Anda di halaman 1dari 13

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI MULTIMEDIA DUNIA SAINS

DAN TEKNOLOGI TAHUN 3 DI SK MATU BARU KUCHING


SARAWAK

________________________________________________________

1.0 PENGENALAN

1.1 Tajuk perisian : “Tumbuhan”

1.2 Sinopsis :

Projek inovasi multimedia yang bertajuk “Tumbuhan” yang telah


dirancang dengan rapi ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat
yang berguna kepada murid-murid Tahun 3. Menerusi perisian ini, guru
dapat menggunakannya sebagai bahan bantu mengajar dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Menerusi perisian ini juga, murid-murid
dapat diperkenalkan dengan ciri-ciri tumbuhan seperti jenis urat daun,
jenis akar, tumbuhan berbatang kayu dan tidak berbatang kayu,
tumbuhan berbunga dan tidak berbunga, tumbuhan berbuah dan tidak
berbuah, habitat tumbuhan, cara pembiakan tumbuhan dan
kepentingan tumbuhan kepada manusia dan haiwan. Adalah
diharapkan melalui perisian multimedia ini, dapat meningkatkan
pemahaman dan pengetahuan murid-murid tentang tumbuhan.

2.0 MATLAMAT PROJEK

Projek inovasi multimedia ini adalah bertujuan untuk :

1
1) Membina kaedah baru bagi memudahkan pengajaran dan
pembelajaran murid-murid dan guru.

2) Untuk menarik minat murid-murid supaya pengajaran dan


pembelajaran menjadi menarik dan seronok.

3) Mendedahkan murid-murid dengan penggunaan teknologi.

4) Menjadikan pembelajaran lebih bermakna kepada murid-murid.

5) Mempelbagaikan bahan bantu mengajar guru supaya tidak


bergantung kepada bahan maujud dan buku teks sahaja.

6) Memudahkan penyampaian guru dan memberi peluang murid-murid


berinteraksi terus dengan perisian yang dibina.

3.0 OBJEKTIF PROJEK

1) Murid-murid dapat mengenal tumbuhan

2) Murid-murid dapat mengetahui ciri-ciri luaran dan ciri-ciri lain bagi


tumbuhan

3) Murid-murid dapat melihat sendiri bagaimana tumbuhan membiak


melalui biji benih melalui persembahan video.

4) Murid-murid dapat mengetahui jenis-jenis pembiakan tumbuhan.

5) Murid-murid dapat mengetahui habitat bagi tumbuhan.

6) Murid-murid dapat mengetahui kepentingan tumbuhan kepada


manusia dan haiwan.

7) Menyampaikan maklumat melalui pelbagai bentuk media seperti


grafik, bunyi dan video.

2
4.0 TINJAUAN PENULISAN

Penggunaan komputer telah menjadi agenda penting di dalam


pendidikan kita di Malaysia dalam era teknologi maklumat yang serba
mencabar ini. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran telah diiktiraf sebagai salah satu pendekatan pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah sekolah rendah.

Penyampaian pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer


atau teknologi multimedia bermula sejak tahun 2002 apabila PPSMI
(Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris) diperkenalkan. Semenjak dari itu, banyak CD interaktif
dibekalkan di sekolah-sekolah bagi tujuan membantu guru-guru dalam
menyampaikan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan. Maka dengan adanya kemudahan seperti ini, mata pelajaran
sains lebih mudah disampaikan kepada murid dan lebih jelas
penerimaan murid.

Sebelum penggunaan multimedia secara meluas, bahan bantu


mengajar yang kerap digunakan adalah dalam bentuk maujud iaitu
samada dalam bentuk spesimen, model seperti model paru-paru dan
peralatan atau radas sains. Selain guru bergantung kepada buku teks
dan papan tulis semata-mata.

Menurut Vijaya Kumaran KK Nair (1996), multimedia sebagai gabungan


teknologi bunyi, audio, grafik berbentuk statik, animasi dan tayangan
video. Multimedia juga mewujudkan satu situasi pembelajaran yang
berkesan dan menyeronokkan kerana pelajar akan mengingat 20%
daripada apa yang mereka lihat, 30% apa yang lihat dan dengar dan
60% ke 70% daripada apa yang mereka interaksi.

Justeru itu, dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah

3
rendah, multimedia memainkan peranan penting kerana kanak-kanak
memerlukan satu pembelajaran yang menarik bagi memastikan proses
penyampaian PdP lebih berkesan. Bagi memastikan penggunaan
multimedia ini berkesan dalam bilik darjah, aspek-aspek seperti
rekabentuk, grafik, pemilihan, cara persembahan animasi dan
pemilihan warna yang sesuai perlu diambil kira dalam menghasilakn
sebuah perisian multimedia agar proses PdP berjalan dengan lebih
berkesan.

5.0 MODEL REKABENTUK

Analisis keperluan :

- murid-murid berumur 9 tahun ( TAHUN 3)

- menentukan matlamat dan objektif

- mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian

6.0 PENYATAAN MASALAH

Sebenarnya terdapat masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 3


Bestari dan 3 Cekal dalam mata pelajaran Sains bagi tajuk
“TUMBUHAN” ini. Kajian ini memfokuskan masalah murid yang tidak
menguasai kemahiran dalam topik “TUMBUHAN”. Kesilapan yang
sering mereka lakukan adalah kerana:

A. Murid tidak kenal pada jenis-jenis tumbuhan yang mereka tidak


pernah lihat.

4
B. Murid tidak ada pengetahuan dan pengalaman tentang cara
tumbuhan membiak.

C. Murid tidak pernah atau jarang mendengar istilah-istilah sains


seperti spora, keratan batang, batang bawah tanah, urat daun, jejala
dan sebagainya.

D. Murid tidak pernah tahu atau mengambil tahu tentang kepentingan


tumbuhan contohnya mereka tidak tahu kertas diperbuat daripada
pokok.

7.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

7.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan masalah untuk mengenal pasti masalah murid ini adalah


melalui beberapa cara. Di antaranya adalah berikut :

a. Tinjauan dibuat melalui sesi soal selidik dengan murid

b. Melalui lembaran kerja yang diberikan semasa sesi pengajaran dan


pembelajaran di dalam kelas.

7.2 Kaedah Pelaksanaan.

a. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan menggunakan


kaedah tugasan kerja kumpulan.

b. Memberikan penerangan dengan mengguanakan ICT.

c. Latih tubi di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran


dengan menggunakan ICT.

5
8.0 PERANCANGAN PROJEK

MINGGU FASA PERKARA TINDAKAN CATATAN


PERLAKSANAAN

1 Pemilihan Memilih kelas Pemilihan dibuat


FASA AWAL

sasaran yang bakal berdasarkan


menjalani LM kekosongan Bilik
Sains dan tidak
bertindan dengan
kelas malar sedia
ada

6
Merangka Menyusun dan Mendapatkan
Kertas Kerja mengumpul contoh dan
bahan berbincang
sepatutnya dengan rakan-
untuk rakan LM tentang
mempastikan tugasan.
projek berjalan
lancar.
Penetapan Memilih waktu Pemilihan
Jadual Waktu yang sesuai berdasarkan
bersama Guru agar tidak persetujuan
Pembimbing bertindan bersama Guru
dengan waktu Pembimbing untuk
pemantauan mengambil kelas
Guru B dan C
Pembimbing.

Kelas Pilihan:
3 Bestari dan
3 Cekal

7
Memilih Mentelaah Memilih gambar
Standard kandungan yang sesuai dan
Kandungan pembelajaran berilustrasi
sebagai fokus yang sukar menarik perhatian.
isi kandungan untuk Mula mentadbir
CD disediakan dan menyiapkan

FASA ANALISIS
bahan CD interaktif yang
maujudnya dan menarik.
dilihat tidak
mudah dikuasai
murid
berdasarkan
kajian
pengalaman
lepas.
1 Pernyataan Memantau Sasaran diperolehi
masalah penglibatan dengan melihat
penuh untuk kepada murid
kedua-dua kelas. sasaran terdiri
Mencari isu daripada murid
kepada kelas 3 Bestari dan
FASA

keperluan CD 3 Cekal. Pemilihan


Inovasi. isu dilihat ketara
Isu: semasa
PEMBANG

IMPLIKASI
UNAN

Murid tidak pembelajaran


DAN

berminat biasa.
mengikuti
pembelajaran
biasa dan
mereka lemah
4M dan perlu
dibantu.

8
2 Kolaborasi Perbincangan Pemerhatian telah
bersama Guru tentang elemen- dilakukan sebelum
Pembimbing elemen yang memulakan CD.

FASA OPERASI DAN


perlu
dimasukkan

SOKONGAN
dalam CD.
Penggunaan Pemantauan 09 Julai 2014.
CD bersama Guru Seliaan pertama.
Pembimbing
sekaligus
divideokan hasil
penggunaan CD.
3 Refleksi Keberkesanan Lihat perbezaan
penggunaan CD dicatatkan antara dua kelas
dalam dua hari yang berbeza.
penggunaan Bagaimana
impaknya?
FASA OPERASI DAN SOKONGAN

Laporan Catatan dan Meminta


penggunaan dapatan pandangan Guru
penggunaan CD Pembimbing
di drafkan dalam berkenaan
buku catatan. keberkesanan CD
terhadap dua kelas
yang berbeza.
4 Penggunaan Pemantauan 23 Julai 2014.
CD bersama Guru Seliaan Ke 2.
Pembimbing
sekaligus
divideokan hasil
penggunaan CD.
Refleksi Keberkesanan Lihat perbezaan
penggunaan CD dicatatkan antara dua kelas
dalam dua yang berbeza.
penggunaan Bagaimana
impaknya?

9
Laporan Catatan dan Meminta
penggunaan dapatan pandangan Guru
penggunaan CD Pembimbing
di drafkan dalam berkenaan
buku catatan. keberkesanan CD
terhadap dua kelas
yang berbeza.
5 Failkan Semua data Mengumpul
Laporan. yang diperolehi maklumat yang
atau dikenalpasti.
dikenalpasti
semasa
penggunaan CD
difailkan.
6 DAN 7 Mengedit dan Melaksanakan Fail laporan di
OPERASI
FASA

DAN

memperbaiki kerja-kerja tunjukkan kepada


hasil maklumat menyusun Guru Pembimbing.
daripada maklumat.
SOKONGA

penggunaan
CD.
N

8 Penghantaran Semak dan jilid. Siap dan


FASA

Laporan / dipastikan sampai


Kertas kerja ke tangan
PENGHAN

penyelia/
PROJEK
TARAN

Pensyarah
pembimbing.

9.0 TEKNIK PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN


PROJEK INOVASI BERASASKAN MULTIMEDIA

Berikut merupakan langkah-langkah dalam menjalankan pDp dengan


menggunakan multimedia.

10
Langkah 1

a) guru memulakan pDp dengan membuat penerangan berdasarkan


objektif pembelajaran.

b) Guru boleh menggunakan pelbagai jenis media atau BBM bagi


pengajarannya.

Langkah 2

a) guru meneruskan pDp dengan menggunakan pelbagai media


sebagai penghantar sama ada menggunakan ICT atau persembahan
Powerpoint atau mengedarkan lembaran kerja.

Langkah 3

a) dalam langkah ini, guru masih membimbing murid dalam


menyelesaikan atau menyiapkan tugasan yang diberikan.

b) Menjalankan perbincangan di kalangan murid sama ada antara


murid dengan murid atau guru dengan murid.

Langkah 4

a) murid mula terlibat secara lansung dengan menyiapkan atau


melakukan aktiviti yang diarahkan guru secara individu.

b) Guru membuat pemerhatian murid mana yang perlu dan akan


diberikan bimbingan atau pengayaan.

Langkah 5

a) guru boleh membuat penilaian ke atas murid sama ada mereka


telah menguasai objektif pDp pada hari tersebut.

11
b) Murid yang masih lemah ( tidak menguasai ), guru boleh terus
memberi latihan pemulihan.

10.0 ANGGARAN KOS PROJEK

Bil Jenis Alatan / Bahan Jumlah Kos ( RM )


1 Kertas A4 Putih ( 1Rim X RM 9.00 ) 9.00
4 Maker Pen Biru + Hitam + Biru + Hijau 12.00
5 Dakwat Pencetak 100.00
6 Gunting 2.50
7 Photostat Lembaran Kerja 20.00
8 CD DVD ( 6 KEPING X RM 2) 12.00
JUMLAH 155.50

11.0 PENUTUP

Kesimpulannya melalui perisian ini ia dapat membantu murid-murid


Tahun 3 mempelajari dan mengenali Tumbuhan. Perisian ini juga secara
tidak langsung dapat mendekatkan diri murid-murid dengan
penggunaan teknologi. Perisian ini juga dapat membantu guru
mengajar murid-murid dengan lebih mudah dan berkesan selain
menggunakan kaedah lama seperti penggunaan bahan maujud dan
carta. Penggunaan perisian juga menarik perhatian murid-murid
kerana dalam kandungan perisian ini mengandungi gambar-gambar
berwarna, video, audio dan warna-warna yang menarik. Dorongan dan
bimbingan guru dalam menggunakan perisian ini pula dapat
memudahkan murid-murid menguasai teknologi yang cuba diterapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains ( Dunia
Sains dan Teknologi).

12
13

Anda mungkin juga menyukai