Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN ORAN

02500 MATA AYER, PERLIS.

KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN BENGKEL KEMAHIRAN
HIDUP
SEKOLAH KEBANGSAAN ORAN
MATA AYER, PERLIS
2014

TARIKH:
21 JULAI 2014 HINGGA 25 JULAI 2014
1.0 Pengenalan

Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah

melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai

wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari

persekitaran sekolah yang kondusif. Projek ini adalah salah satu aktiviti yang dirancang

bersama oleh guru-guru pelatih dari IPG Kampus Perlis dengan Panitia Kemahiran Hidup

Sekolah kebangsaan Oran, Perlis dengan sokongan pihak sekolah. Dalam masa yang

sama, semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai

matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi keadaan dalam bengkel serta

persekitaran sekolah.

2.0 Rasional

Prasarana dan pengurus dalam bengkel kemahiran hidup yang kondusif menjadi

agenda penting kepada guru-guru bagi memastikan murid dapat belajar dalam suasana

yang kondusif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi

serta Kemahiran Hidup berlangsung. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita

rasa pelanggannya yakni guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Justeru, sebagai

tempat yang menjadi tempat belajar bagi matapelajaran khususnya reka bentuk dan

teknologi, suasana dalam bengkel mestilah teratur dan menarik perhatian, supaya

perkhidmatannya digunapakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati

penggunanya.
3.0 Objektif

3.1 Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat belajar yang kondusif terutama murid

yang menjalani sesi PnP Kemahiran Hidup dan Reka Bentuk dan Teknologi.

3.2 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah terutamanya Bengkel Kemahiran Hidup sebagai

kawasan yang cantik dan indah.

3.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti

dalam melaksanakan tugas.

3.4 Menyumbang tenaga dan buah fikiran guru pelatih sebagai sumbangan terhadap sekolah.

3.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara

berterusan.

4.0 Sasaran

4.1 Guru-guru pelatih IPG Kampus Perlis

4.2 Guru-guru Kemahiran Hidup

5.0 Tarikh

Bermula pada 21 Julai 2014 hingga 25 Julai 2014 ( Minggu ketiga )


6.0 Tempat

Bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Oran

7.0 Cadangan Program Keceriaan Bengkel

7. 1 Melukis dan mewarna mural(keselamatan)

7.2 Menyusun atur bengkel

7.3 Melabel alat tangan.

7.4 Menghasilkan sudut hasil kerja murid.


8.0 Struktur Organisasi Induk Pen

Penaung : Tn. Haji Adzhar bin Shafie

(Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Ruzaida binti Ahmad

(pk kanan pentadbiran)

Naib Pengerusi I : Pn. Hjh Azizah binti Ab. Aziz

(Pk Hal Ehwal Murid)

Naib pengerusi II : En. Huzairi bin Hussain

Pengarah projek : Pn. Azilla binti Bakar

Timbalan pengarah projek : En. Mohd Puzi bin Senawi

Setiausaha : En. Muhammad Fitri bin Ab Rahman

Bendahari : En.Adam Malik bin Ahmad

Ajk : En. Mohd Zainol Abidin bin Hussain

En. Norhamizi bin Hasan

Cik Noor Azwani binti Mansor

Cik Nur Izzati binti Shuhaimi

Cik Nur Syamera binti Mohammad Hizan


9.0 Jadual Program

(Sila lihat lampiran ) Perubahan berdasarkan program semasa

10.0 Anggaran Belanjawan

(Sila lihat lampiran ) Perubahan berdasarkan program semasa

13.0 Penutup

Pihak jawatankuasa amat mengharapkan semoga program ini dilaksanakan dengan

jayanya dan mencapai objektif yang digariskan serta akan lebih memantapkan suasana

kondusif bengkel kemahiran hidup Sekolah Kebangsaan Oran. Perancangan perlaksanaan

projek dalam kertas kerja ini adalah bertujuan memudahkan pengurusan yang melibatkan

semua ahli jawatankuasa. Program ini merupakan salah satu platform guru pelatih untuk

mencari pengalaman secara terus daripada sekolah. Semoga apa jua sumbangan dan

bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan

dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar

berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.


Disediakan oleh, Disemak oleh,

.........................:................................. .........................................................

( EN. MUHAMMAD FITRI BIN AB RAHMAN ) (PN. AZILLA BINTI BAKAR)

Penyelaras Program Keceriaan Bengkel Kem. Hidup Ketua Panitia Kemahiran Hidup

Sekolah Kebangsaan Oran Sekolah Kebangsaan Oran

Disahkan oleh,

.................................................................

( TN. HAJI ADZHAR BIN SHAFIE )

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Oran


Lampiran A JADUAL PROGRAM

BIL. TARIKH CADANGAN AKTIVITI

1. 21 Julai 2014 ( Isnin ) Memulakan aktiviti lakaran mural.

2. 22 Julai 2014 ( Selasa ) Mewarnakan mural yang telah dilakar.

3. 23 Julai 2014 Mengemas,menyusun atur dan membersihkan Bengkel

( Rabu ) Kemahiran Hidup.

4. 24 Julai 2014 Melabel alat dan perkakasan dalam bengkel.

( Khamis )

5. 25 Julai 2014 Membersihkan bengkel, menceria dan


mendokumentasi projek.
( Jumaat )

Lampiran B ANGGARAN BELANJAWAN

BIL. BAHAN DAN ALATAN KUANTITI ANGGARAN


PERBELANJAAN

1. Berus lukisan kecil RM 1.00 X 5 RM 5.00

2. Cat mural RM 5.00 X 6 RM 30.00

3. Polisterin board RM 3.00 X 3 RM 9.00

4 Kertas warna A4 RM 5.00 X 1 RM 5.00

5 Plastik laminate RM 1.00 X 10 RM 10.00

JUMLAH RM 59.00

Anda mungkin juga menyukai