Anda di halaman 1dari 2

DEFINISI PENDEKATAN KONTEKSTUAL

Model pedagogi atau pendekatan kontekstual adalah berdasarkan kepada konteks yang
akan membolehkan pelajar mengguna pengetahuan lampau bagi menghasilkan
pembelajaran bermakna (Wilkinson, 1999).

Berdasarkan model pedagogi pendekatan kontekstual yang dikemukakan oleh Wilkinson


(1999), konteks akan memandu pengajaran yang bermula daripada pengetahuan pra atau
pengetahuan sedia ada. Pengetahuan lampau yang dibawa oleh pelajar sebelum
pengajaran menjadi landasan bagi memperolehi pengetahuan baru selepas mengikuti sesi
pengajaran.

Konteks digunakan untuk menimbulkan pelbagai pengetahuan sepanjang proses


pengajaran dan pembelajaran. Guru, pelajar dan buku teks berperanan sebagai sumber
kemasukan data untuk penyediaan konteks dalam pengajaran.
DEFINISI PENDEKATAN KONTEKSTUAL
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Center for Occupational Research
and Development (1999), pengajaran kontekstual dapat dilaksanakan
dengan menggunakan lima strategi (REACT) iaitu strategi
menghubungkait, strategi mengalami, strategi menggunakan, strategi
bekerjasama dan strategi memindahkan.

Anda mungkin juga menyukai