Anda di halaman 1dari 4

9. Anda tidak dapat mengingati semula apa yang anda tidak fahami.

Bincangkan

pelbagai cara yang mana individu berkemungkinan memahami wacana, dan

bagaimanakah mungkin mereka mengingati semula apa yang telah mereka dengari.

Wacana merupakan satuan bahasa dengan keteraturan fikiran (coherence) dan

tetenunan (cohesion) yang berkesinambungan serta mempunyai awal dan akhir yang nyata

disampaikan melalui lisan atau tulisan. Menurut Beaugrande (1980), wacana adalah

penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam situasi komunikasi. Hal ini turut disokong oleh

Brown &Yule (1989) bahawa wacana merupakan istilah teknikal untuk merujuk rekod

pertuturan dalam lakuan komunikasi. Oleh itu, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan

untuk seseorang individu untuk memahami wacana baik dalam bentuk tulisan mahupun

lisan..

Misalnya, melalui komunikasi lisan. Komunikasi lisan adalah asas interaksi antara

satu individu dengan individu atau antara kumpulan dengan kumpulan yang lain. Terdapat

beberapa komponen komunikasi lisan yang terdiri daripada suara atau bunyi, perkataan,

percakapan dan 24 bahasa. Menurut Skinner (1972, dalam Zamri, 2007) komunikasi lisan

memberi makna bahasa lisan sebagai suatu perlakuan dimana pola-pola bunyi tertentu yang

dihasilkan akan menggerakkan seseorang itu untuk melakukan sesuatu. Komunikasi lisan

adalah interaksi tutur kata secara timbal balas di antara penutur dan pendengar dalam

memahami dunia pendengar dengan lebih jelas. Jadi, Komunikasi lisan boleh disampaikan

dengan lebih jelas mengenai perasaan tertentu seperti sayu, gembira, terharu, geram, takut,

sakit hati dan sebagainya. Pendengar tidak rasa keliru kerana mesej yang disampaikan adalah

menggunakan bahasa yang mudah difahami. Selain itu komunikasi lisan banyak

menggunakan bahasa atau analogi yang mudah dan difahami oleh pendengar seperti

penggunaan metafora, kiasan, perbandingan dan pepatah. Namun, komunikasi lisan yang
berkesan ialah penutur harus berada dalam keadaan yang tenang dan dengan nada yang

sesuai.

Seterusnya, adalah melalui cara yang disampaikan melalui komunikasi bukan lisan

(Nonverbal Communication). menurut Ruesch dan Kees (Knapp 1972), ia boleh dibahagikan

kepada lima kategori iaitu a) isyarat yang mempunyai kaitan dengan ruang dan waktu, b)

pergerakan tangan, c) air muka, d) nada suara dan e) cara berpakaian atau pakaian yang

dipakai. Ekman & Friesen (1975) pula telah mengkategorikan komunikasi bukan lisan kepada

lambang atau simbol sebagai isyarat tanpa lisan, pengilustrasian sebagai isyarat disertai lisan,

pemaparan rasa yang menunjukkan emosi dari air muka, pengawal (regulator) iaitu

pengawalan aliran berkomunikasi (giliran bercakap) dan penyesuaian iaitu adaptasi diri

dengan situasi. Selain itu, Berko, Wolvin & Wolvin (1992) yang merupakan pakar linguistik

telah bersepakat bahawa komunikasi bukan lisan memberi impak terhadap sesuatu mesej. Ia

adalah meliputi kumpulan faktor-faktor seperti gerak isyarat, pembawakan diri, pergerakan

mata, cara berpakaian dan cara pergerakan yang di panggil ‘cluster’. Setiap satu isyarat dalam

komunikasi bukan lisan memberi satu makna. Sebagai contoh meletakkan tangan bersilang di

atas dada membawa maksud seseorang itu ialah seorang yang dingin atau kurang

berperasaan. Sebaliknya menyilang tangan di atas dada sambil membeliakkan mata dan

memandang dengan mata yang tajam ke arah seseorang mungkin menunjukkan seseorang itu

sedang marah (Berko, Wolvin & Wolvin,1992). Jadi, melalui cara-cara berdasarkan

komunikasi bukan lisan juga dapat membantu seseorang individu untuk memahami sesuatu

wacana.

Selain itu, seseorang individu dapat mengingati semula apa yang mereka dengari

melalui pelbagai cara antaranya ialah melalui pengulangan. Misalnya, mengulangi ucapan

sendiri atau ucapan pasangan. Di antara fungsi-fungsi pengulangan adalah bercakap sendiri

(monologue), bercakap dengan pasangan atau beramai (dual or collective monologue),


bertukar-tukar pendapat tentang informasi yang diperoleh dan membuat kritikan (menyanjung

diri sendiri dan tidak menghargai orang lain). Pengulangan (echolalia) di dalam Piaget (1958)

memberi makna pengulangan yang dilakukan secara suka-suka dan tanpa niat untuk bercakap

dengan orang lain. Contohnya, bayi yang baru lahir boleh menyebut satu perkataan, sentiasa

mengulang-ulang menyebut perkataan yang baru diperolehnya. Menurut Potts, Cocking,

Carlson dan Copple (1979), pengulangan adalah proses menyebut apa yang telah disebut

beberapa kali. Jadi melalui pengulangan proses untuk mengingati semula lebih mudah

dilakukan apabila sesuatu maklumat yang diingini diperlukan dalam satu-satu masa tertentu.

Walaubagaimanapun, bagi pengulangan yang dimaksudkan oleh Faerch dan Kasper (1983)

lebih inovatif dan berfungsi. Faerch dan Kasper memberi tiga fungsi pengulangan yang

berbeza iaitu sebagai:

1.Pertanyaan untuk mendapatkan jawapan,

Contohnya:

A: pada suatu hari, perempuan sihir itu...

B: perempuan sihir?

2. Memperkuatkan keterangan yang baru,

Contohnya:

A: Jatuh, tahulah jatuh

B: Dia lah jatuh

3. Untuk membimbing rakan melalui sesuatu aktiviti,

Contohnya:

A: puteri salji tu
B: puteri salji...tak nampak pun

A: perempuan sihir tu

B: perempuan sihir lepas tu...

Jadi fungsi pengulangan bukan sahaja untuk mengingati semula apa yang didengari,

sebaliknya turut membantu seseorang individu lebih memahami sesuatu wacana yang

disampaikan.

Anda mungkin juga menyukai