Anda di halaman 1dari 10

[BAB3:TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA]

Tugasan sejarah kertas 3 (tingkatan 4). Guru matapelajaran : Pn. Lucy Julius. Hasil asli Josephine Ling
Laing pada 2012 untuk tahun 2012 dan 2013.

SOALAN:Huraikan perkembangan kerajaan awal di Asia Tenggara dan menghubungkaitkan dengan


kejayaan Malaysia memajukan sektor pertanian.

PENGENALAN

Jelaskan latar belakang kemunculan kerajaan awal di asia tengara.

(5 markah)

Latar belakang kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara dapat kita lihat daripada kewujudan dan
kemunculannya yang dibuktikan berdasarkan sumber dari China dan artifak. Berdasarkan catatan China,
Funan merupakan kerajaan terawal yang muncul di Asia Tenggara pada abad ke-3 Masihi berdasarkan
jumpaan patung Hindu dan Buddha yang serupa dengan apa yang terdapat di India. Seni patung tersebut
dipercayaai wujud antara abad ke-3 – 5 dipengaruhi oleh langgam seni arca Amaravati dari india.
Amaravati merupakan pusat seni pahatan yang tertumpu kepada arca agama Buddha yang terletak di
tepi Sungai Kistna, iaitu 128 km dari pantai timur India.

Berdasarkan kedudukan strategik Asia Tenggara, Asia Tenggara telah mengadakan hubungan diplomatik
dengan China. Asia Tenggara juga menjalinkan hubungan kebudayaan dan keagamaan dengan India.
Malahan, hubungan perdagangan antara Asia Tenggara dengan India dan China sudah wujud sejak
Zaman Logam lagi. Bukti hubungan antara kerajaan Asia tenggara dengan China dan India ialah jumpaan
dan penemuan gendang gangsa yang dikenali sebagai Gendang Dongson di Vietnam Utara. Ia juga dapat
ditemui di Sungai Tembeling (Pahang), Sungai Klang (Selangor), Batu Buruk, Besut (Terengganu),
Thailand, Myanmar, dan Indonesia.

Hubungan kerajaan awal Asia Tenggara bukan setakat dengan China dan India saja, malahan hubungan
perdagangan juga dilakukan dengan tamadun Rom. Sebagai bukti, banyak manik-manik dari tamadun
Rom dan India dijumpai di pantai barat dan selatan Thailand, di Kota Tinggi dan Muar (Johor) serta di
Kuala Selinsing (Perak). Kewujudan dan kemajuan petempatan di atas menunjukkan kawasan tersebut
merupakan petempatan awal manusia di Asia Tenggara yang kemudiannya berkembang menjadi
pelabuhan utama dalam kerajaan Asia Tenggara. Perkembangan petempatan tersebut disebabkan
terdapatnya hasil barang dagangan yang diperlukan oleh pedaganga singgah di pelabuhan tersebut, di
samping mempunyai kemudahan pelabuhan yang baik. Berdasarkan perkembangan dan kemajuan
pelabuhan di Asia Tenggara, dapat dikatakan kemunculn tamadun awal di Asia Tenggara dapat
dihubungkaitkan dengan perkembangan perdagangan maritim.

Berdasarkan kajian arkeologi, perdagangan maritim di Asia Tenggara telah bermula sejak abad ke-5
manakala pembentukan tamadun awal Asia Tenggara bermula sejak abad ke-3. Proses pembentukan
tamadun awal Asia Tenggara memakan masa antara 600-700 tahun semenjak pembentukan tamadun
awal Asia Tenggara bermula sejak abad ke-3. Antara kerajaan awal muncul di Asia Tenggara adalah
seperti berikut :

a) Abad ke-2 – 5 M.

Funan, Langkasuka, dan Champa.

b) Abad ke-6 M

Tan Tan, Chieh-cha (Kedah Tua), Molo-yu (Jambi Sumatera0, Kutei (Borneo), Po-ni (Kalimantan), Kantoli
(Sumatera Selatan), dan Taruma (Jawa Tengah).

c) Abad ke-7 M

Tun Sun (Selatan Thailand), Chih-Tu (Kelantan), Srivijaya (Palembang,Sumatera), Dvaravati (Selatan
Thailand), dan Sailendra (Jawa Tengah).

d) Selepas abad ke-7 M.

Gabgga Negara, Fo-lo-an (Kuala Berang), Peng-keng (Pahang), Teng-ya-nung (Terengganu), dan Temasik
(Singapura).

Pembentukan kerajaan awal di Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu
kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Walaupun demikian, kedua-dua bentuk kerajaan ini saling
bergantung antara satu sama lain.

Isi dan huraian

Ciri-ciri dan kegiatan ekonomi kerajaan awal di Asia Tenggara.

Huraikan ciri-ciri dan kegiatan ekonomi kerajaan awal di Asia Tenggara:

- Kerajan agraria

- Kerajan maritim

(30 markah)

Kerajaan Agraria.

Kerajan agraria terletak di kawasan lembah sungai yang subur untuk aktiviti pertanian dan perternakan,
di kawasan pedalaman, lereng gunung berapi dan berbukit. Kegiatan utama masyarakat agraria ialah
menanam padi sawah di kawasan rendah dan rata, menanam padi huma di kawasan tanah tinggi dan
berbukit, serta mengumpul hasil hutan. Tanaman sampingan yang diusahakan ialah seperti pisang,
keledek, jagung dan sayur-sayuran. Menghasilkan tanaman rempah seperti bunga cengkih,lada hitam
dan mengumpul hasil hutan seperi damar, kayu cendana, kayu gaharu, tanduk, gading, kapur barus,
buah-buahan hutan,sarang burung dan kulit kura-kura. Menjalankan penternakan binatang seperti
lembu, kerbau, ayam serta penangkapan ikan di sawah,paya,sungai dan sarang burung dari gua untung
tujuan perdagangan. Tanaman makanan dan penternakan pada tahap awal hanya untuk sara diri saja.
Tetapi, lebihan pengeluaran dipasarkan untuk memenuhi keperluan mereka yang tidak terlibat dalam
sektor pertanian khususnya bagi masyarakat Bandar dan kerajan maritim.

Sungai merupakan alat perhubungan dan pengangkutan utama. Perhubungan melalui sungai
menggalakkan aktiviti perdagangan. Sistem pengairan yang sistematik mempengaruhi perkembangan
ekonomi pertanian yang pesat. Sebagai contoh, sistem pengairan di Angkor berasaskan Sungai Mekong
dan Tasik Tonle Sap. Kemahiran yang tinggi dalam pembinaan terusan, monimen dan mempunyai tukang
yang mahir dan cekap. Wujud hubungan perdagangan antara masyarakat pedalaman dengan
masyarakat lain secara bertukar barang.

Kerajaan maritim.

Kerajaan maritime ialah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasakan perdagangan dan
kelautan, serta mempunyai pelabuhan utama. Kerajaan ini terletak di kawasan persisiran pantai,
lembah sungai dan kepulauan.

Pelabuhan dalam kerajaan maritim menyediakan segala kemudahan untuk pedagang seperti bekalan
makanan, minuman, gudang, tempat berniaga, tempat membaiki kapal dan lain-lain. Kemajuan
sesebuah kerajaan maritim bergantung kepada perkembangan perdagangan dan peranan yang
dimainkan oleh Orang Laut untuk mengawasi keselamatan pedagang-pedagang yang berkunjung ke
pelabuhan.

Kerajaan maritim mempunyai pelabuhan utama untuk tempat berdagang dan sebagai pelabuhan
pembekal, iaitu membekalkan barangan hasil tempatan seperti emas, perak, timah serta bekalan
keperluan makanan, dan rempah kepada pedagang-pedagang. Antara pelabuhan pembekal termasuk
Kuala Berang (Kuala Terengganu) dan Kuala Selinsing (Perak). Sesebuah pelabuhan pembekal akan
berkembang maju dan akhirnya menjadi pelabuhan apabila wujudnya kerajaan di situ. Antaranya,
pelabuhan Srivijaya, pelabuhan Kedah Tua, Langkasuka, dan lain-lain. Pelabuhan kerajaan menjalankan
peranan sebagai pelabuhan yang menghubungkan sesebuah kerajaan dengan kerajaan berhampiran.
Misalnya, kerajaan Srivijaya dengan kerajaan Champa. Perkembangan pelabuhan kerajaan sekali gus
menarik pedagang-padagang asing untuk berkunjung dan berdagang di sana, seperti pedagang dari
China dan India. Perkembangan dan kemajuan pelabuhan kerajan wujud melalui hubungan dengan
kerajaan-kerajaan besar seperti China dan India yang telah mengubah kedudukan pelabuhan kepada
pelabuhan entrepot. Pelabuhan kerajaan menjadi pelabuhan entrepot yang berperanan membekalkan
keperluan pedagang-pedang asing yang memerlukan barang-barang tempatan seperti rempah ratus,
kayu wangian, di samping mengumpulkan barangan dari pedagang-pedagang antarabangsa dan
mengedarkannya kepada pedagang-padagang tempatan atau yang lain yang singgah di perlabuhan
tersebut.

Perkembangan pelabuhan

Kegiatan lain masyarakat selain daripada aktiviti perdagangan adalah menangkap ikan, memungut hasil-
hasil laut, mengeluarkan logam emas dan timah. Wujud kepelbagaian penduduk yang terdiri daripada
orang tempatan, Orang Laut dan pedagang asing. Pengunaan lebih daripada satu bahasa, tetapi bahasa
perhubungan dan perdagangan adalah bahasa Melayu yang mejadi bahasa lingua-franca yang utama di
Asia Tenggara. Mahir dalam soal-soal kelautan sehingga menjadi pelaut, pelayar, peneroka dan pedagang
yang gigih. Kemahiran membuat perahu dan perahu layar untuk pelayaran jarak jauh. Berkeupayaan
untuk belayar di laut berpandukan petunjuk dari bintang, bulan, angina dan ombak untuk menuju ke
sesuatu tempat dan berkebolehan meramal sesuatu kejadian di laut seperti hujan, rebut, taufan dan
angin berdasarkan pemerhatian kepada bintang, alam sekeliling dan lain-lain. Mudah menerima
pengaruh luar dan disesuaikan dengan keadaan masyarakat setempat sama ada dari aspek bahasa,
kebudayaan, kesenian dan lain-lain.

Faktor-faktor perkembangan kerajaan awl di Asia Tenggara.

Bandingkan faktor-faktor perkembangan kerajaan agraria dengan maritim dalam tamadun awal di Asia
Tenggara.

(15 markah)

Sebelum kita membandingkan faktor-faktor perkembangan kedua-dua kerajaan, kerajaan maritim dan
agraria. Faktor-faktor perkembangan kerajaan agraria adalah kedudukan yang strategik, kaedah
pengairan yang sistematik, kemampuan untuk menyediakan bekalan makanan, mempunyai banyak hasil-
hasil hutan, kemudahan pengangkutan dan perhubungan, peranan raja atau pemerintah, kemudahan
dan sumber bekalan dari sungai, hasil sampingan, kepergantungan daripada kerajaan maritim dan
berupaya untuk mengawal banjir. Faktor-faktor perkembangan kerajaan maritim pula adalah lokasi dan
kedudukan yang stratigik, kemudahan di pelabuhan, laluan perdagangan yang selamat, pusat
pengumpulan dan pelabuhan serta kemahiran membina kapal dan ahli pelayaran.

Dari segi persamaan faktor perkembangan, kerajaan agraria dan maritim memiliki lokasi dan
kedudukan yang strategik. Kerajaan agraria berkedudukan di lembah sungai yang subur, keradaan
geografi yang rendah dan rata sesuai untuk pertanian. Tambahan pula iklim yang panas dan lembap
sepanjang tahun sesuai untuk kegiatan pertaniaan. Manakala pula, kerajaan maritim muncul dengan
pelabuhan yang dikaitkan dengan kedudukan geografi yang terletak di kawasan persisiran pantai atau
kawasan-kawasan sungai yang berhampiran dengan laluan pedagang sama ada Laut China Selatan, Selat
Melaka, Selat Sunda, Laut Jawa atau Laut Sulawesi.
Kedua-dua kerajaan pula mengunakan peranan golongan-golongan tertentu. Hal ini sangat membantu
kedua-dua kerajaan ini untuk berkembang maju. Misalnya, kerajaan agraria mengunakan peranan
pentadbir atau raja manakala pula kerajaan maritim pula mengunakan peranan orang laut. Oleh yang
demikian, kerajaan agraria mengunakan peranan pentadbiran atau raja untuk bertanggungjawab kepada
kemajuaan sektor pertanian. Sebagai contoh, pembinaan sistem pengairan, kawalan keatas pengeluar
hasil, permasaran dan kawalan ke atas tanah pertanian. Kerajaan maritim pula mengunakan peranan
orang laut untuk menjaga keselamatan para pedagang dan perlabuhan daripada ancaman lanun.

Dari segi keistimewaan pula, kita lihat dari sudut kebergangtungan kedua-dua kerajaan. Kerajaan
agraria bergangtung kepada hutan dan sungai. Dalam pada itu, kerajaan maritime bergantung kepada
persisiran pantai atau kawasan-kawasan sungai yang berhampiran dengan laluan pedagang. Karajaan
agrarian mengunakan keistimewaan sungai tersebut untuk kemudahan dan sumber bekalan dari sungai
serta kemudahan pengangkutan dan perhubungan air. Seterusnya kerjaan maritime mempergunakan
kawasan persisiran pantai atau kawasan-kawasan sungai yang berhampiran dengan laluan pedagang
sebagai laluan perdagang yang selamat. Tambahan pula dengan bantuan orang laut.

Di samping itu, kemahiran yang terdapat dalam kedua-dua kerajaan tidak dipersiakan. Kerajaan agraria
memiliki kemahiran kaedah pengairan yang sistematik dan berkeupayaan untuk mengawal banjir.
Antaranya adalah seperti penciptaan takungan air pada musim hujan dapat membekalkan keperluan air
sepanjang tahun untuk tanaman padi dan minuman terutama pada musim kemarau. Tanaman padi
dapat diusahakan sepanjang tahun. Kerajaan maritim pula memiliki kemahiran membina kapal dan ahli
pelayaran. Mereka mampu membina kapal dagang dan kapal perang. Hal ini membolehkan mereka
belayar ke wilayah-wilayah yang lebih jauh untuk berdagang. Kapal-kapal yang dibina amat kukuh dan
tahan daripada pukulan ombak kerana kayu yang digunakan adalah dibekalkan oleh kerajaan yang
berhampiran kerajaan agraria. Sejarah membuktikan orang-orang Melayu sudah memjadi peneroka laut,
pelayar dan pedagang yang mahir tentang selok-belok kelautan. Mereka mahir dalam menentukan
kejadian alam berdasarkan pemerhatian bintang di langit seperti rebut taufan dan puting beliung.

Akhir sekali, perkembangan kedua-dua kerajaan adalah daripada kesepakatan mereka untuk saling
memerlukan. Ini bermaksud kemajuaan dan perkembangan kerajaan maritim amat bergantung kepada
sokongan dan bantuan daaripada kerajaan agraria dan begitu juga sebaliknya. Kerajaan maritim
bergantung kepada kerajaan agraria untuk memperoleh barang dagangan terutama beras sebagai
eksport utama, hasil hutan dan hasil pertanian. Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim
untuk mendapatkan barang mewah daripada pedagang India, China dan Arab seperti tembikar, barang
kaca, tekstil dan senjata. Kerajaan maritim bergantung kepada agraria untuk mendaptkan bekalan kayu
yang baik untuk membina kapal-kapal dagang, tukang mahir serta kenderaan seperti gajah.

Pembentukan kerajaan agraria yang agung di Asia Tenggara.


Andaikan anda sebagai seorang pemerintah kerajaan agraria dalam tamadun awal di Asia Tenggara,
bagaimanakah anda dapat membentuk sebuah kerajaan yang agung?

(15 markah)

Seandainya saya sebagai seorang pemerintah kerajaan agraria dalam tamadun awal di Asia Tenggara,
saya akan membentuk kerajaan yang hebat dang teragung. Antara cara yang saya akan gunakan untuk
membentuk kerajaan agraria yang agung adalah mewujudkan sistem saliran yang lebih sistematik.
Saliran air yang sistematik yang lebih teratur dan dalam. Hal ini kerana kepentingannya untuk pertanian
dan perternakan. Dalam pertanian dan perternakan air amat diperlukan. Air disalirkan dari tasik dan
sungai berdekatan. Sebagai contoh, tasik tonle sap. Air ini juga digunakan untuk pemindahan tanaman
dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Air ini juga boleh digunakan untuk mencipta teknologi.
Sebagai contoh, kincir air. Seterusnya, kepentingannya adalah sebagai pengangkutan. Hal ini kerana, ini
boleh menjadi sistem penghubungan dari satu tempat ke tempat lain. Tambahan pula, boleh
mempercepatkan perjalanan dengan pengunaan perahu. Sebagai contoh, sungai Mekong. Selain itu, air
juga menjadi sumber kehidupan seharian masyarakat saya. Dengan adanya system ini rakyat boleh
mendapat air dengan mudah. Seperti, memasak dan mandi. Tidak perlulah mereka pergi ke tasik atau
sungai yang jauh.

Seterusnya, saya akan melakukan perubahan dasar-dasar ekonomi yang lebih maju dan sistematik
terhadap kerajaan saya. Antaranya. Saya akan melaksanakan pengunaan mata wang. Maka, system
barter yang diamalkan selama ini ditukarkan dangan system mata wang. Kebaikannya adalah
memudahkan urusan pedagangan dari dalam dan luar Negara. Mata wang menjadi pengukuran nilai
barang dagangan dan pengiraan hasil Negara yang lebih tepat. Malahan, saya akan menukarkan sara diri
kepada komesial. Ia dapat memberi kebaikan dari segi meningkatkan ekonomi kerajaan serta
mempertingkatkan dan memperbesarkan kawasan pedagang serta pertanian dan perternakan.

Lain daripada itu, saya akan menjalankan hubungan diplomatik untuk membangunkan kerajaan saya
yang agung. Antaranya adalah, kerajaan saya perlu menjalankan hubungan dari segi politik supaya
menjamin keselamatan & keamanan negara. Selain itu, kerajaan agrarian yang saya miliki perlu
menjalankan hubungan diplomatic dari segi ekonomi. Terutama sekali dangan kerajaan terdekat,
kerajaan maritime. Hal ini kerana kerajaan maritime dan agrarian saling memerlukan sumber dari satu
sama lain. Ini juga mampu meningkatkan hasil Negara. Kadar kebajikan rakyat akan meningkat.
Tambahan pula , kerajaan maritime boleh dan akan membina lebih banyak pertempatan-pertempatan
dikawasan kerajaan saya. Secara tidak langsung hubungan sebegini akan memajukan kawasan setempat
kerajaan saya.

Kejayaan Negara Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju dalam sektor pertanian.
Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kejayaan Malaysia sebagai Negara maju dalam sektor
pertanian.

(10 markah)

Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, kejayaan Malaysia sebagai Negara yang maju dalam sektor
pertanian didorong oleh pengurusan sektor pertanian yang teratur. Menyedari peluang dan potensi
untuk membangunkan sektor ini, Kerajaan telah membangunkan sektor pengeluaran makanan atau
sektor agro-makanan agar ia berdaya saing dan boleh menyumbang kepada pendapatan negara. Usaha
untuk mentransformasikan sektor ini merupakan satu cabaran yang amat besar memandangkan ia bukan
sahaja melibatkan perubahan gaya pelaksanaan aktiviti pertanian daripada pendekatan tradisional
kepada pengaplikasian teknologi terkini, malahan ia turut memerlukan anjakan minda masyarakat untuk
meninggalkan stigma bahawa pertanian merupakan aktiviti yang mundur dan tidak membawa
keuntungan

Kementrian perusahaan perladangan dan komoditi dan kementerian pertanian dan asas tani diberi
amanah bagi mempergiatkan kegiatan pertanian & penternakan di Malaysia. Kementerian perusahaan
perladangan dan komoditi adalah bertanggungjawab terhadap pembangunan sektor komoditi utama
negara. Sektor perusahaan perladangan dan komoditi merangkumi penanaman dan penghasilan minyak
sawit, getah, kayu, koko lada dan tembakau. Pada tahun 2006, nilai eksport bagi komoditi dan produk
berasaskan komoditi adalah RM76.50 billion, menyumbang 12.91 peratus kepada jumlah eksport
Malaysia bagi tahun berkenaan. Sektor ini telah menyumbang lima peratus kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) negara. Sektor perusahaan perladangan dan komoditi terus berkembang menjadi
sektor yang dinamik, kukuh dan menjadi sektor asas kepada kekukuhan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Ia turut menyumbang kepada Produk Berasaskan Domestik (GDP), sektor pekerjaan dan pendapatan
eksport serta meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Selain daripada itu, sektor ini juga
memberikan banyak peluang dan telah berkembang bermula daripada proses pengeksportan bahan
mentah kepada penghasilan barangan separuh siap, barang telah diproses dan barang siap, di samping
menghasilkan lebih produk nilai tambah bagi meningkatkan pasaran. Kementerian Pertanian wujud
sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pertanian (termasuk
perikanan dan ternakan) pada tahun 1978. Terdahulunya semua urusan atau aktiviti pertanian
dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Pertanian sejak tahun 1905. Selepas pembentukan kabinet
pada 27 Mac 2004, Kementerian Pertanian telah bertukar kepada Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani (MOA). Dengan struktur organisasi yang mantap, MOA bersama sebelas (11) Jabatan dan
agensi di bawahnya menggembleng seluruh pemikiran dan tenaga organisasinya secara terancang dan
bersepadu untuk merealisasikan visi nya sebagai “Peneraju Transformasi Pertanian’ dan ke arah
pencapaian matlamat utama Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan Rancangan Malaysia ke
Sembilan. Antaranya adalah MARDI. MARDI ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan mengiatkan
teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini
bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan, dengan itu memodenkan sektor pertanian
selain meningkatkan pulangan petani. Seterusnya, RISDA. Dengan pelancaran RISDA, nyatalah bahawa
Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu
sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara. Kemudian, FELDA. FELDA adalah satu
agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke
kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Skim-skim FELDA
hanya dikhaskan untuk orang Melayu yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Selain itu,
FELCA. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-
penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf
hidup dan nilai kehidupan mereka. Di samping itu, MPOB juga agensi yang membantu. Lembaga Minyak
Sawit Malaysia (MPOB) adalah sebuah agensi utama kerajaan yang dipertanggunjawabkan meneraju dan
membangunkan industri sawit negara. MPOB berperanan penting dalam mewujudkan objektif, polisi dan
keutamaan negara bagi memastikan perkembangan industri ini dengan sempurna dan teratur.

Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang

maju dalam sektor pertanian.

a) Jelaskan cabaran yang dihadapi dalam menjadikan Malaysia sebagai Negara yang maju dalam
sektor pertanian. (5m)

b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5m)

(10 markah)

(a) Negara kita amat berpotensi tinggi untuk menjadi Negara yang maju dalam sektor pertaniaan.
Namun, masih terdapat beberapa cabaran yang harus dihadapi dalam menjadikan Malaysia sebagai
Negara yang maju dalam sektor pertaniaan. Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia adalah
kekurangan tenaga buruh. Pembangunan sektor pertaniaan semakin sukar dijalankan kerana Negara
menghadapi kekurangan tenaga buruh. Hal ini kerana ramai golongan belia kurang berminat bekerja di
sektor pertanian dan peladangan.mereka labih terarah kepada perkerjaan yang terdapat di Bandar-
bandar. Kebanyakan tenaga buruh pula sudah tua. Seterusnya, cabaran Malaysia menjadi Negara maju
dalam sektor pertaniaan adalah kekurangan pengetahuan dan pengalaman. Kebanyakan pertani di
Negara ini kurang berpengetahuan dan pengalaman terutamanya tentang teknik-teknik pertanian secara
moden dan komesial. Di samping itu, cabaran bagi Malaysia untuk menjadi Negara maju dalam sektor
pertanian adalah kurangnya teknologi yang lebih maju dan berkualiti. Masih banyak lagi masyarakat kita
mengunakan pertanian secara tradisional. Ini kerana pertani tempatan atau secara kecil-kecilan tidak
mampu membeli jentera atau mesin yang lebih berteknologi.

(b) Antara langkah bagi mengatasi cabaran Negara kita untuk menjadi Negara maju dalam sektor
pertaniaan adalah dengan mengunakan teknologi bagi mengurangkan masalah kekurangan tenaga
buruh. Kekurangan tenaga buruh ini juga boleh dikurangkan dengan mengambil penganggur-penganggur
Negara kita untuk berkerja. Seterusnya, cabaran dalam kekurangan pengetahuan dan pengalaman petani
boleh dibantu dengan menghantar anak bangsa kita belajar kemahiran pengetahuan tentang cara dan
teknik yang terbaik untuk memajukan tanaman dan perladangan. Anak bangsa yang dihantar belajar
didalam mahupun diluar Negara harus pulang ke Negara kita semula dan memberi idea pertanian terbaik
kepada masyarakat kita. Cabaran ini juga boleh diselesaikan dengan menghantar mereka yang pakar
tentang pertanian dan perladangan ke kawasan-kawasan yang aktif dalam sektor pertanian. Mereka yang
pakar ini perlu memberi ceramah dan perkongsian tentang cara-cara memajukan pertanian dan
perladangan. Disamping itu, kekurangan teknologi dapat dielakan dengan mengadakan program yang
berasaskan inovasi. Hal ini dapat membuka pemikiran rakyat kita untuk berfikiran luar dari kotak.

Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism daripada kerajaan awal demi memajulan Negara kita.

Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism daripada kemajuan kerjaan awal yang boleh diterapkan
demi memajukan Negara kita dalam sektor pertanian.

(10 markah)

Melalui apa yang saya dapat dalam melihat kemajuan kerajaan awal, nilai-nilai murni/iktibar/patriotism
yang boleh diterapkan demi memajukan Negara kita dalam sektor pertanian adalah nilai saling
membantu dan berkerjasama. Seperti yang kita ketahui, kerajaan awal, agraria dan maritim saling
memerlukan untuk kemajuan kerajaan mereka. Kerajaan awal juga saling berkerjasama untuk
memajukan dan kelancaran pentabiran kerajaan mereka. Sebagai contoh, orang laut berkerja dan
memberi kerjasama dengan pentabir mereka untuk menjaga keselamatan laluan pedagangan. Begitu
juga Negara kita Malaysia, Negara kita melakukan hubungan diplomatik dengan Negara luar bagi
meningkatkan ekonomi mahupun pertanian Negara kita begitu juga sebaliknya Negara luar. Rakyat
Malaysia juga memberi kerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi memajukan Negara. Sebagai contoh,
memajukan pertanian yang boleh dijadikan perniagaan dan secara tidak langsung akan meningkatkan
ekonomi Negara. Seterusnya, kita juga perlu memiliki kretif dan inovatif bagi memajukan diri dan lebih
lagi sebuah kerajaan yang besar. Kerajaan awal, kerajaan maritim dan agraria, kedua-duanya memiliki
kretiviti dan inovasi. Misalnya, kerajaan agraria dengan kretiviti dan inovasi mereka, mereka dapat
mencipta saliran yang baik. Kerajaan maritim dengan kretiviti dan inovasi mereka, mereka dapat
kepakaran laut dan perkapalan juga memiliki tempat penyimpanan barang dagang. Kerajaan Malaysia
juga harus mempergiatkan kretiviti dan inovasi bagi mengasah para pertani dan pengusaha untuk maju.
Sebagai contoh, Malaysia perlu mempergiatkan program inovasi kepada rakyat terutama pertanian.
Disamping itu, kerajaan awal mengamalkan sifat yang gigih berusaha. Kerajaan awal menggunakan
kedudukan geografi, kepakaran dan kemahiran setiap rakyatnya untuk memajukan kerajaan mereka.
Malaysia juga boleh mengambir iktibar ini bahawa Negara kita berada dikedudukan geografi yang baik,
tanah yang subur dengan cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun untuk memajukan sektor
pertanian. Nilai murni, iktibar dan patriotism yang terdapat pada kerajaan awal yang berguna kepada
Malaysia bagi memajukan sektor pertanian.

Rumusan.

· Pengetahuan yang diperoleh.

· Iktibar kepada diri,bangsa dan Negara.

· Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.

(5 markah)

Pengetahuan yang saya perolehi adalah kemajuan Malaysia dalam sektor pertanian dan perternakan.
Kerajaan Malaysia memiliki pentadbiran yang baik dalam pengurusan sektor pertanian Negara yang
membantu memajukan sektor tersebut.negara kita juga berpeluang cerah untuk lebih maju dalam sektor
terbabit. Iktibar kepada diri, Negara dan bangsa adalah kita perlu mengambil peluang yang ada untuk
memajukan sector pertanian Negara kita. Dengan keistimewaan Malaysia yang pelbagai, kita perlu lebih
berdaya saing agar peluang yang tersedia didepan mata perlu direbut. Harapan untuk masa depan
ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang adalah kerajaan Malaysia perlu memberi peruntukkan kepada
rakyat untuk membantu memajukan ekonomi Negara. Ini dapat memberi peluang yang jelas untuk
rakyat membuka medan baru dalam sektor tertentu. Sebagai contoh, sektor pertanian dan perniagaan.
Saya juga berharap rakyat Malaysia bangkit dan memajukan diri dengan pemikiran yang positif dan
inovatif kearah kejayaan diri sendiri, Negara dan bangsa untuk melihat masa depan ekonomi Negara
yang cerah. Saya juga berharap hubungn diplomatik Negara kita dengan rantau dunia baik. Hubungan
yang baik ini dapat membawa lebih banyak pelabur-pelabur luar/asing ke Negara kita dan akan
memajukan ekonomi Negara

Anda mungkin juga menyukai