Anda di halaman 1dari 5

Panduan untuk yang hendak makan bubur.

Sarapan : bubur ikan | ayam | sawi | kalian| karot


Makan pagi : epal | kurma | badam |kismis
Tengahari : bubur ikan | ayam | sawi | kalian | karot
Minum petang : epal | kurma | badam |kismis
Makan malam : bubur ikan | ayam | sawi | kalian |karot

Minuman : air suam | lemon suam | lemon madu suam

Masa masak bubur jangan kerap dikacau dan plan untuk makan
pagi ke tengahari sahaja. Malam masak lain. Amalkan untuk
seminggu dua atau sehingga perut rasa ok sikit. Lepas itu, boleh
teruskan dengan diet di bawah.
Cadangan pemakanan untuk pesakit gerd/gastrik

08:00 am :
1/ Roti 2 keping with jem (thin layer)
2/ Oat kosong
3/ Telur rebus

10:00 am :
1/ Epal hijau atau merah 1 biji
2/ Pear 1 biji

12:30 pm :
1/ Nasi + ayam stir fried / sup + sayur (kailan or sawi) dan air suam
2/ Nasi + ikan stir fried / sup + sayur (kailan or sawi) dan air suam

03:00 pm :
1/ Epal hijau atau merah 1 biji
2/ Pear 1 biji
( kadang kadang kunyah badam )

07:00 08:00 pm
1/ Nasi + ayam stir fried / steam / sup / bakar atas kuali + sayur (kailan goreng
/sawi sup) + air suam
2/ Nasi + ikan stim, rebus + sayur (kailan goreng /sawi sup) + air suam

Cara penyediaan:
1/ Steam ayam / ikan : ayam (dada), bawang putih, bawang merah, halia,
carrot, lemon
2/ Ayam bakar atas kuali leper - sedikit minyak zaitun
3/ Ayam stir fried - ayam dipotong kecil kecil, tumis bawang putih, bawang besar,
halia, campur carrot sedikit kicap atau sos tiram (setengah sudu)
4/ Sup ayam dipotong kecil, bawang merah, bawang putih, halia, carrot.

Sebelum tidur - epal atau pear

Menu ni straight untuk 3 bulan sebelum betul-betul baik. Mungkin ada inginkan
menu yang berlainan
Supplement:
1. Multivitamin life pack NU skin (3 bulan) ,
2. Probiotik kordel (sebulan),
3. Habbatus sauda brand baraqa dr mesir (1 bulan),
4. Madu manuka - 1 bulan (makan sekali dengan habatussauda)
5. Vitamin c (pharmasi suggest sebab saya mengadu sentiasa berasa panas badan
mungkin dari pengambilan ubat doktor sebelum itu.)

TIPS TAMBAHAN:
Paling penting, i dealt with the root of my anxiety (bukan dengan ubat) once and
for all - penyebab jantung laju, memikirkan soal mati dan resah gelisah yang tidak
diketahui dari mana puncanya. And no complaints what so ever ya through the
process.

Sepanjang 3 bulan saya memang langsung tak mengambil apa apa ubat doktor.
sebelum tu saya berpantang juga tapi tak seketat nih. Ubat doktor ada saya
makan tapi sekejap sahaja selepas saya rasa tak ada perubahan langsung.

Kita memang susah nak tolak tottaly angin yang ada dalam food intake tapi
sekurang kurangnya cuba minimize kan. Selain dari tu pergi urut. Ini sahaja cara
yang cepat untuk buang angin.
Tukar amalan seharian.
1. Tidur awal (11 pm)
2. Tinggikan bantal semasa tidur ( untuk elak asid reflux).
3. Tidur almost macam duduk tapi dengan bantal yang banyak.
4. Jangan tidur sekurang kurangnya 2 jam selepas mengambil makanan berat.
5. Bagi yang islam, rajin rajinlah bangun bertahajud, berzikir, membaca Al Quran
serta doa.

Dan saya totally cured. No more anxiety or masalah perut. Alhamdulillah.

Saya tak nampak di mana kurang nya zat yg anda makan di sini.

Bezanya cuma tidak mengambil makanan yang kaya lemak seperti deep fried atau
bersantan. Setakat hendak merasa makanan pedas cubalah bersabar dulu. Bila
dah sembuh makan lah apa yang anda suka tapi dengan kadar yg minimum.
Jangan seksa perut anda lagi. Pantang makan bukan bermaksud anda tak makan
langsung. Anda masih mengambil kabohidrat, protein, serat dan sebagainya. Sila
betulkan persepsi itu.

Perubahan dapat saya rasa selepas 2 minggu saya amalkan cara pemakanan ni.
Sila jangan tanya jenis jenis makanan lain seperti buah buahan lain, biskut, kuih ,
kek, ais krim, susu, kordial, jeruk dan sebagainya sebab saya memang langsung
tak sentuh. Saya hanya makan makanan yg saya nyatakan di atas sepanjang 3
bulan tu.

Punca masalah saya? Kerisauan melampau yang mengakibatkan anxiety


seterusnya menganggu kesihatan fizikal saya. Saya dah melalui kebanyakan
simptom yang ada semua rasai di sini dan saya faham bagaimana seksanya.

Untuk sembuh, anda memerlukan kombinasi pelbagai perkara. Bukan dari segi
pemakanan sahaja. Tepuk dada tanya perut anda. Sekian.
Cuba ni kalau ada:
Mcm ada benda sangkut kat tekak, panas perut/dlm badan/ sakit tekak -
vitamin c soluble
Kembung - lemon suam, acv, minyak yuyi, hot water bag
Kebas kaki tangan - urut kat tangan n kaki bagi darah lancar
Pening- urut kepala kuat sikit, berjalan kaki ayam atas rumput tapi kalau
cacing masuk x jamin. Hhehehe
Sembelit - makan sayur over dose, bangun tido minum air kosong sebelum
gosok gigi
Pedih perut - telan madu manuka sesudu kecit. Jgn campur air. Ikut cara
akak ajar tu
Pitam - jangan makan lambat. Kalau nak ubah posisi dr duduk ke berdiri
buat dgn perlahan.
Sengkak kat ulu hati atau sesak napas - ulu hati urut kuat sikit tolak ke atas
byk kali n urut belikat juga.
Dada pedih terbakar - minum acv/ lemon

Anda mungkin juga menyukai