Anda di halaman 1dari 5

 Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai Pemerhati)Pemerhatian Bukan Peserta

(Pemerhatian Penuh) 1. TUJUAN, KEKUATAN DAN KELEBIHAN KAEDAH


PENGUMPULAN DATA • PEMERHATIAN

 Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai pemerhati) Pemerhatian Bukan


Peserta (Pemerhatian penuh) 2. • Kaedah pemerhatian terdapat di dalam
pendekatan kualitatif.• Kaedah pemerhatian ini terbahagi kepada 2 iaitu :

 3. DEFINISI KAEDAH PEMERHATIAN• Kaedah pemerhatian merupakan satu


kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan.•
Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau
pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga.• Melalui pemerhatian, penyelidik
dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh
ubah yang telah dikenal pasti.

 4. • Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan


tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau
dari dekat.• Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu memerhati
sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu.• Kaedah pemerhatian ini
banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal
sains dan bidang sains sosial.• Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat
halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.

 5. • Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik


mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya : a.)mengkaji
perkembangan tingkah laku kanak- kanak b.)kesan kesesakan terhadap
kecenderungan pemberontakan c.)kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif•
Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling
dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih.

 6. • Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan


yang baik dan teliti.• Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu,
dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi
dan betul.• Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.

 7. • Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu ; a)


kategori tingkah laku b) unit tingkah laku c) paras tafsiran pemerhati d) generalisasi
dan penggunaan e) pensampelan tingkah laku.• Kategori-kategori tersebut
memperincikan ciri- ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan.

 8. • Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang
berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang
eksklusif.• Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku
seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain.• Sistem
pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah
merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan
dengan mudah dan tepat.• Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod
pemerhatian, semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan.•
Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan pemerhatian.

 9. • Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan


maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan.• Kesukaran mengadakan
piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan
kesempurnaan data yang diperoleh.• Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat
generalisasi sesuatu tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus
untuk penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh digunakan
dalam pelbagai penyelidikan.

 10. • Pensampelan tingkah laku. Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi
secara berterusan dan agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut
secara berterusan.• Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat
pensampelan sama ada pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa.•
Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan
sampel, sementara pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang
dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.

 11. TUJUAN PEMERHATIAN• Kaedah pemerhatian berasal dari kajian


ethnografik yang bertujuan mempelajari perspektif populasi yang dikaji dalam konteks
peserta sendiri.

 12. Jenis-jenisPemerhatian

 13. Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian Penuh)• Jenis pemerhatian ini


memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian.•
Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada
pemerhati untuk membuat pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli
kumpulan atau individu yang diperhati.• Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan
peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video.

 14. Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai Pemerhati)• Jenis pemerhatian ini


melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak
diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian.• Menggunakan kaedah
pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan
pemerhati.

 15. PERBEZAANPEMERHATIAN BUKAN PEMERHATIAN


PESERTAPESERTAResponden kajian mungkin Penyelidik dapat mengalamitidak
menyedari akan sendiri aktiviti-aktiviti yangkehadiran pemerhati dan dirancangkan dan
inidengan itu ia akan menjadikan dapatanmenunjukkan tingkah laku pemerhatian lebih
sah danyang tulen dan tidak berpura- boleh dipercayai.pura.Data-data yang diperoleh
lebih Menggunakan kaedah ini jugatulen dan ini akan memungkinkan maklumat-
menyumbang kepada maklumat yang tersembunyiketepatan maklumat yang atau yang
tidak dijangka dapatdikumpul. diperhati diperingkat awal.

 16. KELEBIHAN KAEDAH PEMERHATIAN• Pemerhatian terhadap sampel-


sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang
kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai.• Maklumat yang
diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan
rujukan penting dalam kajian.• Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang
diperoleh daripada pemerhatian benar- benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil
sampel yang telah dikenal pasti.

 17. KELEMAHAN KAEDAH PEMERHATIAN• Sampel yang diperhati mungkin


berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti.• Sampel mungkin merasa
tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati.• Pemerhati yang
tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten
dan sesuka hati mereka.• Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan
disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.

 18. MAKLUMATTAMBAHAN

 19. Berikut disarankan empat cara membuat pemerhatian:1. Pemerhatian


secara langsung boleh dilakukan setiap masa dengan meneliti segala perlakuan dan
kejadian dalam situasi yang dikaji.2. Teknik ini tidak memerlukan apa-apa perlatan
khas melainkan pen dan kertas saja. Guru/ pensyarah penyelidik perlu membuat
beberapa pertimbangan sebelum melakukan permerhatian

 20. Soalan-soalan berikut boleh dijadikan panduan:• Apakah yang hendak


diperhatikan? - Berdasarkan fokus penyelidikan yang telah dipilih guru/pensyarah
penyelidik hendaklah menentukan aspek-aspek yang boleh diperhatikan, sama ada
jenis dan turutan peristiwa, perlakuan murid atau perlakuan penyelidik sendiri. -
Perkara-perkara tersebut hendaklah spesifik dan dapat dinyatakan secara eksplisit.

 21. • Mengapakah pemerhatian tesebut dilakukan?• Setiap orang ada anggapan


dan jangkaan sendiri (existing theories) tentang sesuatu isu.• Pemerhatian membantu
seseorang penyelidik membina semula teori tersebut agat memperolehi satu fahaman
baru (theoretical reconstruction)

 22. • Bilakah pemerhatian hendak dijalankan dan berapakah tempoh masa yang
diperlukan?• Guru/ pensyarah penyelidik hendaklah jelas tentang masa waktu untuk
membuat pemerhatian agar data yang relevan dapat diperolehi dan tidak mengganggu
perjalanan tugas lain yang lebih utama.

 23. Penggunaan Alat Perakam• Pengunaan perakam audio dapat membantu


merekodkan interaksi lisan yang berlaku antara kumpulan sasaran dengan
pemerhatian ataupun antara kalangan kumpulan sasaran.• Perkataan, sebutan dan
perbualan yang sebenar dapat dirakamkan dengan tepat.• Data-data penting boleh
diperolehi daripada rakaman audio melalui proses tiga fasa berikut: - dengar kembali
seluruh rakaman tersebut untuk mendapat gambaran umum, - dengar semula untuk
mencari data-data penting - dengar sekali lagi untuk membuat transkripsi tentang data-
data penting

 24. Gambar foto• Gambar foto merupakan suatu media yang amat berkesan
untuk merekodkan perlakuan atau keadaan fizikal secara holistik.• Foto juga dapat
menonjolkan “body language” terbayang oleh sasaran dikaji tetapi terabai oleh
pemerhati kerana pada ketika itu dianggap sebagai tidak signifikan.

 25. Rakaman video• Rakaman video melanjutkan kelebihan foto dan rakaman
audio dengan menunjukkan juga pergerakan sasaran dikaji serta turutan dan tempoh
masa peristiwa.

Anda mungkin juga menyukai