Kisah Nabi Adam Dalam Syurga PDF
Kisah Nabi Adam Dalam Syurga PDF
Bismillahirrahmanirrahim..
Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang arif lagi
bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang dihormati sekalian.
Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan sebuah kisah al-quran iaitu
Kisah Nabi Adam di dalam Syurga.
Pantun;
Sudah termaktub bahawa keadaan di dalam Syurga Allah SWT amatlah penuh dengan keindahan
yang sempurna. Tiada cacat cela dan kekurangan. Maka dengan kehendak Allah SWT dan dengan
kekuasaan yang Maha Kuasa menjadikan Nabi Adam sebagai penghuni syurgaNya, manusia
pertama yang dicipta daripada tanah.
Ya, manusia dijadikan oleh Allah SWT , sebaik-baik makluk ciptaan-Nya. Namun sayangnya, kini,
kita dapati bayi-bayi dibuang di sana sini. Selain itu, berlaku juga pemerdagangan bayi.
Sesungguhnya Allah SWT telah mengarahkan para malaikat, iblis dan semua isi syurga supaya sujud
hormat kepada Nabi Adam. Namun, Iblis enggan menuruti perintah Allah swt itu. Maka jadilah Iblis
sebagai makhluk yang dilaknat oleh Allah swt.
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi
Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur,
dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
Dengan penciptaan Nabi Adam ini, ia menimbulkan kebimbangan kalangan malaikat. Namun, Allah
swt menyatakan kepada mereka bahawa Allah swt Maha Mengetahui apa yang dilakukan.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu
dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang
akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku
mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Kini, kita saksikan bahawa sifat takabur dan bangga diri telah banyak menjatuhkan diri sendiri
contohnya para pemimpin dunia ramai yang bersifat takabur telah jatuh kerajaannya.
Pengajarannya, kita jangan bongkak dan takabur dan jangan buruk sangka terhadap orang lain.
Sesungguhnya kehidupan Nabi Adam di dalam syurga telah dikurnia ilmu pengetahuan dan para
Malaikat merasa takjub dengan ilmu baginda. Baginda mengetahui semua nama benda. Malaikat
amat menghormati Nabi Adam.
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain
dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui,
lagi Maha Bijaksana".
Nagara kita Malaysia pada masa ini dalam keadaan aman damai dan kita mesti bersyukur.
Pengajarannya, kita wajib menanamkan sifat syukur atas nikmat dari Allah swt ini.
Ketika Nabi Adam berada di syura yang penuh dengan kenikmatan yang sempurna, baginda masih
merasa sunyi. Maka, Allah swt telah menciptakan Hawa sebagai isterinya yang diambil dari tulang
rusuk Nabi Adam. Maka, baginda pun tidak merasa sunyi lagi selepas itu.
Allah swt juga melarang Nabi Adam dan isterinya daripada memakan buah khuldi.
Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah
dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri
pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang
yang zalim".
Kini, kita dapati kes penceraian semakin meningkat dalam negara kita.
Pengajarannya, kita hendaklah sentiasa mewujudkan kasih dan sayang dalam kehidupan kita.
Untuk mengakhiri kisah ini, Nabi Adam dikeluarkan oleh Allah swt dari syurga kerana tipu daya
Iblis. Baginda dan isterinya diperdaya memakan buah khuldi.
Pada hari ini, syirik dan murtad serta gejala sosial semakin membimbangkan kita semua.
Oleh itu kita mesti kuatkan iman dan bertekad jangan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan.