Anda di halaman 1dari 7

Aktiviti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kursus: Kemahiran Belajar

Tajuk: Kemahiran Membuat Nota Dengan Menggunakan Pemetaan i-THINK

Jabatan: Jabatan Teknologi Pendidikan

1.0 PENDAHULUAN

Dalam usaha untuk bersaing dengan negara-negara maju di dunia, sistem pendidikan negara kita
perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis
dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Perlaksanaan
serta mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran diharapkan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan
peringkat antarabangsa sepertimana yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
2013-2015.

Satu kesulitan dalam menghadapi pembelajaran abad ke-21 adalah mengajarkan pelajar
untuk berfikir secara KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini walaupun sebenarnya sudah
lama wujud sejak penciptaan Model Taksonomi Bloom, tetapi barulah kini semakin giat
dipromosikan sebagai kemahiran berfikir yang juga boleh diajar kepada semua aras pelajar, tanpa
perlu lagi melalui KBAR, iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah.

2.0 KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan membabitkan empat
aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.
KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logikal,
pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya pelajar mencerap sesuatu data atau
maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai
bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif. Memiliki
kemahiran ini pelajar bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan
1
mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata
diberikan suatu soalan, maka pelajar boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru
dan melihat daripada pelbagai aspek. Di sini, dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif,
inovatif dan mereka cipta di kalangan pelajar. KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu
dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada pelajar. Mereka akan dapat
mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan
menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya, pelajar dapat meningkatkan
kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa jua perkara yang mereka pelajari nanti.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar maka peranan
guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan
tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di institusi
pendidikan tinggi suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan
kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada pelajar dalam
pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan
KBAT semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Soalan dikemukakan adalah
soalan yang membolehkan pelajar mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu
maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah
dipelajari.

Berikut merupakan beberapa cara dan strategi yang boleh digunakan oleh rakan guru bagi
menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT:

a. Tingkatkan Soalan Aras Tinggi

Bagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini, maka guru hendaklah sentiasa memberikan
soalan berbentuk KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas tahap pemikiran seseorang
pelajar itu. Tapi, bagaimana yang dikatakan dengan soalan KBAT?. Antara ciri-ciri Soalan
KBAT adalah soalan yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa, Sintesis dan

2
juga Penilaian. Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan', 'Ramalkan' adalah antara
beberapa kata tugas yang memerlukan pelajar menguasai KBAT. Maka perbanyakkanlah
soalan-soalan yang sebegitu.

b. Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian Masalah

Bagi menggalakkan juga pelajar berfikir secara KBAT, maka guru boleh lah memperbanyakkan
lagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah. Dalam situasi baru yang diberi, pelajar perlu
lah menggunakan kemahiran menganalisa, mensintesis dan juga menilai apakah konsep yang
bersesuaian dan boleh digunapakai bagi menyelesaikan masalah tersebut. Objektif dalam
menyelesaikan masalah juga haruslah diterapkan iaitu bagi membolehkan kita membuat
penyelesaian yang terbaik, meneroka dan mempertimbangkan pelbagai pilihan dengan sebanyak
mungkin, dan membolehkan kita bertindak atas keputusan yang telah diambil kira semua faktor
serta kesan akibatnya. Secara ringkas, langkah-langkah menyelesaikan masalah adalah bermula
dengan menyedari apakah permasalahan, memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan
penyelesaian, meninjau kesan akibat daripada pilihan-pilihan dan juga memilih pilihan terbaik
sebagai penyelesaian.

c. Teknik Menyoal

Teknik menyoal adalah teknik paling lama dan paling popular dalam bidang pendidikan.
Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat melahirkan interaksi antar guru dan pelajar secara
berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan
dengan isi pelajar dan dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Kejayaan
penggunaan teknik ini dalam pdp bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik
menyoal. Salah satu perkara penting ketika berkomunikasi adalah aktiviti bertanya dan menyoal.
Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu maklumat, tetapi
juga membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling
memahami dan bekerjasama.

Tujuan Teknik Penyoalan

3
- Melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi
- Mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada fakta yang lain
- Menegaskan kepentingan isi
- Mengarah pelajar ke arah membentuk konsep pemahaman yang tersendiri
- Mengesan pengetahuan berbahasa pelajar
- Mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatid, logik dan juga kritis
- Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

Walau bagaimanapun, penggunaaan teknik penyoalan adalah untuk mencerna pemikiran. Ini
kerana soalan yang dikemukakn untuk menaganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran dan
menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi. Berikut merupakan Panduan Penyoalan yang
betul bagi membantu guru untuk mengasah pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar:

- Soalan hendaklah dirancang


- Soalan bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar
- Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar
- Beri peluang kepada pelajar untuk berfikir mengenai jawapan
- Kemukakan soalan kepada keseluruhan kelas
- Elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja
- Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid
- Bentuk soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid
- Soalan dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas
- Soalan haruslah mampu mendorong pelajar untuk berfikir
- Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
- Soalan hendaklah ringkas dan juga jelas

d. Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi Dalam Buku Teks

Tanpa kebanyakkan daripada kita sedari, buku teks yang disediakan sudah lama mengandungi
aktiviti yang boleh merangsang pemikiran aras tinggi. Perhatikan semula kandungan dalam buku

4
teks serta aktiviti yang disediakan bagi pembelajaran tertentu. Maka gunakanlah sebaiknya
aktiviti dalam buku teks tersebut bagi membentuk pelajar yang mahir dalam menggunakan
kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT

e. Pembelajaran Berasaskan Projek

Satu lagi perkara yang boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan
memperbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek, project-based learning (PBL).
Pembelajaran berasakan projek merupakan pelaksanaan program atau aktiviti dalam jangka
panjang. Proses pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama, misalnya menyediakan
soalan berkaitan projek dan mengimpelementasikan penyelidikan dengan mengumpulkan data,
menganalisis data dan menghasilkan laporan samada secara lisan atau pun bertulis. Dengan ini
pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan proses kemahiran berfikir dalam menyelesaikan tugasan
yang diberikan. Maka pelajar perlu dilibatkan dalam proses pengajaran yang aktif dan
menyeronokkan seperti kaedah projek. Pelaksanaan STEM juga mampu menjadi pemangkin
kepada pembelajaran berasaskan projek.

f. Menggunakan Alat Berfikir

Strategi terakhir dalam mengajar pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan
menggunakan alat berfikir. Alat berfikir mampu membantu pelajar menggunakan minda dengan
lebih bijak dan berkesan. Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan tidak terburu-buru
dalam melakukan sesuatu.

Berikut merupakan antara alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk meningkatkan
ketrampilan dalam berfikir, iaitu:

- Soalan dan penyoalan


- Peta Minda
- Pengurusan Grafik
- CoRT

5
- i-Think
- 6 Thinking Hat

Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta cerita dan alat
pengurusan kognitif. Alat komunikasi yang menggunakan simbol untuk menggambarkan
pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara mereka. Tujuan utama
pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir.

Alat CoRT (Cognitive Research Trust) merupakan instrumen kognitif dalam bentuk garis
panduan yang digunakan untuk meningkatakn kualiti pemikiran seseorang. Penggunaan alat ini
dapat memandu pelajar untuk membuat keputusan dengan mengambil kira pelbagai faktor,
menyelesaikan masalah, meluaskan pandangan terhadap sesuatu isu, meneliti kesan terhadap
suatu tindakan, meneroka kepentingan apabila diberi pelbagai pilihan serta melihat sesuatu dari
pelbagai sudut pandangan.

Pemetaan i-THINK merupakan satu program yang bertujuan mempertingkat dan


membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Peta pemikiran dapat merangsangkan
daya fikir seseorang. Peta pemikiran juga merupakan salah satu cara mudah memahami sesuatu
isu dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai dengan topik dipelajari. Penggunaan
Pemetaan i-THINK dapat membantu guru pelatih dalam:
6
- Proses menggunakan minda
- Mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu
- Menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan
- Membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
- Membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialam.

3.0 CADANGAN AKTIVITI

a. Objektif Aktiviti:

1. Mengaplikasi pelbagai jenis alat berfikir dalam meningkatkan kemahiran belajar.

2. Menghasilkan alat pengurusan grafik tentang KBAT untuk digunakan dalam mengurus
pemikiran dan membuat nota.

b. Tajuk: Alat Pengurusan Grafik

“Dalam anjakan ke 9, Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025 mensasarkan untuk


meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa dan satu dari 6 aspirasi murid untuk
bersaing di peringkat global ialah kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir ini akan diberi
penekanan dalam kurikulum, pedagogi dan pentaksiran, merombak semula peperiksaan dan
pentaksiran untuk meningkatkan tumpuan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (higher
order thinking skills)”

a. Anda dikehendaki mencari maklumat mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


(KBAT) dari aspek maksud, jenis alat berfikir dan kepentingan kemahiran berfikir
aras tinggi.

b. Hanya maklumat dari sumber (sama ada akhbar, jurnal, buku atau pun laman web)
yang boleh dipercayai sahaja yang boleh digunakan.

c. Berdasarkan nota yang dihasilkan menerusi pencarian maklumat seperti di atas, anda
dikehendaki menyediakan satu alat pengurusan grafik yang menggambarkan
maklumat yang telah anda perolehi.
7

Anda mungkin juga menyukai