Anda di halaman 1dari 1

Tembaga merupakan logam terawal digunakan oleh manusia.

Di Malaysia penggunaan tembaga


dipercayai bermula sejak zaman pra sejarah. Menurut sejarah, penggunaan tembaga dalam proses
pembuatan barangan seni telah dibawa masuk oleh masyarakat Funan apabila berlaku kekacauan
di negara tersebut. Teknik pembuatan barangan tembaga secara tuangan berasal dari Funan pada
zaman Dong-Soon. Mereka dipercayai berhijrah sehingga Tanah Melayu membawa Bersama
kemahiran yang ada. Di Malaysia industry melombong tembaga telah diusahakan sejak tahun 1970.
Sabah adalah pengeluar tembaga yang terbesar di Malaysia. Tembaga terbahagi kepada dua iaitu
tembaga merah dan tembaga kuning. Seni kraftangan tembaga masih giat dijalankan terutama di
Terengganu. Teknik pembuatan masih dikekalkan walaupun penggunaan beberapa peralatan baru
diperkenalkan . Barangan yang dihasilkan melalui Teknik tuangan ini seperti tepak sireh,kaki
lilin,tempat bara,pahar dan sebagainya.

Pewter merupakan campuran logam yang terdiri daripada bijih timah, gangsa dan atimony. Kandungan
bijih timah sebanyak 97 peratus,manakala tiga peritus lagi adalah campuran gangsa dan atimony. Di
Malaysia,pewter mula pada tahun 1885 apabila seorang pembuat pewter dari China telah memulakan
perusahan pewter. Pada masa itu, barang-barang pewter dihasilkan hanyalah untuk kegunaan upacara
keagamaan.

Anda mungkin juga menyukai