Anda di halaman 1dari 6

Menyelami dengan lebih mendalam sample

Temu bual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana ia
membantu pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat kajian
secara mendalam. Banyak maklumat yang tidak dapat diperolehi
melalui kaedah pemerhatian, dokumentasi ataupun catatan diari
seseorang.
Pengkaji perlu berhubung melakukan hubungan face-to-faceatau
bersua muka secara terus menerus dengan peserta untuk mendapat
maklumat secara langsung. Peserta-peserta yang penting ditemu bual
adalah murid, guru, rakan sejawat, pihak pentadbir dan pemerhati
Mereka perlu ditemu bual untuk mengetahui perasaan dan pendapat
serta sikap mereka terhadap kajian dan tindakan yang diambil.
Misalnya, apabila pengkaji ingin mengetahui perasaan pelajar-pelajar
secara mendalam atau meneroka idea mereka, maka adalah penting
pengkaji itu berhubung dengan peserta untuk tujuan menyoal jawab,
berbual-bual ataupun berbincang.

Teknik temu bual berstruktur: adalah aktiviti perbualan
dan soal jawab di mana bentuk dan kandungan soalan-
soalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk
atau bidang yang tertentu sahaja.
Misalnya, satu siri soalan yang bertujuan mendapatkan
maklumat tentang cara guru membetulkan kesilapan ejaan
pelajar dibentuk atau gubah terlebih dahulu agar pengkaji
dapat menyoal peserta atau responden secara sistematik.
Contohnya;
Adakah anda membetulkan semua kesilapan ejaan pelajar?
Adakah anda pernah mendenda pelajar yang membuat
kesilapan ejaan?
Jika ada, apakah denda yang anda gunakan?
Siapakah pelajar yang selalu didenda?

Teknik temu bual tidak berstruktur: merupakan aktiviti
perbualan dan soal jawab yang mementingkan penerokaan
idea atau perasaan lebih daripada mendapat fakta-fakta
tertentu. Soalan-soalan terbuka (open-ended questions)
dikemukakan dan pelbagai jawapan boleh diperolehi dari
peserta atau responden. Contohnya;

Adakah apa-apa yang anda hendak beritahu kepada kami?
Apakah perasaan anda pada masa itu?
Mengapa anda rasa begitu?
Apakah pandangan atau pendapat anda?

Kelebihan Teknik temu bual tidak berstruktur
memberi peluang kepada pengkaji meneroka secara
mendalam dan memberi kesempatan kepada peserta
mengambil masa berfikir, berbual-bual dan membuat
interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri.

Adakalanya, peserta boleh meminta penjelasan dari
pengkaji ataupun menyoal pengkaji. Temu bual ini lazimnya
diadakan dalam situasi tidak formal. Pada masa temu bual
itu, pengkaji boleh juga melakukan pemerhatian tentang
tingkah laku peserta dan memberi komen serta menyoal
secara spontan iaitu tidak menggunakan soalan yang telah
disediakan terlebih dahulu.

Apa yang dilakukan semasa temu bual?
Cara merekod temu bual: semasa mengadakan temu
bual, adalah penting pengkaji mengambil tindakan
merekod dialog atau perbualan melalui cara-cara
tertentu.
Pengkaji boleh menggunakan rakaman audio kalau
pita rakaman itu tidak mengganggu aktiviti atau
situasi temu bual.
Pengkaji boleh juga mengambil masa membuat
catatan ringkas kata-kata atau jawapan peserta dan
jika perlu, transkrip temu bual boleh diperolehi
kemudian sebagai bahan sokongan kajian temu bual
yang lebih teliti. Rekod-rekod mengenai tarikh,
situasi dan kandungan soalan dan jawapan dalam
temu bual eloklah disimpan dalam diari pengkaji

Anda mungkin juga menyukai