam tahun 2000. Bagi tempoh yang sama, sumbangan
sektor perkilangan mampu melonjak ke atas daripada 10.4 peratus sahaja kepada 32.2
peratus. Sumbangannya bagi tahun 2000 dijangka meningkat lagi kepada 37.5 peratus.
Manakala sumbangan sektor perkhidmatan pula menetapkan penurunan yang kecil
sahaja daripada 45.0 peratus pada tahun 1965 kepada 43.0 peratus pada tahun 1995.
Sumbangannya dijangka menurun lagi kepada 41.5 peratus pada tahun 2000.
Tanda-tanda ini jelas menunjukkan pola dan fenomena tersebut akan berterusan pada
masa akan datang. Akibat daripada perubahan ini, sektor pertanian dianggap sebagai
sebuah "industri senja" (sunset industry) yang sedang menanti malam gelap gelita
(Abdul Aziz: 994). Perubahan yang berlaku ini mungkin menjadi lebih hebat lagi dengan
perlaksanaan dasar kerajaan yang ingin membawa negara kita 'setaraf negara
perindustrian' menjelang tahun 2020.

5.5 Sumbangan kepada Guna Tenaga


Satu lagi fenomena yang sering menonjol ialah kemerosotan sumbangan guna tenaga
dalam sektor pertanian berbanding sektor lain, terutamanya perkilangan dan
perkhidmatan. Kemerosotan ini didapati selari dengan penurunan dalam sumbangan
pertanian terhadap KDNK.
Kemerosotan dalam sumbangan guna tenaga ini berlaku akibat beberapa faktor yang
mencengkam sektor pertanian yang mana jalan penyelesaiannya terlalu sukar. Masalah
ini mempunyai kaitan rapat dengan kejatuhan dan keadaan turun naik tingkat harga,
kerendahan kadar upah dan pendapatan serta kemerosotan kawasan tanaman dan
pengeluaran beberapa keluaran pertanian utama.
Data dari jabatan statistik menunjukkan sumbangan guna tenaga sektor pertanian telah
menurun dari 52.1 peratus pada tahun 1965 kepada 19.1 peratus pada tahun 1995 dan
seterusnya dijangka menurun lagi kepada 13.1 peratus dalam tahun 2000. Ini
merupakan penurunan yang amat pesat sekali. Sebaliknya, sumbangan sektor
perkilangan didapati meningkat daripada 8.3 peratus sahaja pada tahun 1965 kepada
25.6 peratus (1995) dan dijangka mencapai 28.9 peratus pada tahun 2000. Bagi
tempoh yang sama, sumbangan guna tenaga bagi keseluruhan sektor perkhidmatan
meningkat daripada 32.7 peratus kepada 46.6 peratus. Sumbangannya dijangka
meningkat lagi ke paras 47.2 peratus pada tahun 2000. Namun sumbangan guna
tenaga sektor perkhidmatan kerajaan didapati menurun dari 17.1 peratus dalam tahun
1965 kepada 11.1 peratus dalam tahun 1995 dan seterusnya akan hanya tinggal
sebanyak 9.9 peratus sahaja pada tahun 2000. Sebahagian besar daripada arah aliran
sedemikian disebabkan oleh perlaksanaan dasar penswastaan sejak tahun 1984.
Berdasarkan kepada keadaan yang berlaku, ini jelas menunjukkan sektor pertanian
tidak boleh lagi diharapkan untuk menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi
kepada penduduk yang kian berkembang. Khusus untuk anak-anak masyarakat luar
bandar, mereka harus melengkapkan diri dari segi pendidikan, fizikal dan mental untuk
mengharungi era perkembangan ekonomi zaman ini dengan melangkah ke alam
pekerjaan di sektor perkilangan dan perkhidmatan. Persoalannya, mampukah mereka
berbuat demikian?

SUMBANGAN KEPADA EKSPORT


Sumbangan minyak dan isirung kelapa sawit kepada pendapatan eksport meningkat
daripada 5.1 % pada tahun 1970 kepada 12.6% pada tahun 1985. Pendapatan eksport
daripada minyak kelapa sawit meningkat sebanyak 13.4% kepada RM10,703. 9 juta
(1996: -9.2%, RM9,435.1 juta). Jumlah eksport meningkat sebanyak 5.7% daripada
7.29 juta tan metrik pada tahun 1996 kepada 7.70 juta tan metrik pada tahun 1997.
Peningkatan eksport seunit minyak kelapa sawit sebanyak 7.4% pada tahun 1997
adalah disebabkan :
- Permintaan dari luar yang kukuh
- Kesan daripada nilai ringgit yang rendah
- Serta keadaan penawaran dunia yang
ketat bagi minyak sayuran dan lemak
SUMBANGAN KEPADA EKSPORT
Pengeluaran kelapa sawit negara merupakan kira-kira 60% daripada pengeluaran
dunia. Pengeluaran minyak sawit mentah meningkat : Daripada 2.6 juta tan metrik pada
tahun 1980
Kepada 4.1 juta tan metrik pada tahun 1985, dan meningkat kepada 6.5 juta tan metrik
pada tahun 1993 serta berkembang pada kadar sederhana sebanyak 4.5% setahun
dengan mencapai 7.82 juta tan metrik pada tahun 1995. Pengeluar minyak sawit
mentah (CPO) meningkat pada kadar 6.8 % setahun daripada 7.82 juta tan pada tahun
1995 kepada 10.8 juta tan pada tahun 2000 disebabkan :
-peningkatan hasil pengeluaran dan
-keluasan tanaman yang matang.
Pada masa yang sama keluasan tanah bagi kelapa sawit terus meningkat akibat
pertambahan pembukaan tanah baru dan penukaran tanaman getah kepada kelapa
sawit secara besar-besaran oleh sektor estet. Keluasan penanamannya meningkat
daripada 1.02 juta hektar (1980) kepada 1.35 juta hektar (1985), 2.28 juta hektar
(1993), 2.51 juta hektar (1995), 2.62 juta hektar (1996) serta meningkat 2.68 juta hektar
(1995) dan meningkat ke 3.5 juta hektar (2000) (lihat Jadual 3.11). Kadar hasil juga
terus meningkat daripada 3,562 kg/hektar (1990) kepada : 3,763 kg/hektar (1993),
Tetapi pada tahun 1995 kadar hasil menurun kepada 3 490 kg/hektar, tetapi meningkat
semula kepada : 3 550 kg/hektar (1996). Situasi yang memberangsangkan berlaku
pada tahun 1997 di mana kadar hasil meningkat kepada 3610 kg/hektar.

6. Bincangkan peralihan dan pembangunan ekonomi Malaysia

7.2 SEJARAH PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA


Jika dihalusi daripada fakta sejarah, kegiatan ekonomi di Semenanjung Malaysia dalam
bentuk pertanian bercucuk tanam dan penternakan telah bermula sejak dari zaman
logam (iaitu 2500 tahun dahulu) lagi. Oleh itu, dalam membincangkan sejarah
perkembangan ekonomi Malaysia, maka ia akan bertitik tolak dari zaman logam
sehinggalah ke era moden kini. Dengan mengambil kira tempoh liputan tersebut, maka
beberapa peringkat perkembangan dapat dikenal pasti yang secara umumnya boleh
dibahagikan kepada beberapa era, iaitu era prapenjajahan, era penjajah, era
kemerdekaan, dan era baru kini.
1. Era prapenjajahan
Pergantungan hidup kepada bercucuk tanam dan penternakan menandakan
bermulanya kehidupan yang saling berhubung dan bergantungan an tara satu dengan
lain yang dijelmakan melalui perdagangan. Bahan galian seperti bijih timah dan besi;
barang perhiasan seperti emas, manik dan tembikar; dan bahan makanan seperti
beras, daging dan sayuran mula diperdagangkan. Akibat daripada perdagangan,
beberapa pusat perdagangan yang menjadi tumpuan pedagang luar wujud seperti di
Guar Kepah dan Pengkalan Bujang (Kedah), Jenderam Hilir (Selangor), dan Kuala
Selinsing (Perak).
Kegiatan ekonomi bertambah rancak dengan tertubuhnya beberapa buah kerajaan
Melayu tua seperti kerajaan Kedah Tua yang terletak di Lembah Bujang. Kerajaan
Kedah Tua juga menjadi pelabuhan antarabangsa dengan kapal-kapal dari India, Asia
Barat, dan negara China singgah berlabuh. Penulis-penulis India menamakan
Semenanjung Malaysia ketika itu sebagai Bumi Emas (suvarnabumi). Kerajaan Kedah
Tua yang wujud pada kurun Masihi kelima terus berkembang sehingga kurun ke-14.
Pembukaan Melaka oleh Parameswara telah membuka lembaran baru dalam sejarah
politik dan ekonomi Semenanjung Malaysia'. Para sejarawan menganggarkan bahawa
Parameswara (atau nama Islamnya Iskandar Shah) mula berkerajaan di Melaka pada
kira-kira penghujung abad ke-14 (Zainal Abidin A. Wahid, et. al1988:33).
Dengan pentadbirannya yang lebih tersusun, Melaka menjadi masyhur dengan kegiatan
perdagangan dan jajahannya pada satu ketika pernah merangkum kawasan sehingga
ke sebahagian kepulauan Indonesia. Melaka menguasai rantau Nusantara dengan
kegiatan perdagangan rempah dan lain-lain barang dagangan. Melaka menjadi
pelabuhan entrepot Timur-Barat. Pedagang dari Timur terdiri daripada pedagang China,
Jepun dan Indo China; manakala pedagang dari sebelah Barat pula terdiri daripada
pedagang Arab, Mesir, Turki, benua India, dan Burma.
Dari segi aktiviti pertanian, penanaman padi dan tanaman lain termasuk kelapa, pisang
dan buah-buahan dijalankan secara tradisional dan secara kecil-kecilan. Kegiatan
ekonomi umumnya didapati melalui gotong-royong, buruh keluarga dan sebahagiannya
ada yang melalui tenaga kerahan (Ishak dan Jama 1992:1).
Hasil negara biasanya diperoleh daripada cukai yang dikenakan terhadap barang
perdagangan dan hasil pengeluaran pertanian yang biasanya dipungut oleh pembesar
negeri atau golongan bangsawan. Cukai yang dikenakan ke a as pedagang teratur dan
berbeza mengikut kawasan. Pedagang-pedagang dari sebelah Barat dikenakan cukai
enam peratus, manakala pedagang-pedagang dari sebelah Timur tidak dikenakan
cukai, sebaliknya dikenakan membawa hadiah. Manakala pedagang-pedagang Melayu
Melaka sendiri dikenakan tiga peratus (Zainal Abidin A. Wahid, et. aI1988:54).
2. Era Penjajahan
Emas, rempah, kain dan teh ialah antara barang-barang yang diminati di Eropah.
Pedagang dari Tanah Arab dan Mesir banyak membeli barang-barang ini dari Melaka
untuk dijual di Eropah. Kemakmuran dan kepesatan ekonomi di samping kedudukan
yang strategik iaitu di tengah-tengah jalan laut Timur-Barat menimbulkan keinginan
kuasa Eropah itu untuk meninjau secara lebih dekat dan seterusnya menguasai
kekayaan tersebut. Portugis membuka langkah dengan membawa armadanya ke
Melaka.
Tahun 1511 merupakan titik bermulanya penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu dan
berlanjutan selama 446 tahun iaitu sehingga tarikh mencapai kemerdekaan, 31 Ogos
1957. Penjajahan selama 446 tahun ini melibatkan empat negara penjajah iaitu
Portugis, Belanda, Inggeris, dan Jepun.
Portugis yang mempelopori penjajahan Tanah Melayu bermula 1511 berlanjutan
selama 130 tahun. Belanda menjajah Tanah Melayu pada tahun 1641 sehingga 1824.
Penjajahan kedua-dua kuasa asing ini bertujuan untuk mengaut keuntungan
perdagangan di Tanah Melayu khususnya perdagangan rempah. Penjajahan selama
313 tahun oleh kedua-dua kuasa asing ini kurang meninggalkan kesan kepada ekonomi
kecuali penerusan aktiviti yang telah sedia ada, kerana mereka tidak bertindak
mengeksploitasi sumber secara besar-besaran.
Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 membuka era penjajahan British di Tanah
Melayu. Ini bermakna bermulalah perubahan yang besar dalam ekonomi hasil daripada
campur tangan British ke atas hal ehwal ekonomi, politik dan sosial Tanah Melayu.
Sesungguhnya kedatangan British amat bermakna dalam mengubah struktur ekonomi
dan politik Tanah Melayu.
Inggeris menguasai Negeri-negeri Tanah Melayu tidak dengan kekerasan atau
peperangan sebaliknya secara diplomasi melalui sistem penasihat. Melalui cara ini
kuasa pemerintahan sedikit demi sedikit terlucut daripada raja yang memerintah.
Apabila Inggeris berjaya memerintah negeri ini, maka segala hasil mahsul Tanah
Melayu dibolot oleh penjajah Inggeris. Dengan penjajahan Inggeris, maka bermulalah
era penjajahan yang lebih bermakna ari segi ekonomi dan politik negara ini.
Untuk memastikan segala kekayaan Tanah Melayu dikuasai sepenuhnya, maka
Inggeris telah melaksanakan beberapa dasar yang akan lebih memudahkan
pengeksploitasian sumber kekayaan negara ini. Bagi membolehkan penguasaan tanah
pertanian, Inggeris telah memperkenalkan 'Sistem Torrens' yang membolehkan tanah
didaftarkan di bawah pemilik tertentu (sistem geran). Akibatnya, penduduk tempatan
kehilangan tanah, kerana sebelum ini mereka bebas menjalankan kegiatan pertanian
dengan membuka mana-mana tanah yang belum diterokai lagi. Dengan sistem ini,
Inggeris telah berjaya mewujudkan sistem perladangan bagi tanaman getahnya.
Dalam bidang perlombongan, dengan keupayaan modal yang mereka miliki, sedikit
demi sedikit sektor perlombongan beralih tangan kepada pemodal-pemodal bangsa
mereka. Pada peringkat awalnya, aktiviti perlombongan di Tanah Melayu dikuasai oleh
pembesar-pembesar Melayu seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim di Larut dan Hilir
Perak, Raja Busu II Selangor, dan Dato' Kelana di Sungai Ujong, Negeri Sembilan.
Namun lama-kelamaan penguasaan mereka menjadi minoriti. Begitu juga dengan
penguasaan pelombong Cina. Pada tahun 1930-an, para pemodal Inggeris melalui
agensi pengurusannya telah menguasai lebih 65 peratus daripada jumlah keluaran
timah dan lebih daripada 75 peratus kawasan perladangan getah di negara ini (lihat
Ishak Hari dan Jomo K.S., 1990:8), dan peratus ini terus meningkat sehingga negara
merdeka.
Dibandingkan dengan era penjajahan sebelumnya, maka era penjajahan Inggeris ini
lebih banyak membawa perubahan dalam struktur ekonomi negara. Inggerislah yang
telah bertanggungjawab memperkenalkan tanaman baru seperti getah dan kelapa
sawit, serta sistem pengurusan baru pertanian secara estet. Kegiatan pertanian
Malaysia berkembang pesat dan ini mendorong Inggeris untuk membawa masuk buruhburuh
asing dari benua India dan China untuk mengusahakan pertanian secara
perladangan yang kebanyakannya dimiliki oleh mereka dan juga sektor perlombongan.
Pengimportan buruh asing - China dan India di samping memesatkan sektor
perladangan dan perlombongan, ia juga telah menandakan bermulanya sejarah baru
struktur penduduk negara ini dengan menjadi negara majmuk yang mengandungi tiga
etnik utama - Melayu, Cina dan India sehinggalah sekarang.
Sektor pembuatan pula pada era itu hanya merangkum aktiviti peringkat ringan, yang
sebahagian besarnya merupakan pengganti import, termasuk simen, bata, bahan
minuman dan makanan, tembakau, tayar, kasut dan sabun (Jadua11.1).
3. Era kemerdekaan
Era ini meliputi periode transisi, periode kemerdekaan, dan periode selepas beberapa
tahun kemerdekaan.
Pada era inilah buat kali pertama kerajaan memperkenalkan satu rancangan ekonomi
yang lebih teratur dengan nama Rancangan Pembangunan Ekonomi yang pertama
(RPE 1) atau juga dikenali sebagai Rancangan Malaya Pertama yang meliputi tahun
1956-60. Pada era transisi ini juga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
ditubuhkan (1956) yang bertujuan untuk mengatasi masalah petani yang kekurangan
tanah di samping meningkatkan pendapatan dan kehidupan keluarga petani.
Pada tahun 1961, RPE 2 pula dilancarkan. Namun kedua-dua RPE masih memberi
tumpuan kepada sektor pertanian yang merupakan tunjang ekonomi Malaysia pada
ketika itu.
4. Era baru kini
Selepas lebih kurang satu dekad, ekonomi Malaysia mengalami suatu perubahan yang
mendadak iaitu apabila berlakunya peristiwa hitam 13 Mei 1969. Rusuhan kaum yang
berlaku ini dipercayai ekoran daripada wujudnya ketidakseimbangan dalam pelbagai
aspek khususnya ekonomi antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera. Maka sejak
itu, beberapa dasar telah dilancarkan oleh kerajaan yang bermula daripada Dasar
Ekonomi Baru (DEB) sehinggalah kepada Dasar Pembangunan Negara (DPN) dan
Dasar Wawasan Negara (OWN).

7. Bincangkan dasar kewangan kuantitatif seperti nisbah cadangan minimum dan


mengubah kadar bunga dan kadar diskaun.

ii. Nisbah Cadangan Minima


Nisbah cadangan minima boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu nisbah cadangan
berkanun dan nisbah cadangan tunai. Biasanya bank pusat akan menetapkan
peratusan tertentu daripada simpanan pelanggan yang tidak boleh diberi pinjaman oleh
bank perdagangan. Sekiranya Bank Pusat mendapati penawaran wang agak banyak
dalam pasaran, maka bank pusat boleh mengarahkan bank perdagangan
meningkatkan nisbah cadangan berkanun atau nisbah tunai yang disimpan. Dengan
kenaikan ini, keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman akan terbatas.
Nisbah cadangan berkanun disimpan di bank pusat manakala nisbah cadangan tunai
disimpan di bank perdagangan.
iii. Mengubah Kadar Bunga dan Kadar Diskaun
Bank pusat boleh mengarahkan semua institusi kewangan untuk mengubah kadar
bunga supaya selaras dengan keperluan ekonomi. Institusi kewangan termasuk bank
perdagangan juga membuat pinjaman kepada bank pusat untuk membiayai aktiviti
mereka. Biasanya bank pusat sebagai sumber pinjaman terakhir. Jika pinjaman diberi,
bank pusat akan mengenakan kadar bunga ke atas pinjaman tersebut. Dengan cara ini
bank pusat dapat mengawal kadar bunga yang dikenakan kepada institusi kewangan
selaras dengan keperluan bekalan wang dalam ekonomi.
Kadangkala bank perdagangan membuat pinjaman kepada bank pusat dengan menjual
surat berharga milik bank perdagangan. Apabila bank pusat membeli surat-surat
berharga tersebut, ia akan membayar pada harga yang lebih rendah daripada harga
yang sebenarnya. Langkah bank perdagangan menjual surat-surat berharga ini kepada
bank pusat dinamakan mendiskaunkan surat-surat berharga. Bank pusat akan
menetapkan kadar diskaun dalam peratusan tertentu.
Jika Bank Pusat ingin membantu bank perdagangan, ia akan meletakkan kadar diskaun
yang rendah, contohnya 5%. Oleh itu 95% tunai adalah milik bank perdagangan.
Sebaliknya jika bank pusat ingin menyekat penawaran wang yang berlebihan, ia akan
meletakkan kadar diskaun yang tinggi, misalnya 20%, oleh itu 80% tunai adalah milik
bank perdagangan. Dengan diskaun yang tinggi, keupayaan bank perdagangan untuk
memberi pinjaman akan terbatas.

8. Bincangkan dasar kewngan kuanitatif spt operasi pasaran terbuka,simpanan khas/rizab


berkanun,finding.

Operasi Pasaran Terbuka


Kerajaan, melalui Bank Pusat akan menjual atau membeli surat-surat berharga
kerajaan kepada orang ramai, syarikat-syarikat dan juga institusi kewangan. Apabila
orang ramai membeli surat berharga, mereka akan membayar menggunakan cek at au
wang tunai. Oleh itu, kuasa beli masyarakat akan berkurangan, kerana biasanya suratsurat
berharga kerajaan mempunyai tempoh matang yang melebihi setahun. Begitu
juga jika bank perdagangan membeli surat berharga kerajaan, dana yang boleh
dipinjamkan kepada orang ramai akan berkurang. Maka penawaran wang di dalam
ekonomi akan berkurang. Sebaliknya, jika bank perdagangan menjual semula suratsurat
berharga ini, penawaran wang dalam ekonomi akan bertambah.
Simpanan Khas/ Rizab Berkanun
Bank Pusat juga boleh mengarahkan bank perdagangan meningkatkan simpanan khas
mereka yang terdapat di bank pusat. Dengan cara ini, bank pusat dapat menyekat
keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman kepada pelanggan.
Funding
Iaitu langkah bank pusat menjual surat-surat berharga kerajaan yang tempoh
matangnya agak panjang, biasanya melebihi 5 tahun. Ini membolehkan bank pusat
mengawal penawaran wang dalam tempoh yang agak lama. Sekali gus dapat
mengawal perbelanjaan agregat dalam ekonomi.

9. kesan eksport bersih positif

KESAN EKSPORT BERSIH KE ATAS KESEIMBANGAN PENDAPATAN


NEGARA
Ekonomi 2 dan 3 sektor dikatakan ekonomi tertutup, manakala ekonomi yang ada
aktiviti import dan eksport dikenali sebagai ekonomi 4 sektor atau ekonomi terbuka.
Keseimbangan pendapatan negara ekonomi terbuka boleh lebih tinggi, lebih rendah
atau sama dengan ekonomi tertutup. Kedudukan ini sangat bergantung kepada nilai
eksport bersih. Jika eksport bersih positif, keseimbangan ekonomi terbuka lebih tinggi
dari ekonomi tertutup. Jika eksport bersih negatif, keseimbangan ekonomi terbuka lebih
rendah dari ekonomi tertutup. Jika eksport bersih sifar, iaitu X = M, maka keseimbangan
ekonomi terbuka sama dengan ekonomi tertutup. Kesan eksport bersih ke atas
keseimbangan pendapatan negara boleh ditunjukkan dengan menggunakan 2
pendekatan, iaitu:
I. perbelanjaan agregat dan penawaran agregat
II. suntikan dan bocoran

Keterangan rajah:
Andaikan keseimbangan asal pada titik Eo dengan pendapatan negara pada Yo. Jika
eksport bersih positif, perbelanjaan agregat (AE) akan naik dari AEo ke AE2. Titik
keseimbangan berubah dari Eo ke E2 dan pendapatan negara naik dari Yo ke Y2. Jika
eksport bersih negatif, AE turun dari AEo ke AEi. Titik keseimbangan berubah dari E ke
E1 dan pendapatan negara turun dari Yo ke Y1.
II. Pendekatan Suntikan dan Bocoran
Sekiranya eksport bersih positif, keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi
terbuka lebih tinggi dari ekonomi tertutup. Keadaan ini boleh diterangkan dalam rajah di
bawah:

Keterangan rajah:
Keseimbangan ekonomi tertutup pada asalnya ialah titik E, dengan pendapatan negara
pada Yo. Import naik ditunjukkan oleh pergerakan fungsi bocoran dari S + T ke S + T +
M atau ditunjukkan oleh jarak EM. Eksport yang meningkat pula ditunjukkan oleh
pergerakan fungsi suntikan dari I + G ke I + G + Xi atau ditunjukkan oleh jarak EX.
Perhatikan jarak EX lebih besar dari jarak EM yang menerangkan kenaikan eksport
lebih besar dari kenaikan import atau eksport bersih adalah positif. Oleh itu
keseimbangan pendapatan negara akan bergerak dari E ke Ei dengan tingkat
pendapatan negara yang lebih tinggi iaitu dari Y ke Yi.

10. Kesan esksport bersih negative

Sekiranya eksport bersih negatif, keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi


terbuka lebih rendah dari keseimbangan ekonomi tertutup. Keadaan ini boleh
ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Keterangan Rajah
Keseimbangan ekonomi tertutup pada asalnya ialah pada titik E, dengan pendapatan
negara pada Yo. Jika import naik, ia ditunjukkan oleh pergerakan fungsi bocoran dari S
+ T ke S + T + M atau ditunjukkan oleh jarak EL. Manakala eksport yang meningkat
ditunjukkan oleh fungsi suntikan dari I + G ke I + G + X atau ditunjukkan oleh jarak ET.
Perhatikan jarak EL lebih besar dari jarak ET yang menerangkan kenaikan import lebih
besar dari kenaikan eksport atau eksport bersih negatif. Oleh itu keseimbangan
pendapatan negara akan bergerak dari titik E ke E2 dengan tingkat pendapatan negara
pada Y2 iaitu lebih rendah dari Yo.

11. Kesan eksport bersih sifar


Sekiranya eksport bersih sama dengan kosong atau eksport = import, keseimbangan
pendapatan negara bagi ekonomi tertutup sama dengan ekonomi terbuka. Keadaan ini
diterangkan dengan menggunakan rajah di bawah:

Keterangan rajah:
Keseimbangan ekonomi tertutup ialah pada titik E dengan pendapatan negara pada Yo.
Import naik, maka fungsi bocoran akan bergerak dari S + T ke S + T + M. Manakala
kenaikan eksport menyebabkan fungsi suntikan bergerak dari I + G ke I + G + X.
Perhatikan kenaikan import dan eksport adalah sama jumlahnya yang ditunjukkan oleh
jarak EE1 masing-masing. Oleh itu pendapatan negara tidak akan berubah tetap pada
Yo. Oleh itu keseimbangan ekonomi tertutup akan sama dengan ekonomi terbuka
dengan pendapatan negara pada Yo.

12. Sebutkan 3 kumpulan dari golongan bekerja

1. Golongan bekerja (guna tenaga)


Maksud golongan bekerja ialah:
a) Penduduk yang bekerja untuk mendapatkan upah atau untung atau habuan
keluarga.
b) Penduduk yang ada pekerjaan atau perusahaan sendiri biarpun buat sementara
waktu tidak bekerja kerana berehat, cuti sakit atau sebab-sebab lain.
c) Pembantu atau pekerja yang tidak bergaji tetapi membantu menjalankan operasi
aktiviti ekonomi iaitu pekerja keluarga.
13. Sebutkan 2 kumpuan dari golonan menganggur

a) Penduduk yang sedang mencari dan mahu bekerja untuk mendapatkan upah atau
untung; atau
b) Penduduk yang tidak mencari pekerjaan tetapi sedia bekerja jika ditawarkan
pekerjaan.

14. Faktor yang menentukan fungsi eksport

EKSPORT
Eksport ialah aktiviti menjual barang tempatan keluar negara. Banyaknya barangbarang
yang dieksport bergantung kepada beberapa faktor, antaranya ialah saiz
permintaan dari luar negara, tingkat teknologi ekonomi tempatan, sumber-sumber alam
dan juga dasar kerajaan terhadap polisi eksport. Pendapatan negara tidak
mempengaruhi eksport. Oleh itu fungsi eksport adalah selari dengan paksi pendapatan
negara.

Rajah menunjukkan fungsi eksport yang mendatar dan selari dengan paksi pendapatan
Walaupun pendapatan naik dari Yo ke Y1, eksport tidak berubah. Sebaliknya eksport
akar meningkat dari Xo ke X1 jika terdapatnya perubahan faktor selain dari pendapatan
negara. Eksport dianggap suntikan kepada ekonomi negara kerana ia membesarkan
aliran pusingan pendapatan dan meningkatkan pendapatan negara.

15. Fungsi import


IMPORT
Import ialah aktiviti membeli barang dari luar negara. Biasanya import dilakukan oleh
sektor rumah tangga, firma dan juga kerajaan. Pendapatan penduduk sangat besa
pengaruhnya ke atas jumlah barang-barang yang diimport. Semakin tinggi pendapatan
semakin tinggi import. Peratus tertentu dari pendapatan akan digunakan untuk tujuan
tersebut. Fungsi import boleh ditulis sebagai:
M = mY
Di mana m adalah pemalar atau peratus tertentu dari pendapatan negara. Nilai n
biasanya lebih kecil dari perubahan pendapatan (0 < m < 1). Fungsi import boleh
ditunjukkan sebagai satu garisan yang mencerun ke atas dari kiri ke kanan yang
ditunjukkan oleh garis Mo dan M1 dalam rajah di bawah:

Keterangan rajah:
Jika pendapatan naik dari Yo ke Y1 import turut naik dari M 1 --- > M3 (titik E E1),
Fungsi import juga boleh berubah sama ada ke atas atau ke bawah. Misalnya fungsi
import bergerak ke atas dari Mo ke Mi yang mungkin disebabkan oleh harga barangbarang
import yang lebih rendah atau wujudnya masalah inflasi dalam negeri. Import
adalah bocoran kepada ekonomi kerana ia mengurangkan perbelanjaan terhadap
barang-barang domestik dan mengurangkan pendapatan kepada ekonomi sesebuah
negara.

16. Apakah teras pembangunan dasar wawasan Negara(dwn).

TERAS PEMBANGUNAN DASAR WAWASAN NEGARA


Di samping menggabung strategi utama Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu pembasmian
kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat dengan Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) yang menekankan pembangunan seimbang, OWN juga
memperkenalkan beberapa teras dasar yang baru.
Dimensi baru dasar yang diperkenalkan dalam OWN adalah seperti yang berikut:
1. Membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat
berasaskan pengetahuan.
2. Menjana pertumbuhan yang di dorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui
pengukuhan pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan ke dalam bidang
strategik.
3. Menjadikan sektor pertanian, pembuatan, dan perkhidmatan lebih dinamik melalui
penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.
4. Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kawasan terpencil,
Orang Asli, dan kumpulan minoriti Bumiputera di Sabah dan Sarawak serta
meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan pendapatan 30 % rendah.
5. Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurangkurangnya
30 % menjelang 2010.
6. Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam -sektor utama ekonomi.
7. Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong
pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan .
Dasar ini bertujuan untuk memperkukuh keupayaan, kemampuan, dan keazaman
negara bagi menghadapi cabaran yang akan datang. OWN menekankan kepada
perlunya membina keutuhan dan daya saing negara serta sebuah masyarakat yang
saksama bagi menjamin perpaduan dan kestabilan politik. Kecekapan dan produktiviti
semua aktiviti ekonomi akan dipertingkatkan untuk memantapkan daya saing Malaysia.
Di samping itu, jurang ekonomi di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta di antara
strata dan wilayah akan diatasi untuk mewujudkan perpaduan dan kestabilan dalam
masyarakat Malaysia. Sektor swasta akan menerajui pertumbuhan ekonomi manakala
sektor awam akan menyediakan persekitaran yang bersesuaian dan memastikan
pencapaian matlamat sosioekonomi.
Teras utama OWN adalah seperti yang berikut:
1. Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan,
menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina
masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai
positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi;
2. Menggalakkan perwujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian
kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan
etnik serta wilayah;
3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuh sumber
pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro;
4. Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi;
5. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik
untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan
daya pemikiran bangsa;
6. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja
yang cekap, produktif, dan berpengetahuan; dan
7. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan untuk mengukuhkan
pertumbuhan jangka panjang.
17. Aktiviti ekonomi Malaysiasector pertama,kedua dan ketiga.

1. Sektor pertama
Kegiatannya lebih kepada kegiatan ekonomi peringkat awal yang kurang atau tidak
melibatkan pemprosesan. Contoh sektor ekonomi yang tergolong dalam sektor pertama
ialah tanaman, penternakan dan perikanan, perhutanan dan perlombongan, dan kuari.
Secara umumnya, subsektor tanaman, perhutanan, penternakan dan perikanan kerap
disebut sebagai sektor pertanian.
Barang keluaran sektor pertama ini terdiri daripada keluaran pertanian dan bahan
mentah yang biasanya perlu diproses terlebih dahulu sebelum dapat digunakan.
Contohnya, kayu balak perlu diproses di kilang untuk dijadikan papan. Begitu juga
dengan kelapa sawit atau bijih timah, hanya boleh digunakan setelah diproses.
2. Sektor kedua
Kegiatan sektor kedua pula melibatkan kegiatan ekonomi yang kebanyakannya
merupakan lanjutan daripada sektor pertama. Sektor ini lebih bersifat pemprosesan ke
atas bahan mentah keluaran sektor pertama atau barang separuh siap bagi
pengeluaran barang siap atau separuh siap yang lain. Proses penukaran bahan
mentah atau barang separuh siap kepada barang siap atau separuh siap yang lain
biasanya disebut sebagai kegiatan pembuatan. Dua kegiatan ekonomi yang tergolong
dalam sektor ini ialah sektor pembuatan dan sektor pembinaan. Sektor pembuatan
juga dikenali sebagai sektor perindustrian atau perkilangan.
3. Sektor ketiga
Kegiatan sektor pertama dan kedua memang jelas menghasilkan barang. Walau
bagaimanapun, tidak semestinya setiap kegiatan ekonomi menghasilkan barang yang
dapat dilihat atau dipegang. Ada kegiatan ekonomi wujud hanya dalam bentuk
menyediakan kemudahan dan perkhidmatan. Sektor yang terlibat dalam menghasilkan
perkhidmatan ini tergolong dalam sektor ketiga. Kegiatan sektor ini merangkum bidangbidang
seperti pentadbiran, pertahanan, kemudahan asas dan pengangkutan.
Sektor ini juga boleh dipecahkan kepada beberapa subsektor yang lain. Di Malaysia,
pembahagiannya boleh diringkaskan kepada tiga subsektor:
1. Perkhidmatan pengeluar:
(a) pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan
(b) kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan
2 Perkhidmatan awam:
(a) perkhidmatan kerajaan
(b) elektrik, gas dan air
3 Perkhidmatan-perkhidmatan lain:
(a) perdagangan borong, runcit, hotel dan restoran
(b) perkhidmatan sosial, perkhidmatan sukarela dan kebajikan, perkhidmatan swasta
tanpa untung dan perkhidmatan rumah tangga
Daripada pembahagian ini, secara kasarnya boleh diandaikan bahawa sektor pertama
ialah sektor yang mewarisi sektor tradisional, manakala sektor kedua dan ketiga pula
ialah sektor moden.
Sekiranya ditinjau dari segi sejarah, sektor pertama merupakan asas pembangunan
ekonomi negara. Sumbangannya kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK)
sehingga awal tahun 1960-an adalah melebihi sektor-sektor lain. Dari segi sumbangan
guna tenaga pula, tidak ada sektor yang dapat menandingi keupayaannya sehingga
pada awal tahun 1980-an. Keunggulan sektor ini dari segi sumbangan kepada eksport
negara berkekalan sehingga separuh masa kedua dekad 1980-an (rujuk Jadual 1.2).

18. Ciri pola pendududk

CIRI-CIRI PENDUDUK
Pola penduduk di Malaysia boleh dibahagikan mengikut beberapa ciri utama seperti:
1. Faktor tumpuan kawasan
Kebanyakan penduduk di negara ini tertumpu di Semenanjung Malaysia. Daripada
jumlah penduduk seramai 10.4 juta orang pada tahun 1970, 8.8 juta tinggal di
Semenanjung Malaysia, manakala bakinya 1.6 juta tinggal di Sabah dan Sarawak (lihat
Jadual 2.3). Ini menunjukkan angka yang terlalu kecil bagi Sabah dan Sarawak
berbanding jumlah keluasan tanahnya yang melebihi keluasan Semenanjung.
Kepadatan penduduk di Semenanjung Malaysia a alah hampir enam kali ganda
berbanding kepadatan penduduk di Sabah dan Sarawak pada tahun 1970 dan hampir
lima kali ganda pada tahun 1980, 1985, dan 1990 dan empat kali ganda pada tahun
1995 dan 2000. Kepadatan penduduk Malaysia pada tahun 2003 ialah 75.9 bagi setiap
kilometer persegi. Keadaan yang sama juga wujud di antara kawasan pantai barat
Semenanjung dengan kawasan pantai timur Semenanjung. Ini juga ada kaitan dengan
kesan sejarah dan kemajuan ekonomi kawasan berkenaan.
Dari segi strata, daripada jumlah penduduk seramai 8.8 juta orang di Semenanjung
Malaysia pada tahun 1970, 71 % daripadanya tinggal di luar bandar. Ini menunjukkan
bahawa sebahagian besar daripada penduduk Semenanjung masih tertumpu ke
kawasan-kawasan yang kurang moden dan memerlukan pembangunan. Walau
bagaimanapun, angka ini semakin menurun dengan adanya usaha-usaha
pembangunan kerajaan terutamanya usaha-usaha perbandaran dan perindustrian.
Usaha-usaha ini telah menunjukkan gerak balas yang positif sehingga menjelang tahun
1995 didapati daripada sejumlah penduduk Malaysia yang seramai 20.7 juta, 54.5%
telah mendiami kawasan-kawasan bandar (lihat Rancangan Malaysia ke-7).
2. Komposisi mengikut kaum
Sejak berlaku penghijrahan masuk buruh-buruh Cina dan India pada abad ke-19,
Malaysia mula menunjukkan ciri-ciri penduduk yang berbilang kaum. Pada tahun 1850,
penduduk Cina di Semenanjung Malaysia hanya berjumlah 62 700 orang (lihat Gayl D.
Ness; 1967: Table 11-3). Akan tetapi, menjelang tahun 1911 misalnya, daripada jumlah
penduduk Semenanjung Malaysia yang seramai 2.9 juta orang, 0.86 juta (29.3%) terdiri
daripada kaum Cina dan 0.44 juta (15.0%) adalah kaum India manakala selebihnya 1.6
juta (54.5%) terdiri daripada orang Melayu. Walau bagaimanapun, pada tahun 2000,
peratus penduduk bumiputera (termasuk Melayu) telah meningkat semula kepada
66.1%, manakala peratus penduduk Cina turun kepada 25.3% dan India 7.4%. Kadar
pertambahan purata tahunan penduduk Melayu telah bertambah lebih besar daripada
kaum-kaum lain . .Antara tahun 1986-90, kadar pertambahan purata tahunan penduduk
kaum Melayu ialah 3.0% berbanding 1.5% bagi kaum Cina dan 1.9% bagi kaum India.
Kesimpulan dapat dibuat bahawa keseluruhan penduduk kaum Melayu tinggal di
kawasan luar bandar. Pada tahun 1970 misalnya, 63% daripada penduduk luar bandar
terdiri daripada kaum Melayu dan daripada jumlah keseluruhan orang Melayu, 85%
tinggal di luar bandar, manakala cuma 15% sahaja tinggal di bandar-bandar. Walau
bagaimanapun, angka-angka ini menunjukkan perubahan pada tahun-tahun berikutnya
Misalnya pada tahun 1985, daripada jumlah keseluruhan penduduk kaum. Melayu,
jumlah yang tinggal di luar bandar telah berkurang kepada 70% dan jumlah yang tinggal
di bandar telah meningkat kepada 30%.
3. Jantina
Kita mengakui bahawa kebanyakan bayi yang lahir terdiri daripada bayi perempuan. Di
sana-sini kelahiran bayi perempuan kerap berlaku dan sedikit sekali bayi lelaki,
sehingga dikatakan bahawa setiap suri rumah mengharapkan kelahiran bayi lelaki.
Akan tetapi, mengikut data sebenar, didapati jumlah penduduk lelaki masih melebihi
penduduk perempuan (lihat Jadual 2.6). Pada tahun 1970, daripada jumlah penduduk
Malaysia seramai 10.939 juta, 5.546 juta (50.6%) adalah penduduk lelaki manakala
5.393 juta (49.3%) adalah penduduk perempuan. Pad a tahun 2003 pula, daripada
seramai 25.05 juta penduduk, 12.75 juta (50.9%) adalah penduduk lelaki dan 12.296
juta (49.1 %) adalah penduduk perempuan. Ini menunjukkan peratus yang semakin
meningkat bagi jumlah penduduk lelaki dan peratus yang menurun bagi penduduk
perempuan pada tempoh tersebut.
4. Struktur umur penduduk
Daripada jumlah penduduk yang melebihi 10 juta orang pada tahun 1970, hampir
44.5% daripadanya adalah golongan kanak-kanak yang tidak produktif iaitu berumur
kurang daripada 14 tahun, 3.3% adalah golongan tua yang berumur lebih 65 tahun,
manakala 52.2% adalah golongan produktif yang berada dalam lingkungan umur di
antara 15-64 tahun. Ini menunjukkan bahawa secara relatif, kebanyakan penduduk
Malaysia berada dalam lingkungan bawah umur (lihat Jadual 2.7). Sebahagian besar
penduduk berada pada julat 14 tahun (0-14), manakala bagi julat 50 tahun (15-65),
peratusnya hanya lebih sedikit daripada julat 14 tahun ini. Sepatutnya peratus itu
adalah tiga atau empat kali ganda lebih besar. Walau bagaimanapun, peratus golongan
tidak produktif bawah umur ini menurun kepada 33.2% pada tahun 2003.
Struktur umur penduduk seperti ini akan memberi kesan kepada peruntukan
perbelanjaan kerajaan terutama dari segi kemudahan kesihatan dan pelajaran. Dalam
RMK1, sejumlah RM54.6 juta atau 15% daripada jumlah RM365.0 juta diperuntukkan
khas untuk pendidikan rendah, iaitu untuk golongan bawah umur ini. Ini tidak termasuk
perbelanjaan untuk pendidikan menengah yang sebahagian besarnya juga adalah
untuk golongan ini

19. Bincangkan jenis cukai jualan (aksais)

Cukai eksais adalah jenis cukai yang dikutip secara tetap bagi setiap unit barangan.
Biasanya harga jualan selepas cukai adalah lebih tinggi dari harga asal. Sebagai
contoh, cukai ke atas rokok atau minuman keras. Dari gambar di bawah, PE dan QE
adalah masing-masing harga dan kuantiti keseimbangan asal. Apabila cukai eksais
dikenakan sebanyak t0, keluk penawaran akan berpindah ke kiri dari S0 ke St. Harga
dan kuantiti selepas cukai masing-masing adalah PE
t dan QE

Gambar tersebut juga


menunjukkan beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dan pengeluar. Beban cukai
yang ditanggung oleh pengguna adalah (PE
tPE)(QE
t) dan pengeluar adalah (PsPE)(QE
t).
Di mana jumlah cukai adalah t0 (QE
t). Dari rajah ini deadweight Loss atau kerugian
yang hilang (tiada siapa yang dapat) adalah TUV, di mana ditanggung oleh pengguna
TUW dan pengeluar pula menanggung WUV.

20 HUTANG LUAR NEGERI DAN DALAM NEGERI

a. Hutang dalam negeri biasanya merupakan pinjaman jangka pendek dan


sederhana yang tempoh pembayaran baliknya singkat. Ia diperoleh daripada
orang ramai dan institusi kewangan dalam negeri. Komponen-komponen hutang
jangka pendek ini ialah bil-bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan, sijil-sijil
pelaburan dan lain-lain bentuk pinjaman dalam negeri. Pemegang-pemegang bil
perbendaharaan terdiri daripada Bank Perdagangan, Bank Negara, syarikat
diskaun dan lain-lain institusi dalam negeri. Surat jaminan kerajaan diperoleh
daripada kerajaan Persekutuan, badan-badan awam, KWSP, BSN, Bank
Perdagangan dan syarikat insurans.
b. Hutang luar negeri merupakan pinjaman jangka sederhana dan jangka panjang
kerajaan daripada institusi kewangan luar negeri. Komponen-komponen hutang
luar negeri terdiri daripada pinjaman-pinjaman pasaran, projek, kredit
pembekalan dan pembiayaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Pinjaman
pasaran mengandungi tiga jenis alat pinjaman iaitu nota kadar terapung,
pinjaman sindiket dan penerbitan bon didagangkan di pasaran kewangan
antarabangsa. Sumber utama pinjaman luar negeri adalah dari negara-negara
maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Jerman Barat, Bank
Dunia, Bank Perdagangan Asia dan Asia Barat. Hutang jangka panjang ini
mempunyai tempoh matang lebih daripada setahun.

21 konsep kemiskinan relatif dan mutlak

Kemiskinan Mutlak
Ditakrifkan sebagai satu keadaan di mana pendapatan kasar bulanan tidak mencukupi untuk
membeli keperluan minimum sesebuah isirumah yang diukur berdasarkan tahap perbelanjaan
minimum atau pendapatan garis kemiskinan (PGK).
Kemiskinan Relatif
Ditakrifkan sebagai ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan. Ianya diukur dengan
menggunakan nisbah perbezaan pendapatan kumpulan pendapatan, kumpulan etnik dan
penghuni bandar dan luar bandar. Satu lagi pengukur kemiskinan relatif yang sering digunakan
adalah peratus isirumah dengan pendapatan misalnya kurang daripada separuh pendapatan
penengah atau purata.

22 ciri ekonomi zaman penjajahan

Emas, rempah, kain dan teh ialah antara barang-barang yang diminati di Eropah.
Pedagang dari Tanah Arab dan Mesir banyak membeli barang-barang ini dari Melaka
untuk dijual di Eropah. Kemakmuran dan kepesatan ekonomi di samping kedudukan
yang strategik iaitu di tengah-tengah jalan laut Timur-Barat menimbulkan keinginan
kuasa Eropah itu untuk meninjau secara lebih dekat dan seterusnya menguasai
kekayaan tersebut. Portugis membuka langkah dengan membawa armadanya ke
Melaka.
Tahun 1511 merupakan titik bermulanya penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu dan
berlanjutan selama 446 tahun iaitu sehingga tarikh mencapai kemerdekaan, 31 Ogos
1957. Penjajahan selama 446 tahun ini melibatkan empat negara penjajah iaitu
Portugis, Belanda, Inggeris, dan Jepun.
Portugis yang mempelopori penjajahan Tanah Melayu bermula 1511 berlanjutan
selama 130 tahun. Belanda menjajah Tanah Melayu pada tahun 1641 sehingga 1824.
Penjajahan kedua-dua kuasa asing ini bertujuan untuk mengaut keuntungan
perdagangan di Tanah Melayu khususnya perdagangan rempah. Penjajahan selama
313 tahun oleh kedua-dua kuasa asing ini kurang meninggalkan kesan kepada ekonomi
kecuali penerusan aktiviti yang telah sedia ada, kerana mereka tidak bertindak
mengeksploitasi sumber secara besar-besaran.
Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 membuka era penjajahan British di Tanah
Melayu. Ini bermakna bermulalah perubahan yang besar dalam ekonomi hasil daripada
campur tangan British ke atas hal ehwal ekonomi, politik dan sosial Tanah Melayu.
Sesungguhnya kedatangan British amat bermakna dalam mengubah struktur ekonomi
dan politik Tanah Melayu.
Inggeris menguasai Negeri-negeri Tanah Melayu tidak dengan kekerasan atau
peperangan sebaliknya secara diplomasi melalui sistem penasihat. Melalui cara ini
kuasa pemerintahan sedikit demi sedikit terlucut daripada raja yang memerintah.
Apabila Inggeris berjaya memerintah negeri ini, maka segala hasil mahsul Tanah
Melayu dibolot oleh penjajah Inggeris. Dengan penjajahan Inggeris, maka bermulalah
era penjajahan yang lebih bermakna ari segi ekonomi dan politik negara ini.
Untuk memastikan segala kekayaan Tanah Melayu dikuasai sepenuhnya, maka
Inggeris telah melaksanakan beberapa dasar yang akan lebih memudahkan
pengeksploitasian sumber kekayaan negara ini. Bagi membolehkan penguasaan tanah
pertanian, Inggeris telah memperkenalkan 'Sistem Torrens' yang membolehkan tanah
didaftarkan di bawah pemilik tertentu (sistem geran). Akibatnya, penduduk tempatan
kehilangan tanah, kerana sebelum ini mereka bebas menjalankan kegiatan pertanian
dengan membuka mana-mana tanah yang belum diterokai lagi. Dengan sistem ini,
Inggeris telah berjaya mewujudkan sistem perladangan bagi tanaman getahnya.
Dalam bidang perlombongan, dengan keupayaan modal yang mereka miliki, sedikit
demi sedikit sektor perlombongan beralih tangan kepada pemodal-pemodal bangsa
mereka. Pada peringkat awalnya, aktiviti perlombongan di Tanah Melayu dikuasai oleh
pembesar-pembesar Melayu seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim di Larut dan Hilir
Perak, Raja Busu II Selangor, dan Dato' Kelana di Sungai Ujong, Negeri Sembilan.
Namun lama-kelamaan penguasaan mereka menjadi minoriti. Begitu juga dengan
penguasaan pelombong Cina. Pada tahun 1930-an, para pemodal Inggeris melalui
agensi pengurusannya telah menguasai lebih 65 peratus daripada jumlah keluaran
timah dan lebih daripada 75 peratus kawasan perladangan getah di negara ini (lihat
Ishak Hari dan Jomo K.S., 1990:8), dan peratus ini terus meningkat sehingga negara
merdeka.
Dibandingkan dengan era penjajahan sebelumnya, maka era penjajahan Inggeris ini
lebih banyak membawa perubahan dalam struktur ekonomi negara. Inggerislah yang
telah bertanggungjawab memperkenalkan tanaman baru seperti getah dan kelapa
sawit, serta sistem pengurusan baru pertanian secara estet. Kegiatan pertanian
Malaysia berkembang pesat dan ini mendorong Inggeris untuk membawa masuk buruhburuh
asing dari benua India dan China untuk mengusahakan pertanian secara
perladangan yang kebanyakannya dimiliki oleh mereka dan juga sektor perlombongan.
Pengimportan buruh asing - China dan India di samping memesatkan sektor
perladangan dan perlombongan, ia juga telah menandakan bermulanya sejarah baru
struktur penduduk negara ini dengan menjadi negara majmuk yang mengandungi tiga
etnik utama - Melayu, Cina dan India sehinggalah sekarang.
Sektor pembuatan pula pada era itu hanya merangkum aktiviti peringkat ringan, yang
sebahagian besarnya merupakan pengganti import, termasuk simen, bata, bahan
minuman dan makanan, tembakau, tayar, kasut dan sabun (Jadua11.1).

23 komponen dlm imbangan pembayaran BOP

AKAUN SEMASA
-Dalam akaun semasa tercatat aliran keluar-masuk barang dan perkhidmatan
bagi sesebuah negara.
-Akaun semasa terdiri daripada:
1) Eksport dan import barangan:-merupakan akaun perdagangan barangan
atau perdagangan nampak.
2) Eksport dan import perkhidmatan:-merupakan akaun perdagangan tak
nampak seperti urusniaga pengangkutan (perkapalan dan insuran),
perjalanan dan pelancongan,keuntungan, dividen, bunga dan perkhidmatan
lain.
-Imbangan perdagangan merupakan perbezaan nilai eksport dan import
barangan dan perkhidmatan
.-Jika eksport melebihi import, maka imbangan perdagangan akan menjadi
surplus/lebihan.-Sebaliknya jika import melebihi eksport, maka imbangan
perdagangan akan menjadi defisit/kurangan.
AKAUN MODAL
Dalam akaun modal, tercatat aliran keluar-masuk kewangan bagi sesebuah
negara, termasuklah pelaburan asing, pinjaman antarabangsa,
bayaranhutang negara dan bantuan kewangan asing.
-Akaun ini digunakan untuk melihat peranan sumber kewangan
antarabangsa bagi menampung defisit tabungan atau sumber kewangan
dalam negara.
-Akaun modal terdiri daripada:
1) Aliran modal kerajaan/rasmi:-merupakan pinjaman atau bantuan
kewangan dari kerajaan negara asing atau institusi kewangan
dunia.Contohnya pinjaman untuk membina jambatan atau infrastruktur yang
lain.
2) Aliran modal swasta:
i. Pelaburan langsung: seperti pelaburan untuk mendirikan kilang.
ii.Pelaburan portfolio: seperti pelaburan membeli saham di negara lain.
iii.Pelaburan cagaran/gadaian: pembelian kembali saham atau kekayaanlain
yang pada masa lalu telah dijual kepada penduduk negara lain.
AKAUN RIZAB RASMI-Akaun ini mencatatkan baki tunai (pertukaran asing)
dan tuntutan jangkapendek sebagai langkah untuk men

24 Cukai tariff
Cukai Tarif (Tariff Tax)
Cukai tarif adalah cukai yang dikenakan apabila sesebuah negara mengimport atau
mengeksport barangan daripada atau kepada sesebuah negara lain. Untuk
memudahkan perbincangan andaikan bahawa, pengutipan cukai tarif adalah secara
tetap dan terdapat hanya dua buah negara sahaja yang mempunyai hubungan
perdagangan.

Dari gambar Rajah di atas, terdapat dua buah negara yang mempunyai hubungan
perdagangan secara bebas iaitu negara A dan B. Sebelum wujudnya perdagangan
secara bebas, harga keseimbangan di negara A dan B, masing-masing PE
A dan PE
B.
Dapat dilihat bahawa harga keseimbangan di negara A adalah lebih tinggi dari negara
B.
Setelah perdagangan secara bebas (Free Trade) diadakan, negara A akan memainkan
peranan sebagai pengimport kerana harga keseimbangan di negaranya lebih tinggi
daripada harga keseimbangan di negara B. Manakala negara B pula akan memainkan
peranan sebagai pengeksport. Jika harga keseimbangan antara bangsa adalah PF,
negara A akan mengimport sebanyak ab dan negara B akan mengeksport sebanyak
cd, dalam keadaan keseimbangan antara bangsa, jumlah yang diimport akan seimbang
dengan jumlah yang dieksport, oleh itu ab = cd.
Jika negara A menetapkan tarif ke atas barangan yang diimport dari negara B, harga
barangan di negara A akan lebih tinggi dari harga di negara B sebanyak unit tarif. Jika
unit tarif adalah t, harga negara A adalah PA
T di mana lebih tinggi dari harga
keseimbangan antara bangsa (PF). Harga di B pula adalah PB
T di mana lebih rendah
dari PF, dan perbezaan di antara PA
T dan PB
T adalah unit tarif (PA
T PB
T = t).
Dapat diperhatikan bahawa, setelah negara A menetapkan unit tarif (PA
T > PF),
pengeluar di negara A akan cuba menghasilkan barangan tersebut dengan jumlah yang
lebih banyak iaitu di e, manakala jumlah penggunaan di A pula sebaliknya, di mana ia
semakin berkurang iaitu di f. Dengan itu, jumlah yang diimport oleh negara A setelah
unit tarif dikenakan akan berkurang dari ab kepada ef.
Bagi negara B pula, selepas unit tarif dikenakan, (PB
T < PF), pengeluar tempatan akan
mengurangkan jumlah pengeluarannya dari d ke h, sedangkan jumlah penggunaan
domestik pula akan bertambah dari c ke g. Dengan itu, jumlah yang dieksport oleh
negara B setelah unit tarif dikenakan akan berkurang dari cd kepada gh.
Setelah negara A menetapkan unit tarif dari barangan yang diimport dari negara B, A
akan mengimport sebanyak ef, dan B akan mengeksport sebanyak gh. Di mana
keseimbangan antara bangsa yang baru adalah import (ef) = eksport (gh).
Hasil tarif yang akan diperoleh oleh negara A adalah :
unit tarif * jumlah import atau (t)(ef).

25 15-64 tahun.sebutkan 5 kumpulan tersebut.

1. Mereka yang terus-menerus cacat anggota atau mental yang tidak


berkebolehan untuk bekerja. (Walau bagaimanapun, mereka yang cacat tetapi
boleh bekerja tidak termasuk dalam kategori ini).
2. Mereka yang telah pencen (bersara) atau merasakan sudah terlalu tua untuk
bekerja atau sengaja tidak mahu bekerja.
3. Mereka yang tidak berminat mencari dan menerima pekerjaan (penganggur
sukarela).
4. Penuntut sekolah atau penuntut universiti.
5. Mereka yang terlibat dengan kerja rumah sendiri, misalnya suri rumah tangga.

26 Dasar kewangan kualitatif.

Dasar Kewangan Kualitatif


i. Kawalan Kredit Terpilih
Bagi tindakan ini, bank pusat akan menekankan kepada kawalan pinjaman secara
langsung dengan mengenakan sekatan berupa garis panduan, arahan yang tujuannya
ialah untuk mempengaruhi haluan pemberian pinjaman. Dengan langkah ini, Bank
Pusat bukan sahaja dapat memastikan jumlah bekalan wang dalam ekonomi, malah
boleh mempengaruhi aktiviti perniagaan bank perdagangan khususnya dari segi
pinjaman dan pelaburan.
Misalnya, kerajaan galakkan pinjaman diberi kepada sektor industri kecil dan
sederhana, sektor industri yang berasaskan pertanian atau pinjaman yang lebih banyak
ke sektor yang aktiviti-aktivitinya bertujuan untuk membangunkan masyarakat luar
bandar, pinjaman untuk membeli rumah kos rendah, pinjaman kepada peniaga
bumiputera, peniaga kecil dan sebagainya. Langkah ini dianggap agak berkesan kerana
bank pusat dapat mempengaruhi secara langsung kegiatan bank perdagangan di
samping dapat mengawal bekalan wang dalam pasaran.
ii. Pujukan Moral
Pujukan moral ialah merujuk kepada teknik tradisi Bank Pusat yang menggalakkan
secara tidak rasmi sambutan sukarela yang positif dari institusi kewangan terhadap
dasar yang dianjurkan oleh bank pusat dan kerajaan. Falsafah di bawah pujukan moral
terletak di atas andaian bahawa perlaksanaan dasar boleh dijadikan lebih berkesan jika
institusi kewangan sendiri mengambil inisiatif untuk membantu kerajaan. Biasanya bank
pusat akan mengadakan pertemuan at au mengeluarkan surat pekeliling memaklumkan
keutamaan-keutamaan kerajaan dalam sistem kewangan.
Bank pusat akan menerangkan arah tuju pinjaman yang sewajarnya diberikan. Oleh itu
dalam pujukan moral, kemungkinan arahan-arahan yang dibuat adalah berkaitan
dengan perubahan dalam instrumen kuantitatif atau instrumen kualitatif.
Sejak penubuhan Bank Pusat pada 26/01/1959, pengalaman Malaysia mendapati
pujukan moral adalah satu strategi yang berkesan apabila ia disokong dengan dasar
kewangan kuantitatif.

27 perbezaan wang sempit, wang luas dan wang sangat luas

Wang secara sempit


Bagi ahli ekonomi, bekalan wang secara sempit disebut M1, yang meliputi
dua bentuk wang : mata wang dan deposit permintaan.
(a) Mata wang dalam edaran. Ia meliputi
hanya pemegangan wang syiling dan
wang kertas yang dikeluarkan oleh Bank
Negara Malaysia. Wang syiling dikeluarkan dalam bentuk
logam tertentu seperti nikel dan gangsa.
Di samping itu terdapat juga wang syiling
yang mempunyai nilai muka yang besar
tetapi ia lebih merupakan keluaran khas untuk tujuan peringatan.
(b) Deposit permintaan sektor swasta. Ia merupakan deposit semasa orang
persendirian dan sektor swasta di bank- bank perdagangan yang boleh
dikeluarkan melalui penggunaan cek. Ia juga dikenali sebagai wang bank
(cek). Dari segi kecairan, mata wang dan
cek mempunyai taraf kecairan yang sama Kedua-
duanya dapat digunakan secara langsung dalam urus niaga harian.

Wang secara luas


Bekalan wang ini disebut M2, atau mudah tunai sektor swasta, yang
meliputi M1 dan separuh wang. Separuh wang pula meliputi:
(a) Deposit tabungan dan tetap sektor
swasta di bank perdagangan (tidak
termasuk Bank Islam) dan Bank Negara.
(b) Sijil Bank Negara Malaysia yang dipegang oleh sektor swasta.
(c) Sijil Boleh Niaga yang dipegang oleh sektor swasta. 7
- Deposit tabungan dan tetap serta sijil-sijil yang dipegang, tidak di terima
dalam urus niaga, tidak seperti mata wang dan deposit semasa, sebaliknya
ia terpaksa ditukar dahulu kepada wang tunai. Oleh itu ia lebih sesuai
sebagai penyimpan nilai kerana sifatnya yang hanya dapat memenuhi
sebahagian daripada fungsi wang maka ia dinamakan separuh wang atau
wang hampir

Wang secara sangat luas


Bekalan wang ini disebut M3, yang komponennya meliputi: (a) M2 (b)
Deposit tabungan dan deposit tetap sektor swasta di institusi kewangan
bukan bank (kerajaan), iaitu bank saudagar, syarikat kewangan, syarikat
diskaun dan Bank Islam. Di samping separuh wang, terdapat nama
lanjutan bagi komponen bekalan wang ini yang dinamakan separuh wang
secara luas. Ini meliputi komponen separuh wang ditambah dengan
deposit tabungan dan tetap sektor swasta di institusi kewangan bukan
bank, iaitu bank saudagar, syarikat kewangan, syarikat diskaun dan juga
Bank Islam (iaitu komponen b dalam M3).

28 Eksport bersih positif

Kesan eksport bersih ke atas


keseimbangan pendapatan negara boleh ditunjukkan dengan menggunakan 2
pendekatan, iaitu:
I. perbelanjaan agregat dan penawaran agregat
II. suntikan dan bocoran

29 Eksport bersih negative

II. Pendekatan Suntikan dan Bocoran

30 Institusi bukan bank dan peranannya

Institusi kewangan bukan bank tidak mempunyai kuasa untuk mewujudkan deposit
semasa dan penggunaan cek untuk mengeluarkan deposit tersebut. Antara institusi
kewangan bukan bank yang penting ialah syarikat kewangan dan bank saudagar.
1. Syarikat kewangan. Ia merupakan institusi kewangan kedua terpenting dalam
ekonomi Malaysia selepas bank perdagangan. Ia adalah persaingan kuat bank
perdagangan dalam pengambilan deposit orang ramai. Jenis deposit yang
disediakan oleh syarikat ini ialah deposit tabungan dan tetap.
Kegiatan utama syarikat ini ialah pemberian pinjaman. Pinjaman kepada individu
digunakan untuk membeli barang-barang pengguna tahar lama seperti alat perabot/
dapur, kenderaan bermotor dan rumah secara kaedah sewa beli.
Pada keseluruhannya, syarikat-syarikat kewangan ini mengenakan kadar bunga
pinjaman yang lebih tinggi kepada pelanggan-pelanggan mereka daripada yang
dikenakan oleh bank-bank perdagangan. Begitu juga kadar bunga yang ditawarkan oleh
syarikat ini kepada pendeposit. adalah lebih tinggi daripada bank perdagangan.
Antara contoh syarikat kewangan ialah Mayban Finance, Arab Malaysian Finance, BCB
Kewangan, dan Public Bank Finance.
2. Bank Saudagar. Berbeza dengan bank perdagangan, bank saudagar tidak.
memberikan tumpuan deposit daripada orang ran lai. Kegiatannya tertumpu pada
urusan bank borong, urusan pasaran wang, menjadi syarikat penasihat dan
pembiaya. Bank mendapat upah melalui penyediaan kepakaran tertentu dalam
perkhidmatan pembiayaan dan nasihat yang diberikan:
(a) Bertindak sebagai pendaftaran syarikat keluaran dan syer.
(b) Menasihati syarikat atas penyusunan semula atau percantuman syarikat.
(c) Menggalakkan pelaburan baru dan usaha sama.
(d) Menguruskan pinjaman.
(e) Jaminan dan menjalankan kajian-kajian kemungkinan.
Deposit bank saudagar diperoleh daripada bank perdagangan, syarikat kewangan dan
pengantara kewangan yang lain. Walaupun kewujudan bank ini dalam ekonomi negara
agak baru (sejak 1970) namun dari segi harta, bank ini telah dapat berkembang dengan
pesat.
Antara bank saudagar yang terdapat di Malaysia ialah Arab Malaysian Merchant Bank,
Asian Bankers Malaysia Bhd., Bumiputra Merchant Bankers Bhd, dan Chartered
Merchant Bankers (M) Bhd.

31 Jenis cukai advalorem

Cukai Advalorem adalah jenis cukai yang dikutip secara berkadar atau peratusan
dari harga barangan yang dikutip tersebut. Oleh itu, jika harga barangan semakin tinggi,
jumlah cukai advalorem bagi barangan tersebut juga semakin tinggi. Dari gambar di
bawah, PE dan QE adalah masing-masing harga dan kuantiti keseimbangan asal.
Apabila cukai advalorem dikenakan sebanyak t % , keluk penawaran akan berpindah
ke kiri dari S0 ke St. Harga dan kuantiti selepas cukai masing-masing adalah PE
t dan
QE
t. Gambar tersebut juga menunjukkan beban cukai yang ditanggung oleh pengguna
dan pengeluar. Beban cukai yang ditanggung oleh pengguna adalah (PE
tPE)(QE
t) dan
pengeluar adalah (PsPE)(QE
t). Dimana jumlah cukai adalah kawasan PE
tPsVT atau
PE
tPs (QE
t). Dari rajah ini deadweight Loss atau kerugian yang hilang (tiada siapa yang
dapat) adalah TVW, di mana ditanggung oleh pengguna TUW dan pengeluar
menanggung WUV.

32 Tahap2 pertumbuhan

Rostow membahagikan proses pembangunan ekonomi kepada lima tahap


pertumbuhan berikut (Sadono Sukirno 1985):
1. Tahap Masyarakat Tradisional (The Traditional Society)
2. Prasyarat untuk Lepas Landas (The Pre-Conditions for Take-Off)
3. Tahap Lepas Landas (The Take-Off)
4. Tahap Gerakan Ke Arah Kedewasaan (The Drive to Maturity)
5. Tahap Penggunaan Tinggi (The Age of High Mass Consumption)
Dalam tahap masyarakat tradisional, kegiatan ekonomi adalah terhad, yakni tertumpu
di bidang pertanian tradisional yang berdaya pengeluaran rendah. Kaedah pengeluaran
yang digunakan adalah secara tradisional, tidak ada teknologi yang tinggi dan tidak
wujud daya cipta. Daya pemikiran masyarakat pad a tahap ini tidak rasional kerana adat
resam lebih mempengaruhi corak kehidupan mereka. Manakala fungsi institusi sosial
adalah lebih kuat dibandingkan dengan institusi ekonomi sehingga motif keuntungan
tidak ada langsung dalam aktiviti ekonomi. Masyarakat yang ada pada tahap ini adalah
berbentuk feudal yang kurang memberi galakan kepada mobiliti ke atas, wujud kelas
dalam masyarakat dan agihan pendapatan adalah tidak seimbang. Ini disebabkan
kuasa ekonomi dan politik terletak di tangan pemilik tanah.
Pada tahap prasyarat untuk lepas landas, Rostow menganggapnya sebagai satu
masa peralihan di mana sesuatu masyarakat itu mula menyiapkan diri untuk mencapai
pembangunan yang berterusan. Ini memerlukan perubahan dari segi sikap dan ni1ai
masyarakat terhadap kegiatan ekonomi. Walaupun perubahan berlaku agak lambat,
namun penggunaan sains moden mula wujud, tingkat daya pengeluaran dan pelaburan
mula bertambah. Golongan pengusaha juga mula muncul untuk mengganti tuan tanah
dan golongan ini menjadi penggerak ekonomi yang penting dan sanggup menanggung
risiko.
Pada tahap ini juga berlaku perubahan struktur ekonomi semasa negara mula
membangunkan sektor industri. Kenaikan dalam pelaburan berlaku ekoran dari
perkembangan sektor pertanian, perlombongan dan pembaikan dalam infrastruktur.
Sektor pertanian berfungsi sebagai pembekal makanan dan pasar kepada industri
barang-barang pengguna dan barang-barang input pertanian (seperti jentera dan baja
kimia) dan menjadi sumber tabungan untuk kegiatan sektor industri. Sektor
perdagangan juga turut berkembang sehingga membawa kepada perkembangan dalam
infrastruktur.
Di samping itu, beberapa perubahan sosial perlu berlaku termasuk kemunculan
pemimpin baru untuk mengganti tuan tanah dan golongan inilah yang akan
melaksanakan pelaburan dan pembangunan ekonomi. Golongan masyarakat lain yang
mempunyai tabungan pula harus bersedia meminjamkan tabung n tersebut kepada
golongan elit baru tersebut untuk digunakan sebagai modal. Secara keseluruhan,
penduduk pada tahap ini harus melakukan perubahan sikap iaitu dari nilai kehidupan
tradisi kepada kehidupan yang lebih berdisiplin seperti bekerja pada waktu tetap,
mewujudkan pengkhususan dalam pekerjaan dan melakukan kerja berasaskan
peraturan yang telah ditetapkan.
Pada tahap ini juga berlaku perubahan politik ekoran dari perkembangan dalam
semangat nasionalisme dan kesan demonstrasi dari luar. Mengikut Rostow sesebuah
negara yang menghadapi penghinaan atau tekanan dari negara lain yang lebih maju
dapat melakukan proses modenisasi dengan lebih cepat.
Tahap prasyarat untuk lepas landas boleh dikategorikan kepada dua iaitu pertama,
tahap yang dicapai oleh negara-negara Eropah, Asia, Timur Tengah dan Afrika di mana
negara tersebut terpaksa merombak masyarakat tradisional yang sudah lama ada.
Manakala kategori kedua iaitu yang dicapai oleh negara-negara Amerika Syarikat,
Kanada dan Australia. Negara yang dianggap sebagai 'born free' ini dapat mencapai
tahap prasyarat untuk lepas landas tanpa perlu merombak sistem masyarakat
tradisional yang ada kerana kebanyakan penduduknya terdiri daripada imigran yang
telah mempunyai sifat-sifat yang diperlukan bagi mencapai tahap tersebut.
Tahap pelancaran atau lepas landas adalah tahap yang paling penting dalam menuju
proses pembangunan yang berterusan. Pertumbuhan dianggap sebagai satu hal yang
normal dan berlaku akibat dari perubahan dari segi politik, teknologi dan perluasan
pasar. kesan seterusnya menyebabkan tercipta inovasi dan berlaku peningkatan dalam
pelaburan dan pendapatan per kapita. Sesuatu perekonomian akan mencapai tahap ini
apabila ada ciri-ciri seperti tingkat pelaburan produktif mengalami kenaikan antara 5.0
hingga 10.0 peratus dari Keluaran Negara Bersih (KNB); berlaku perkembangan pesat
dalam satu atau beberapa sektor industri yang penting dan sudah wujud 'frame work'
politik, sosial dan institusi yang akan mendorong ke arah perkembangan ekonomi yang
lancar. Peranan tabungan dalam negeri sebagai sumber modal utama adalah penting
pada tahap ini. Negara Britain dan Jepun umpamanya mengalami pembangunan
melalui penggunaan tabungan yang semakin bertambah dalam negara.
Terdapat beberapa keadaan yang perlu wujud bagi memastikan. pembangunan pada
tahap ini dapat diteruskan iaitu:
1. Agihan pendapatan perlu adil supaya tabungan masyarakat dapat ditingkatkan.
2. Golongan usahawan yang akan menjalankan aktiviti ekonomi perlu wujud.
3. Pelaburan modal juga perlu ditambah melalui pelaburan asing bagi memastikan
pelaburan produktif meningkat (Sweden, Kanada dan Amerika Syarikat adalah contoh
negara yang bergantung kepada pelaburan asing pada tahap pelancaran).
4. Modal juga perlu ditambah melalui peningkatan jumlah institusi kewangan dan
untung yang tidak dibahagi.
Sektor yang menjadi penggerak kepada ekonomi ialah sektor pertumbuhan utama
dibantu oleh sektor pertumbuhan tambahan dan sektor pertumbuhan terpengaruh.
Mengikut tafsiran Rostow masa tahap pelancaran di Britain adalah antara 1783-1802,
Perancis (1830-60) Belgium (1833-60), Amerika Syarikat (1843-60), Jerman (1850-73),
Sweden (1868-90), Jepun (1878-1900), Russia (1890-1914), Kanada (1896-1914),
Argentina (1935), Turki (1937), India (1952) dan China (1952). Melihat jangka masa di
atas dapat dirumuskan bahawa masa tahap lepas landas adalah singkat iaitu lebih
kurang 20 tahun dan negara Barat kebanyakannya mencapai tahap ini pada abad
kesembilan be1as dan awal abad kedua puluh, kecuali Britain yang mencapainya pada
akhir abad kelapan belas manakala Kanada dan Rusia pada permu1aan abad kedua
puluh.
Tahap keempat iaitu tahap kematangan ekonomi adalah apabila sesuatu masyarakat
telah mencapai tingkat teknologi yang tinggi dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Sektor
utama yang berkembang pada tahap lepas landas sudah mula berkembang dan
semakin kukuh. Jumlah penduduk yang terlibat dalam sektor industri semakin
meningkat dan peranan usahawan semakin penting di samping mula timbul kritikan
terhadap proses industrialisasi yang dijalankan.
Pada tahap terakhir iaitu tahap penggunaan tinggi masyarakat telah mengubah fokus
masalah daripada masalah di bidang keluaran kepada masalah di bidang penggunaan
dan kesejahteraan. Masyarakat mula mementingkan penggunaan barang-barang
mewah dan masa rehat.
Tahap ini dicapai oleh Amerika Syarikat Jerman dan Perancis 1910, Sweden 1930,
Jepun 1940, Russia dan Kanada 1950. Faktor-faktor pengeluaran yang ada di dalam
negara digunakan untuk meningkatkan pengaruh di luar negara melalui perdagangan
antarabangsa, meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui agihan pendapatan
yang lebih adil dan sebahagian besar pendapatan masyarakat digunakan untuk
membeli barang-barang keperluan mewah di samping keperluan untuk makanan dan
pakaian.
Teori Rostow telah banyak menerima kritikan. Antara isu-isu yang ditimbulkan oleh
pengkritik ialah mengenai perbezaan setiap tahap yang kabur atau kurang jelas; perlu
dibuktikan secara empirikal dan kemungkinan sesebuah negara untuk tidak mengikut
urutan tahap yang telah ditetapkan (Lihat Sadono 1985).

33 Kesan-kesan pencemaran alam sekitar

AIR
Air merupakan sumber penting kehidupan manusia. Lebih 1/3 daripada badan manusia
diisi oleh keperluan air, manakala 3/4 daripada bumi ini diliputi oleh air. Air penting
untuk pembekalan domestik atau rumah, pembekalan perindustrian, pertanian,
pelayaran, perkelahan, dan sebagainya. Setengah-setengah kegunaan air boleh
mengurangkan pembekalannya secara langsung seperti keperluan rumah dan
perindustrian, manakala ada pula kegunaan air yang tidak menjejaskan kualiti air,
seperti pelayaran dan perkelahan.
Tingkat keperluan kualiti air bergantung pada jenis penggunaan.
Penggunaan domestik memerlukan kualiti yang lebih tinggi daripada keperluan untuk
perindustrian dan pertanian, manakala kegunaan air untuk perindustrian memerlukan
kualiti yang lebih tinggi daripada kegunaan air untuk pelayaran.
Sumber-sumber air yang utama bagi keperluan manusia terdiri daripada air hujan, air
mata air, air bawah tanah, air perigi, air sungai, air tasik, dan air laut. Di Malaysia,
sungai merupakan sumber utama bagi berbagai-bagai jenis pembekalan air.
Sungguhpun air boleh didapati dengan banyaknya daripada sumber-sumber yang ada,
namun kuantiti air bersih adalah semakin terhad. Hal ini demikian kerana bertambah
besarnya permintaan air bersih dan semakin meluasnya pencemaran air dan sumber
air tersebut.
Sumber air dikatakan mengalami pencemaran apabila berlakunya sesuatu perubahan
secara langsung di dalam kandungan air yang disebabkan oleh kegiatan manusia yang
telah menyebabkan kurang sesuainya sumber air itu untuk kegunaan sesuatu tujuan
tertentu dalam keadaan asalnya (Malaysia, Laporan Ekonomi (1976): 134).
Pencemaran air biasanya diukur melalui parameter-parameter kehendak oksigen
biokimia (BOD), kehendak oksigen kimia (COD), pH, pepejal terapung, dan ammonia.
Pada tahun 1982, kotoran dan kumbahan domestik merupakan punca utama
pencemaran BOD berbanding sumber industri. Didapati beban pencemaran BOD yang
dilepaskan oleh kumbahan domestik adalah 70%, berbanding dengan 30% daripada
sumber keseluruhan industri. Walau bagaimanapun, dilihat dari segi BOD yang
dihasilkan*, didapati sumber industri adalah lebih besar lagi (lihat Jadual13.3).
Dalam tempoh (1991-2000), bilangan sungai yang diawasi meningkat daripada 87 pada
tahun 1990 kepada 120 pada tahun 2000 (1999). Pengawasan menilai kualiti air
berdasarkan lima parameter iaitu BOD, COD, Ammoniaka. Nitrogen, pepejal terampai,
dan tahap hidrogen. Daripada 120 batang sungai: yang diawasi, 32 didapati bersih, 75
sedikit tercemar, dan 13 sangat tercemar. Bilangan sungai yang sangat tercemar telah
meningkat daripada enam sungai iaitu Juru, Benut, Pontian Besar, Sepang, Klang, dan
Ibai/Marang kepada 1. Secara keseluruhan, kualiti air sungai didapati merosot sedikit
pada dekad 1990-an, namun bertambah baik menjelang dekad 2000-an.
BOD yang dihasilkan menunjukkan beban pencemaran yang belum dirawat, sebaliknya
BOD Yang dilepaskan menunjukkan kuantiti pencemaran selepas diadakan
pembersihan.
UDARA
Udara diperlukan untuk mengisikan paru-paru bagi tujuan peredaran darah secara
sempurna. Udara yang bersih dan kering mengandungi 78% nitrogen, 21 % oksigen
dan terlalu sedikit kandungan gas seperti karbon monoksida, oksida-oksida nitrogen,
oksida-oksida sulfur dan hidrokarbon. Pencemaran udara yang wujud sedikit sebanyak
akan mengubahkan peratus kandungan komponen-komponen tersebut.
Sumber pencemaran udara boleh dikategorikan mengikut jenis emisi sama ada gas
atau partikulat-partikulat, berdasarkan jenis punca berlakunya, sama ada semula jadi
atau tiruan (buatan manusia).
Pencemaran udara berbentuk gas boleh dilihat dalam bentuk gas-gas bukan organik
seperti sulfur dioksida, nitrogen oksida, karbon monoksida, serta dalam bentuk wapwap
organik hidrokarbon, alkohol ketoues dan ester.
Pencemaran udara bentuk partikulat boleh dilihat dalam bentuk pepejal atau cecair,
manakala pencemaran udara semula jadi terdiri daripada pencemaran gunung berapi,
ribut pasir, semburan air laut, dan pereputan. Pencemaran udara yang wujud akibat
daripada kegiatan-kegiatan manusia adalah yang paling banyak berlaku. Kegiatankegiatan
itu termasuklah kegiatan-kegiatan perindustrian, perbandaran, pembinaan,
pembakaran sampah, dan aktiviti kenderaan bermotor.
Kajian inventori pencemaran yang dibuat oleh Bahagian Alam Sekitar (DOE) pada
tahun 1980 menunjukkan di Semenanjung Malaysia sahaja, sejumlah 2.3 juta tan metrik
beban bahan cemar dihasilkan daripada pembakaran bahan bakar. Daripada jumlah ini,
69.3% terdiri daripada karbon monoksida, 9.6% oksida-oksida sulfur, 8.07% oksidaoksida
nitrogen, 10.57% hidrokarbon, dan 1.75% hancuran (grit) dan habuk (Bahagian
Alam Sekitar 1984: 11).
Pencemaran udara terutamanya di bandar berpunca daripada tiga punca utama iaitu
kenderaan (punca bergerak), pembakaran bahan api kilang dan domestik, stesen jana
kuasa (punca tetap), dan pembakaran sisa perbandaran dan industri. Dalam tahun
1999, ketiga-tiga punca tersebut masing-masing menyumbangkan sebanyak 76.3%,
4.71 % dan 19.01% (Jadual13.5J,
SAMPAH SARAP
Sebagaimana air dan udara, tanah juga penting bagi segala bentuk kehidupan
termasuk manusia. Tanah merupakan tempat tinggal dan terletaknya sebahagian besar
kegiatan kehidupan manusia. Keperluan terhadap tanah semakin meningkat mengikut
masa. Di samping penawaran sumber tanah tetap, ia juga semakin dicabuli oleh
kerosakan akibat daripada tindakan dan kegiatan pembangunan manusia.
Aktiviti perlombongan, pembinaan pembukaan tanah, penempatan perbandaran dan
perumahan telah menyebabkan keperluan terhadap tanah yang sesuai semakin
bertambah. Aktiviti perlombongan dan penebangan hutan telah mengakibatkan
berlakunya hakisan dan pemendapan. Ini menyebabkan terjejasnya kesuburan semula
jadi tanah, khususnya untuk pertanian.
Tanah juga terjejas oleh aktiviti-aktiviti perbandaran dan perumahan. Cara hidup moden
masyarakat bandar dan desa telah menyebabkan banyak buangan daripada kedua-dua
punca tersebut sukar untuk dipecahkan dan diproses secara semula jadi oleh alam
sekitar. Buangan-buangan plastik, tin-tin aluminium, pecahan botol, dan lain-lain tidak
semudah kertas atau daun tumbuhan untuk dimusnahkan.
Pencemaran tanah-tanih merujuk kepada buangan yang dilakukan di tanah, seperti
juga pencemaran air dan udara yang merujuk kepada buangan ke atas air dan udara.
Namun begitu pencemaran ke atas tanah tidak seburuk pencemaran ke atas air dan
udara. Hal ini demikian kerana sampah-sarap lebih mudah untuk dipindahkan ke media
lain. Contohnya, sampah-sarap boleh dihapuskan dengan membakarnya atau
menimbusnya ke dalam tanah, tetapi tindakan membakar akan membawa kepada
pencemaran udara, dan begitu juga pencemaran air (bawah tanah) akan berlaku kalau
sampah-sarap itu ditimbus.
Antara pelbagai bentuk sampah-sarap yang dibuang, didapati kuantiti utama bahan
tersebut ialah sisa makanan, kertas, dan kadbod (lihat Jadual 13.6).
Bentuk-bentuk pencemaran lain boleh dilihat dalam bentuk pencemaran buangan
bahan beracun, racun makhluk perosak, radioaktif, dan pencemaran pemandangan.
Kebanyakan buangan bahan beracun/bahaya iaitu sebanyak 52% dikeluarkan oleh
industri elektronik, 14% oleh industri logam dan penyaduran, dan selebihnya oleh
industri kimia, getah/plastik, percetakan/pembungkusan kulit, dan perubatan (Malaysia,
Rancangan Malaysia 1986: 323).
Pencemaran radioaktif boleh terhasil daripada aktiviti perlombongan dan pemprosesan
uranium jana kuasa nuklear, ujian senjata nuklear, pembakaran arang batu atau secara
bocoran loji-loji nuklear. Ancaman radioaktif mula dirasai apabila bertambah pesah1ya
kegunaan bahan teknologi nuklear dan pembangunan, khususnya perindustrian. Ini
terbukti di Papan (Perak) sehingga telah timbul isu pembuangan bahan radioaktif
secara tidak selamat oleh kilang Asean Rare Earth, malah kilang itu sendiri telah
menyembunyikan bahaya bahan sisa ini kepada penduduk sekitar, sehingga ada petani
yang menggunakan bahan tersebut sebagai baja tanaman mereka.
Bagi racun makhluk perosak, sumber utama pencemaran ini adalah daripada aktiviti
pertanian, perhutanan, dan kawalan nyamuk dan serangga domestik. Malaysia masih
menggunakan sebahagian besar bahan racun ini walaupun di kebanyakan negara di
dunia ini penggunaan bahan-bahan racun seperti DDT, 2,4,5, -T, aldrin, eldrin,
paraquat, BHC,. dan banyak lagi telah diharamkan.
Kini, seluruh pancaindera kita telah dicemari oleh berbagai-bagai bentuk pencemaran.
Mulut dicemari dengan pencemaran air, hidung oleh pencemaran udara dan bau,
telinga oleh pencemaran bunyi bising, kulit oleh pencemaran haba, dan mata oleh
pencemaran pemandangan. Pendek kata, seluruh anggota luar dan dalam sentiasa
terdedah kepada bahaya pencemaran.
Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada beberapa buah
negeri dan wilayah. Tiap-tiap negeri atau wilayah mempunyai kekuasaan pentadbiran
yang tersendiri mengikut negeri masing-masing. Di samping itu, dalam hal-hal tertentu,
kuasa pusat (Persekutuan) mengatasi kuasa kerajaan negeri. Dalam hal yang sama,
keadaan ini berlaku dalam perkara yang berkait dengan pengurusan alam sekitar.
Bagi memastikan pengurusan alam sekitar dikendalikan selaras dengan matlamat
pembangunan serta undang-undang di peringkat Negeri dan Persekutuan, Jabatan
Alam Sekitar (JAS) telah mengamalkan satu pendekatan yang merangkum dua kaedah
pengawalan alam sekitar, iaitu kaedah perundangan dan kaedah pentadbiran.

34 Kerajaan berbelanja secara surplus

Apabila kerajaan melakukan belanjawan surplus pula, iaitu hasil cukai melebihi
perbelanjaan kerajaan, maka lebihan ini akan ditabung. Kerajaan pula sekarang
menawarkan dana boleh pinjam. Apabila kerajaan menabung keluk tabungan akan
bergerak ke kanan, dari S ke S + (t - g). Kadar bunga benar akan jatuh dari R1 ke R2.
Apabila kadar bunga jatuh, maka tabungan swasta akan jatuh, penggunaan naik dan
pelaburan swasta naik. Apabila tabungan jatuh dan pelaburan naik, mengikut klasik
penggunaan swasta akan naik. Analisis ini boleh diterangkan berdasarkan rajah di
bawah:

Keterangan rajah:
Apabila belanjawan lebihan dilaksanakan, bererti hasil cukai lebih tinggi dari
perbelanjaan kerajaan, maka lebihan ini ditabung. Keluk tabungan naik dari S ke S + (t -
g). Oleh itu, kadar bunga benar jatuh dari R1 ke R2. Apabila kadar bunga benar jatuh;
tabungan swasta akan jatuh dari S1 ke S2. Pada masa yang sama pelaburan swasta
naik I1 ke I2 . Apabila tabungan jatuh dan pelaburan naik, bererti perbelanjaan swasta
naik. Jumlah kenaikan perbelanjaan swasta ditunjukkan oleh jarak belanjawan lebihan
tadi iaitu jarak t - g atau jarak EiL.

35 Kerajaan berbelanja secara defisit


Mengikut klasik kerajaan juga berbelanja sama ada belanja pengurusan atau belanja
pelaburan. Kerajaan juga akan meminjam dari dana boleh pinjam jika ia melakukan
belanjawan defisit. Di mana:
EG = g t (T - R)
EG = belanjawan kerajaan, g = perbelanjaan kerajaan, t = cukai bersih iaitu diperoleh
apabila cukai kasar tolak subsidi. Bila kerajaan berbelanja secara defisit, maka keluk
permintaan terhadap dana boleh pinjam akan meningkat ke atas. Kadar bunga benar
akan naik. Kenaikan kadar bunga benar akan menggalakkan rumah tangga untuk
meningkatkan tabungan. Bila tabungan naik maka, penggunaan akan jatuh. Dari satu
segi pula, bila kadar bunga benar naik pelaburan akan jatuh. Oleh itu, jumlah
perbelanjaan swasta iaitu campuran antara kejatuhan dalam penggunaan rumah
tangga dan kejatuhan dalam pelaburan firma adalah sama dengan jumlah defisit
belanjawan kerajaan. Keadaan ini diterangkan dalam rajah di bawah:

Keterangan rajah:
Apabila belanjawan defisit dilaksanakan, keluk pelaburan akan naik dari I ke I + (g - t).
Kesannya kadar bunga benar naik dari R1 ke R2. Bila R naik, tabungan naik dari S1 ke
S2' maka penggunaan pula akan jatuh. Pada masa yang sama apabila R naik,
pelaburan akan jatuh kerana kos meminjam naik. Keinginan melabur jatuh. Pelaburan
jatuh dari I1 ke I2, Jumlah kemerosotan dalam perbelanjaan swasta ialah campuran
di antara kenaikan tabungan swasta (S1,S2) dan penurunan dalam pelaburan swasta
(I1,I2) yang ditunjukkan oleh defisit perbelanjaan kerajaan iaitu jarak g - t atau jarak
EiF.

36 Eksport bersih sifar


Keseimbangan ekonomi tertutup ialah pada titik E dengan pendapatan negara pada Yo.
Import naik, maka fungsi bocoran akan bergerak dari S + T ke S + T + M. Manakala
kenaikan eksport menyebabkan fungsi suntikan bergerak dari I + G ke I + G + X.
Perhatikan kenaikan import dan eksport adalah sama jumlahnya yang ditunjukkan oleh
jarak EE1 masing-masing. Oleh itu pendapatan negara tidak akan berubah tetap pada
Yo. Oleh itu keseimbangan ekonomi tertutup akan sama dengan ekonomi terbuka
dengan pendapatan negara pada Yo.

38 Konsep globalisasi perdagangan

GLOBALISASI PERDANGANGAN
Globalisasi perdagangan melibatkan peningkatan rangkaian dan saling bergantungan
perdagangan di antara negara-negara di dunia, dipercepat melalui perkembangan
pengetahuan dan dipermudah melalui perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi, pengurangan kos pengangkutan, serta liberalisasi perdagangan dan
pelaburan.
Liberalisasi perdagangan melibatkan perjanjian pelbagai negara untuk mengurangkan
dan akhirnya menghapuskan sekatan tarif dan bukan tarif di bawah naungan Perjanjian
Am Perdagangan dan Tarif (GATT) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) melalui
beberapa pusingan perundingan perdagangan pelbagai negara. Pusingan rundingan
yang terakhir ialah Pusingan Uruguay yang bermula pada November 1986 hingga 15
April 1994 serta dilaksanakan mulai 1 Januari 1995. Rundingan ini juga termasuklah
perjanjian perdagangan wilayah seperti APEC, AFTA, dan NAFTA serta de-regulasi
ekonomi negara tertentu. Pusingan Uruguay mempersetujui pengurangan tarif ke atas
barangan industri sehingga 40% bagi negara maju, 30% bagi negara membangun, dan
30% bagi negara transisi. Selain itu, dipersetujui bahawa pengurangan tarif ke atas
barangan pertanian sebanyak 36% meliputi enam tahun bagi negara maju dan 20%
meliputi sepuluh tahun mulai tah 1995 bagi negara membangun. Pengurangan juga
dikenakan ke atas subsidi pengeluaran dan subsidi eksport negara maju, masingmasing
sebanyak 36 dan21%.
Liberalisasi perdagangan melalui Kawasan Perdagangan Bebas ASEA: (AFTA)
mempunyai matlamat untuk meningkatkan daya saing wilayah ASEAN ke arah pasaran
global dengan mengetepikan duti import dan sekatan bukan tarif ke atas semua
keluaran yang diperdagangkan intra-ASEAN (di kalangan negara-negara ASEAN)
menjelang tahun 2015 bagi enam negara ASEAN asal dan menjelang tahun 2018 bagi
negara-negara ASEAN baru.
Impak globalisasi kewangan ialah meningkatnya aliran kewangan di peringkat global,
iaitu bertambahnya penawaran dan kepelbagaian sumber-sumber kewangan yang lebih
murah. Hal ini membantu membangun pasaran modal tempatan dan memudahkan urus
niaga perdagangan dunia.

39 Konsep globalisasi kewangan


GLOBALISASI PERDANGANGAN
Globalisasi perdagangan melibatkan peningkatan rangkaian dan saling bergantungan
perdagangan di antara negara-negara di dunia, dipercepat melalui perkembangan
pengetahuan dan dipermudah melalui perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi, pengurangan kos pengangkutan, serta liberalisasi perdagangan dan
pelaburan.
Liberalisasi perdagangan melibatkan perjanjian pelbagai negara untuk mengurangkan
dan akhirnya menghapuskan sekatan tarif dan bukan tarif di bawah naungan Perjanjian
Am Perdagangan dan Tarif (GATT) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) melalui
beberapa pusingan perundingan perdagangan pelbagai negara. Pusingan rundingan
yang terakhir ialah Pusingan Uruguay yang bermula pada November 1986 hingga 15
April 1994 serta dilaksanakan mulai 1 Januari 1995. Rundingan ini juga termasuklah
perjanjian perdagangan wilayah seperti APEC, AFTA, dan NAFTA serta de-regulasi
ekonomi negara tertentu. Pusingan Uruguay mempersetujui pengurangan tarif ke atas
barangan industri sehingga 40% bagi negara maju, 30% bagi negara membangun, dan
30% bagi negara transisi. Selain itu, dipersetujui bahawa pengurangan tarif ke atas
barangan pertanian sebanyak 36% meliputi enam tahun bagi negara maju dan 20%
meliputi sepuluh tahun mulai tah 1995 bagi negara membangun. Pengurangan juga
dikenakan ke atas subsidi pengeluaran dan subsidi eksport negara maju, masingmasing
sebanyak 36 dan21%.
Liberalisasi perdagangan melalui Kawasan Perdagangan Bebas ASEA: (AFTA)
mempunyai matlamat untuk meningkatkan daya saing wilayah ASEAN ke arah pasaran
global dengan mengetepikan duti import dan sekatan bukan tarif ke atas semua
keluaran yang diperdagangkan intra-ASEAN (di kalangan negara-negara ASEAN)
menjelang tahun 2015 bagi enam negara ASEAN asal dan menjelang tahun 2018 bagi
negara-negara ASEAN baru.

Perdagangan, terutamanya eksport bersih menyumbang ke arah pertumbuhan


ekonomi, sebagai agen pertumbuhan. Keterbukaan ekonomi Malaysia menjadikan
Malaysia terangkai melalui jalinan perdagangan dengan ekonomi global

40 Dasar fiscal diskrisioner

Dasar fiskal diskrisioner


Dasar fiskal diskrisioner ialah langkah kerajaan mengubah jumlah dan corak
perbelanjaannya dan mengubah sistem atau kadar cukai yang terdapat dalam ekonomi.
Terdapat 3 cara untuk melaksanakan dasar fiskal diskrisioner.
1. membuat perubahan ke at as jumlah dan corak perbelanjaan kerajaan.
2. membuat perubahan ke atas sistem atau kadar cukai.
3. membuat perubahan secara serentak ke atas kedua-dua instrumen tersebut.
1. Perubahan ke atas jumlah dan corak perbelanjaan kerajaan
Perubahan ke atas jumlah dan corak perbelanjaan kerajaan biasanya dibuat setiap
tahun. Kerajaan boleh mengurang atau menambahkan perbelanjaannya bagi mencapai
tujuan ekonomi yang ditetapkan. Perbelanjaan kerajaan biasanya dibahagikan kepada
dua kategori yang besar iaitu perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan
pembangunan. Perbelanjaan pengurusan termasuklah perbelanjaan untuk membayar
gaji kakitangan awam, perbelanjaan faedah-faedah kepada kakitangan awam dan
pembelian alatan, perkakas untuk menggerakkan sektor awam. Manakala perbelanjaan
pembangunan meliputi pembinaan sekolah, jalan raya, sistem pengairan dan
sebagainya. Apa yang pasti perbelanjaan kerajaan akan memberikan pendapatan
kepada sektor swasta, termasuklah firma dan rumah tangga. Pendapatan yang dimiliki
oleh sektor ini akan digunakan ke atas barang-barang yang dikeluarkan oleh ekonomi.
Maka, seperti yang telah diketahui, melalui proses pengganda pertumbuhan ekonomi
akan berlaku.
2. Perubahan ke atas sistem dan kadar cukai
Perubahan dalam sistem atau kadar cukai pula meliputi perubahan keseluruhan
instrumen cukai atau sebahagian instrumen cukai-cukai yang tertentu sahaja. Cukai
boleh ditambah peratusnya, dimansuhkan atau diperkenalkan cukai baru. Cukai
biasanya dikenakan ke atas sektor firma dan rumah tangga yang bertujuan untuk
menggalakkan produktiviti firma ataupun menggalakkan peningkatan perbelanjaan
agregat. Di antara contoh cukai yang biasanya mengalami perubahan ialah cukai
pendapatan, cukai rokok, cukai syarikat dan cukai-cukai lain sama ada di kalangan
syarikat at au di pihak pengguna.
Cukai pada amnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu cukai langsung dan cukai tak
langsung. Cukai langsung ialah cukai yang dikenakan secara langsung ke atas
pembayar cukai. Beban cukai tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Contohnya
cukai pendapatan individu. Bebannya tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Cukai
tak langsung pula ialah cukai yang dikenakan ke atas pembayar cukai, tetapi bebannya
boleh dipindahkan kepada orang lain. Misalnya cukai jualan, cukai keuntungan yang
dikenakan kepada syarikat. Syarikat boleh memindahkan beban tersebut kepada
pengguna dengan menaikkan harga barang yang dijual.
3. Perubahan secara serentak
Kerajaan juga boleh mengubah perbelanjaannya dan cukai secara serentak. Misalnya,
jika kerajaan meningkat perbelanjaannya, dan perbelanjaan ini dibiayai oleh cukai yang
dikutip. Ertinya kerajaan menaikkan perbelanjaannya dan menaikkan cukai. Jika
perbelanjaan yang dibuat melebihi hasil cukai, maka kerajaan melaksanakan dasar
fiskal kurangan. Jika perbelanjaan kurang dari hasil cukai, kerajaan dikatakan
mengamalkan dasar fiskal lebihan. Jika perbelanjaan kerajaan sama dengan hasil
cukai, kerajaan dikatakan mengamalkan dasar fiskal seimbang.

41 Dasar penstabil otomatik

Penstabil automatik
Dasar fiskal yang kedua dikenali sebagai penstabil automatik. Penstabil automatik ialah
instrumen dasar fiskal yang boleh terdiri dari perbelanjaan kerajaan atau sistem cukai
yang sedang diamalkan di dalam sesebuah negara. Penstabil automatik berperanan
membaiki ketidakstabilan kitaran perniagaan. Jika ekonomi meleset, penstabil
automatik akan mengurangkan kemelesetan tadi. Jika ekonomi melambung pula
penstabil automatik akan mengurangkan keadaan yang melambung itu. Rajah di bawah
menunjukkan kitaran perniagaan yang berlaku jika tiada peranan penstabil automatik
berbanding kitaran perniagaan yang ada peranan penstabil automatik. Kita dapati
kitaran perniagaan akan lebih stabil jika wujudnya penstabil automatik dalam ekonomi.
Antara penstabil automatik yang diamalkan ialah :
i. Cukai berkadar
Iaitu peratus cukai yang dikenakan adalah sama. Tetapi jumlah cukai yang dibayar
semakin meningkat. Misalnya, peratus cukai ialah 5%, jumlah cukai yang dibayar
semakin tinggi jika pendapatan semakin tinggi.
ii. Cukai progresif
Iaitu peratus cukai yang dikenakan semakin tinggi jika pendapatan meningkat. Misalnya
jika pendapatan RM1000, peratus cukai ialah 2%, jika pendapatan naik menjadi
RM2000, peratus cukai ialah 5%, jika pendapatan naik lagi menjadi RM3000, peratus
cukai ialah 10%. Kita dapati peratus dan jumlah cukai semakin tinggi. Oleh sebab itu,
semasa ekonomi melambung, jumlah cukai adalah tinggi. OIeh itu penggunaan tidak
akan meningkat terlalu tinggi. Maka, perbelanjaan agregat akan dapat dikawaI.
Manakala semasa ekonomi meleset, jumlah cukai yang dibayar adalah semakin
rendah, oleh itu penggunaan tidak akan jatuh keterlaluan. Oleh itu perbelanjaan agregat
menjadi lebih stabil.
iii. Dasar harga minima dan dasar harga tetap
Dasar harga minima ialah satu polisi kerajaan dengan menetapkan harga bagi produk
tertentu. Harga produk ini tidak boleh lebih rendah dari harga minima yang telah
ditetapkan. Misalnya, kerajaan menetapkan harga minima bagi produk sektor pertanian.
Ini bertujuan untuk menjamin pendapatan petani. Misalnya, sewaktu ekonomi meleset,
harga produk pertanian cenderung merosot. Ini sudah tentu akan menurunkan
pendapatan di kalangan petani. Dengan adanya dasar ini, pendapatan petani Iebih
terjamin dan stabil.
iv. Skim insurans pengangguran
Skim ini mewajibkan pekerja menyumbang sejumlah bayaran (premium) tertentu
semasa mereka bekerja. Sekiranya ekonomi meleset, pekerja cenderung hilang
pekerjaan. Skim ini akan memberikan bantuan kewangan secara tetap sehinggalah
pekerja berkenaan mendapat pekerjaan semula. Implikasi dari skim ini ialah semasa
ekonomi meleset, kemelesetan yang berlaku tidaklah terlalu serius dan sewaktu
ekonomi melambung, sebahagian pendapatan akan dicarum. Oleh itu perbelanjaan
agregat dapat dikawal.

42 Polisi harga minimum

1. Polisi pembelian (Purchasing Policy)


Melalui polisi ini, pihak kerajaan akan membeli semua jumlah lebihan penawaran
tersebut dengan tingkat harga minimum (P0). Maka, jumlah perbelanjaan dalam polisi
ini adalah (P0)(Q2 Q1).
2. Polisi subsidi (Subsidy Policy)
Melalui polisi ini, kerajaan akan memberi bantuan kepada pengeluar supaya dapat
mengeluarkan output Q2 dengan harga minimum (P0).
Pada mulanya, di tingkat harga minimum (P0 ) ini, pengguna sanggup membeli output
dengan jumlah Q1 sahaja sedangkan pengeluar sanggup menawarkan output sebanyak
Q2, yang menyebabkan berlaku lebihan penawaran sebanyak Q2 Q1.
Di tingkat output Q2 tersebut, pengguna sanggup membelinya dengan harga pasaran
iaitu P1, di mana di Q2 ini berlaku perbezaan harga di antara harga pengeluar (P0) dan
harga pengguna (P1) atau jarak P0P1.
Jika pihak kerajaan ingin mengekalkan tingkat output Q2 dengan harga minimum P0,
kerajaan perlu memberi subsidi kepada pengeluar sebanyak (P0 P1)(0Q2) di mana
pengeluar dapat menjual kuantiti Q2 dengan harga minimum yang telah ditetapkan

43 Matlamat DEB

Dua matlamat pembangunan penting yang terkandung dalam DEB ialah:


1. Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan
dan memperbanyak peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia
tanpa mengira kaum.
2. Menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak
seimbang, supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi.

44 MATLAMAT DWN

Dimensi baru dasar yang diperkenalkan dalam OWN adalah seperti yang berikut:
1. Membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat
berasaskan pengetahuan.
2. Menjana pertumbuhan yang di dorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui
pengukuhan pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan ke dalam bidang
strategik.
3. Menjadikan sektor pertanian, pembuatan, dan perkhidmatan lebih dinamik melalui
penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.
4. Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kawasan terpencil,
Orang Asli, dan kumpulan minoriti Bumiputera di Sabah dan Sarawak serta
meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan pendapatan 30 % rendah.
5. Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurangkurangnya
30 % menjelang 2010.
6. Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam -sektor utama ekonomi.
7. Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong
pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan .

45 PENGGANTIAN IMPORT

3. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi


Pelbagai kegiatan ekonomi merangkum skop yang meluas; pelbagaian di sektor
pertama dan pengembangan sektor pembuatan.
a) Mempelbagaikan kegiatan sektor pertama
Pelbagaian di sektor pertama boleh dilihat dari segi pelbagaian mendatar dan menegak.
Pelbagaian mendatar berkait dengan penambahan jenis keluaran, dengan keluarankeluaran
baru seperti kelapa sawit, koko, sayur-sayuran, buah-buahan, bungabungaan,
gas asli dan sebagainya. Kelapa sawit misalnya, telah menjadi bertambah
penting kepada pembangunan ekonomi Malaysia. Sumbangannya kepada eksport
kasar negara terus meningkat daripada 1.6% (1960) kepada 8.9% (1980) dan kini
Malaysia merupakan pengeksport minyak kelapa sawit terbesar dunia. Begitu juga
dengan gas asli, walaupun pengeluarannya hanya mula beroperasi pada awal tahun
1980-an, namun pada tahun 1990-an ini, sumbangannya kepada eksport negara jauh
melebihi daripada sumbangan bijih timah.
Pelbagaian secara menegak pula berkait dengan peningkatan nilai ditambah melalui
kegiatan pemprosesan, seperti getah asli diproses menjadi barang siap (tayar) untuk
dieksport. Kayu balak diproses menjadi . perabot dan bijih besi dijadikan bahagian
tertentu kereta nasional Proton.
b) Mengembangkan sektor pembuatan
Pelbagai kemudahan dan galakan telah disediakan oleh kerajaan bagi memajukan
sektor pembuatan supaya Malaysia tidak terlalu bergantung pada sektor pertanian.
Kemudahan infrastruktur, kawasan perindustrian, galakan fiskal dan kewangan
disediakan bagi sektor ini. Melalui galakan, kemudahan dan prospek pengembangan
yang cerah, peringkat perindustrian Malaysia telah bergerak meluncur daripada
penggantian import, penggalakan eksport kepada pengusahaan industri berat.
Kedua-dua bentuk pelbagaian tersebut banyak memberi sumbangan kepada ekonomi
khususnya dari segi penstabilan dan perkembangan ekonomi negara.

46 ORIENTASI EKSPORT
Kemajuan ekonomi sehingga kini
Melalui pelbagai usaha pembangunan yang disebutkan di atas, setelah lebih kurang
empat abad Malaysia mencapai kemerdekaan, beberapa perubahan yang nyata wujud
ke atas corak kegiatan ekonomi dan keadaan masyarakat, seperti corak guna tenaga,
pertumbuhan keluaran, corak dan pertumbuhan eksport dan kestabilan ekonomi
negara.
Umumnya dari segi guna tenaga, Malaysia telah mencapai matlamat guna tenaga
penuh, kerana pengangguran pada dekad 1990-an ini mencapai kurang daripada 5%
setahun. Begitu juga guna tenaga dalam bidang-bidang ekonomi moden telah mula
diceburi oleh golongan bumiputera.
Pertumbuhan keluaran negara yang diukur oleh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
telah tumbuh secara memberangsangkan dalam lingkungan 8% setahun untuk dekad
150
1990-an ini (kecuali pada akhir dekad 1990-an). \1aka dekad ini untuk setakat ini
dianggap sebagai dekad terbaik pencapaian pertumbuhan ekonomi Malaysia,
Kadar pertumbuhan eksport juga terus berkembang dan menggalakkan. Dalam dekad
1990-an (kecuali pada tahun 1990 dan 1991), nilai eksport mencatatkan ke angka
melebihi RM100 bilion.
Jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia atau di ASEAN sendiri,
kedudukan ekonomi Malaysia adalah di an tara yang stabil sekali. Inflasi yang
melampau dan yang berlaku secara berterusan belum pernah terjadi lagi di Malaysia.
Inflasi yang berlaku di Malaysia adalah rendah dan terkawal.
Walaupun begitu, selepas tempoh tersebut, iaitu mulai tahun 1997 sehingga awal tahun
2000-an, ekonomi Malaysia mengalami keadaan muram akibat kesan kegawatan
ekonomi yang melanda khususnya negara ASEAN, KDNK menguncup, pengangguran
meningkat, nilai mata wang menurun, dan inflasi naik secara mendadak. Rancangan
Malaysia Kelapan yang dilancarkan pada tahun 2001 merupakan dasar dan strategi
sulung bagi memperbaiki dan menghadapi fenomena ekonomi dekad-dekad 2000-an
yang dijangka lebih mencabar lagi.

Anda mungkin juga menyukai