Anda di halaman 1dari 19

BAB 2

TAKRIFAN DAN FUNGSI KOMUNIKASI

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:


1. Menghuraikan definisi komunikasi.
2. Menjelaskan konsep-konsep utama komunikasi.
3. Mengenal pasti fungsi komunikasi dalam
kehidupan manusia.

2.1 PENGENALAN

Manusia dicipta oleh Tuhan untuk beribadat. Ibadat


manusia adalah suatu proses interaksi dengan Tuhan
melalui sembahyang, doa dan menghayati kitab-kitab
suci. Kehidupan manusia tidak sepi dengan interaksi
sesama manusia. Setiap individu saling memerlukan
antara satu sama lain. Manusia bertukar maklumat dan
berkongsi idea untuk terus menangani survival yang
penuh saingan. Di samping itu, manusia juga
berinteraksi dengan persekitaran yang dicipta oleh
Tuhan. Pernahkah anda bercakap dengan tumbuh-
tumbuhan atau haiwan? Ramai petani yang berjaya
mengatakan bahawa kerakraban petani dengan
tanaman mereka dapat memberi hasil yang baik.
Adakah pokok boleh bercakap? Sebenarnya dalam diri
manusia mempunyai naluri ingin tahu dan ambil tahu.
Jadi, apabila seorang petani mengambil tahu tentang
tanaman mereka sudah tentu tanaman sentiasa dijaga
dengan baik. Begitu juga dengan interaksi manusia
dengan haiwan. Interaksi yang intim antara manusia
dengan haiwan peliharaan akan menyebabkan haiwan
tersebut memahami perlakuan tuannya. Apakah bentuk
komunikasi yang digunakan oleh manusia dalam hal

19
ini? Manusia dianugerahkan akal fikiran serta
perasaan yang berbeza-beza. Justeru itu, manusia
sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain untuk
mencapai tujuan tertentu, berkongsi maklumat dan
menyatakan perasaan masing-masing.

Sejarah menunjukkan bahawa pada peringkat awal


kehidupan manusia, manusia berinteraksi antara satu
sama lain dengan menggunakan simbol-simbol yang
dapat memberi makna dan kefahaman yang sama
antara mereka. Pada zaman batu, manusia melakar
simbol pada dinding-dinding gua untuk
mendokumentasikan kehidupan mereka. Apakah
bentuk komunikasi lain yang digunakan oleh
masyarakat pada zaman batu? Adakah mereka
mempunyai kod komunikasi seperti manusia hari ini?

Komunikasi adalah suatu proses interaksi antara


manusia untuk mencapai tujuan bersama dengan
menggunakan saluran tertentu. Oleh yang demikian,
manusia perlu mempunyai kod komunikasi yang boleh
difahami dan diterima oleh semua ahli masyarakat.
Kod komunikasi sama ada bahasa lisan, kod penulisan
mahupun kod bukan lisan adalah penting untuk
memastikan interaksi manusia berjalan lancar sesuai
dengan tujuan dan konteks komunikasi.

Dalam bab ini, anda akan didedahkan kepada beberapa


takrifan komunikasi daripada pelbagai konteks. Di
samping itu, perbincangan kita juga akan ditumpukan
kepada mengenal pasti fungsi-fungsi umum
komunikasi. Di akhir bab ini, kita akan membincangkan
secara ringkas tentang proses komunikasi dalam
kehidupan manusia.

Oleh kerana bab ini adalah pengenalan kepada asas


komunikasi, maka perhatian dan tumpuan anda amat
diharapkan bagi memastikan anda dapat memahami
asas-asas komunikasi sebelum mengikuti bab-bab
seterusnya yang membincangkan aspek komunikasi
secara terperinci. Jadi, fokuskan tumpuan anda kepada
pelajaran ini. Semoga anda dapat berinteraksi dengan
modul ini dengan mudah dan lancar.

20
2.2 APAKAH KOMUNIKASI?

Apakah yang anda faham dengan perkataan


komunikasi? Mengapa anda berminat mempelajari ilmu
komunikasi? Adakah komunikasi suatu kemahiran
perhubungan yang mudah? Ya, mudah dengan syarat
kita dapat menguasai kemahiran komunikasi dan
berketerampilan menggunakan komunikasi dalam
pelbagai situasi kehidupan. Komunikasi adalah suatu
bidang yang kompleks dan bersifat dinamik. Justeru
itu, kita perlu mempelajari dan mempertingkatkan
kemahiran komunikasi sama ada komunikasi sosial
mahupun kemahiran menggunakan teknologi
komunikasi dari semasa ke semasa.

Kita berkomunikasi dengan ahli keluarga kita. Kita


juga perlu berbincang dengan rakan sekerja kita di
pejabat. Tidak kurang juga kita sentiasa berhubung
dengan pelanggan kita. Jadi, fungsi-fungsi asas
komunikasi ini jika diteliti akan memandu kita kepada
kepentingan komunikasi dalam kehidupan kita seperti
juga kita memerlukan makanan dan minuman.
Komunikasi juga merupakan satu keperluan biologi
manusia. Tidak lengkap kehidupan manusia tanpa
komunikasi. Malah dunia akan sepi tanpa komunikasi.
Oleh yang demikian, bidang komunikasi adalah suatu
bidang kemahiran sosial yang perlu dipelajari, tidak
cukup sekadar mempunyai bakat semula jadi untuk
menjadi komunikator yang berkesan. Dalam erti kata
lain kita perlu mendalami ilmu komunikasi dan
menguasai kepelbagaian bentuk komunikasi dalam
menangani kehidupan yang penuh cabaran.

Apakah pendapat anda tentang bidang


komunikasi? Bolehkah anda memikirkan
beberapa takrifan komunikasi yang
ringkas?

21
Anda disyorkan melawat
laman
web:www.ablongman.com
/devito
www.mhhe.com/tubbsmos
s yang menyediakan
latihan kemahiran
komunikasi, soalan latihan
dan tutorial online yang
berguna untuk anda
menerokai asas ilmu
komunikasi kemanusiaan.

Pastikan anda mendaftar


sebagai pelajar bagi
mendapat kemudahan
akses yang lengkap.
Pendaftaran adalah
percuma.

2.3 TAKRIFAN KOMUNIKASI

Perkataan komunikasi berasal daripada terjemahan


bahasa Inggeris, iaitu communication yang diambil
daripada perkataan Latin, iaitu communicare.
Communicare bermaksud to make common atau
mewujudkan persamaan. Justeru itu, apabila kita
berkomunikasi kita sebenarnya cuba mencipta
persamaan kefahaman terhadap sesuatu makna.

Komunikasi adalah keperluan asas kehidupan manusia


selain makanan, minuman, pakaian dan tempat
perlindungan. Komunikasi berlaku setiap detik dalam
kehidupan manusia sama ada berlaku secara sedar
atau tidak sedar, atau berlaku secara lisan atau
menggunakan simbol yang mewakili sesuatu mesej.

Setakat perbincangan ini, adakah anda faham tentang


komunikasi? Seterusnya kita akan cuba fokuskan
perbincangan kepada beberapa pendekatan dalam
pentakrifan komunikasi. Umumnya, komunikasi adalah
suatu proses interaksi antara manusia yang berlaku
pertukaran maklumat, idea, makna, nilai, sikap dan
sebagainya bagi mencapai persetujuan bersama.

22
Ramai sarjana berpendapat bahawa tidak ada satu
definisi komunikasi yang boleh dianggap tepat. Semua
orang boleh membentuk definisi komunikasi mengikut
tujuan masing-masing. Menurut Dance (1970) terdapat
98 takrifan komunikasi yang berbeza-beza. Perkara ini
berlaku kerana kita mungkin memberi takrifan
berdasarkan tujuan kita berkomunikasi. Bidang
komunikasi adalah satu bidang interdisiplin. Jadi,
sarjana daripada bidang lain melihat komunikasi dari
perspektif bidang mereka. Contohnya, ahli psikologi
melihat komunikasi sebagai satu cara untuk
mendalami pengalaman dan maklumat peribadi
seseorang. Bagi mereka yang mendalami bidang sains
politik pula melihat komunikasi sebagai satu alat
propaganda dan penyebaran maklumat yang bertujuan
untuk mempengaruhi pengundi. Oleh itu, jangan
bimbang jika terdapat pelbagai definisi komunikasi
melalui pembacaan anda.

Cuba anda terangkan hubungan


komunikasi dari perspektif pemasaran,
pendidikan dan sejarah. Tentu anda akan
dapat membentuk satu definisi komunikasi
dari perspektif bidang lain.

Umumnya takrifan komunikasi bergantung kepada


tujuan komunikasi, persekitaran, sumber yang terlibat
dan kesan komunikasi. Bagi memudahkan
perbincangan kita, takrifan komunikasi boleh
dikategorikan kepada empat kelompok iaitu
(Samsuddin A. Rahim, 1993):

(i) Takrifan yang menekan aspek


penyampaian dan penyebaran maklumat.
(ii) Takrifan yang menekan aspek
perkongsian makna dan kesefahaman.
(iii) Takrifan yang menekan aspek
pembujukan dan perubahan.
(iv) Takrifan yang menekan aspek
tingkah laku.

2.3.1 Penekanan Aspek Penyampaian dan


Penyebaran Maklumat

23
Lazimnya komunikasi adalah satu proses interaksi
pengirim (sumber) dengan penerima (khalayak) yang
bertujuan untuk bertukar maklumat. Dalam erti kata
lain, masing-masing mencari ruang untuk
menyampaikan maklumat. Berikut adalah beberapa
takrifan yang merujuk kepada penekanan penyampaian
dan penyebaran maklumat:

Komunikasi adalah satu proses pertukaran


dan penyebaran pendapat, pandangan, atau
maklumat melalui ucapan, tulisan ataupun
isyarat.

(American College Dictionary)

Komunikasi adalah pengiriman maklumat,


pemikiran, sikap atau emosi daripada
seseorang individu kepada kumpulan
individu lain dengan menggunakan simbol-
simbol.
(Theodorson & Theodorson, 1969)

Komunikasi ialah seni memindahkan


maklumat, idea, dan sikap daripada
seseorang kepada seseorang.

(Emery, Ault & Agee, 1965)

Komunikasi adalah satu proses


penterjemahan maksud antara individu atau
berkumpulan.
(Tubbs & Moss, 2000)

Berdasarkan takrifan komunikasi di atas, kita dapati


bahawa kesan tindak balas kepada pertukaran
maklumat tidak diberi perhatian. Takrifan tersebut
adalah lebih kepada proses komunikasi sehala. Justeru
itu, sukar untuk kita mengetahui kesan penyampaian
maklumat kepada penerima. Jadi, kemahiran
komunikasi bukan sekadar menyalurkan maklumat
tetapi yang lebih utama ialah memberi tumpuan
kepada kesan penyampaian sesuatu maklumat.

24
Ikuti contoh penyampaian maklumat
berikut oleh Pegawai UUM kepada pelajar
baru: Jabatan Hal Ehwal Pelajar ada
menyediakan sesi kaunseling kepada
pelajar yang menghadapi masalah
kemurungan dan pelbagai masalah
peribadi.

Berdasarkan ucapan ini, proses


penyampaian maklumat berjaya dilakukan
oleh pegawai tersebut. Tetapi apakah kesan
maklumat tersebut kepada pelajar baru?
Adakah proses penyampaian maklumat ini
efektif? Bagaimana anda mengukur kesan
penyampaian maklumat tersebut?

2.3.2 Penekanan Aspek Perkongsian Makna dan


Kesefahaman

Perkongsian makna dan kesefahaman yang ditekankan


dalam takrifan ini adalah persamaan mentafsir simbol
dan orientasi komunikasi. Ini bertujuan untuk
mengelakkan sebarang salah faham atau
ketidaktepatan makna sesuatu mesej. Berikut adalah
takrifan yang berkaitan perkongsian makna:

Komunikasi adalah suatu proses


perkongsian sesuatu orientasi terhadap satu
set tanda-tanda maklumat.

(Schramm & Robert, 1971)

Komunikasi sebagai satu proses apabila


kedua-dua pihak yang terlibat membentuk
dan berkongsi di antara satu sama lain
dengan tujuan untuk mencapai
kesefahaman.

(Rogers, 1969)

Persoalan utama yang timbul daripada takrifan di atas


adalah sejauh mana individu mempunyai orientasi yang

25
sama terhadap sesuatu simbol maklumat? Setiap
individu mempunyai nilai, pengalaman, pendidikan dan
latar belakang yang berbeza. Adalah agak sukar untuk
mencari titik persamaan orientasi antara individu.
Fenomena ini akan mewujudkan jurang komunikasi.
Jurang komunikasi yang wujud akan memberi kesan
kepada tujuan dan matlamat komunikasi walaupun
takrifan ini menyatakan tentang perkongsian makna.

Apakah yang dimaksudkan dengan jurang


komunikasi? Beri contoh jurang
komunikasi yang mungkin wujud di antara
anda dengan pelajar lain. Apakah kesan
jurang ini kepada proses komunikasi?

2.3.3 Penekanan Aspek Tingkah Laku

Penekanan takrifan komunikasi ini tidak bergantung


kepada peranan maklumat untuk mengukur
keberkesanan komunikasi. Sebaliknya, keberkesanan
komunikasi bergantung kepada tingkah laku individu
mencari maklumat yang boleh digunakan bagi
mengatasi masalah yang dihadapi seperti yang
dikemukakan oleh Carter (1973):

Apabila individu berkomunikasi ia berusaha


untuk mencari maklumat yang boleh
digunakan bagi mengatasi masalah yang
sedang dihadapinya supaya ia dapat satu
gambaran yang lebih tepat tentang
persekitaran yang perlu dihadapinya.

Contohnya, apabila seseorang pelajar dipulaukan oleh


rakan-rakannya, maka pelajar tersebut bertindak
mengenal pasti sebab dia dipulaukan dan cara untuk
merapatkan lagi hubungan sosial dengan rakan-
rakannya.

2.3.4 Penekanan Aspek Pembujukan dan


Perubahan

26
Dalam konteks takrifan komunikasi yang menekankan
aspek pembujukan dan perubahan, kita dapati bahawa
proses komunikasi bukan hanya menyebarkan
maklumat dan berkongsi makna malah lebih daripada
itu iaitu melihat kesan terhadap tingkah laku penerima
selepas menerima maklumat.

Pembujukan merujuk kepada proses mempengaruhi


seseorang untuk menerima pandangan dan pendapat
serta mengubah sikap dan nilai berdasarkan maklumat
yang diterima. Komunikasi dikatakan berkesan setelah
berlakunya perubahan pada penerima. Berikut adalah
contoh takrifan yang menekankan pembujukan:

Komunikasi adalah satu proses


penyampaian rangsangan dengan tujuan
untuk menukar tingkah laku seseorang.

(Hovland, 1953)

Komunikasi berlaku apabila satu sistem


atau sumber cuba mempengaruhi sistem lain
atau sasarannya, dengan memanipulasikan
beberapa simbol alternatif, yang boleh
disampaikan melalui saluran yang
menghubungkan mereka.
(Osgood, 1954)

Komunikasi adalah satu proses tindak balas


terhadap simbol atau tingkah laku manusia.

(Adler & Elmhorst,


2002)

Contoh mudah bagi takrifan ini ialah kempen anti


merokok yang dilaksanakan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia sejak beberapa tahun dahulu. Pada
pandangan anda, adakah mesej kempen anti merokok
ini berjaya dihayati oleh golongan sasaran? Adakah
peratusan bilangan perokok menurun atau meningkat
selepas kempen seumpama ini dilaksanakan?

27
SOALAN DALAM TEKS

1. Jelaskan maksud komunikasi adalah


proses pertukaran makna.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan
jurang komunikasi?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.4 MODEL ASAS KOMUNIKASI

Berdasarkan takrifan komunikasi yang dibincang tadi,


kita dapat mengenal pasti beberapa komponen
komunikasi iaitu pengirim-penerima, mesej, saluran,
dan maklum balas. Hubungan keempat-empat
komponen asas dalam proses komunikasi ini adalah
penting bagi memastikan kelangsungan komunikasi
sesuai dengan sifat komunikasi sebagai satu proses
yang dinamik. Rajah 2.1 menunjukkan model asas
komunikasi.

Rajah 2.1
Model Asas Komunikasi

Persekitaran
Gangguan

Sumber Mesej Saluran Penerima

Maklum Balas

Proses komunikasi bermula apabila sumber (pengirim)


menghantar mesej kepada penerima (khalayak) dengan

28
menggunakan saluran (medium) tertentu. Proses
penyampaian maklumat ini dikenali sebagai
komunikasi sehala. Manakala unsur maklum balas
menunjukkan bahawa wujud interaksi antara pengirim
dengan penerima. Ini dikenali sebagai komunikasi dua
hala, iaitu berlakunya perkongsian makna di antara
pengirim penerima. Selain itu, terdapat unsur
gangguan (noise) dan persekitaran. Gangguan merujuk
kepada sesuatu perkara yang menghalang serta
mengganggu proses penerimaan dan pentafsiran mesej
seperti bunyi bising, sakit, gagap semasa bercakap dan
sebagainya. Manakala persekitaran komunikasi
merupakan situasi di mana berlakunya komunikasi.
Contohnya, komunikasi yang berlaku di kompleks
membeli belah, dalam bilik kuliah, mesyuarat dan
sebagainya. Faktor persekitaran memainkan peranan
penting dalam menentukan tujuan, gaya interaksi dan
keberkesanan komunikasi.

Setiap komponen seperti yang dinyatakan mempunyai


ciri-ciri tersendiri. Anda akan didedahkan dengan lebih
terperinci tentang komponen-komponen komunikasi
dalam bab seterusnya.

Cuba anda kenal pasti bentuk-bentuk


gangguan dan persekitaran yang
mempengaruhi keberkesanan proses
komunikasi?

SOALAN DALAM TEKS

3. Apakah yang dimaksudkan dengan


komunikasi sehala dan komunikasi
dua hala?
4. Nyatakan empat komponen utama
dalam proses komunikasi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

29
2.5 FUNGSI UMUM KOMUNIKASI

Kita mempunyai tujuan tertentu apabila memulakan


proses komunikasi. Seperti yang dinyatakan dalam
perbincangan takrifan komunikasi tadi, kita
mempunyai tujuan untuk menyebarkan maklumat,
berkongsi makna, memujuk dan sebagainya. Menurut
Laswell dan Wright (Baran & Davis, 2000), fungsi
komunikasi boleh dikelompokkan kepada empat
bahagian iaitu penyebaran informasi dan amaran,
jalinan hubungan antara masyarakat, transmisi budaya
dan hiburan. Komunikasi juga berfungsi sebagai
penentu agenda dan pembujukan (Gamble & Gamble,
1999). Selain itu, fungsi komunikasi juga meliputi
aspek pendidikan, ekonomi dan politik (Pilgrim, 2001).
Sememangnya terdapat pertindihan antara fungsi-
fungsi yang dinyatakan di atas.
2.5.1 Penyebaran Informasi dan Amaran

Maklumat adalah sesuatu yang penting dalam


kehidupan kita. Sebahagian tujuan utama kita
berkomunikasi adalah untuk menyebarkan maklumat
dan pengetahuan kepada orang lain. Oleh yang
demikian, komunikasi adalah proses memberitahu dan
diberitahu sesuatu informasi. Informasi mungkin untuk
memperingatkan kita tentang sesuatu perkara atau
memberi amaran tentang sesuatu kejadian yang
diramal akan berlaku. Contohnya kejadian gempa bumi
dan tragedi ombak besar tsunami yang berlaku di
Indonesia. Kita diberitahu tentang semua kejadian
tsunami dari semasa ke semasa. Dalam masa yang
sama masyarakat juga diberi ingatan dan amaran
tentang bencana gempa bumi yang diramal akan
berlaku pada bila-bila masa. Jadi dengan maklumat
yang disebarkan melalui media massa membolehkan
kita bertindak dan membuat keputusan dalam
kehidupan kita.

2.5.2 Transmisi Budaya Masyarakat

Komunikasi berfungsi sebagai medium penyebaran


budaya sesebuah masyarakat. Contohnya budaya
masyarakat Latin Amerika, Filipina, Indonesia dan

30
Taiwan dapat diketahui oleh masyarakat Malaysia
melalui program telenovela yang popular dewasa ini.
Di samping itu, media cetak juga banyak menerbitkan
tentang gaya hidup masyarakat tempatan dan luar
negara. Oleh yang demikian tidak hairanlah dikatakan
media massa mempunyai pengaruh yang besar
merentasi global dalam menyebarkan budaya
masyarakat. Jika direnung motto FINAS, Filem Kita
Wajah Kita cukup jelas menggambarkan bahawa apa
yang dipaparkan dalam sesebuah filem (media massa)
sebenarnya memaparkan kehidupan sesebuah
masyarakat sebenar. Justeru itu, media komunikasi
memainkan fungsi penting bukan sahaja memaparkan
budaya tetapi juga mendokumentasikan budaya
masyarakat untuk tatapan generasi akan datang.
Contohnya filem-filem arahan dan lakonan Tan Sri P.
Ramlee yang sehingga kini disiar semula dan dijadikan
bahan kajian tentang budaya masyarakat Melayu
semasa filem tersebut dirakam.

2.5.3 Hiburan

Komunikasi tidak semata-mata menitikberatkan maklumat sahaja.


Komunikasi juga adalah satu bentuk hiburan. Berinteraksi dengan
rakan-rakan dapat memberi ruang kepada kita berhibur dan mengelak
daripada berasa jemu serta keseorangan. Membaca surat khabar dan
majalah juga dapat memberi hiburan kepada kita. Dewasa ini banyak
program hiburan yang bermaklumat disediakan. Contohnya iklan di
televisyen bukan sahaja mengiklankan tentang produk tetapi juga
diselitkan unsur muzik, humor dan dalam masa yang sama diselitkan
maklumat pendidikan.
Percampuran unsur hiburan dan maklumat
kini menjadi trend program-program
hiburan seperti di RTM dan TV3. Sejauh
manakah anda bersetuju dengan konsep
infotainment ini?

2.5.4 Penentu Agenda

Dalam komunikasi massa, pihak akhbar dapat


menentukan sesuatu peristiwa atau berita yang hendak
disiarkan kepada masyarakat umum. Pemilihan berita,
penumpuan dan gaya laporan sesuatu berita dilakukan
adalah atas arahan pihak pengurusan media. Justeru

31
itu kita dapati bahawa pihak media sebenarnya cuba
menentukan agenda supaya mesej yang diterima oleh
masyarakat dapat membentuk sikap dan pengetahuan
seperti yang telah disasarkan oleh pihak media. Contoh
mudah ialah kenapa satu peristiwa yang sama
dilaporkan berbeza oleh pihak akhbar?

Cuba anda kaji tentang falsafah penyiaran


Radio dan Televisyen Malaysia (RTM)
berbanding dengan agenda organisasi
penyiaran lain. Adakah agenda penyiaran
kedua-dua organisasi ini sama?

2.5.5 Pembujukan

Apakah yang dimaksudkan dengan pembujukan


(persuasive)? Dalam takrifan komunikasi ada
ditekankan tentang aspek pembujukan dan perubahan
tingkah laku. Cuba anda ingat kembali takrifan
tersebut. Ya, pembujukan adalah proses untuk
mengubah sikap tingkah laku dan pendirian seseorang
berdasarkan tujuan maklumat yang disampaikan.
Contohnya seorang bapa secara berterusan menasihati
anaknya supaya tekun belajar di samping mengikuti
aktiviti kokurikulum yang sangat diminati oleh
anaknya. Nasihat, dorongan dan proses pembujukan
yang berlaku dapat mengubah sikap si anak untuk
sedar tentang kepentingan akademik dan
menyeimbangkan kegiatan luar sekolah. Begitu juga
dengan pihak media massa yang berusaha memujuk
masyarakat umum melalui maklumat yang disiarkan.
Dalam media massa, mesej yang disebarkan
diandaikan diterima dan dapat mempengaruhi
masyarakat. Persoalannya, adakah secara realitinya
masyarakat terpengaruh dengan semua mesej yang
disebarkan oleh media massa?

Cuba anda bandingkan antara media massa


dan media kemanusiaan, yang manakah
tahap pembujukannya tinggi? Kenapa?

2.5.6 Mendidik

32
Di samping menyebarkan maklumat, komunikasi juga
berfungsi mendidik masyarakat secara formal atau
tidak formal. Lazimnya tugas pengirim adalah untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan penerima. Mendidik
berbeza dengan memberitahu. Mendidik adalah satu
proses komunikasi yang terancang dan mempunyai
objektif tertentu. Contohnya, tugas pensyarah bukan
sekadar memberitahu maklumat baru tetapi lebih lebih
dari itu pensyarah menyampaikan maklumat agar
pelajar dapat memahami proses, sebab akibat tentang
sesuatu perkara berdasarkan objektif yang telah
dirancang terlebih dahulu. Justeru itu, proses
komunikasi dalam konteks mendidik tidak berhenti
selepas tamat penyampaian maklumat oleh pengirim
tetapi ada perbincangan berterusan. Media massa juga
dapat memenuhi tanggungjawab sosial dengan
mendidik masyarakat secara tidak formal dengan
menerbitkan program atau artikel yang menyumbang
kepada pembangunan minda masyarakat.

Berdasarkan perbincangan di atas, jelas bahawa


komunikasi mempunyai fungsi yang luas dalam
kehidupan kita. Justeru itu, komunikasi adalah ilmu
sosial yang perlu dipelajari oleh setiap manusia.
Kemahiran komunikasi juga perlu dipertingkatkan dari
semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan
teknologi.

Cuba anda kenal pasti fungsi komunikasi


selain daripada yang dinyatakan.

SOALAN DALAM TEKS

5. Apakah yang dimaksudkan dengan


komunikasi adalah dinamik?
6. Jelaskan EMPAT (4) fungsi

33
komunikasi secara ringkas.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Lawati laman web


www.allthetests.com
www.queendom.com
/test yang
menyediakan
pelbagai latihan dan
ujian kemahiran
termasuklah ujian
personaliti,
kemahiran sosial,
kemahiran
komunikasi,
pengetahuan,
hubungan dan
emotional
intelligence. Melalui
ujuan ini, anda
dapat melihat
kekurangan dan
kekuatan anda
dalam setiap aspek
yang diuji.

2.6 RUMUSAN

Dalam bab ini kita telah membincangkan tiga perkara


utama iaitu menghuraikan takrifan komunikasi dari
pelbagai aspek; menjelaskan secara ringkas komponen-
komponen komunikasi; dan kita telah mengenal pasti
beberapa fungsi komunikasi. Kefahaman tentang asas
komunikasi ini adalah penting bagi memudahkan kita
meneroka pelbagai bidang komunikasi dengan lebih
mendalam lagi. Pada masa yang sama kita juga perlu
mempertingkatkan kemahiran menyesuaikan diri
dalam persekitaran yang dinamik. Ini jelas apabila kita
menghubungkaitkan aspek penekanan takrifan
komunikasi dengan fungsi komunikasi, ianya
menunjukkan bahawa komunikasi adalah berkaitan

34
dengan diri dan persekitaran kehidupan kita. Kita tidak
dapat tidak perlu berkomunikasi untuk mencapai
tujuan masing-masing. Melalui komunikasi, berlaku
perkongsian maklumat dan perasaan antara manusia.
Justeru itu, manusia dapat membina diri, masyarakat,
negara dan tamadun yang gemilang melalui fungsi
komunikasi yang merentasi sempadan disiplin ilmu dan
kehidupan manusia.

Dalam bab seterusnya, anda akan didedahkan dengan beberapa model


komunikasi. Model dapat memberi anda gambaran tentang proses
komunikasi sama ada komunikasi berlaku secara sehala ataupun dua
hala. Dalam perbincangan model juga, anda akan dapat mengkaji
hubungan dan fungsi komponen-komponen komunikasi dalam
mewujudkan komunikasi yang efektif.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Beri takrifan komunikasi berdasarkan penekanan


berikut:

(i) Pembujukan dan perubahan


(ii) Perkongsian makna dan kesefahaman

2. Berdasarkan takrifan komunikasi, senaraikan


komponen utama yang perlu ada dalam proses
komunikasi.

3. Huraikan TIGA (3) fungsi komunikasi berikut:

(i) Transmisi budaya


(ii) Pembujukan
(iii) Penentu Agenda

Semak jawapan anda di akhir modul kursus


ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Komunikasi adalah suatu proses pertukaran


makna di antara sumber dan penerima. Individu

35
yang terlibat dalam konteks komunikasi
mempunyai maklumat tertentu untuk dikongsi
bersama dan melalui maklumat sedia ada mereka
berbincang dan membentuk suatu makna yang
difahami bersama.

2. Jurang komunikasi ialah suatu keadaan di mana


sumber dan penerima tidak mempunyai
persamaan pengetahuan, lapangan pengalaman
dan tujuan berkomunikasi yang berbeza antara
satu sama lain. Apabila keadaan ini berlaku maka
proses komunikasi untuk mencapai kefahaman
bersama dan pertukaran makna tidak tercapai.

3. Komunikasi sehala merujuk kepada proses


pengaliran maklumat daripada sumber kepada
penerima berlaku tanpa maklum balas. Proses
penyampaian maklumat hanya aktif pada sumber
manakala penerima bersifat pasif. Manakala
komunikasi dua hala pula adalah proses
pengaliran maklumat yang berlaku secara timbal
balik dan berlaku proses maklum balas. Interaksi
dalam konteks dua hala berlaku berterusan.

4. Empat komponen utama dalam proses


komunikasi ialah sumber (pengirim), saluran
(media), mesej (maklumat) dan penerima
(khalayak).

5. Komunikasi adalah suatu yang dinamik merujuk


kepada proses komunikasi yang tidak henti dan
sentiasa berlaku dalam apa jua keadaan
sekalipun sesuai dengan konteks serta maksud-
tujuan-niat individu.

6. Empat fungsi komunikasi [Rujuk bahagian 2.5


untuk huraian lanjut]:

(i) Penyebaran informasi dan amaran


(ii) Tranmisi budaya masyarakat
(iii) Penentuan agenda masyarakat
(iv) Pendidikan dan hiburan

36
37

Anda mungkin juga menyukai