Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI MANUSIA

Rujukan.
1. Craig Cahhoun et al (1994) Sociology Mc Graw-Hill Inc : New York
2. John C. Rush (1984) Psychology – The Personal Science Wadswot Publisher : California
3. Fieldman Robert (1993) Understanding Psychology Mc Graw-Hill Inc : New York
4. Kagen Jerome (1991) Psychology – An Introduction HBJ College Publisher : USA
5. Mahmood Nazar Mohamed (1990) Penghantar Psikologi – Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa
dan Tingkahlaku Manusia DBP : KL

Takrif Psikologi
Berasal dari perkataan Greek. Psyche – bermaksud jiwa, rohani atau mental dan logos bermakna
kajian. Oleh itu psikologi boleh diertikan sebagai kajian jiwa, mental dan/atau rohani manusia.
Definasi Psikologi
Menurut William James (1890) psikologi adalah sains kehidupan mental yang menekankan
kepentingan unsur-unsur subjektif yang tidak dapat didaftar oleh sistem deria manusia dengan
menekankan kepentingan unsur subjektif atau kemanusiaan yang tidak dapat didaftarkan olen sisten
deria. Manakala John Watson (1919) pula menyatakan bahawa psikologi hendaklah bersifat objektif
membolehkannya mengkaji tingkahlaku manusia yang pelbagai.
Antara definasi psikologi adalah:-
Suatu sains yang cuba memahami serta meramalkan tingkah laku haiwan dan manusia
(Morgan et al)
Suatu cabang penyiasatan saintifik tentang tingkah laku dan aktiviti manusia
( Weehan S. W.)
Piskologi adalah satu sains tingkah laku
(Whittaker)
Psikologi adalah sains yang cuba memahami, meramal dan mempengaruhi tingkah laku
khususnya manusia dengan mengkaji tingkah laku secara saintifik dan/atau mengguna teori
serta dapatan pengkaji lain untuk menyelesaikan masalah secara praktikal
(Kalish)
Bahagian-bahagian Psikologi
Daripada definasi psikologi boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian.
 Pertama, psikologi sebagai satu kajian saintifik. Bermakna kajian dilakukan mengguna kaeadah
penyelidikan yang saintifik seperti kajiselidik, peninjauan, korelasi, pemerehatian, kajian kes dan
lain-lain. Kesemua metodologi mempunyai ciri dan menggunakan prosedur yang spesifik.
 Kedua, psikologi mengkaji tingkahlaku manusia yang boleh dilihat, dalam bentuk lampau (overt
behaviour) seperti berjalan, makan, belajar, perlakuan dan lain-lain.
 Ketiga, ahli psikologi menjalankan kajian ke atas proses mental manusia yang tidak dapat dilihat
dengan mata kasar, tingkah laku terselindung (covert behaviour) seperti perasaan, mimpi, khayalan
dan lain-lain.
 Secara keseluruhan, psikologi mengkaji semua jenis tingkah laku manusia samada secara terus atau
menggunakan perantara. Tujuannya adalah untuk mengetahui dengan lebih baik tentang dirinya
sendiri.
Bidang-bidang kepakaran Psikologi Manusia
Psikologi seperti lain-lain bidang pengajian mempunyai pelbagai bidang kepakaran yang diguna untuk
kebaikan manusia. Antaranya adalah seperti berikut.
1. Bidang klinikal atau psikologi klinikal merawat keadaan penyakit jiwa, kecelaruan mental serta
keadaan tingkah laku dwi-kutub. Ahli psikologi klinikal merawat pesakit mengguna kaedah
psikologi, serta melakukan penyelidikan yang memberi menafaat kepada manusia. Mereka juga
melakukan penilaian tingkah laku dan personaliti manusia menggunakan alat penilaian yang
tertentu.
2. Bidang kaunseling atau psikologi kaunseling, menyediakan perkhidmatan membantu klien
membuat keputusan tepat seterusnya memperbaiki keadaan kehidupan klient pada masa akan
datang. Tumpuan adalah pelajar, ahli keluarga, pasangan suami isteri dan lain-lain.
3. Bidang psikologi pendidikan yang menumpukan ke arah aspek-aspek kurikulum, ko-kurikulum,
proses pengajaran dan pembelajaran,penilaian serta penyesuaian pelajar di tempat-tempat
pengajian.
4. Bidang Psikologi Eksperimentasi mengkaji perkara seperti pembelajaran, persepsi dan motivasi
bertujuan mempertingkatkan mutu kehidupan manusia
5. Psikologi Industri akan mengkaji dan menilai tingkahlaku manusia dalam pekerjaan serta
menganalisa faktor yang berkaitan dengan produktivi serta keselesaan di tempat kerja
6. Psikologi Kanak-kanak mengkaji serta memahami perkembangan fisikan, emosi, mental dan sosial
kanak-kanak hingga ke usia dewasa
7. Psikologi Sosial mengkaji semua aspek tingkah laku manusia dalam bentuk kelompok
8. Psikologi personaliti manusia mengkaji faktor seperti perkembangan personaliti serta akibat
daripada perubahan itu menerusi Psikologi Kuantitatif yang mengguna alat sesuai.
Kaedah penyelidikan psikologi manusia
Sebagai satu disiplin saintifik, psikologi berpegang kepada objektif sains iaitu membekal infomasi baru
yang tepat serta sahih dan berguna kepada masyarakat.
Di bidang psikologi, pelbagai kaedah penyelidikan digunakan. Antaranya adalah
1. Kaedah eksperimen – dilakukan samada di dalam atau di luar makmal. Ia didasarkan kepada satu
pegangan logik iaitu jika dua kumpulan yang sama dalam semua aspek diberi rangsangan serupa
kecuali satu, maka perubahan yang berlaku kepada satu kumpulan itu adalah disebabkan oleh
rangsangan yang berlainan itu. Penyelidik mengumpulkan data untuk melihat perhubungan antara
angkubah dalah sesebuah kajian. Angkubah adalah sesuatu yang boleh berlaku dengan nilai yang
berlainan. Dua jenis angkubah diguna dalam penyelidikan iaitu angkubah bebas dan angkubah
bergantung. Bebas dan bergantung kepada kelakuan subjek. Diguna untuk menilai tingkah laku
manusia. Contoh, perhubungan antara umur dan kebolehan belajar. Kebolehan belajar berubah
mengikut umur. Oleh itu, umur adalah angkubah bebas, manakala kebolehan belajar adalah
angkubah bergantung kepada umur subjek.
2. Kaedah Pemerhatian – merupakan kaedah terawal diguna. Dikendalikan samada di dalam atau di
luar makmal tanpa memerlukan peralatan canggih. Penyelidik melakukan pemerhatian terperinci
tanpa mengganggu keadaan semulajadi fenomena yang dikaji. Berisiko tinggi berlakunya
penerapan unsur-unsur subjektif penyelidik ke dalam kajian yang dijalankan seperti teori yang
menyendeng terhadap sesuatu kepercayaan dan interpretasi terhadap bahan kajian. Penyelidik harus
memperihalkan dengan terperinci segala pemerhatian dalam bentuk objektif dan deskriptif. Segala
interpretasi yang dilakukan hendaklah berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan sahaja.
3. Kaedah Peninjauan – digunakan untuk mengkaji tentang pendapat dan fahaman orang ramai
tentang sesuatu perkara. Kaedah Peninjauan memerlukan penyelidik menyediakan medium sesuai
bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Sampel haruslah bersesuaian dengan populasi yang
dikaji serta ujian-ujian statistik yang sesuai perlu digunakan untuk menganalisa data yang
diperolehi. Melalui penganalisaan data ini pengkaji akan lebih memahami fahaman atau pendapat
masyarakat tentang sesuatu perkara yang dikaji.
4. Kaedah penilaian – diguna untuk menilai kebolehan, kecenderungan, kecerdasan, sikap, sahsiah
dan pencapaian subjek dan dibandingkan mengikut norma-norma sekelompok masyarakat yang
spesifik. Ia mengambil masa yang singkat untuk dilaksanakan serta tidak mengganggu subjek
menjalankan kerja seharian mereka.
5. Kaedah Kajian Kes Sejarah – cara penting bagi pengkaji mengumpulkan maklumat individu,
kumpulan atau institusi dengan mendalam. Ia bergantung kepada pembinaan semula sejarah
subjek; ingatan lampau, peristiwa releven serta rekod tentang subjek yang dikaji. Kelemahan
kaedah retrospektif ini ialah ia terlalu bergantung kepada ingatan subjek, ada data yang sengaja
ditinggalkan atau diperbesar-besarkan.
Satu lagi bentuk kes kajian adalah kajian berpanjangan (longtitudinal study). Kaedah ini
memerlukan pengkaji mengikuti perkembangan subjek untuk beberapa ketika sehingga semua data
yang diperlukan diperolehi. Ia lebih baik daripada kes sejarah kerana tidak terlalu bergantung
kepada ingatan masa lampau tetapi memerlukan masa yang panjang dan subjek meninggalkan
kajian.
6. Kaedah Korelasi – dilakukan untuk memperlihatkan hubungan antara dua angkubah atau lebih
dengan menggunakan kaedah statistik koefisyen korelasi. Kaedah ini mengguna satu nombor
indeks yang berupaya menyatakan hubungan antara dua angkubah dalan sesebuah kajian. Jika nilai
koefisyen korelasi ialah +1.00 ia bermakna hubungan dua angkubah tersebut adalah baik dan
positif. -1.00 baik tetapi terbalik manakala 0.00 menunjukkan tiada kaitan langsung.
7. Kaedah Fenomenologikal - dilakukan bagi mengkaji perkara yang subjektif untuk menonjolkan
aspek-aspek kemanusiaan. Pengguna kaedah ini cuba memahami dunia psikologi individu atau
pesakit melalui teknik pemerhatian terperinci. Mereka memperihalkan tingkah laku manusia dan
jarang menganalisis data yang diperolehi tetapi penekanan diberikan kepada makna sesuatu situasi
kehidupan. Mereka menerima segala yang diberikan oleh subjek tanpa pengubahsuaian dan
kemudian mencari makna psikologi sebagai usaha untuk memahami masalah subjek
Prespektif-prespektif Psikologi
Psikologi telah diperkenalkan kepada masyarakat sejak dari zaman Greek purba. Dari zaman Plato
hingga ke masa ini beberapa pendapat tentang jiwa dan tingkah laku manusia telah diutarakan bagi
mempengaruhi bidang psikologi ini. Ada beberapa nama besar dalam Ilmu Psikologi; antaranya adalah
Rene Descartes (1596-1650) dengan falsafah Dualisma, Sigmund Freud dengan teori psikodinamik
kemudian Watson dan Skinner dengan teori behaviurisma, Rogers dengan teori kemanusiaan. Teori
psikodinamik oleh Freud dikatakan sebagai kuasa pertama psikologi melihat manusia sebagai satu
organisma yang dipengaruhi oleh kuasa dalaman. Behaviurisma pula dikenali sebagai kuasa kedua
yang melihat manusia hanya dipengaruhi oleh alam sekitar, manakala kuasa ketiga adalah kemanusiaan
dan kewujudan yang melihat manusia sebagai manusia, subjek yang memberi makna kepada dirinya
sendiri.
Selain daripada pendapat di atas psikologi moden dipengaruhi dan dikuasai oleh lima prespektif barat
iaitu Psikodinamik, Behaviurisma, Psikobiologi, kognitif serta Kemanusiaan dan Kewujudan. Kelima-
lima prespektif ini diguna untuk mengkaji tingkah laku manusia dari beberapa sudut yang berlainan.
Untuk mendapat pandangan keseluruhan yang lebih komprehensif tentang psikologi manusia maka
hasil pencerapan cendikiawan Islam hendaklah digunapakai.
1. Prespektif Psikobiologi
2. Prespektif Psikodinamik
3. Prespektif Kognitif
4. Prespektif Behaviurisma
5. Prespektif Kemanusiaan dan Kewujudan
6. Psikologi daripada pandangan Islam
1 Prespektif Psikobiologi
Pengajian bidang psikologi dilakukan dengan objektif untuk memahami pemikiran, emosi serta tingkah
laku dari segi proses fisikal dan fisiologi yang berlaku dalam tubuh manusia. Pendekatan prespektif
biologi mempunyai akar dalam falsafah dan sains kajihayat.
Dari aspek falsafah, prespektif ini dipengaruhi oleh Plato, Aristotle dan Descartes yang
memperkatakan jiwa berada di dalam badan manusia. Aristotle menyatakan rohani berada di hati, Plato
menyarankan rohani berinteraksi melalui otak dan Descartes menyatakan pembahagian rohani-jasmani
melalui konsep dualisma; jiwa menguasi tubuh badan manusia.
Dari sudut psikobiologi jiwa dan jasad adalah satu. Oleh itu pengalaman mental dan fisikal tidak boleh
dibahagikan kepada elemen persendirian. Ini membolehkan penyelidik mengkaji aktiviti mental secara
saintifik melalui proses fisikal dan psikologikal yang berlaku dalam tubuh manusia. Ia juga menekan-
kan kepentingan teori evolusi yang menyatakan otak manusia merupakan entiti agung dan maju.
Mereka juga memberi penekanan kepada pengaruh genetik dalam perkembangan sesuatu spesies.
Prespektif Psikologi berupaya memberi penjelasan tentang tingkah laku dan perangai manusia dari
sudut kajihayat serta menerangkan kaitan tingkah laku dengan proses fisiologi manusia seperti hormon
dan bahan kimia dalam badan.
2 Prespektif Psikodinamik
Mengikut Prespektif Psikodinamik, kuasa dan tenaga yang berada di alam tidak sedar memainkan
peranan penting dalam membentuk personaliti dan tingkah laku manusia. Menurut Freud, jiwa adalah
medan kuasa psikik berlawan bagi mendapatkan tempat utama dalam personaliti individu. Oleh itu
tingkah laku manusia merupakan satu imbangan atau kompromi antara kuasa psikik yang berlawan itu
Freud menyatakan personaliti manusia mengandungi tiga sistem yang berinteraksi sesama sendiri iaitu
Id, Ego dan Superego. Id merupakan kehendak naluri, Superego adalah pegangan moral serta etika
individu. Manakala Ego merupakan penggerak personaliti manusia dengan melaksanakan kehendak Id
dan Superego. Personaliti manusia sentiasa cuba menahan kehendak Id dengan menyimpannya di
dalam alam tidak sedar melalui mekanisma beladiri individu
Kepentingan teori psikodinamik ialah ia memperlihatkan kepentingan kuasa dalaman manusia sebagai
satu kuasa penggerak tingkah laku manusia dan melalui cara ini sahaja kita dapat memahami
sesetengah tingkah laku yang tidak dapat difahami melalui sudut lain.
3 Prespektif Kognitif
Kognitif bermaksud berfikir, oleh itu prespektif ini menegaskan pentingnya kebolehan manusia berfikir
serta memproses data dan maklumat sebelum bertindak keatasnya kerana menurut pakar manusia
adalah rational dan aktif mengatasi cabaran. Manusia sering menjangkakan keadaan untuk diberi
tindak balas tertentu. Manusia berfikir, menganalisa serta menilai data dan rangsangan yang diperolehi
dari dunia luar sebelum bertindak terhadap pembentukan tingkah lakunya. Kebanyakan kajian
Psikologis Kognitif adalah tentang persepei, sensasi, ingatan serta proses-prosesnya serta yang lain-
lain.
4 Prespektif Behaviurisma
Prespektif ini menumpukan perhatian kepada pengaruh alam sekeliling dalam mengubah suai,
mempengaruhi serta membentuk tingkah laku manusia. Ia juga menegaskan bahawa tingkah laku
manusia ditentukan oleh pengalaman lampau serta keadaan sekeliling mereka. Mereka percaya bahawa
buah fikiran dan pengetahuan boleh diperolehi secara empirikal dan manusia dilahirkan ’kosong’ dan
tidak mempunyai bahan dalam jiwa mereka. Jiwa ini akan diisi melalui pengalaman bersama alam
sekitar yang dilaluinya. Prespektif Behaviurisma mementingkan kaedah penyelidikan berbentuk
pemerhatian terperinci bagi melihat pengaruh alam sekitar terhadap perubahan tingkah laku manusia.
5 Prespektif Kemanusiaan dan Kewujudan
Asas prespektif ini adalah kebaikan, kemuliaan dan kebebasan manusia. Prespektif ini melihat manusia
sebagai entiti yang baik, bebas, bertanggung jawab, kreatif dan sentiasa berusaha untuk mencapai
kejayaan dan sampai ke tahap kewujudan yang tertinggi. Mereka menyatakan bahawa dalam setiap
manusia, ada satu kuasa aktif yang sentiasa menggerakkan mereka ke arah kesempurnaan diri. Dalam
persekitaran sesuai kuasa aktif ini keluar dan menyerlahkan aspek baik serta positif individu itu.
Tekanan mental dan patologi disebabkan alam sekitar menyekat kelancaran individu ke arah kebaikan,
kemuliaan dan kesempurnaan diri.
Mereka juga percaya bahawa manusia mempunyai pilihan untuk membentuk diri sendiri. Kewujudan
dan makna hidup seseorang terletak ditangan masing-masing dan hanya mereka yang dapat
menentukan bentuk perangai, tingkah laku dan sifat diri
6 Psikologi daripada pandangan Islam
Apabila memperkatakan tentang kewujudan roh, Allah menegaskan bahawa itu adalah urusanNya dan
manusia hanya diberikan sedikit ilmu mengenainya. Namun, ada juga dikalangan tokoh Islam yang
berusaha menyelidik hakikat roh ini. Antaranya adalah al Farabi, Ibnu Sina dan Imam al Ghazali.
 Al Farabi mengkaji roh dengan membicarakan tentang akal. Akal menurutnya mempunyai
kekuatan untuk memancarkan roh. Kekuatan itu merangkumi beberapa unsur lain seperti keinginan
untuk hidup, memelihara diri, mengembangkan zuriat, perasaan dan imiginasi yang terkandung
dalam kekuatan mengenal. Kesemua ini berupaya mencetuskan daya berfikir secara intelek.
Menurut al Farabi lagi, akal mempunyai dua bahagian kekuatan lain iaitu berfikir secara abstrak
dan kekuatan untuk mencari sesuatu yang berfaedah. Kekuatan berfikir secara abstrak ini akan
kekal dan dibawa ke akhirat kelak.
 Menurut Ibnu Sina roh dibahagikan kepada tiga, iaitu roh manusia, roh haiwan dan roh tumbuh-
tumbuhan. Setiap kejadian ini mempunyai kekuatan roh yang tersendiri. Roh di kalangan manusia
adalah unik dan boleh terpisah serta berdikari tanpa jasad. Jasad yang terpisah dari roh akan
menjadi mayat akan tetapi roh tidak akan mati. Roh ini akan dibangkitkan semula pada hari kiamat.
Kehidupan dan roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah untuk kepentingan kehidupan manusia
buat sementara sebelum tibanya mati.
 Imam al Ghazali pula menyatakan bahawa roh adalah nyawa yang menghidupkan manusia, haiwan
dan tumbuh-tumbuhan. Roh manusia akan kekal manakala roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan
musnah. Perbezaan roh manusia berbanding yang lain adalah:-
i) Dalam roh ada hati nurani yang menjadi segala pusat keinginan, cita-cita dan kemahuan samada
untuk melakukan kebajikan atau kemungkaran. Hati nurani ini akan menerima ganjaran atau
pembalasan daripada Allah S.W.T. samada di dunia atau di akhirat. Hati nurani merupakan
sebahagian dari roh fitrah yang bersifat dengan sifat ketuhanan iaiti cintakan kebenaran, kebaikan
dan keadilan.
ii) Dalam roh ada al Nafs iaitu dua kekuatan yang bertentangan, kekuatan kebaikan dan kekuatan
kejahatan. Al Nafs dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti al Amarah, al Mulhamah, al
Lawamah dan al Mutma’innah.
iii) Dalam roh ada unsur yang dikatakan sebagai al Aql. Secara fisikal ia merupakan otak dimana
strukturnya sama tetapi dibezakan oleh kuantiti di antara manusia dengan haiwan. Dari segi
kerohanian, akal merupakan keupayaan untuk menggarap ilmu pengetahuan tentang hakikat
segala hal. Ia berusaha melaksana perintah al Qalb untuk tujuan kebaikan atau keburukan. Al Aql
berfungsi menyampaikan ilmu pengetahuan; mempengaruhi, menyucikan dan
menghampirkannya kepada Allah S.W.T

 Al Ghazali menyimpulkan bahawa rohanilah yang menguasai jasad. Segala pancaindera patuh
kepada perintah rohani. Jiwa memerintah jasad. Jiwa yang berbakti memperoleh kesenangan yang
turut dirasai oleh badan atau jasad dan begitulah sebaliknya.

Aplikasi psikologi dalam aspek kehidupan manusia


Bidang Psikologi bukan hanya digunakan dalam mengendalikan keadaan yang berkaitan dengan Sains
Perubatan sahaja tetapi meliputi berbagai-bagai bidang lain.

 Bidang Perniagaan dan Pengurusan


Tema utama dalam perniagaan dan pengurusan adalah untuk memaksimum keuntungan dengan
menggunakan sumber yang terhad serta memastikan pembelian berulang berlaku. Oleh itu
psikologi perniagaan dan pengurusan akan mengkaji sikap dan kelakuan pekerja dan pengguna
serta mengenalpasti faktor yang mempengaruhinya dalam usaha untuk mempertingkatkan
keuntungan.

 Bidang Pendidikan
Psikologi Pendidikan berusaha ke arah mencapai matlamat Dasar Pendidikan Negara serta
memastikan warganya terdiri daripada individu yang bukan sahaja berilmu tetapi mengamalkan
ilmu yang telah mereka pelajari

 Bidang Kesihatan Mental


Kesihatan Mental adalah satu bidang yang asing bagi kebanyakan orang. Ini disebabkan oleh sikap
individu dan amalan budaya masyarakat setempat. Untuk memastikan kejayaan kaedah dan
perlaksanaan perawatan pesakit mental, maka perawat perlulah merawat keseluruhan ahli dalam
komuniti tersebut. Ini adalah kerana masyarakat memberikan sumbangan yang besar kepada
kejadian serangan ulangan terhadap pesakit mental. Untuk meningkat tahap kesihatan mental,
pandangan masyarakat terhadap penyakit dan pesakit mental perlu diperjelaskan untuk mengikis
pandangan serong atau stigma yang telah lama digunapakai

 Bidang Ketenteraan
Tentera yang mantap sahsiah dan keperibadiannya akan memastikan keamanan dan kedaulatan
negara. Oleh itu adalah amat penting personnel ketenteraan dipilih menggunakan kaedah tertentu
yang menjamin kepentingan negara. Aktiviti atau langkah sentiasa dijalankan kepada semua yang
terlibat untuk memastikan semua anggota mengetahui, memahami serta menjalankan peranan
mereka masing-masing dengan sebaik mungkin

Anda mungkin juga menyukai