Anda di halaman 1dari 2

Tafsir Bil Ma’tsur

Tafsir bil Ma’tsur merupakan salah satu method yang digunakan dalam menafsirkan ayat-ayat al-
Quran. Method tafsir bil ma’tsur ini adalah menafsirkan ayat al-quran itu terus dengan pemahaman
daripada Rasullullah s.a.w, para sahabat dan seterusnya oleh para tabi’, tabi’ tabi’in dan sehingga lah
sekarang ini yang dikutip melalui kutip-kutipan yang shahih menurut para mufassir. Terdapat 3
turutan penafsiran yang berada dibawah method penafsiran ini, iaitu :-

1) Menafsirkan al-Quran dengan al-Quran.

a) Sebagai contoh dalam menafsirkan ayat 82 pada surah al-An’am. “Orang-orang yang
beriman yang tidak mencampuradukan iman mereka dengan kezaliman”. Ketikan ayat ini
diturunkan, para sahabat Rasullullah s.a.w berasa gelisah dengan apa yang dimaksudkan
dengan perkataan “kezaliman” dalam ayat ini. Kemudian Rasullullah s.a.w pun menerangkan
kepada para sahabat baginda bahawa zalim yang dimaksudkan dalam ayat ini bukanlah
kezaliman sebagaimana yang difahami oleh para mereka. Tetapi kezaliman yang dimaksudan
didalam ayat ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Allah pada surah Luqman ayat 13, iaitu
“Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah kezaliman yang besar”

2) Menafsirkan al-Quran dengan Sunnah.

a) Seperti yang kita maklum bahawa as-sunnah adalah syarah atau penjelas kepada al-Quran itu
sendiri. Antara contoh penafsiran dengan cara ini ialah “Aku pernah mendengar Rasulullah
SAW berkata diatas mimbar: “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja
yang kamu sanggupi… (Surah al-Anfal, ayat 60). Ingatlah bahwa Kekuatan disini adalah
Memanah”.

3) Menafisrkan al-Quran dengan pendapat para sahabat.

a) Menurut imam al-Hakim, "sesungguhnya tafsir para sahabat yang telah menyaksikan wahyu
dan turunnya adalah memiliki hukum marfu'. Ertinya ialah bahwa tafsir para sahabat itu
mempunyai kedudukan hukum yang sama dengan hadis nabawi yang diangkat kepada Nabi
SAW. dengan demikian, tafsir sahabat itu termasuk ma'tsur”. Di antara contoh mengenai
penafsiran sahabat terhadap Alquran ialah diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu AN Halim
dengan Sanad yang saheh dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas yang menerangkan QS. Al-Nisa ayat
2 iaitu”Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah balig) harta mereka, jangan
kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama
hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang
besar.” Kata ” HUB ” dalam ayat ini ditafsirkan oleh Ibnu Abbas dengan dosa besar.

4) Menafsirkan al-Quran dengan pendapat para tabi’in.

a) Adapun tafsir para tabi'in ada perbezaan pendapat dikalangan ulama'. sebagian ulama'
berpendapat, tafsir itu termasuk ma'tsur kerana para tabi'in berjumpa dengan para sahabat.
Ada pula yang berpendapat, tafsir itu sama saja dengan tafsir bir ra'yi. Antara contoh
penafsiran Mujahid bin Jabbar tentang ayat: Shiraat al-Mustaqim yaitu kebenaran.

Antara kitab tafsir yang menggunakan method ini ialah, Tafsir Ibnu Abbas, Tafsir Ibnu Hatim, Tafsir
Ibnu Kathir.
Tafsir Bil Ra’yi

Method penafsiran bil ra’yi ini bermaksud menafsirkan ayat al-Qur’an itu dengan menggunakan
rasional atau lojik manusia, dan sangat tergantung kepada proses peneitian para mufasir. Cara
penafsiran ini seringkali tergantung kepada situasi dan keadaan semasa yang dihadapi pada ketika itu
yang sesuai dengan pemahaman mufasir itu. Method ini memungkinkan terjadinya penyimpangan
dalam makna dari suatu ayat dan dalam pengambilan suatu kesimpulan (istinbat). Namun demikian
terdapat juga ulama ang menerima kaedah penafsiran ini. Oleh itu, para ulama telah membahagikan
kepada dua jenis tafsir yang berada dibawah method penafsiran ini, iaitu,

1) Tafsir Mahmud: Adalah suatu penafsiran yang sesuai dengan kehendak syari’at (penafsiran oleh
orang yang menguasai aturan syari’at), jauh dari kebodohan dan kesesatan, sesuai dengan kaidah-
kaidah bahasa arab, serta berpegang pada uslub-uslubnya dalam memahami nash-nash
Qur’aniyah.

2) Tafsir al Madzmum: Adalah penafsiran Al Qur’an tanpa berdasarkan ilmu, atau mengikuti hawa
nafsu dan kehendaknya sendiri, tanpa mengetahui kaidah-kaidah bahasa atau syari’ah. Atau dia
menafsirkan ayat berdasarkan mazhabnya yang rusak maupun bid’ahnya yang tersesat.

Hedaknya kita berhati-hati ketika menerima method penafsiran ini . hal ini adalah kerana dalil-dalil
berikut:

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.
sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta
pertanggunganjawabnya. (Surah Al-Isra’, ayat 36)

Barangsiapa berkata tentang Al-Qur’an menurut pendapatnya sendiri atau menurut apa yang tidak
diketahuinya, hendaklah ia menempatkan tempat duduknya di dalam neraka. (Riwayat Muslim)

Kitab tafsir yang mengunakan method tafsir ini ini diantaranya ialah, Tafsir Abdul Rahman al-
Kaisam, Tafsir Abdul Jabbar, Tafsir Jalalain.

Anda mungkin juga menyukai