Anda di halaman 1dari 1

Assalamulaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi.

Saya
akan menyampaikan satu teks berkenaan tema pada minggu ini, iaitu
‘Kasih Sayang’ .

Generasi hari ini dilihat berdepan dengan cabaran besar dalam


mengenal erti kasih sayang. Apakah erti kasih sayang. Kasih sayang
adalah suatu sikap saling hormat menghormati dan mengasihi semua
ciptaan Allah seperti menyayangi diri sendiri berlandaskan hati nurani
yang luhur. Kta sebagai warganegara yang baik sepatutnya terus
memumpuk kasih sayang terhadap orang lain tanpa membezakan
saudara, suku, warna kulit, kedudukan, tua ataupun muda.

Keluarga merupakan sebahagian kecil yang terdiri daripa ibu bapa


dan anak-anak. Kekuatan sesebuah negara bersumberkan kekuatan
keluarga. Kasih sayang dalam keluarga sangat penting dalam
pertumbuhan keluarga yang sejahtera. Kasih sayang dalam keluarga
adalah asas kepada kasih sayang sesama rakan sebaya, kasih sayang
terhadap guru, agama, bangsa dan negara. Kita juga disarankan supaya
menyayangi haiwan peliharaan kita.

Dalam masyarakat sekolah pula, kita juga disarakan supaya


menyayangi harta benda sekolah, iaitu tempat kita menuntut ilmu.
Janganlah kita merosakkan barangan sekolah seperti kerusi, meja,
almari dan lain-lain. Begitu juga sekiranya kita berada di kawasan taman
permainan. Kita dilarang merosakkan harta benda awam seperti
jongkang jongkit, gelongsor,buaian dan lain-lain.

Marilah kita bersama-sama menanam sikap berkasih sayang


sesama kita. Murid menyayangi guru dan guru menyayangi murid. Allah
sayang kepada manusia yang menyayangi antara satu sama lain.

Sekian, terima kasih. Saya sayang anda semua.

Anda mungkin juga menyukai