Anda di halaman 1dari 22

HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBML3203

TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI : 660613025256002

NO. KAD PENGENALAN : 660613-02-5256

NO. TELEFON : 0134892464

E-MEL : suriawal@gmail.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN : IPG TUANKU BAINUN, BUKIT MERTAJAM

1
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

Prakata

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat
saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta
cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan
kesabaran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu
Tuan Haji Daud bin Md. Saman atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga
beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya
menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan.

Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada rakan-rakan di Fakulti
Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya
sepanjang semester ini.

Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya
dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya
segala kesabaran dan penat lelah pastinya ada hikmah di sebaliknya.
Terima kasih.

2
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

Isikandungan

Perkara Muka Surat

Prakata
Abstrak 4
Pengenalan 4
Fungsi-fungsi Penanda Wacana 8
Pengunaan Penanda Wacana Dalam Perenggan 13
Cadangan Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Penanda Wacana 15
Rumusan 19
Rujukan

3
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

FUNGSI-FUNGSI PENANDA WACANA DALAM BAHASA


MELAYU DAPAT MEWUJUDKAN KESEIMBANGAN
ANTARA AYAT DENGAN FRASA

Abstrak

Penulisan merupakan bahasa yang tersusun dan terdiri daripada rangkaikata


atau frasa serta ayat. Hasil penulisan merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan
perasaan. Dalam susunan kemahiran bahasa, kemahiran menulis merupakan kemahiran
yang tertinggi yang perlu dicapai oleh pelajar. Menulis dimulakan dengan penguasaan
peringkat asas dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang
dapat difahami apabila dibaca. Para pelajar perlu mendapat pendedahan tentang teknik
menulis yang baik semasa di bangku sekolah. Hal ini kerana, kegagalan dalam
kemahiran menulis mengakibatkan pelajar sukar hendak menyatakan mesej dalam
tulisan. Bagi membolehkan hasil penulisan mudah difahami, menarik dan lebih berkesan
sebagai penyalur idea-idea kepada pembaca, seseorang penulis perlu mempunyai
kepandaian menggunakan penanda wacana untuk menyambung pemikiran lojik secara
berkesan.

Pengenalan

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut tentang penanda wacana, eloklah


diketahui apakah wacana. Menurut Normah Abdullah (1997) wacana atau “discourse”
pada umumnya merupakan konsep yang meliputi semua aspek komunikasi yang
melibatkan bukan sahaja mesej atau teks tetapi juga pengucapan, penerimaan serta situasi
konteks. Wacana bukan sekadar merujuk kepada komunikasi bertulis antara penulis
dengan pembaca, tetapi turut meliputi komunikasi lisan antara penutur dengan pendengar

4
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

serta konteksnya. Asmah(1987) mendefinisikan wacana sebagai sejumlah ayat yang


secara kesatuan menyampaikan informasi tentang sesuatu perkara.
Menurut Nik Safiah Karim et al.(2011)pula, suatu wacana yang utuh mempunyai
dua ciri utama, iaitu kohesi(atau tautan) dan koheren(atau runtutan). Soenjono
Darjowidjojo (1988) dalam Normah Abdullah (1997),menerangkan bahawa kohesi adalah
keserasian hubungan antara unsur yang satu dengan unsur yang lain dalam wacana
sehingga terciptalah pengertian koheren. Menurut Normah Abdullah (1997) lagi, kohesi
merujuk kepada perpautan dan di dalamnya terkandung unsur-unsur kepaduan dan
keutuhan. Sesuatu wacana dikatakan benar-benar kohesif apabila terdapat keserasian
bentuk bahasa terhadap ko-teks(situasi dalam bahasa).
Menurut Normah lagi, koheren adalah pengaturan secara rapi kenyataan, gagasan,
fakta dan idea menjadi suatu untaian yang logik sehingga mudah memahami idea yang
dikandungnya. Koheren mengandungi unsur-unsur pertalian dan hubungan dari segi
makna wacana. Koheran lebih menekankan aspek ujaran yang menggambarkan
bagaimana wacana digunakan untuk menjelaskan makna. Bagi mewujudkan kepautan
dan kerapian dalam wacana, Halliday dan Rugaiya Hasan (1976) menyarankan lima
aspek dalam penulisan wacana, iaitu:
(i) pronomina (kata ganti)
(ii) substitusi (penggantian)
(iii) ellipsis
(iv) konjungsi
(v) leksikal
Selain itu terdapat juga ciri-ciri lain yang membantu menghasilkan wacana yang
utuh antaranya, tujuan wacana, penerimaan pendengar atau pembaca, maklumat yang
terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana, dan peranan wacana-wacana lain yang
membantu pendengar atau pembaca memahami wacana. Setiap ciri ini penting, dan
kegagalan sesuatu wacana itu untuk mematuhi satu daripada ciri-ciri ini akan
menyebabkan wacana tersebut tidak lagi dikatakan sebagai sebuah wacana tetapi
hanyalah sebagai deretan kata atau huruf. Wacana digunakan juga untuk pengertian pada
isi misalnya wacana politik, wacana media, atau wacana undang-undang (Mohd. Sidin
Ahmad Ishak 1992).

5
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

Dalam sesebuah hasil penulisan, penggunaan penanda wacana atau dikenali


sebagai perangkai ayat dapat memastikan wujud kesinambungan dan pertautan antara
satu idea dengan idea yang lain. Kewujudannya dalam sesuatu wacana secara berkesan
akan memantapkan hasil penulisan tersebut selain dapat membuat perkaitan antara ayat
dengan ayat, mahupun antara perenggan dengan perenggan. Harimurthi Kridalaksana
(1982) dalam Adenan Ayob (2011) menyatakan bahawa, seandainya sesuatu wacana tidak
mempunyai penanda wacana yang tepat, kesannya seluruh kandungan wacana berkenaan
tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
Penanda wacana menurut Awang Sariyan(1991) ialah kata atau frasa perangkai
ayat. Roselan Baki (1994) mendefinisikan penanda wacana sebagai kata hubung yang
digunakan untuk menghubungkan dua ayat. Penggunaan penanda wacana dapat
membentuk perkaitan atau pertalian antara ayat atau perenggan. Nik Safiah Karim et al.
(1984) mendefinisikan penanda wacana sebagai perkataan yang berfungsi
menghubungkan dua atau lebih daripada dua ayat sehingga menjadi satu bentuk ayat
berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk.
Menurut Awang Sariyan (1991) lagi, penggunaan penanda wacana yang berupa
kata atau frasa perangkai membolehkan ayat dalam perenggan disusun dengan baik
sehingga urutan maklumat atau gagasan yang dikemukakan menjadi lancar dan tidak
melompat-lompat. Sebaliknya jika penulis tidak menggunakan penanda wacana, maka
huraian dan penerangan yang hendak disampaikan menjadi terputus-putus.
Menurut Ahmad Khair (2007), pengabaian penggunaan penanda wacana dalam
keadaan tertentu boleh menghasilkan penulisan karangan yang tersekat-sekat dan kurang
difahami. Menurutnya lagi, penulisan penanda wacana harus diikuti dengan tanda koma
(,). Berikut adalah contoh penulisan penanda wacana dalam ayat.
(i) Badannya terasa lesu. Tambahan pula, sudah beberapa hari dia kurang
selera makan.
(ii) Sebenarnya belum ada kajian rasmi dilakukan untuk mengetahui senario
ini. Oleh sebab itu, kita tidak mengetahui mengapa hal itu terjadi. Walau
bagaimanapun, hasil pemerhatian penulis mendapati orang Kimaragang
tidak mengajar bahasa ibunda kepada anak-anak mereka.

6
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

Tambahan pula, oleh sebab itu dan walau bagaimanapun merupakan penanda
wacana dan penulisannya diikuti dengan tanda koma. Selain itu, penanda wacana yang
tersebut juga berfungsi sebagai tambahan dan tokokan daripada apa-apa yang
diperkatakan dalam ayat sebelumnya.
Penanda wacana dapat juga digunakan untuk menghubungkan idea antara
perenggan. Dua perenggan yang berbeza makna dapat dihubungkan dengan
menggunakan penanda wacana agar menampakkan kesinambungan. Contohnya,
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengumumkan pengundurannya
sebagai Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas tamat
tempoh pelantikkannya sebagai senator pada 8 April ini, berkata keputusan itu
diambil kerana menghormati kerajaan dan kepimpinannya. Shahrizat telah
dilantik sebagai sebagai Ahli Dewan Negara mulai 9 April 2009 selepas tewas
kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum 2008.
Walau bagaimanapun, beliau memutuskan kekal sebagai Ketua Wanita
UMNO dan Ketua Wanita Barisan Nasional bagi melaksanakan tugas dan
amanah yang diberikan ahli di peringkat akar umbi.
( Berita Harian 12 Mac 2012:1)
Penggunaan walau bagaimanapun pada ayat pertama perenggan kedua dalam
contoh di atas menjadi penghubung idea dalam perenggan sebelumnya. Fungsinya
adalah sebagai penghubung dan menerangkan apa-apa yang dikatakan oleh perenggan
yang sebelumnya.
Daripada pendapat-pendapat tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa penanda
wacana ialah kata penghubung antara ayat-ayat. Fungsi penanda wacana ini adalah untuk
menghubungkan dan dalam masa yang sama menerangkan apa-apa yang telah dikata oleh
ayat sebelumnya dan apa-apa yang sedang dikata oleh ayat yang mengikutinya. Penanda
wacana juga digunakan untuk menghubungkan idea atau perenggan. Dua perenggan yang
berbeza dapat dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana agar membentuk
suatu wacana yang berkesinambungan dan utuh. Jika penanda wacana tidak digunakan,
hubungan idea atau urutannya tidak begitu jelas.

7
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

Fungsi-fungsi Penanda Wacana

Awang Sariyan (1991) membahagikan penanda wacana dalam bahasa


Melayu kepada dua jenis mengikut fungsinya, iaitu:
(i) yang melanjutkan maklumat atau gagasan
(ii) yang menunjukkan pertentangan maklumat atau gagasan.
Bagi contoh jenis yang pertama iaitu melanjutkan maklumat atau gagasan ialah di
samping itu, selain itu, sementara itu, dengan hal demikian, dengan kata lain, oleh itu,
selanjutnya, tambahan pula dan demikian juga. Manakala jenis menunjukkan
pertentangan maklumat ialah sebaliknya, walaupun, tetapi, walau bagaimanapun, sama
ada walaupun demikian dan sebenarnya.
Adenan Ayob (2011) mengelaskan penanda wacana kepada tiga jenis, iaitu:
(i) Menunjukkan pertautan dari segi kronologi.
(ii) Memperjitu organisasi penulisan.
(iii) Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea.
Bagi jenis yang pertama iaitu menunjukkan pertautan dari segi kronologi, Adenan
menerangkan seperti berikut, memberi pengertian kepada persoalan berkaitan waktu dan
tidak ada tanda koma (,) selepas penanda wacana jenis ini. Contoh penanda wacana jenis
ini ialah lepas itu, lantas, semenjak itu, kini, mula-mula, kemudian, sebelum, pada zaman
dahulu, pada hari esoknya dan sebagainya.
Penanda wacana yang memperjitukan organisasi penulisan ialah sebagai
kesimpulan, untuk merumuskan, contohnya, tegasnya, dapat dinyatakan bahawa pertama,
akhir sekali,dengan kata lain, dalam hal lain, dalam hubungan ini,untuk menjelaskan lagi
dan sebagainya. Penanda wacana tersebut berfungsi untuk menghubungkan bahagian
wacana dengan bahagian wacana yang lain. Selain itu, penanda wacana jenis ini dapat
memberitahu pembaca apa-apa yang dibuat atau didedahkan kepada bahagian tertentu.
Bagi penanda wacana jenis yang terakhir menurut Adenan ialah yang
menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea yang lain. Leman Ahmad
(1984) dalam Adenan Ayob (2011) telah membahagikan penanda wacana jenis ini kepada
tiga bahagian, iaitu:

8
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

(i) Menambah atau memperluas idea, contohnya; dan, selanjutnya, di


samping itu, selain itu, lebih-lebih lagi, tambahan pula, begitu juga,
seterusnya, satu lagi dan sebagainya.
(ii) Menunjukkan pertentangan idea, contohnya; tetapi, sebaliknya, pada masa
yang sama, walaupun, walau bagaimanapun, walaupun demikian, sama
ada, sebenarnya dan sebagainya.
(iii) Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat dan tujuan-syarat, contohnya;
jadi, oleh sebab itu, disebabkan, oleh yang demikian, untuk tujuan itu,
maka, berikutan itu, dengan demikian, kecuali,dengan syarat dan
sebagainya.
Nik Safiah et al.(2011) membahagikan penanda wacana kepada lima jenis, iaitu:
(i) Penanda penghubung
(ii) Penanda rujukan
(iii) Penanda penggantian
(iv) Penanda leksikal
(v) Penanda ellipsis atau pengguguran
Dalam tugasan ini akan menghuraikan fungsi-fungsi penanda penghubung dengan
lebih lanjut kerana terdapat persamaan yang ketara antara apa yang diberikan oleh Nik
Safiah et al. (2011) dengan ahli bahasa dan pengkaji bahasa yang lain. Menurut Nik
Safiah, penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu
maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda penghubung dapat
dibahagikan kepada empat mengikut fungsinya, iaitu:
(i) Penghubung tambahan.
(ii) Penghubung tentangan.
(iii) Penghubung musabab.
(iv) Penghubung tempoh.
John Chapman (1983) dalam Abdul Aziz Abdul Talib (1989) membahagikan alat
penghubung kata kepada empat jenis, iaitu:
(i) Menunjukkan maksud tambahan “additive”
(ii) Menunjukkan maksud sebaliknya “adversative”
(iii) Menunjukkan maksud sebab “causal”

9
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

(iv) Menunjukkan maksud ketika “temporal”


Adenan Ayob (2011) juga membahagikan penanda wacana kepada empat
mengikut fungsinya. Keempat-empat fungsi penanda wacana tersebut adalah:
(i) Menunjukkan maksud tambahan.
(ii) Menunjukkan maksud sebaliknya.
(iii) Menunjukkan sebab.
(iv) Menunjukkan maksud ketika.
Jika dibuat perbandingan antara pendapat Nik Safiah, John Chapman dan Adenan
Ayob, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa wujud persamaan fungsi antara ketiga-tiga
pendapat tersebut. Contoh-contoh penanda wacana mengikut fungsinya adalah seperti
berikut:
(i) Menunjukkan maksud tambahan.
 ini bererti
 sejajar dengan itu
 pendek kata
 justeru
 sebagai tambahan
 tambahan lagi
 selain itu
 yakni
 maksud saya
 dengan kata-kata lain
 hal ini bererti
 sehubungan dengan
 sepertimana yang
 terutamanya
 dan
 atau
 ataupun
(ii) Menunjukkan maksud sebaliknya.

10
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

 sungguhpun
 tetapi
 walaupun
 walau bagaimanapun
 namun demikian
 walau demikian
 sekiranya tidak
 sebaliknya
 dalam masa yang sama
 berbanding dengan
 berbeza dengan
 melainkan
 jika dibandingkan dengan
 sekiranya tidak
 sekalipun
(iii) Menunjukkan sebab.
 jadi
 oleh itu
 kerana itu
 oleh sebab itu
 oleh hal yang demikian
 akhirnya
 akibatnya
 sebagai akibat
 berakibat daripada
 kesudahannya
 hasil daripada
 inilah sebabnya
 berdasarkan

11
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

 berasaskan
 bagi tujuan ini
 kerana
 oleh sebab
 sekiranya begitu
 dalam keadaan ini
 kesimpulannya
 keputusannya
 rumusan dari
(iv) Menunjukkan maksud ketika.
 selepas itu
 berikutan itu
 pada ketika itu
 pada masa sekarang
 kini
 pada masa yang sama
 seterusnya
 sejurus selepas itu
 akhirnya
 pada mulanya
 pertamanya
 pada zaman
 sementara
 dengan serta-merta
 sejenak selepas itu
 lama-kelamaan
 buat kali terakhir
 pada kali pertama
 sementara itu

12
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

 pada saat ini


 kemudiannya
 sebagai permulaan
 sebagai pendahuluan
 merujuk kepada
 berbalik kepada
 sejenak kemudian

Penggunaan Penanda Wacana Dalam Perenggan

Beberapa contoh penggunaan penanda wacana dalam perenggan akan diberikan


bagi memperlihatkan dan menjelaskan lagi fungsinya dalam keseimbangan antara ayat
dengan frasa.
Bagi pelajar pula tekanan biasanya berlaku ketika musim peperiksaan.
Sehubungan dengan itu, bagi mengurangkan atau mengatasi masalah tekanan,
seseorang itu perlu mendapatkan rehat yang secukupnya, mengatur masa tidur
dan bangun, serta rajin melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu. Senaman boleh membuatkan pelajar berpeluh dan hal ini mampu
mengurangkan tekanan. Selain itu, minumlah banyak air mineral atau air kosong
kerana badan yang tidak cukup air akan mudah mengalami tekanan. Namun
demikian, yang lebih penting adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang
dan mendapat khasiat yang mencukupi.
(Pelita Bahasa Julai 2006:26)
Berdasarkan petikan ini, frasa sehubungan dengan itu, selain itu dan namun
begitu digunakan untuk menambah maklumat dalam ayat yang sebelumnya. Frasa
sehubungan dengan itu dapat menunjukkan maksud tambahan kepada maksud
perenggan yang terdapat sebelumnya. Frasa selain itu juga menunjukkan maksud
tambahan bagi ayat sebelumnya. Frasa namun demikian pula menunjukkan maksud
sebaliknya. Ayat sebelum dan ayat selepas frasa tersebut membawa maksud bertentangan.

13
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

Apabila membaca perenggan tersebut, idea yang ingin disampaikan jelas. Setiap ayat ada
penghubungkaitan dan mempermudah pemikiran yang seterusnya membentuk
pemahaman pembaca.
Dalam contoh perenggan yang sama, penanda wacana yang sepatutnya digunakan
ditinggalkan untuk menunjukkan perbezaan.
Bagi pelajar pula, tekanan biasanya berlaku ketika musim peperiksaan
Bagi mengurangkan atau mengatasi masalah tekanan, seseorang itu perlu
mendapatkan rehat yang secukupnya, mengatur masa tidur dan bangun, serta
rajin melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman
boleh membuatkan pelajar berpeluh dan hal ini mampu mengurangkan tekanan.
Minumlah banyak air mineral atau air kosong kerana badan yang tidak cukup air
akan mudah mengalami tekanan. Yang lebih penting adalah dengan
mengamalkan pemakanan seimbang dan mendapat khasiat yang mencukupi.
Dengan membaca perenggan di atas, idea yang ingin disampaikan tidak begitu
jelas. Setiap ayat seolah-olah menyatakan perkara yang berbeza. Hal ini kerana, wacana
setiap ayat adalah terpisah-pisah. Ayat-ayat tersebut tidak dihubungkaitkan dalam aliran
yang mempermudahkan pemahaman.
Berikut adalah satu lagi contoh penggunaan penanda wacana dalam perenggan
bagi memperjelaskan lagi fungsinya dan pertautan serta keseimbangan antara ayat-ayat
yang mendokongi wacananya.
Dalam serangan hebat itu, tangan kanannya telah dicantas. Namun
begitu, Mus’ab sempat memegang panji itu dengan tangan kirinya pula. Namun,
serangan masih berterusan sehingga mereka berjaya menetak tangan kirinya
sehingga putus. Namun, dengan sisa-sisa tenaga yang ada padanya, beliau
mengepit panji-panji itu di antara dada dan lehernya. Akhirnya, beliau syahid
dibunuh oleh Ibn Qami’ah.
(Solusi Isu 38 hlm 89)
Berdasarkan petikan ini, frasa namun begitu, namun dan akhirnya digunakan
untuk menambah maklumat dalam ayat yang sebelumnya. Frasa namun begitu dan
namun menunjukkan maksud sebaliknya. Frasa akhirnya membawa maksud ketika.

14
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

Apabila membaca perenggan tersebut, idea yang ingin disampaikan jelas kerana setiap
ayat ada penghubungkaitan dan alirannya mempermudah pemahaman pembaca.
Perhatikan pula petikan yang sama apabila meninggalkan penggunaan penanda
wacana.
Dalam serangan hebat itu, tangan kanannya telah dicantas. Mus’ab
sempat memegang panji itu dengan tangan kirinya pula. Serangan masih
berterusan sehingga mereka berjaya menetak tangan kirinya sehingga putus.
Dengan sisa-sisa tenaga yang ada padanya, beliau mengepit panji-panji itu di
antara dada dan lehernya. Beliau syahid dibunuh oleh Ibn Qami’ah.
Idea yang ingin disampaikan dalam peranggan di atas agak kabur. Tiada jalinan
idea antara setiap ayat. Setiap ayat seolah-olah menyatakan perkara yang berbeza. Hal ini
kerana, wacana setiap ayat adalah terpisah-pisah. Ayat-ayat tersebut tidak
dihubungkaitkan dalam aliran yang mempermudahkan pemikiran dan pemahaman.

Cadangan Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Penanda Wacana

Tidak ada satu kaedah yang paling baik dan sesuai untuk semua situasi pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Berbagai-bagai pendekatan dan kaedah dapat
digunakan. Oleh itu, guru perlu memilih kaedah yang difikirkan paling berkesan untuk
sesuatu pelajaran yang telah dirancang. Walau bagaimanapun, prinsip asas dalam
pengajaran bahasa yang lazimnya diberikan perhatian ialah pengajaran haruslah bergerak
daripada yang mudah kepada yang kompleks, daripada yang konkrit kepada yang abstrak,
daripada yang dekat kepada yang jauh dan daripada yang telah diketahui kepada yang
diketahui.
Begitu juga dengan teknik pengajaran, guru seharusnya memilih kaedah yang
bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Guru patut memikirkan bagaimana sesuatu
pelajaran itu dapat disampaikan dengan cara yang menarik disamping membangkitkan
motivasi supaya pelajar dapat mengikutinya dengan penuh minat dari awal hingga akhir.
Pelbagai teknik dapat digunakan, bergantung pada jenis penanda wacana yang hendak
diajar.

15
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

Di samping itu, matlamat pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia iaitu


untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi
memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan hendaklah
diberikan keutamaan.
Untuk mencapai matlamat tersebut, kemahiran berbahasa, organisasi kurikulum,
sistem bahasa, komponen kesusasteraan Melayu dan pengisian kurikulum haruslah diberi
perhatian. Guru sewajarnya bijak mengolah apa yang hendak disampaikan agar pelajar
bukan semata-mata diajarkan menjadi pengguna bahasa yang baik tetapi jauh daripada
itu, mereka juga harus dilatih menjadi pelajar yang berupaya “mencipta”. Pendekatan
yang digunakan melibatkan pelajar secara aktif dan bersungguh-sungguh dalam proses
pengajaran dan pembelajaran tanpa rasa jemu dan bosan. Di samping itu, objektif yang
diharapkan akan mudah tercapai. Selain itu,kemahiran berbahasa dapat dimanfaatkan dan
unsur-unsur pengetahuan, ilmu, dan nilai murni dapat diterapkan.
Guru sering mengingatkan pelajar agar tidak melupakan penanda wacana semasa
menulis karangan kerana selain dapat membantu mereka menghasilkan pertautan idea,
karangan yang dibina dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai akan kelihatan
lebih mantap. Penggunaan penanda wacana yang tepat pada tempatnya menunjukkan
kematangan pelajar atau seseorang penulis menggunakan bahasa dengan baiknya.
Namun begitu, kadangkala berlaku kesalahan penggunaan penanda wacana yang
berpunca daripada kurangnya pengetahuan tentang cara menulis, fungsinya serta aspek
tatabahasa yang perlu dipatuhi. Misalnya tidak meletakkan tanda koma(,) selepas
penanda wacana yang berfungsi sebagai frasa. Kadangkala pelajar menggunakan penanda
wacana yang tidak tepat dari segi struktur tatabahasanya.
Menurut Adenan Ayob (2011), terdapat beberapa rasional tentang penggunaan
wacana, iaitu:
(i) Pelajar tidak mahir menggunakan penanda wacana untuk mewujudkan
kesinambungan idea yang dikemukakan.
(ii) Pelajar tersilap memilih penanda wacana sehinggakan hilang pertautan isi
dalam penulisan. Keadaan ini melemahkan pengolahan dan seterusnya
mengakibatkan penyampaian penulisan menjadi kabur.

16
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

Kamarudin dan Siti Hajar (1997) menyatakan bahawa pendekatan pengajaran


tentang penanda wacana seharusnya mengandungi langkah-langkah yang berikut:
(i) Guru menerangkan makna dan fungsi setiap penanda wacana menurut
kumpulannya.
(ii) Memberi pelajar latihan menggabungkan ayat-ayat yang diberi oleh guru
dengan menggunakan penanda wacana yang telah diajar.
(iii) Pelajar-pelajar membincangkan ayat-ayat sendiri dengan menggunakan
penanda wacana secara berkesan dalam konteks penulisan yang lebih luas.
Berikut adalah cadangan meningkatkan kemahiran penggunaan penanda wacana
dalam kalangan pelajar sekolah rendah.
(i) Bagi menentukan pelajar dapat menguasai dan menggunakan aspek-aspek
morfologi, sintaksis dan tatabahasa, terutamanya penanda wacana, para
guru yang mengajar Bahasa Melayu perlulah berhati-hati dan memberi
lebih perhatian kepada latihan-latihan penggunaan bahasa Melayu.
(ii) Guru perlulah mempunyai tujuan yang jelas tentang pengajarannya
berhubung dengan penanda wacana dalam kemahiran mengarang.
Misalnya, guru bolehlah menentukan ketetapan penanda wacana yang
perlu dikuasai dan digunakan dalam sesebuah karangan.
(iii) Pelajar-pelajar yang lemah dalam kemahiran penggunaan penanda wacana
hendaklah dikenal pasti. Guru juga perlu membuat satu rekod kekerapan
kesalahan penggunaan penanda wacana yang dilakukan oleh pelajar
semasa latihan lisan dan penulisan. Rekod ini memudahkan guru membuat
aktiviti susulan dan aktiviti pemulihan.
(iv) Ahli-ahli bahasa mencadangkan agar para guru bahasa menggunakan
kaedah induktif dan kaedah deduktif yang disesuaikan dengan keperluan
pelajar, situasi pengajaran dan pembelajaran serta aspek-aspek lain dalam
penyampaian pengajaran tatabahasa. Guru-guru juga hendaklah
menggabungkan pelbagai kaedah pengajaran agar murid berminat dan
pembelajaran diperoleh dalam situasi pengajaran yang lebih bermakna.
(v) Para guru bahasa juga hendaklah sentiasa menambah pengetahuan mereka
tentang bahasa melayu yang mencangkupi aspek fonologi, morfologi,

17
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

sintaksis, gaya bahasa, sosiolinguistik dan kesusasteraan. Hal ini agar


guru-guru dapat menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang standard,
mengenal dan membezakan antara struktur ayat bahasa Melayu dengan
ayat yang bukan struktur bahasa Melayu. Selain itu, guru-guru dapat
memperkenalkan penggunaan kosa kata dengan lebih berkesan, memberi
kefahaman tentang bahasa dalam masyarakat dan memperkayakan lagi
prestasi bahasanya.
(vi) Selain daripada aspek yang disebutkan di atas, guru juga perlulah
mengetahui tentang linguistik. Pengetahuan ini akan menjadikan guru
sensitif terhadap kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar dan dengan
pengetahuan ini juga akan memberi keyakinan kepada guru dalam
menyediakan bahan-bahan pengajaran.
(vii) Guru perlu memberi penekanan tentang proses pengayaan, pengukuhan,
dan pemulihan dalam pengajaran tatabahasa terutamanya penggunaan
penanda wacana. Penekanan yang lebih hendaklah diberi kepada aktiviti
pemulihan supaya pengajaran lebih menarik, hidup dan berkesan.
Langkah-langkah pengajaran aktiviti pemulihan perlulah disusun agar
menarik, mengikut peringkat kesukarannya, dan dilakukan dalam pelbagai
situasi.
(viii) Bagi memperkayakan kosa kata dan menambah pengetahuan tentang
penanda wacana, guru perlulah mempelbagaikan bahan dan elakkan
terikat dengan pemakaian buku teks semata-mata. Guru perlulah kreatif
dan inovatif agar pengajaran menjadi lebih bermakna dan pelajar
memperoleh apa yang ingin diajar dan mengelakkan kebosanan.
(ix) Para pelajar pula haruslah mengambil berat terhadap penguasaan dan
penggunaan bahasa Melayu baku sepenuhnya. Kebiasaan menggunakan
bahasa Melayu baku dan sikap ingin membetulkan penggunaan serta
penguasaan bahasa Melayu yang baik haruslah ada dalam diri setiap
pelajar. Hal ini kerana masa yang panjang diperlukan untuk mencapai
peringkat ketrampilan berbahasa yang tinggi terutama dalam kemahiran
mengarang.

18
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

(x) Pelajar perlu lebih banyak membaca bahan-bahan bacaan dalam bahasa
Melayu agar struktur bahasa Melayu tertanam dalam fikiran mereka.
Bahan bacaan pula dipilih agar relevan dengan kemahiran berbahasa
mereka dan isinya juga berkualiti. Dengan itu, pelajar akan dapat
menguasai penanda wacana disamping mereka juga dapat menguasai
struktur bahasa yang gramatis. Pihak sekolah juga haruslah
memperbanyakkan bahan bacaan yang dapat meningkatkan kemahiran
berbahasa para pelajar. Bahan-bahan seperti buku rujukan, kamus, buku-
buku fiksyen dan bukan fiksyen yang terbaru dapat menarik minat pelajar
membaca.
(xi) Pihak sekolah haruslah menganjurkan pelbagai aktiviti yang menggunakan
bahasa Melayu baku. Kempen bahasa dan bengkel bahasa hendaklah
sentiasa diadakan agar pelajar dapat melibatkan diri secara aktif serta
mengaplikasikan apa yang dipelajari di dalam kelas. Pengisian dalam
kelab dan persatuan juga haruslah menjurus kepada aktiviti yang
membolehkan pelajar memperkukuhkan kemahiran berbahasa.
(xii) Guru-guru perlulah menggalakkan pelajar menggunakan bahasa Melayu
yang betul dalam pertuturan seharian. Dengan itu, pelajar dapat
membezakan antara bahasa dialek dengan bahasa Melayu baku.
Kebolehan ini akan meningkatkan penguasaan kecekapan berbahasa,
terutamanya kemahiran mengarang.
(xiii) Seterusnya, pelajar dibiasakan merujuk kamus sekiranya menghadapi
masalah untuk menentukan makna perkataan. Dengan merujuk kamus,
pelajat dapat mengetahui makna yang tepat disamping makna-makna lain
yang didukung oleh satu perkataan. Penggunaan perkataan yang tepat akan
membantu pelajar menghasilkan penulisan yang baik.

Rumusan

19
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran menulis karangan, guru dan juga
pelajar tidak dapat lari daripada beberapa permasalahan yang timbul akibat daripada
ketidakkeberkesanan proses tersebut. Hal seumpama ini boleh berlaku pada tahap yang
kritikal kecuali langkah-langkah yang positif perlu diambil. Sungguhpun objektif
kemahiran menulis adalah untuk membolehkan pelajar menghasilkan pelbagai jenis
penulisan dengan tepat dan jelas tentang ilmu pengetahuan dan kegiatan harian, tetapi
masih terdapat pelajar yang lemah dalam aspek ini.
Kelemahan pelajar dalam kemahiran menulis karangan merupakan kelemahan
asas dalam teknik mengarang, kelemahan dalam ejaan, tanda baca, pemilihan kata,
struktur ayat dan kelemahan-kelemahan lain yang berkaitan dengan tatabahasa
terutamanya penggunaan penanda wacana. Kualiti bagi kebanyakan karangan para pelajar
adalah pada tahap lemah dan sederhana. Menyedari akan wujudnya masalah dalam
kemahiran menulis karangan, wajar sangat apabila pengajaran kemahiran menulis diberi
perhatian khusus dan tidak hanya dianggap sebagai satu kemahiran yang diajar secara
sampingan dan dikuasai secara semulajadi.
Untuk mengatasi permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis karangan, komitmen dan kerjasama semua pihak sangat perlu. Pihak guru, ibu
bapa, sekolah dan pelajar sendiri harus bergandingan dan memainkan peranan penting
dalam mengatasi masalah ini. Hanya dengan adanya komitmen dan rasa
bertanggungjawab semua pihak, barulah masalah dalam penagajaran dan pembelajaran
kemahiran menulis karangan dapat diatasi.

20
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

Rujukan

Abdul Aziz Abdul Talib.(1989). Pengajaran Dan Pengujian Terancang Bahasa


Perspektif Untuk Perguruan. Kuala Lumpur:Nurin Enterprise.

Ahmad Khair Mohd. Nor .(2007). ” Penghubung Antara ayat dalam penulisan” dlm.
Pelita Bahasa Februari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Khair Mohd. Nor .(2009). ” Alat Kohesi Nahuan dalam Wacana” dlm. Pelita
Bahasa Oktober. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan.(1991). “Kemahiran Penulisan Dalam Konteks Pembinaan Wacana Yang


Utuh” dlm Jurnal Dewan Bahasa 35:8 Ogos. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Dr. Adenan Ayob.(2011). HBML Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Open
University Malaysia.

Halliday, M.A.K. Dan Rugaiya Hasan.(1992). Bahasa, Konteks Dan Teks. Yogyakarta:
Gadjah Mada University.

Hassan Langgulung.(1978). “3M Tujuan Dan Matlamatnya” Dlm. Ibrahim Saad


(Ed.)1982. Dari Pedagogi Ke Politik. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Henry Guntur Taringan.(1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Kamaruddin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz.(1997). Penguasaan Kemahiran
Menulis. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd. Fauzi Jumingan.(2000). ” Penanda Wacana dalam Terjemahan Arab-Melayu: Satu


Analisis Ketenunan Teks” dlm Jurnal Dewan Bahasa 44:5 Mei. Kuala lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Sidin Ahmad Ishak.(1992). Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et al.(2011) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

21
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 660613025256

Normah Abdullah, Che Mohd. Arif Che Mohd. Yusoff.(1997). “Penggunaan Penanda
Wacana Dalam Kemahiran Mengarang” Dlm Jurnal Dewan Bahasa 41:11
November. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Pelita Bahasa Julai 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Roselan Baki.(1994). Panduan Mengarang Untuk Guru Dan Pelajar. Kuala Lumpur:
Greenrich Publications.

Solusi Isu 38.2011. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

22

Anda mungkin juga menyukai