Anda di halaman 1dari 9

MOHD ZAMRI BIN SHARIF GB170032

ISU
 KELEMAHAN PELAJAR DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS & KEMAHIRAN
PENYELESAIAN MASALAH

BUKTI
 Dalam kajian Akbariah (2009) menyatakan kajian-kajian dari luar negara sering
membuktikan kelemahan kemahiran untuk berfikir yang serius dalam kalangan pelajar
sekolah rendah, menengah dan universiti, seterusnya mengketengahkan keperluan
untuk meningkatkan tahap berpemikiran kritis pelajar mereka,
 Reynolds (2011) menegaskan bahawa adalah amat penting bagi setiap pelajar untuk
berfikir secara mendalam atau secara kritis dan kreatif sebelum membuat sesuatu
penilaian tentang sesuatu perkara atau sesuatu fenomena.
 kemahiran berfikir dalam kalangan murid menunjukkan bahawa tahap penguasaan
murid terhadap kemahiran berfikir kritikal, kritis dan kreatif serta kemahiran berfikir
aras tinggi masih berada pada tahap yang rendah dan sederhana (Siti Rahayah et al.
2008; Sarimah dan Shaharom 2008; Zanariah 2010; Nor Hasnida et al. 2011; Siti
Nurliyana 2015; Suhana & Zanaton 2015).
AKIBAT
 Pelajar tidak dapat menjana idea yang kreatif terhadap sesuatu perkara yang dipelajari
dan tahap kemahiran berfikir mereka tidak berkembang (M.Nazri,2013).
 Masalah yang menjadi kebimbangan ialah graduan dikatakan tidak berupaya
memberikan pandangan dan idea yang kritis dimana dalam kajian Ramlee (2002),
didapati bahawa majikan dari industri pembuatan di Malaysia kini memberi pandangan
bahawa lulusan-lulusan teknikal di Malaysia mempunyai kemahiran teknikal lebih
daripada mencukupi, namun majikan merasa kurang berpuas hati dari segi kemahiran
pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah yang merupakan sebahagian daripada
kemahiran ‘employability’ yang tidak dikuasai dalam kalangan lulusan teknikal ini.
 Sebahagian besar pelajar amat naif dengan konsep dan prosedur kemahiran berfikir.
Mereka seringkali menghadapi masalah untuk menyelesaikan pelbagai persoalan dalam
proses pembelajaran, khususnya dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang mereka
hadapi dalam menyelesaikan penulisan latihan ilmiah dalam jangka masa yang telah
ditetapkan oleh Program Pengajian (Zulkifley Hamid,2014)

Faktor – GURU
 Guru menjadi salah satu faktor menyumbang kepada kelemahan murid dalam
menguasai kemahiran seperti komunikasi, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
(Carlgren, 2013).
 Tenaga pengajar digalakkan untuk menggunakan metodologi pengajaran yang
bersesuaian dalam usaha menerapkan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah
pelajar (Yong, 1993).

Faktor – PELAJAR
 Menurut National Research Council (2012), murid perlu dibekalkan dengan kompetensi
abad ke-21 iaitu kemahiran kognitif (misalnya pemikiran kritikal dan penyelesaian
masalah), kemahiran intrapersonal (misalnya komunikasi dan kerja berkumpulan) dan
kemahiran interpersonal (misalnya pengurusan tingkah laku dan emosi).
 Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif perlu diberikan penekanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PnP) pelajar kerana pelajar yang didedahkan dengan
pemikiran kritis lebih bersedia menghadapi masalah yang lebih kompleks dan
perubahan teknologi yang berlaku secara mendadak (Romeli, 2012).
Faktor – Kurikulum
 Peperiksaan dan pentaksiran yang sedia ada turut dirombak dan penambahbaik bagi
meningkatkan tumpuan terhadap KBAT supaya kualiti pendidikan Negara bertaraf
antarabangsa ( Mohd Ademi, 2016).
 Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) mensasarkan penambahan bagi nisbah soalan
yang menguji KBAT sebanyak 75% dalam peperiksaan bagi mata pelajaran teras dan 50%
dalam mata pelajaran elektif menjelang 2017.

Bagaimana mahu mencapai hasil kajian?

STEP FOR WHAT?


 Soal selidik diedar kepada pelajar  Bagi mengenalpasti subtopik yang
yang mengambil kursus BBV 10203 sukar difahami serta bermasalah bagi
Teknologi Elektrik 2 pelajar
 Temubual bersama para pensyarah  Bagi mengenalpasti masalah yang
yang mempunyai pengalaman dalam dihadapi oleh pelajar dalam subtopik
mengajar kursus BBV 10203 Teknologi yang dipilih oleh pelajar serta
Elektrik 2 pensyarah.
 Mengikuti sesi pembelajaran dan  Memerhatikan proses pembelajaran
pengajaran pensyarah terhadap yang dilakukan oleh pensyarah
kursus BBV 10203
 Proses pengumpulan maklumat  Merancang proses & aktiviti
berkaitan pemerhatian yang pengajaran dan pembelajaran.
dilakukan ketika sesi PnP berjalan.  Membangunkan rancangan
pengajaran harian.
 Menyediakan alat bahan bantu
mengajar yang bersesuaian.
 Menyediakan borang pencapaian
akademik pelajar bagi kursus TE2.
 Memberi sedikit taklimat kepada  Pelajar dan Pensyarah memahami
pensyarah dan pelajar berkaitan kajian yang akan dijalankan.
kajian yang akan dijalankan.
 Ujian Pra diberikan kepada pelajar  Pelajar akan dinilai terlebih dahulu
berkaitan Tahap Kemahiran Berfikir
secara Kritis dan Penyelesaian
Masalah serta Pencapaian Akademik
pelajar.
 Sesi Pengajaran dan Pembelajaran  Proses Pengajaran dan Pembelajaran
dijalankan selepas Ujian Pra berasaskan Model APMI dilaksanakan.
 Ujian Pasca diberikan kepada pelajar  Pelajar akan dinilai terhadap Tahap
Kemahiran Berfikir secara Kritis dan
Penyelesaian Masalah serta
Pencapaian Akademik pelajar bagi
Kumpulan Rawatan.
 Penilaian berdasarkan sesi
pembelajaran berasaskan Model
APMI.
 Borang soal selidik diedarkan kepada  Membuat tinjauan terhadap persepsi
pelajar pelajar berkaitan pembelajaran
berasaskan Model APMI.
STRUKTUR KANDUNGAN KAJIAN

Mutakhir ini, penekanan terhadap kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran penyelesaian
masalah merupakan salah satu kemahiran penting dalam kemahiran abad ke – 21 yang sangat
diperlukan dalam membangunkan modal insan. Timbul isu dimana pelajar pada masa kini
lemah dalam menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran penyelesaian masalah
terutama melibatkan pelajar bidang kejuruteraan.
Kajian Akbariah (2009) menyatakan bahawa kajian – kajian di luar Negara sering
membuktikan bahawa kelemahan kemahiran untuk berfikir yang serius dalam kalangan pelajar
dan hal tersebut turut dipersetujui oleh Reynold (2011) bahawa amat penting bagi setiap
pelajar untuk berfikir secara mendalam atau secara kritis dan kreatif sebelum membuat
penilaian atau keputusan. Kajian – kajian lepas turut menyatakan bahawa kemahiran berfikir
dalam kalangan murid menunjukkan tahap penguasaan terhadap kemahiran tersebut berada di
tahap yang rendah dan sederhana (Siti Rahayah et al. 2008; Sarimah dan Shaharom 2008;
Zanariah 2010; Nor Hasnida et al. 2011; Siti Nurliyana 2015; Suhana & Zanaton 2015). Akibat
dari permasalahan ini menyebabkan pelajar tidak dapat menjana idea yang kreatif terhadap
sesuatu perkara dan tahap kemahiran berfikir mereka tidak berkembang (M. Nazri, 2013).
Wujud kebimbangan dalam kalangan graduan yan dikatakan tidak berupaya memberi
pandangan idea yang kritis disebabkan para majikan dan permain industri kini beranggapan
bahawa lulusan teknikal di Malaysia mempunyai kemahiran yang mencukupi (Ramlee, 2002).
Hal tersebut turut dipersetujui oleh Zulkifly Hamid (2014) sebahagian besar pelajar amat naïf
dengan konsep dan prosedur kemahiran berfikir. Pelajar sering menghadapi masalah untuk
menyelesaikan pelbagai soalan dalam proses pembelajaran.
Antara faktor – faktor yang mempengaruhi pemasalahan tersebut adalah pelajar, guru
dan kurikulum. Justifikasi yang terdapat pada faktor – faktor tersebut adalah berdasarkan
pengalaman, rujukan, sample dan praktikal. Sehubungan dengan itu, wujudnya permasalahan
yang mempengaruhi faktor tersebut. Dalam kajian ini, pelajar merupakan faktor utama kajian
ini dijalankan dan ianya berperanan penting kerana masalah yang sering dihadapi oleh pelajar
berdasarkan sistem pendidikan sedia ada, proses pembelajaran dan pengajaran dan kesedaran
pelajar itu sendiri. Justeru di akhir kajian ini, pengkaji mahu mengenalpasti tahap kemahiran
berfikir secara kritis dan kemahiran penyelesaian masalah serta tahap pencapaian pelajar
dalam Teknoogi Elektrik 2 berdasarkan penggunaan Model Pembelajaran APMI.
BUKTI AKIBAT

 Kajian Akbariah (2009) kelemahan kemahiran berfikir  Pelajar tidak dapat menjana idea yang kreatif terhadap

dalam kalangan pelajar berada di tahap yang serius sesuatu perkara yang dipelajari dan tahap kemahiran
berfikir mereka tidak berkembang (M.Nazri,2013).
 Reynold (2011) penting bagi pelajar berfikir sebelum
membuat sesuatu keputusan atau penilaian.  kajian Ramlee (2002), didapati bahawa majikan dari industri
pembuatan di Malaysia kini memberi pandangan bahawa
 kemahiran berfikir dalam kalangan murid
lulusan-lulusan teknikal di Malaysia mempunyai kemahiran
menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid
teknikal lebih daripada mencukupi, namun majikan merasa
terhadap kemahiran berfikir kritikal, kritis dan kreatif
kurang berpuas hati dari segi kemahiran pemikiran kritikal
serta kemahiran berfikir aras tinggi masih berada
dan penyelesaian masalah yang merupakan sebahagian
pada tahap yang rendah dan sederhana (Siti Rahayah
daripada kemahiran ‘employability’ yang tidak dikuasai
et al. 2008; Sarimah dan Shaharom 2008; Zanariah
dalam kalangan lulusan teknikal ini.
2010; Nor Hasnida et al. 2011; Siti Nurliyana 2015;
 Mereka seringkali menghadapi masalah untuk
Suhana & Zanaton 2015).
menyelesaikan pelbagai persoalan dalam proses
pembelajaran, khususnya dalam menyelesaikan pelbagai
masalah yang mereka hadapi dalam menyelesaikan
penulisan latihan ilmiah dalam jangka masa yang telah
FAKTOR ditetapkan oleh Program Pengajian (Zulkifley Hamid,2014)

MASALAH

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS & KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

: MENGENALPASTI TAHAP KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS & KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH SERTA MENGENALPASTI TAHAP PENCAPAIAN AKADEMIK
PELAJAR DALAM KURSUS TEKNOLOGI ELEKTRIK 2 DAN PERSEPSI PELAJAR BERDASARKAN PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN APMI
Objektif kajian ini ialah:

(i) Mengenal pasti kesan pendekatan Model APMI dalam pengajaran Teknologi Elektrik 2
terhadap Tahap Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Penyelesaian Masalah pelajar.
(ii) Menganalisis tahap pencapaian akademik pelajar dalam kursus Teknologi Elektrik 2
melalui pendekatan pembelajaran Model APMI.
(iii) Mengkaji persepsi pelajar terhadap pembelajaran Model APMI dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bagi kursus Teknologi Elektrik 2

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan di atas, beberapa persoalan kajian timbul bagi
menjelaskan objektif kajian tersebut. Persoalan kajian yang dimaksudkan adalah seperti
berikut:

(i) Apakah kesan pendekatan Model APMI dalam pengajaran Teknologi Elektrik 2 terhadap
Tahap Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Penyelesaian Masalah pelajar?
(ii) Apakah tahap pencapaian akademik pelajar dalam kursus Teknologi Elektrik 2 melalui
pendekatan pembelajaran Model APMI?
(iii) Apakah persepsi pelajar terhadap pembelajaran Model APMI dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bagi kursus Teknologi Elektrik 2?
Kerangka Konsep Kajian

Pendekatan Model APMI


 Aplikasi
 Proses
 Motivasi
 Informasi

Kemahiran Berfikir
Pencapaian Akademik
secara Kritis Kursus Teknologi
Pelajar berdasarkan
& Elektrik 2 Taksonomi Bloom
Penyelesaian Masalah

Tahap Kemahiran Tahap Pencapaian Persepsi pelajar terhadap


Berfikir secara Kritis Akademik Pelajar Model APMI dalam
& terhadap Kursus proses pengajaran dan
Penyelesaian Masalah Teknologi Elektrik 2 pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai