Anda di halaman 1dari 1

1) Kepentingan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 : 65)
kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:
- BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep
- Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar
- Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
- Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di
kalangan pelajar
- Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.
- Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.
- Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam
dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242) merumuskan kepentingan BBM seperti


berikut:
- Memberi rangsangan dan minat murid-murid.
- Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran
dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.
- Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran
mereka lebih kekal.
- Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-
cara lain
- Menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.
- Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan
perbendaharaan kata.
- Ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat
menambahkan lagi bacaan murid-murid.

Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat:


- Menjimatkan masa
- Dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid
- Menyeronokkan murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai