Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

MINGGU 10
TARIKH : 28 March 2011 – 1 April 2011

1. Penyataan masalah
Masalah disiplin murid semasa menduduki ujian bulanan 1.

2. Mengenal pasti masalah


Minggu ini merupakan minggu ujian bulanan 1. Oleh itu, tiada proses
pengajaran dan pembelajaran yang berjalan kecuali pada hari Isnin.
Kebanyakkan masa saya memasuki kelas untuk mengawasi waktu ujian.
Semasa saya mengawasi kelas sewaktu ujian saya menghadapi kesukaran
mengawal disiplin murid. Murid menjadi gelisah dan tidak dapat duduk diam
apabila siap menjawab kertas soalan. Ada pula yang menjawab soalan
sambil lewa (menyanyi) dan menggangu murid-murid lain. Beberapa murid
sempat juga berjalan untuk mengasah pensel dan membuang sampah tanpa
meminta kebenaran.

3. Analisis masalah
Masalah ini timbul kerana murid tidak takut dengan saya semasa
pengawasan. Maklumlah saya guru pelatih, murid merasakan saya tidak
boleh mengambil sebarang tindakan terhadap mereka. Selain itu, saya dapati
murid juga tidak menyedari akibat perbuatan mereka. Mereka tidak terdedah
serta tidak mempunyai kesedaran yang mencukupi mengenai keadaan
sebenar di dewan peperiksaan.

4. Tempoh masa penyelesaian


Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh masa minggu ujian ini
(seminggu).
5. Rancangan tindakan susulan
 Berbincang dengan guru pembimbing
 Berbincang dengan rakan sebaya
 Lebih tegas semasa menjalankan pengawasan ujian
 Mendedahkan murid dengan keadaan sebenar di dewan peperiksaan

6. Pelaksanaan tindakan susulan


Saya telah berbincang dengan guru pembimbing saya tentang masalah
disiplin murid semasa menduduki ujian. Guru pembimbing mencadangkan
saya bersifat lebih tegas semasa pengawasan dan menyatakan bahawa saya
boleh mengambil tindakan menulis nama murid terbabit di dalam buku merit.
Hasil perbincangan dengan P.Kuganathan pula, kami bersepakat untuk
memberi sedikit sebanyak kesedaran mengenai keadan sebenar di dewan
peperiksaan. Saya telah mencari beberapa peraturan-peraturan semasa
menduduki peperiksaan dan menjelaskan kepada murid pada waktu-waktu di
antara kertas ujian seterusnya. Selain it, saya juga cuba mengaplikasikan
peraturan-peraturan tersebut jikalau saya berada di dalam kelas sewaktu
pengawasan ujian tersebut.

7. Refleksi
Saya berharap maklumat-maklumat yang telah saya curahkan ini diingati dan
membina kesedaran masing-masing. Moga-moga, murid-murid ini menyedari
kegunaannya terutama semasa menduduki peperiksaan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan-peperiksaan yang akan datang.
semasa proses pengajaran saya. Saya berharap dapat mengekalkan minat
murid ini terhadap mata pelajaran Sains sepanjang pengajaran saya.
CARTA GHANTT

MASALAH: Disiplin murid semasa menduduki ujian

Masa 28 March 29 March 30 March 31 March 01 April


Tindakan
Kenal pasti masalah
Mencari maklumat
Strategi penyelesaian masalah
Tindakan susulan

Anda mungkin juga menyukai