Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN KEBERADAAN PELAJAR

( KEHADIRAN PELAJAR KE SEKOLAH MULAI JAN 2018 HINGGA MEI 2018)

SEKOLAH MENENGAH TUNKU ABD RAHMAN,NIBONG TEBAL,SPS


KOD SEKOLAH : PEE 4037

BULAN JAN FEB MAC APRIL MEI


PERATUS
KEHADIRAN 91.61 79.82 88.80 86.19 84.62
(%)

Antara punc-punca kemerosotan kehadiran pelajar ke sekolah dari bulan Januari


hingga Mei 2018:

1. Hampir 95% pelajar sekolah ini adalah terdiri daripada kaum Cina dan didapati
daripada hasil selidikan, 60 % ibubapa / waris terlibat dalam bidang perniagaan.
Maka terdapat sebilangan pelajar yang membantu ibubapa/waris dalam urusan
perniagaan dan ambil kesempatan ponteng sekolah.

2. Hasil tinjauan , di dapati bahawa 30% pelajar bekerja selepas waktu sekolah.
Keletihan bekerja menyebabkan pelajar ponteng sekolah pada hari berikutnya.

3. Pada hari- hari tertentu yang ada majlis rasmi sekolah, pelajar mengambil
kesempatan untuk tidak hadir ke sekolah. Juga pada hari-hari perayaan tertentu
sepeti Tahun Baru Cina atau perayaan kebudayaan kaum, pelajar ambil
kesempatan untuk tidak hadir ke sekolah. Ini dapat di lihat dengan jelas pada
peratus kehadiran pada bulan Februari iaitu kemerosotan kehadiran sepanjang
musim perayaan Tahun Baru Cina.

4. Sikap pelajar yang tidak pentingkan pelajaran juga meyumbangkan kepada


kemerosotan kehadiran. Di dapati hampir 30% pelajar adalah dari kelas
peralihan.Mereka lemah dalam penguasaan BM serta tidak fasih dalam Bahasa
Melayu.Oleh kerana tidak dapat ikuti PdPc dalam BM , maka ada sebilangan kecil
ponteng sekolah untuk pergi ke Pusat Permainan Internet yang berdekatan.

Antara langkah intervensi yang di ambil oleh pihak sekolah adalah seperti
berikut:

1. Menjalankan Program Sayangi Sekolah oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

2.Memberi taklimat kepada pelajar tentang kepentigan hadir ke sekolah pada


perhimpunan sekolah.

3.Meminta guru tingkatan menghubungi ibubapa/waris apabila pelajar tidak


hadir sekolah melebihi 2 hari.

4. Menjalankan Program CAKNA iaitu suatu program yang di jalankan oleh PIBG
untuk penguasaan BM bagi pelajar yang lemah dalam Bahasa Melayu.

Di sediakan oleh,
Magisperan A/L Muthiah
PK HEM SMKTAR

Anda mungkin juga menyukai