Anda di halaman 1dari 4

Penyemakan semula kurikulum di dalam sesebuah sistem pendidikan perlu

dilaksanakan. Proses ini adalah untuk mempastikan agar kurikulum yang


dilaksanakan dapat melahirkan generasi yang diimpikan oleh sesebuah negara.
Justeru itu dalam PPM 2015-2025 telah berlaku perubahan kurikulum dalam sitem
Pendidikan di Malaysia, dari KLSM, KBSM kepada KSSM. Berdasarkan penyataan
di atas, pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

- Menghuraikan sejarah dan objektif ketiga-tiga kurikulum tersebut


- Menganalisis kekuatan dan kelemahan ketiga-tiga kurikulum tersebut

KURIKULUM LAMA SEKOLAH MENENGAH

SEJARAH & OBJEKTIF

Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) telah dilaksanakan sejak negara


Malaysia mencapai kemerdekaan hasil daripada ordinan pelajaran 1957. Kandungan
Kurikulum berfokus kepada sukatan eropah dan negara- negara timur. Kurikulum
dianjurkan oleh orang Inggeris. Buku teks yang berorientasikan buku bahasa
Inggeris yang ditulis oleh penulis barat. Tujuanya menyemai dan memupuk
semangat kebangsaan terhadap negara.

KEKUATAN

Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) yang diasaskan semenjak mencapai


kemerdekaan ini mempunyai banyak kekuatan dalam pelaksanaannya. Kurikulum
Pendidikan ini lebih memberikan tumpuan kepada ilmu pengetahuan dan kurang
memberikan penekanan kepada perkembangan watak dan sahsiah pelajar. Hal ini
akan memberikan impak yang positif pada tahap akademik murid tidak kira latar
belakang atau sahsiah mereka. Selain daripada itu, (KLSM) ini juga memberikan
lebih penumpuan kepada pencapaian dalam peperiksaan bagi setiap pelajar. Apabila
perkara ini yang dititikberatkan ianya dapat mengasah kemahiran mahupun
pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar. Di samping itu, kurikulum ini juga
menggunakan konsep hafalan secara langsung dan tidak langsung. Aktiviti yang
melibatkan pelajar secara aktif sangat terhad kerana penekanan kepada
pembelajaran yang tinggi dalam (KLSM) ini. Dalam pada itu kurikulum ini juga
mempunyai kekuatan yang tersendiri apabila giat menggunakan kaedah “chalk and
Talk” yang berpusatkan kepada guru di dalam kelas sewaktu sesi pembelajaran.
KELEMAHAN

Terdapat banyak kelemahan yang wujud dalam Kurikulum Lama Sekolah Menengah
(KLSM) antaranya ialah kurang penekanan nilai-nilai dan kemahiran murid. Hanya
memberikan tumpuan kepada ilmu akal sahaja dan tidak pada ilmu wahyu. Di
samping itu juga, kurikulum Pendidikan ini kurang memberikan tumpuan kepada
perkembangan watak dan sahsiah murid. Sedangkan perkara inilah yang perlu
disulami dalam menimba ilmu pengetahuan. Seterusnya, kandungan pembelajaran
yang terdapat dalam kurikulum Pendidikan ini terlalu memberatkan ilmu
pengetahuan yang ingin dituntuti khususnya pada pelaksanaan peperiksaan yang
dijalankan ketika itu. Seterusnya, hal ini juga kurang memberikan tumpuan pada
kemahiran dan pengajaran majoritinya tertumpu kepada hafalan. Hal ini
menyebabkan ceteknya pemikiran yang kreatif dan berinovasi. Pendidikan ini juga
agak menyimpang daripada dasar bagi melahirkan rakyat yang beridentiti
kebangsaan dengan mengamalkan nilai jati diri yang mantap dan agung.

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

SEJARAH & OBJEKTIF

Di tubuhkan pada tahun 1989, bedasarkan laporan jawatankuasa kabinet 1979


Kbsm tertumpu kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif dan kritis.
KBSM memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Oleh itu kandungan kurikulum KBSM
merangkumi pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan amalan nilai-nilai kerohanian,
kemanusiaan, kemasyarakatan serta kewarganegaraan sebagai asas untuk
pendidikan seumur hidup. Konsep bersepadu dalam KBSM membawa maksud
bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai
murni dilakukan secara integrasi dan menyeluruh. Tujuan pelaksanaan kurikulum ini
adalah membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran berinteraksi
dalam semua situasi hidup, serta memperkembangkan pemikiran dan penaakulan.
Memberi peluang pelajar memahami alam sosial dan fizikal supaya mereka dapat
menikmati keadaan kehidupan daan nilai-nilai yang berkaitan serta membolehkan
mereka menjadi anggota-anggota masyarakat yang berkesan dan bertanggung
jawab. Menekankan pembelajaran ke arah memahami diri, mengembangkan bakat,
serta mempertingkatkan peribadi dan watak
KEKUATAN
Antara kekuatan yang kita dapat lihat di dalam kurikulum bersepadu sekolah menengah
ini ialah strategi pemusatan murid. Strategi ini dapat menggalakkan murid melibatkan
diri secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan secara tidak langsung
membantu proses perkembangan intelek dan kemahiran berfikir mereka. Kaedah dan
teknik seperti kaedah kumpulan, perbincangan, penyelesaian masalah,
penyoalan,permainan, simulasi dan sebagainya sangat sesuai bagi melibatkan pelajar
secara aktif. Melalui kaedah dan teknik ini telah melahirkan pelajar yang berilmu
pengetahuan serta berkebolehan menyatakan idea dan fikiran dengan jelas, objektif
dan rasional. Pendekatan dan strategi pembelajaran di bawah rancangan KBSM pula
mengandungi ciri kesinambungan KBSR di mana banyak strategi pemusatan murid dan
bahan dijalankan mengikut kesesuaian pelajar. Kemahiran- kemahiran disusun semula
daripada yang paling asas kepada yang kompleks mengikut topik masing-masing. Aspek
penyelesaian masalah yang difikirkan sesuai dintegrasikan dalam setiap topik pelajaran
dan membolehkan beberapa kemahiran dan tajuk dikuasai secara serentak oleh pelajar

KELEMAHAN
SEJARAH & OBJEKTIF KSSM

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) Kali Ke-198 pada 18 Januari


2012. telah memutuskan supaya pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) pada tahun 2017, iaitu selepas kohort pertama Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) tamat. Pelaksanaan KSSM secara berperingkat- peringkat bermula
dengan murid Tingkatan 1 pada tahun 2017. Kurikulum ini dirangka berdasarkan tanda
aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem
persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing pada
peringkat global. Ini sejajar dengan kehendak falsafah pendidikan Negara yang
merangkumi aspek intelek, emosi, jasmani dan sosial setiap murid serta menekankan
aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain
memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum.

Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian


Menengah Rendah mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid tahun
enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) semata-mata. Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian
UPSR murid tahun enam tidak akan lagi akan ditentukan melalui peperiksaan
awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran sekolah dan
pentaksiran pusat.Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa
iaitu gelombong satu (2012-2015) iaitu fasa persediaan,gelombang kedua
(2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan dan gelombang ketiga (2012-2025) iaitu
fasa pentaksiran.Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025,sebagai persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum
baru itu kementerian akan memurnikan kurikulum sedia ada dan
mempergiatkan sokongan kepada guru bagi meningkatkan sistem penyampaian.

kesimpulannya.. Sekolah, sebagai miniatur masyarakat, memikul tugas


memainkan peranan sebagai agen sosialisasi untuk membentuk identiti
kebudayaan tersendiri melalui proses integrasi mengikut prinsip-prinsip Rukun
Negara dan Falsafah Pendidikan Negara. Sehubungan ini, pelaksanaan
kurikulum berpusat merupakan langkah positif ke arah mencapai matlamat
perpaduan di kalangan rakyat dan pembentukan identiti kebudayaan tersendiri
dalam kalangan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai