Anda di halaman 1dari 6

Pengurusan stres

1. Apa itu Stres?

Stres atau tekanan adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental seseorang
terhadap sebarang perubahan atau tuntutan

2. Adakah stres sesuatu yang bahaya?

Tidak

Graf Stres Hans Selve

Bila stress rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya


motivasi dan tumpuan kepada kerja.
Bila stress berada di peringkat tinggi , seseorang itu akan mengalami
tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stres
Stres diperingkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan
meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu.

3. Adakah anda mengalami stres?

Untuk mengetahuinya, anda boleh mencuba ujian yang dikenali sebagai


Ujian Stres.

Jumlah Maklumat Nasihat


markah
Kurang Anda mempunyai Syabas! Namun anda boleh
dari 10 ketahanan diri mempelajari fakta-fakta dan
terhadap stres teknik pengurusan stres yang
baik.
apa yang perlu saya lakukan untuk
mengurangkan stres
10 - 20 Anda menunjukkan Anda boleh memanafaatkan
tindakbalas yang dengan mempratikkan teknik-
normal terhadap stres teknik pengurusan stres.
apa yang perlu saya lakukan untuk
mengurangkan mendapat stres
30 to 50 Anda mudah Anda perlu mengambil langkah-
mengalami stres langkah yang berkesan dengan
mempratikan teknik-teknik
pengurusan stres.
apa yang perlu saya lakukan untuk
mengurangkan mendapat stres
Lebih Anda mengalami stres Anda perlu melakukan perubahan
dari 50 yang tinggi dalam amalan cara hidup anda.
Sila mempratikan teknik-teknik
pengurusan stres.
apa yang perlu saya lakukan untuk
mengurangkan mendapat stres

Tanda & Gejala

4. Bagaimana saya tahu, saya mengalami stres?

Fizikal

Gementar
Berpeluh
Rasa Seram sejuk
Tangan dan kaki rasa sejuk
Sakit kepala atau rasa mual/nak muntah
Bernafas laju
Kering mulut
Kerap buang air kecil
Kerap buang air besar
Cirit Birit
Kurang selera makan
Mudah dapat serangan penyakit:
o Asma
o Sakit belakang badan
o Masalah penghadaman
o Sakit kepala
o Gatal-gatal
Masalah hubungan kelamin contoh kurang minat melakukan hubungan
seksual
Sakit-sakit badan
Cepat letih

Psikologikal

Kebimbangan
Keliru dan kurang daya tumpuan
Sukar kawalan diri
Perubahan emosi:
o Tekanan perasaan
o Kekecewaan
o Mewujudkan permusuhan
o Rasa tak berdaya
o Kurang sabar dan cepat marah
o Lemah Semangat
Susah nak tidur
Mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah
dan arak

Gangguan Fikiran

Sukar membuat keputusan


Kurang minat terhadap aktiviti harian
Tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar
Pemikiran positif terganggu disebabkan
Sering berfikiran negatif

Kurang memberi perhatian

Hilang keyakinan diri


Hilang tumpuan
Penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung,
takut, kecewa dan cepat marah

Tingkahlaku

Bercakap dengan cepat dan kuat


Menguap
suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih
Perasaan yang negatif:
o Mudah tersinggung
o Terlalu bergantung kepada orang lain
o Suka memberi komen dan kritik orang lain
o Boleh bertindak ganas
o Bertindak secara tidak logik
o Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi
Kurang Kecekapan diri:
o Mudah lupa
o Selalu membuat kesilapan
o Sering terlibat kemalangan
Kurang produktiviti kerja
Menindakkan keupayaan diri sendiri

5. Punca stres

a. Stres Ancaman (survival) :

Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam samada dari segi
emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang
sedang dihadapi.

b. Stres dalam diri sendiri:

Di mana anda adalah seorang yang mempunyai personaliti Jenis A iaitu


bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua
kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. .
Apabila anda terlalu mengharapkan kesempurnaan yang sukar dicapai. Lima
harapan kesempurnaan yang tidak realistik oleh seseorang itu adalah:

o Anda mengharapakan orang lain mengkagumi dan menyayangi


anda
o Anda menggagap diri anda kompeten setiap masa
o Anda mempercayai orang lain yang menyebabkan segala
kegagalan anda
o Anda mengharapkan setiap kerja yang di hasilkan adalah
sempurna yang dikehendaki oleh anda dan orang lain perlu
mengikut kata-kata anda
o Anda mempercayai pengalaman buruk yang lepas akan
mempengaruhi masa depan anda
c. Stres persekitaran tempat kerja anda

o Stres disebabkan persekitaran


Ruang tempat kerja yang sempit
Ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai
Bising
Kawasan yang kotor dan tidak selesa
Pencemaran
Pengurusan persekitaran yang tidak cekap

o Stres disebabkan bahan kimia dan pemakanan


"Caffeine" boleh menyebabkan hormon stres dalam badan
anda meningkat, sukar hendak tidur dan menyebabkan
anda tidak selesa
Peningkatan kandungan gula dalam darah dari
pengambilan makanan yang manis dan choklat boleh
memberi tenaga berlebihan kepada diri anda dalam masa
yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda
menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi
kadungan gula itu . Ia boleh memberi kesan ke atas
penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan kadar
gula yang tinggi
Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan
peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan anda
mengalami stres disebabkan berlebihan bahan kimia.
Stres disebabkan Cara Hidup dan Pekerjaan

Faktor yang menyumbang kepada stres jenis ini ialah:

o Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang


o Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan
pengalaman anda
o Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya
diselesaikan oleh anda
o Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu
disiapkan
o Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
o Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja
o Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang
bersesuaian
o Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai
o Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
o Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan,
sumber kewangan dan peralatan
o Tekanan perkembangan kerjaya seperti:
Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap
pekerjaan sekarang
Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri
Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa
akan datang
Tiada peluang kenaikan pangkat
Tiada jaminan pekerjaan
o Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti
Tekanan dari pihak atasan
Campurtangan terhadap bidang tugas
Tuntutan berlebihan daripada pelanggan
Gangguan terhadap perancangan kerja
Ganguan telefon
o Tekanan atas diri sendiri dan keluarga seperti:
Masalah kewangan
Masalah hubungan dengan keluarga
Penyakit yang dialami
Perubahan hidup seperti kelahiran, kematian, perkhawinan
dan penceraian

Komplikasi

6. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak ambil berat


masalah stres yang dihadapi?

Dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan yang teruk kepada
diri anda. Anda perlu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini,
sekiranya tidak, ia akan memberi kesan kepada diri anda seperti berikut:

Mudah keletihan dan cepat penat


Kekecewaan
Hilang semangat ( "burn out" )

Pencegahan

Apa perlu saya lakukan untuk mengurangkan stres?

Anda perlu menerima kenyataan yang anda sedang mengalami stres


Anda perlu kenalpasti punca yang menyebabkan anda stres
Pelajarilah teknik dan kaedah pengurusan stres.
Sekiranya tiada perubahan dalam masalah stres yang anda hadapi
selepas tiga minggu anda amalkan teknik dan pengurusan stres yang
disarankan ini, berjumpalah dengan pakar dan dapatkan bantuan
mereka

Anda mungkin juga menyukai