Anda di halaman 1dari 27

Pendahuluan

• Keindahan karya seni khat lukisan kontemporeri merupakan


khazanah Islam yang terus dikembangkan di masa moden ini.

• Karya-karya seni khat Islami yang dihasilkan di berbagai Negeri


dan Provinsi di Indonesia dan Malaysia telah banyak menjadi
warisan khazanah seni yang berkembang luas ke seluruh pelosok
Asia Tenggara.

• Seni khat lukis ini memiliki ciri tertentu diaplikasikan di pelbagai


medium seni dan teradaptasi melalui bentuk-bentuk seni khat
lukisan yang pelbagai termasuklah lukisan khat kontemporeri.

• Penyatuan budaya Arab dengan budaya setempat dapat


menjadikan tulisan khat membentuk corak adaptasi sama ada
model, bentuk, warna mahupun tulisannya tetapi tetap selalu
bersumberkan al-Quran dan al-Hadith atau kata hikmah.
Sekilas Seni Khat Lukis Kontemporeri
• Perkembangan seni ini telah banyak diminati di seluruh pelosok
dunia dengan pelbagai bentuknya yang menjadikan umat Islam
harus menonjolkan hasil seni rupanya yang bernilai tinggi
sehingga dapat menunjukkan kehebatan seni dan budayanya.

• Seni ini disalurkan berdasarkan perubahan-perubahan yang


berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai kerohanian yang ada
dalam ajaran Islam selaras dengan latar lukisan yang digunakan.

• Kreasi mengola seni lukisan sangat mempengaruhi asas


pengembangan aktiviti ataupun kreativiti kesenian bagi umat
manusia sejagat termasuk seniman di Nusantara.

• Seni khat lukis kontemporeri di Nusantara telah menggunakan


pelbagai medium sangat perlu dikemukakan sebagai dimensi dan
coraknya berbantukan bakat semulajadi dengan sokongan
teknologi maklumat sesuai perkembangan semasa dan zaman.
Peta Nusantara
Peta lndonesia
Peta Malaysia
Pengertian dan Definisi
• Pengertian seni khat lukis dapat di lihat dalam dua sisi makna iaitu dari segi
hahasa (etimologi) yang menurut Kamus Dewan (1989: 1169) bermakna
halus (kecil, elok) nipis dan halus. Dalam bentuk karya (sajak, lukisan,
musik dll) yang dicipta dengan melalui bakat kepandaian dari sesuatu
ciptaan.

• Orang yang memiliki kemahiran untuk mencipta sesuatu yang luar biasa.
Dalam bahasa Inggerisnya ialah ‘Art’ bermakna halus, tipis dan damai.

• Kesenian merupakan aktiviti seni yang berkaitan dengan seni, keindahan


dan kehalusan. Semua ini tidak ada lain melainkan membawa maksud nilai
halus, indah, suci, berguna dan bermanfaat bagi manusia (Nik Hassan
Suhaimi, 2000: 289).

• Pengertian terminologi, seni ialah segala yang halus dan indah lagi
menyenangkan hati serta perasaan manusia, apakah ia merupakan sama
ada hasil ciptaan Allah SWT mahupun yang dihasilkan oleh fikiran,
kemahiran, imaginasi, dan perbuatan seorang manusia (Abdul Ghani
Samsudin, 2001: 3).
Falsafah Seni Khat Lukis

• Seni khat merupakan bentuk kreativiti berbentuk


geometrik dan arabisque.
• Ukuran-ukuran tertentu menurut kadar tegak,
tebal, nipis, panjang, pendek, condong, bulat,
lonjong serta bentuk-bentuk anatomi hurufnya
yang seimbang yang dilakarkan melalui lukisan.
• Corak seni lukisan memiliki ciri dan aliran
dengan bentuk tersendiri yang dilukis oleh
senimannya dengan menggunakan bahan dan
medium seni tertentu.
Pelbagai Jenis Seni Khat & Jawi
Aliran Jenis Seni Khat Komtemporeri
Tradisional
Tipe ini dihasilkan oleh para kaligrafer kontemporeri muslim dalam berbagai gaya dan tulisan yang telah dikenal generasi kaligrafer terdahulu.
Pemakaian kata “tradisional” menunjukan kesenian dengan tradisi khat masa lalu. Pesan-pesan yang lebih ditekankan kepada pengaturan
keindahan dari huruf-hurufnya jika dibandingkan dengan penampilan lukisan khatnya dalam bentuk alam semesta. Meskipun demikian,
terdapat juga kaligrafer tradisional yang melukis khatnya dalam pola dedaunan atau motif-motif bunga dan pola-pola geometris. Namun, kesan
keseluruhan karya kontemporeri para kaligrafer tradisional adalah abstrak.

Figural (Imej)
Khat kontemporeri disebut sebagai “figural” kerana ia menggambungkan motif-motif figural dengan unsur-unsur khat melalui pelbagai cara dan
gaya. Unsur-unsur figural lazimnya terbatas pada motif-motif daun atau bunga yang dilukiskan agar lebih sesuai dengan sifat abstrak kaligrafi
Islam. Figur-figur manusia atau haiwan biasanya jarang ditemukan dalam mushaf-mushaf al-Quran yang ditulis dengan khat tertentu yang
menghiasi masjid atau madrasah. Tipe ini lebih banyak digunakan pada perkakas rumah tangga. Dalam tipe figural, sering terjadi “peleburan”
huruf dalam seni lukis masa lalu dan kontemporeri. Dalam desain seperti ini, huruf-huruf diperpanjang atau diperpendek, melebar, dan
menyelip, atau diperinci dengan perluasan lingkaran, tanda-tanda tambahan dan sisipan lain yang dibuat agar sesuai dengan non-kaligrafis,
geometris, floral, fauna, atau sosok manusia.

Ekspresionis
Khat ekspresionis ini merupakan tipe ketiga seni khat kontemporeri di dumia Islam kini. Gaya ini berhubungan dengan perkembangan utama
dalam estetika Barat. Meskipun para kaligrafer ekspresionis menggunakan “Perbendaharaan Kata” warisan artistik Islam, mereka telah jauh
berpindah meninggalkan contoh kaedah khat yang asli sudah baku sudah digunakan sebelumnya. Dalam khat ekspresionis ini, perlu
diusahakan penyampaian pesan emosional, visual, dan respon pribadi terhadap objek-objek, orang-orang atau peristiwa yang digambarkan
melalui pelukisan senimannya.

Simbolik
Kategori ini sebagai khat kontemporeri yang termasuk khat “Simbolis” dengan memaksakan “penyatuan melalui kombinasi makna-makna”,
peranan huruf-huruf sebagai penyampaian pesan dinafikan. Bukti dari karya semacam ini sangat kentara dalam desain-desain huruf khatnya
yang menggunakan huruf atau kata Arab tertentu sebagai simbol suatu gagasan atau idea-idea yang mereka gunakan. Misalnya huruf sin
diasosiasikan dengan sayf (pedang) atau sikkin (pisau) yang lazimnya disandingkan bersama dengan objek-objek untuk menyampaian “pesan-
pesan khususnya”. Bagi sebahagian kalangan peminat jenis ini, hampir semua huruf boleh diekspresikan secara simbolik, meskipun tidak
disetujui oleh sebahagian lainnya.

Abstraksionis
Gaya ini merupakan juga kaligrafi Islam kontemporeri yang dijuluki “khat palsu” atau “khat kabur mutlak“ kerana menunjukkan corak-corak seni
yang menyamai huruf-huruf atau perkataan-perkataan, tetapi tidak mengandung makna apapun yang dapat dikaitkan dengannya. Dengan
menafikan makna lingustik, huruf-huruf itu hanya menjadi unsur sesuatu corak dan untuk “tujuan-tujuan” seni semata-mata.
Melalui penggunaan unsur-unsur abjad yang berubah-ubah itu, pakar khat abstrak tersebut menggunakan huruf-huruf sebagai corak dan tidak
menggunakannya sebagai unsur-unsur suatu pesan.
CIRI DAN ALIRAN
KREATIVITI SENI KHAT
LUKIS KONTEMPORERI
NUSANTARA
Ciri dan Aliran Seni Khat
Lukis Kontemporeri Nusantara

Seni lukisan khat Jawi kontemporeri dapat menjadikan segala sesuatu yang buruk boleh
menjadi baik, melalui kreativiti karya seni indah yang telah dilakarkan di atas segala
medium dan bahan seni.

Keindahan seni lukisan khat Jawi kontemporeri sebenarnya berdasarkan kepada ciri-ciri
tersendiri dan unik yang mempunyai corak berbeza dengan seni lukis bangsa lain, selain
kerana keindahan bentuk dan bentuknya yang mengikut selera para senimannya.

Seni lukisan khat Jawi kontemporeri sangat erat kaitannya dengan seni kaligrafi Islam
kerana ia merupakan suatu hasil karya yang sering diadaptasikan dengan menghiasi
bangunan-bangunan Islam seperti istana, sekolah, madrasah, surau, masjid, pejabat,
dan sebagainya.

Seni lukisan khat Jawi kontemporeri terdiri daripada pelbagai bentuk dan corak yang
terjalin dengan indah dengan mencakupi lukisan ayat-ayat al-Quran, al-hadis, dan
kata-kata hikmat yang dapat menambat hati dan perasaan setiap manusia.
Seni Khat Lukis Berciri Abstraksionisme
dan Simbolisme

Karya ini merupakan satu koleksi AD. Pirous, lukisan ini bertajuk “Manusia
yang baik” dengan menggambarkan ayat-ayat Allah SWT berbunyi
(Khaerukum anfaukum li al-nas). Karya dilukis atas kanvas pada tahun
1985 dengan bahan mix media.
Seni Khat Lukis Bercorak Tradisionalisme
dan Naturalisme

Karya lukisan khat Jawi Didin Sirojuddin A.R, bertulis seni khat Thuluth
(separoh bulatan) dan Kufi (tengah). Karya ini tersimpan di Bayt al-Quran
dan Muzium Istiqlal TMII, Jakarta Timur, Indonesia
Seni Khat Lukis Berbentuk Surealisme
dan Realisme

Contoh karya seni khat lukis bertulisan Asma allah dan lafaz Allah,
karya ini beraliran surealisme yang dilukis oleh Mohammad Ramli
yang dilukis pada tahun 1982.
Seni Khat Lukis Beraliran
Fauvisme dan Futurisme

Contoh karya beraliran seni khat lukis futurisme yang dilukis oleh Hadi
Masruri seorang seniman dan pensyarah seni khat di Universiti Islam
Negeri (UIN) Sultan Maulana Ibrahim, Malang, Indonesia. Karya ini bertulis
SayajaluLlah ba’da usri yusran.
Seni Khat Lukis Bercorak Romantisme
dan Kubisme

Contoh karya seni khat beraliran kubisme dari karya seorang kaligrafer
Agus Kamal pada tahun 1997. Karya ini bertulisan lafaz Allah dilukis di
atas kanvas dengan cat minyak yang berukutan 60 cm x 50 cm. Karya ini
masuk dalam buku “Perjalanan seni lukis Indonesia” diterbitkan
pada tahun 2004.
Seni Khat Lukis Bernuansa Ekspresionisme
dan Impresionisme

Lukisan seni khat Naskhi yang mengandungi tulisan Subhanallah wa


al-hamdulillah wa la ilaha illa Allah wa la hawla wa lā quwwata illa bi Allah
wa Allahu akbar dengan latar belakang corak batik, hasil karya Amri Yahya
yang berasal dari Palembang dan menetap di Yogyakarta. Karya ini
tersimpan dalam Muzium Istiqlal. Karya seperti ini boleh dijadikan sebagai
studi perbandingan bagi para pelajar yang mengunjungi Bayt al-Quran dan
Muzium Istiqlal ini di TMII Jakarta, Indonesia.
Seni Khat Lukis Berstruktur Konstruktivisme
dan Optikisme

Contoh karya seni khat kufi yang beraliran lukisan konstruktivisme


bertulisan Ya ayyuha allazina amanu iza zukiraLlah wa jilat qulubuhum,
karya ini menyerupai bentuk binaan yang membentuk dari tulisan yang
telah dilakarkan.
Seni Khat Lukis Berperinsif Primitif isme
dan Klasikisme

Contoh karya beraliran seni khat klasikisme dari seniman Hendra Buana,
bertulisan surah Ad-Dhuha. Karya berukuran 150 cm x 130 cm yang ditulis
pada yahun 2016 dengan menggunakan cat akrilik di atas kanvas.
Perbincangan & Analisis
• Ada beberapa temuan ciri dan aliran sebagai hasil analisis
yang didapati bahawa betapa kayanya karya seni khat
lukis kontemporeri bagi masyarakat Islam di Nusantara.
• Sementara dapatan di mana seorang pelukis dapat
menentukan kebebasannya menuangkan imajinasinya
melalui nuansa-nuansa warna yang kaya-raya, bahkan
dapat menemukan pula bentuk-bentuk huruf Arab model
baharu yang berbeza dengan kaedah-kaedah penulisan
lain sebelumnya.
• Seni khat lukis, para pelukisnya berupaya sekuat tenaga
menuangkan pengalaman spiritualnya dalam bentuk
estetika seutuh dan selangkap mungkin.
Kesimpulan
• Sebagai kesimpulan bahwa seni khat lukis kontemporeri merupakan
ekspresi dan kreasi unik yang dipelbagaikan para seniman dalam
segala bentuk ciri dan aliran seni lukisan berlandaskan al-Qur’an dan
al-Hadith.

• Seni khat lukis menggunakan pelbagai bentuk yang berkembang di


Nusantara yang juga dapat dijadikan sebagai titik tolak kemajuan seni
visual dalam peradaban Islam di Asia Tenggara.

• Ada pelbagai teknik dan corak aliran digunakan oleh para seniman
dalam menghasilkan kreasi seni kaht lukisan mereka demi
mewujudkan keindahan model, bentuk, gaya dan corak yang
sempurna.

• Ada ramai seniman dan tokoh seni khat dan lukisan yang
dibincangkan dalam perbahasan ini, salah satunya adalah AD.
Pirous, Amang Rahman Jubair, Didin Sirojuddin AR, Hatta Hambali,
Amri Yahya dan sebagainya.
CONTOH – CONTOH
LAIN SENI KHAT LUKIS
Khazanah Seni Ukiran Kayu
Khazanah Seni Khat Lukisan
Khazanah Seni Khat Lukisan

Anda mungkin juga menyukai