Anda di halaman 1dari 6

Soalan 2a.

Masalah tingkah laku murid

Mohd.Nazar Mohamad (1990), mentakrifkan tingkah laku bermasalah sebagai tingkah laku yang
menganggu perjalanan kehidupannya. Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku
yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira dalam kehidupan
bermasyarakat atau termasuk sekolah. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk
kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah.

Masalah disiplin dan tingkah laku di dalam bilik darjah sudah lama meniti dari bibir ke bibir para
pendidik dan ia bagaikan tiada titik noktahnya. Masalah ini seakan sinonim dalam dunia pendidikan yang
penuh dengan cabaran. Dalam senario yang telah diberikan, saya dapat melihat bahawa majoriti murid-
murid Tahun 5 Dahlia tidak bermotivasi untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran mereka.
Kelas ini menunjukkan senario masalah disiplin dan tingkah laku negatif yang bersifat disruptif. Menurut
Kamus Oxford Fajar, disruptif merujuk kepada sesuatu tindakan yang mengganggu, mengacau atau
menjejaskan aktiviti atau pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah disiplin yang
bersifat disruptif yang mengganggu kelancaran pengajaran dan pembelajaran dalam senario tersebut ialah
murid tidak memberikan perhatian dan mengganggu rakan di dalam kelas. Selain itu, murid tidak
menyiapkan tugasan walaupun acapkali ditegur oleh guru.

Faktor-faktor mempengaruhi masalah tingkahlaku murid

Setiap masalah pasti ada puncanya. Tingkah laku bermasalah berpunca daripada faktor-faktor
tertentu. Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya
menjadi panduan dalam merangka program pengurusan tingkah laku berkesan bagi murid tersebut. Antara
faktor yang menyumbang kepada permasalahan tersebut terbahagi kepada beberapa aspek iaitu diri murid,
guru dan sekolah.

Menurut Haliza dan Joy Nesamalar (2016), manusia mempunyai keperluan fisiologi seperti
makan, minum, tidur dan kasih sayang. Sekiranya keperluan-keperluan tersebut tidak dipenuhi, maka
murid mungkin akan menimbulkan masalah di dalam bilik darjah untuk mendapatkan perhatian guru
misalnya membuat bising di dalam kelas supaya diperhatikan oleh guru. Tegal itu, sudah terang lagi
bersuluh bahawa masalah disiplin di dalam bilik darjah berpunca daripada diri murid itu sendiri.
Tambahan lagi, murid-murid mungkin mengalami masalah peribadi yang secara tidak langsung
menjejaskan fokus mereka di sekolah. Antara isu peribadi murid ialahmempunyai estim kendiri yang

1
rendah untuk bersosial dengan rakan sebaya dan melibatkan diri dalam perbincangan berkumpulan.
Seterusnya, murid mempunyai masalah pembelajaran serta tiada motivasi untuk belajar. Masalah emosi
dalam kalangan murid turut menyumbang kepada masalah disiplin di dalam bilik darjah. Mereka akan
menjelmakan masalah emosi yang dihadapi melalui tingkah laku yang kurang sesuai bagi mendapatkan
perhatian daripada guru dan rakan-rakan. Menurut Roth (2015), otak individu dapat menguasai lebih
banyak maklumat sekiranya individu tersebut tidak dalam keadaan stress atau takut.

Faktor lain ialah guru. Guru merupakan role modeldan perlu menunjukkan penampilan yang
sesuai. Hal ini demikian kerana setiap gerak geri guru sentiasa diperhatikan oleh murid-murid. Sebagai
contoh, sekiranya guru menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab, tidak mengawal diri dan tidak
menghormati murid, maka murid juga akan menunjukkan sikap yang sama terhadap guru. Bak kata
pujangga, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Memang tidak dapat disangkal lagi pembawaan seorang
guru boleh mempengaruhi sikap serta kelakuan murid di dalam bilik darjah. Tambahan pula, perancangan
guru bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang membosankan juga mendorong murid-murid
melanggar peraturan di dalam bilik darjah. Tamsilnya, murid akan berasa bosan sekiranya guru sentiasa
menggunakan kaedah perbincangan tanpa menvariasikan kepelbagaian aktiviti bagi setiap sesi PdP. Oleh
itu, mereka akan melakukan sesuatu yang lebih menarik dan seronok seperti bermain di dalam kelas.
Menurut James (Jun, 2005) yang telah mengemukakan Pendekatan Instruktional (Instructional classroom
management approach) yang berpandangan bahawa pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan dengan
cekap dan berkesan akan berjaya mengelakkan atau mengurangkan masalah disiplin murid di dalam bilik
darjah.

Selanjutnya, faktor persekitaran sekolah yang kondusif juga berupaya mempengaruhi disiplin dan
tingkah laku murid. Sebagai contoh, sekolah perlu mengambil berat tentang prasarana yang sesuai bagi
murid-muridnya. Jumlah murid di dalam bilik darjah perlu tidak terlalu ramai sehingga menyebabkan
kesesakan. Keadaan yang panas serta kebisingan akan menjadikan murid-murid gelisah seperti cacing
kepanasan sekaligus tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran. Murid-murid
akan berasa senang berada di sekolah sekiranya kemudahan pembelajaran yang lengkap serta iklim
persekitaran sekolah yang selesa dan selamat.

Soalan 2b

Peranan guru untuk membentuk hubungan positif

2
Kajian menunjukkan bahawa apabila guru berupaya membina hubungan yang positif dengan
murid-murid, masalah disiplin akan menurun (Jensen, 2013). Murid yang mempunyai hubungan yang
positif dengan guru akan berkelakuan lebih baik dan lebih teruja untuk belajar (Roth, 2015). Bertitik tolak
daripada penyataan berikut, guru berperanan untuk membina hubungan yang positif antara guru dengan
murid. Kerjasama antara guru dengan murid akan memberikan kesan terhadap kelancaran proses PdP
sekaligus menjadikan aktiviti pengajaran lebih seronok dan efektif.

Ayuh kita telusuri apakah strategi yang berkesan untuk guru dalam usaha dalam membina
hubungan positif dengan murid. Pertama, guru hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik. Murid-
murid ibarat simen yang basah, setiap apa yang jatuh diatasnya pasti meninggalkan kesan. Oleh itu, guru
harus menunjukkan minat terhadap perkara yang diajar supaya murid juga turut berminat dengan apa
yang diajar. Selain itu, guru hendaklah menggunakan perkataan atau frasa yang positif dengan murid
terutamanya ketika ingin menegur. Sebagai contoh, ‘cikgu tahu awak berminat untuk belajar, tetapi
mengapa hari ini awak kurang memberikan tumpuan?’. Tambahan pula, guru perlu berempati dengan
masalah yang dihadapi oleh murid-muridnya. Guru hendaklah melihat dan memerhati gerak emosi murid
lantas cuba memahami masalah mereka. Kepimpinan adalah melalui teladan. Peraturan merupakan
pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang ditegah oleh murid. Contoh peraturan yang boleh
dipraktikkan ialah murid perlu menyiapkan tugasan yang telah diberikan sebelum tamat sesi PdP.
Menurut model pengurusan Kounin, asas kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah
bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti terhadap bilik darjah.

Guru juga berperanan untuk menyemai semangat cintakan bilik darjah. Semangat ini mampu
membangkitkan motivasi intrinsik kepada murid untuk datang ke sekolah. Guru perlu menjadikan kelas
sebagai tempat yang seronok untuk belajar. Contohnya, suasana kelas yang bersih, cantik dan selesa.
Tambahan lagi, guru harus memberikan perhatian kepada kumpulan murid yang tidak disukai supaya
mereka tidak rasa dipinggarkan sekaligus menghalang minat murid untuk hadir ke sekolah kerana
mengalami gangguan emosi. Bagi mewujudkan pengurusan bilik darjah yang berkesan, guru perlu
bertindak sebagai ketua kumpulan dinamika bilik darjah. Guru yang berkesan akan mengkaji faktor-faktor
diri guru, persekitaran pembelajaran dan latar belakang murid untuk membina hubungan yang positif
dengan murid. Secara amnya, faktor hubungan murid-murid dengan guru tidak boleh dipandang entang
kerana hubungan ini membantu dalam pembentukan modal insan yang harmonis sesuai dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Model pengurusan bilik darjah bagi mengatasi masalah tingkahlaku murid dan justifikasinya

3
Model pengurusan disiplin bilik darjah memberikan panduan tentang pengurusan disiplin murid
dengan menggunakan pendekatan yang berbeza (Haliza & Joy Nesamalar, 2016). Sebagai seorang guru
yang berkaliber untuk membentuk modal insan yang terbilang, saya memilih Model modifikasi tingkah
laku B.F Skinner bagi meminimumkan serta mengatasi masalah disiplin murid di dalam bilik darjah.
Model yang dipelopori oleh Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) ini menggunakan prinsip peneguhan
yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diigini. Terdapat dua
jenis peneguhan yang dikemukakan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif
ialah rangsangan yang diberikan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini sebagai contoh guru
memberikan hadiah kepada murid yang menyiapkan tugasan tepat pada masanya manakala peneguhan
negatif ialah rangsangan dikeluarkan untuk meningkatkan tingkah laku yang diigini. Contohnya, guru
merampas mainan murid yang leka bermain di dalam kelas dengan harapan supaya murid tersebut
kembali menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru.

Bagi menepis dan membendung masalah disiplin murid di dalam bilik darjah, saya akan memberi
peneguhan atau ganjaran apabila murid menunjukkan tingkah laku yang baik. Contohnya, saya akan
memberikan pujian kepada murid-murid yang bertindak mengikut arahan guru di dalam kelas seperti
tidak membuat bising di dalam kelas. Oleh itu, murid akan berpuas hati dan berminat untuk menunjukkan
tingkah laku yang positif bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Namun begitu, pelaksanaan model modifikasi tingkah laku ini perlu dilaksanakan secara berkala dan
mengikut kesesuaian bagi mengekalkan keberkesanannya dalam membentuk disiplin murid yang baik.

Pemilihan model modifikasi tingkah laku B.F Skinner ini adalah kerana kaedah peneguhan amat
mudah dilaksanakan di dalam bilik darjah. Tambahan pula, ia membuahkan hasil yang cepat dan pantas.
Hal ini demikian kerana murid-murid amat teruja terhadap peneguhan daripada guru. Di samping itu,
penggunaan modifikasi tingkah laku ini memaksimumkan kepekaan guru terhadap suasana pembelajaran
dan sikap murid di dalam bilik darjah.

Intervensi untuk menangani masalah tingkahlaku murid dan justifikasinya

Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang berkesan akan berjaya mengawal tingkah laku
bermasalah daripada mengganggu keberkesanan dan kelancaran aktiviti di dalam bilik darjah. Persis kata
peribahasa, di mana ada kemahuan di situ ada jalan . Bimbingan boleh dilakukan oleh semua guru kepada
murid-muridnya yang dikenalpasti mendatangkan masalah di dalam bilik darjah. Bimbingan merupakan
suatu proses yang berlanjutan dan berterusan. Hal ini bertujuan untuk membantu murid-murid mengetahui
dan menyedari kebolehan dan kelemahan diri mereka serta membantu mereka membuat penyesuaian diri
dengan persekitaran. Oleh itu, guru yang membimbing perlu mengenali murid-muridnya dari segi sahsiah,

4
tingkah laku dan pencapaian supaya dapat membantu murid menetapkan matlamat yang selaras dengan
sahsiah dan kebolehan diri mereka. Melalui bimbingan, potensi murid-murid akan dikembangkan secara
holistik dan maksimum supaya murid memperoleh keharmonian dan kejayaan dalam kehidupannya.
Sebagai contoh, murid diberi bimbingan untuk meneroka kelebihan diri sendiri mengikut tahap kognitif
mereka. Kaunseling pula ialah satu bentuk perkhidmatan profesional. Kaedah ini lebih kepada bentuk
khidmat nasihat, bimbingan dan bantuan untuk individu mengenal diri mereka sendiri supaya mereka
dapat membuat pilihan yang tepat bagi memenuhi keperluan dan kehendak hidupnya.

Murid-murid sekolah sentiasa terdedah kepada rangsangan-rangsangan negatif yang mendorong


mereka untuk membuat pilihan yang salah. Masalah keluarga, rakan sebaya, akademik dan perkembangan
sering menggangu emosi mereka. Dalam proses bimbingan, murid-murid akan dibimbing untuk berubah
kepada sikap yang lebih baik dan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran untuk menyelesaikan
masalah dan membuat pilihan yang betul. Selain itu, membina kemahiran pengurusan diri dan kemahiran
penyelesaian masalah serta memajukan diri murid supaya murid mempelajari cara untuk membuat
penilain kendiri.

Sudah terang lagi bersuluh, kaedah bimbingan dan kauseling dapat membantu murid-murid untuk
memahami diri dan dunianya serta membuat interpretasi untuk memahami ciri-ciri dan potensi dirinya
sendiri. Oleh itu, murid-murid akan lebih yakin untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
perbincangan di dalam bilik darjah. Di samping itu, dapat membolehkan murid mengenal dan memahami
diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri serta bagi membentuk tabiat
belajar yang baik dan berkesan. Sebagai contoh, guru memberitahu murid bahawa mereka akan kurang
disenangi oleh rakan-rakan sekiranya mereka berkelakuan bermasalah di dalam bilik darjah hingga
mengganggu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan bilik darjah meliputi satu bidang yang luas merangkumi kemahiran guru merancang,
mengelola, menilai dan membuat refleksi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lancar dan berjaya. Di samping itu, hubungan antara guru dengan murid memainkan peranan yang
penting dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat di dalam bilik darjah. Seorang guru
yang efektif akan beruoaya mendorong pembelajaran murid yang dapat mempertingkatkan perkembangan
kognitif, sosial dan afektif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pengurusan bilik darjah yang
berkesan perlu mempunyai asas pengurusan disiplin yang kukuh.

5
RUJUKAN

Haliza binti Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel. (2014). Pengurusan bilik darjah&

tingkah laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Jensen, E. (2013). Engaging Students with Poverty in Mind, dalam Roth, J. (2015),

Classroom Management for Successful Instruction, Huntington Beach: Shell Education.

Mahmood Nazar Mohamed. (1990). Pengantar psikologi: satu pengenalan asas kepada

jiwa dan tingkah laku manusia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Roth, J. (2015). Classroom Management for Successful Instruction, Huntington Beach:

Shell education.

Anda mungkin juga menyukai