Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Trend Pendidikan Terkini – Team Building

PendekatanTeam Building merupakan salah satu trend pendidikan terkini. Team Building
atau dalam Bahasa Melayunya Pengukuhan Pasukan adalah satu program di mana semua
peserta dikumpulkan dalam satu program dan dibahagikan mengikut kumpulan bagi
menjayakan beberapa misi dan aktiviti yang telah diaturkan. Team Building ini penting bagi
tujuan melihat dan menguji tahap semangat berpasukan peserta, bagaimana peserta saling
hormat-menghormati dan saling bantu-membantu dalam menyelesaikan aktiviti yang
diberikan sepanjang program ini berlangsung.

Pasukan merupakan sejenis kumpulan yang khusus. Menurut Greenbery dan Baron
(1995), pasukan didefinisikan sebagai satu kumpulan yang keahliannya memiliki kemahiran
yang saling bergantung dan komited terhadap tujuan bersama atau matlamat kerja yakni
mereka sedia mengambil tanggungjawab secara bersama. Pasukan mempunyai banyak
kelebihan daripada individu secara perseorangan. Kelebihan begitu ketara dari segi
pengalaman, kemahiran, perolehan maklumat, pembahagian kerja dan pengembelingan
kerja. Oleh itu, kerjasama berpasukan amat penting dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.

Menurut Abd. Aziz (2003), kerja berpasukan adalah gabungan sebilangan individu
yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung sama ada dari segi keupayaan,
kepakaran, kemahiran dan pengetahuan. Mereka masing-masing mempunyai akauntabiliti
dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta melaksanakan tugas yang mencabar. Lekic
et al., (2011) menggariskan dua elemen penting untuk membina pasukan yang berkesan
dalam sesebuah organisasi iaitu merangka satu pasukan dalam cara yang sesuai dan
keperluan persekitaran yang mencukupi semasa kerja berpasukan.

Kemahiran kerja berpasukan digalakkan supaya sesuatu kerja yang berat akan
menjadi ringan. Ada banyak kemahiran kerja berpasukan yang perlu diterokai seperti
komunikasi dalam pasukan, membuat keputusan beramai-ramai, mengendalikan konflik,
membina kreativiti, kepemimpinan, memotivasikan, membuat penilaian, memberi ganjaran
dan banyak lagi. Implikasi daripada team-work ini antaranya akan melahirkan insan yang
saling membantu antara satu sama lain dan yakin sesuatu perkara yang besar akan dapat
diselesaikan sekiranya “team work” dipegang.

Akindele (2012) dalam kajiannya mendapati bahawa pelajar sedar dengan kerja
secara berpasukan, mereka dapat memperbaiki komunikasi dengan rakan sekelas,
bekomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa, dan dapat mengukuhkan kepercayaan
anatara satu sama lain dalam ahli kumpulan. Luca & Taricon (2002) merumuskan
kebanyakkan pelajar sedar perlunya memberikan komitmen kepada tugas dalam pasukan,

1
berkongsi idea dan maklumat baru dalam proses pembelajaran, bertanggungjawab terhadap
pasukan serta menyelesaikan masalah bersama untuk berjaya dalam pasukan menerusi
amalan pembelajaran mereka.

Crebert, Patrick & Cragnolini (2004) dalam kajiannya mendapati pelajar faham akan
perlunya perkongsian maklumat bersama ahli kumpulan, memberi idea terhadap kejayaan
kumpulan dan bekerja bersama-sama dengan ahli kumpulan. Asproni (2004) pula
menyatakan bahawa pelajar tahu tentang perkara utama untuk menjayakan aktiviti pasukan
ialah hasil kerja sama oleh semua ahli dan interaksi yang berterusan antara ahli pasukan.

Mohd Noor, Norani, Sahimin & Sazalie (2010) mendapati pelajar sedar sebagai
sebuah pasukan mereka perlu bergerak secara bersama-sama agar setiap ahli mendapat
manfaat semasa proses pembelajaran. Pelajar menganggap aspek kebolehan bekerjasama
dengan orang lain untuk mencapai objektif kumpulan sangat penting. Pelajar berpendapat
kerjasama yang baik perlu disertai aspek menghormati pendapat ahli lain, menyelesaikan
masalah melalui perbincangan, dan membuat keputusan serta bertanggungjawab terhadap
keputusan yang dibuat.

Selain itu, Ahmad Fadzli (2004), pula menyatakan pelajar maklum membuat
keputusan dalam aktiviti berfokuskan akademik berbeza dengan membuat keputusan
secara berseorangan. Pelajar menganggap setiap ahli dalam kelas perlu memberikan
komitmen bagi menganalisis masalah secara duduk berbincang. Setiap ahli akan bersama-
sama membuat keputusan yang terbaik untuk kumpulan.

Sebenarnya, objektif pendekatan Team Buiding adalah seperti berikut:

i. Mengeratkan silaturrahim dan hubungan kemesraan sesama peserta.


ii. Membina keserasian dan tahap persefahaman yang tinggi dalam kalangan peserta.
iii. Membina jaringan hubungan yang rapat dan mengurangkan 'gap' antara peserta.
iv. Meningkatkan motivasi diri dan semangat kerja berpasukan.
v. Melatih individu menangani sebarang bentuk situasi dan ketegangan.
vi. Menguji tahap kesabaran dan emosi dan ketahanan mental.
vii. Mengukuhkan jati diri dan sifat kepunyaan dalam organisasi.
viii. Memberi ruang supaya semua peserta dapat mengenali hati budi masing-masing,
luar dan dalam.
ix. Meningkatkan kualiti kerja dalam kumpulan.

Proses Team Building terdiri daripada empat peringkat, iaitu peringkat pembentukan
(orientasi dan penyesuaian), peringkat persaingan dan pertelingkahan (konflik dan

2
perbalahan), peringkat pembentukan norma (penetapan tujuan, matlamat, norma dan
peraturan) dan peringkat pelaksanaan (pelaksanaan tugas dan tanggungjawab).

Peringkat pertama, iaitu peringkat pembentukan juga dikenali sebagai peringkat


perkenalan dan penerimaan satu sama lain. Pada peringkat ini, masing-masing bertemu
buat kali pertama untuk melaksanakan tugas bersama. Ahli-ahli kumpulan mula mengenali
dan menerima satu sama lain. Ahli pasukan cuba mengenal pasti dan mempelajari
perlakuan yang diterima oleh ahli pasukan dan perlakuan yang tidak digemari. Peringkat ini
melibatkan ketidakpastian yang tinggi tentang matlamat pasukan, kuasa dan hubungan
antara perseorangan. Oleh itu, peringkat ini lebih menekankan kepada orientasi dan
penyesuaian diri di kalangan ahli pasukan.

Semasa di peringkat kedua, iaitu peringkat pertelingkahan dan persaingan, ahli


pasukan mula berasa selesa antara satu sama lain. Peringkat ini dicirikan oleh konflik yang
tinggi. Persoalan tentang siapa yang layak menjadi ketua, peranan yang perlu dimainkan
oleh ahli-ahli pasukan, undang-undang dan peraturan pasukan dan sebagainya mula
ditimbulkan. Penetapan matlamat, peraturan dan sebagainya tidak akan diterima dengan
mudah kerana mungkin terdapat ahli pasukan yang akan menentang struktur cadangan.
Peringkat ini berakhir apabila struktur pasukan telah jelas, iaitu apabila pasukan sudah
melantik siapa yang akan menjadi ketua pasukan, peranan yang perlu dimainkan oleh setiap
ahli pasukan, tanggungjawab dan autoriti yang perlu dilaksanakan dan sebagainya.

Pada peringkat ketiga, iaitu peringkat pembentukan norma kumpulan, semua


permasalahan dan konflik yang timbul telah dapat diselesaikan. Kesepaduan pasukan dan
keeratan mula terbentuk apabila ahli pasukan jelas tentang arah dan tujuan pasukan,
norma-norma yang patut dipatuhi serta peraturan-peraturan yang perlu diikuti.

Pada peringkat terakhir, iaitu peringkat pelaksanaan, apabila isu struktur telah
dapat diselesaikan, pasukan mula berfungsi sebagai satu unit. Setiap ahli pasukan bertindak
menyokong antara satu dengan yang lain, contoh dengan membekalkan maklumat yang
berkaitan dengan tugas untuk membantu membuat keputusan. Pelaksanaan tugas mula
dijalankan oleh setiap ahli pasukan yang telah pun mengetahui tanggungjawab masing-
masing.

Istilah ‘kerja berpasukan’ memberikan maksud sekumpulan manusia yang berkerja


bersama-sama dalam satu unit organisasi seperti sekolah. Ia juga menunjukkan bagaimana
manusia bekerja dengan lebih berkesan dalam satu kumpulan kerja yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang. Namun begitu, ia tidak bermakna setiap individu tidak mempunyai
kepentingan. Sebaliknya keberkesanan dan kecekapan kerja berpasukan sering kali

3
melewati kepentingan dan sasaran secara individu. Kerja berpasukan yang paling berkesan
adalah apabila semua individu melibatkan diri dan memberi sumbangan secara harmoni
bagi mencapai matlamat yang sama.

Antara kelebihan Team Building terhadap seseorang individu ialah kurang rasa
tertekan kerana tanggungjawab boleh dikongsi. Sehubungan dengan itu, ahli juga boleh pilih
tanggungjawab lebih khusus. Ahli-ahli pasukan juga boleh mempengaruhi ahli lain secara
positif seperti memberi motivasi dan sokongan kepada ahli lain. Selain itu, bukan sahaja
pengalaman dan pengetahuan dapat dikongsi bersama, tetapi penghargaan dan
pengiktirafan juga dapat dikongsi bersama.

Pada masa yang sama, Team Building juga memberikan manfaat kepada ahli-ahli
secara berpasukan. Dalam hal ini, kerja yang dihasilkan oleh sesebuah pasukan adalah
optima berbanding dengan hasil kerja individu memandangkan usaha pengumpulan sumber
secara berpasukan adalah lebih efisien. Sementara itu, komunikasi yang terbuka antara satu
sama lain dapat meningkatkan kejelekitan dan kemesraan dalam kalangan ahli pasukan
sehingga menyemarakkan semangat berpasukan para ahli. Sekiranya ahli-ahli dapat
memberikan komitmen secara maksimum, maka keputusan atau hasil kerja yang dibuat
akan lebih tepat dan berkesan.

Pada masa yang sama, kerja berpasukan dapat mengurangkan beban membuat
keputusan dan penyelesaian. Dalam hal ini, seseorang ketua pasukan dapat mengurangkan
jumlah keputusan yang terpaksa dibuat olehnya, dengan memberikan sebahagian autoriti itu
kepada ahli pasukan yang lain. Bagi seseorang ahli pasukan pula, dia juga dapat
mengurangkan beban membuat keputusan kerana dalam kerja berpasukan, keputusan
dibuat secara persepakatan, bukan individu.

Dengan kerja secara berpasukan, organisasi seolah-olah mendapat kekuatan yang


baru. Pertama, semangat, fokus dan produktiviti ahli meningkat. Mereka tidak berasa
keseorangan dan rasa kebersamaan. Selain daripada itu, ‘pasukan’ itu sendiri menjadi satu
sumber manusia yang tersendiri. Pasukan boleh dianggap sebagai suatu entiti yang
mempunyai kelebihan dan produktiviti sendiri. Contohnya, tugasan membuat keputusan dan
penyelesaian masalah yang kompleks tidak boleh dikendalikan oleh seorang ahli, tetapi ia
boleh disempurnakan oleh sebuah pasukan. Begitu juga dengan tugas-tugas yang lain.
Dalam keadaan sebegini, memiliki pasukan itu sendiri seolah-olah memiliki satu lagi ‘sumber
manusia’ yang berkebolehan, cekap dan berkesan.

Di samping itu, dengan membina pasukan yang baik, bermakna ahli-ahli pasukan
juga membina komitmen yang baik. Jika seseorang ahli pasukan berada dalam sebuah

4
pasukan yang bersemangat dan cekap, sudah pasti dia juga cekap dan bersemangat dan
begitu juga sebaliknya. Oleh itu, menjadi tugas induk membina sebuah pasukan yang
mempunyai ciri-ciri yang terbaik, yang bersesuaian dengan tugas dan matlamat yang
hendak dicapai.

Dalam sesebuah pasukan, komunikasi adalah penting. Seseorang ketua pasukan


mestilah sentiasa berusaha mewujudkan sistem dan budaya komunikasi yang tulus dan
terbuka. Dia juga mesti memberi pendorong kepada mereka yang memendam akan lebih
meluahkan apa yang terbuku. Ahli-ahli pasukan perlu sentiasa memastikan rakan-rakan
sepasukan dapat menyampaikan maklumat dan mesej yang diperlukan. Dengan itu,
organisasi tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan pandangan dan respons
daripada pasukan berbanding dengan individu.

Ini adalah satu lagi produk kerja berpasukan iaitu kualiti. Hal ini kerana pasukan
terdiri daripada pelbagai individu yang mempunyai pelbagai latar belakang dan kemahiran.
Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Dengan bekerja dalam satu pasukan,
kekuatan ini akan bergabung dan mengeluarkan hasil yang cukup menakjubkan. Ia seperti
batu-bata yang kecil. Apabila ia bergabung, boleh membina sebuah tembok yang tinggi dan
kukuh.

Apabila kita bekerja bersama-sama dengan rakan yang lain, kita akan berasa lebih
bersemangat dan berdaya tahan. Apabila kita melihat kesukaran dan kesusahan yang turut
dihadapi oleh rakan sepasukan, semangat saudara kembali bersinar dan saudara
berterusan menghadapi masalah dengan yakin. Tambahan pula, bekerja secara
berseorangan boleh mengakibatkan kebosanan dan jemu. Dengan menghayati kerja
berpasukan dengan baik, kita akan berasa lebih puas dan gembira menjalankan tugas.

2.0 Rujukan

Alkendele, D. O. (2012). Enhancing Teamwork and Communication Skills Among First Year
Students at The University Botswana. Generic Skills. 6(1), 2-15.

Ambigaphaty, P., Aziz, B., & Majid, M. I. (2003). Kajian Masalah Pengangguran Di Kalangan
Siswazah. Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara: Tesis Sarjana.

Asproni, G. (2004). Motivation, Teamwork, and Agile Development. Giovanni Asproni. Agile
Times, 2(1), 14-2.

5
Crebert, G., Patrick, C. J. & Cragnolini, V. (2004). Griffith Graduate Attributes Teamwork
Skills Toolkit. Australia : Griffith University.

Greenberg, J. & Baron, R. (1995). Behaviour In Organizations (6 th Ed.). New Jersey:


Prentice Hall

Lekic, S., Bogetic, S., & Randic, D. (2011). The Influence of Teams and Team Work on
Competitiveness of Enterprises. I International Symposium Engineering Management
And Competitiveness. Serbia: Belgrade Business School. pp. 2-11.

Luca, J. & Tarricone, P. (2002). Successful Teamwork: A Case Study. HERDSA. Australia:
Edith Cowan University.

Nur Hanani Hussin. 2015. Pengajaran Ibadat Dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan
Islam. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Taspcott. (2008). Grown Up Digital: How the Net Generation is Changing Your World.
Columbus: McGraw-Hill.

Anda mungkin juga menyukai