Perkongsian contoh Evidens Pelaksanaan SKPMg2 ini bukan hanya sebagai persediaan untuk pengisian
SKPMg2 malah yg lebih penting adalah sebagai panduan Tahap Tindakan Pengurusan Pemajuan Sekolah kita.
EVIDENS (bukti/keterangan):
Dokumen – bahan bercetak /softcopy
Contoh: minit mesyuarat, fail, catatan, laporan, gambar
Media sosial
Kumpulan/group atau mesej dalam WhatsApp, Telegram, WeChat, Facebook
Lokasi/peralatan
Contoh: bumbung dewan yang telah dibaiki
Tidak semestinya di satu tempat/dalam satu fail
Mengikut keperluan & kesesuaian
STANDARD 1: KEPEMIMPINAN
PERNYATAAN STANDARD:
Pengetua/Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng
dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti
pembelajaran dan pengajaran (PdP).