Anda di halaman 1dari 7

Manusia Dan Rezeki

Manusia di dalam hidup mereka akan ada kerisauan tertentu.

Dan kerisauan yang paling menghantui mereka adalah berkaitan rezeki.

Apabila kita tersedar dari tidur apa yang kita fikirkan?

Ya rezeki.

Apabila kita berbual dengan orang sekeliling kita maka tajuk yang banyak
menggambil tempat dalam perbualan tersebut adalah berkaitan rezeki.

“hang kerja dimana?”, “tender projek kat sana baik harganye”, “tengah hari ni
nak makan apa?” dan pelbagai lagi tajuk perbualan yang mana ia sebenarnya
menunjukkan kerisawan kita terhadap rezeki.

Jika kita menilai kembali dalam hal ini maka kita dapati ia memberi kesan
yang sangat besar dalam kehidupan insan.

Malapetaka Yang Menimpa Jiwa-Jiwa Manusia

Daripada seorang ayah yang merancang pelajaran anaknya kepada orang


jalanan di tengah bandaraya.

Mereka ini dalam setiap langkah kehidupan mereka, perkara utama yang
diambil kira dalam setiap perancangan itu mesti berkaitan dengan maslahat
mencari rezeki.

Seorang ayah yang menghantar anaknya ke universiti untuk apa?

Supaya anaknya menjadi orang yang berkedudukan tinggi dan memperolehi


rezeki yang banyak.

Seorang yang gelandangan pergi ke seluruh pelusuk bandar untuk mencari


apa? Rezeki.
Dan kita dapat melihat solat sunat yang paling popular dikalangan kita kerana
ia berkaitan denga rezeki.

Bukannya salah tetapi itulah hakikatnya.

Bahkan jika kita melihat masyarakat yang percaya akan tok bomoh, tok
pawang, pelaris, tangkal dan lain-lain lagi semuanya berkaitan dengan rezeki.

Hinggakan mereka sanggup melakukan perkara kurafat demi menjamin rezeki


mereka.

Hakikatnya, perihal rezeki telah mengubah manusia dalam banyak perkara,


perbuatannya, percakapan, malah ia boleh mengubah akidah mereka.

Hatta jika kita melihat pada akhir zaman ketika mana dajjal mendatangi
manusia, ketika itu dajjal mengumpan manusia dengan prihal rezeki untuk
menyesatkan manusia yang tidak percaya bahawasanya hal rezeki itu adalah
urusan Allah s.w.t.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy apabila menceritakan Khubah Rsulullah SAW


tentang dajjal, antaranya:

Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan


penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan.

Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman


mereka pun menjadi.”
Dan ini merupakan malapetakan yang besar yang menghantui jiwa-jiwa
manusia.

Rezeki itu Di Dalamnya Ada Jaminan Allah SWT

Sesungguhnya penciptaan manusia di dunia ini ada misi dan matlamatnya.


Ada pekara yang perlu dilunaskan oleh mereka Sesungguhnya misi utama
manusia diciptakan di dunia ini adalah sebagai hamba yang tidak lain
hanyalah beribadat kepada Allah SWT seperti mana firmanNya dalam Surah
Az-Zariyat 56:

Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepada-
Ku”
Dan hendaklah kita tahu bahawasanya kita sebagai muslim mempunyai
wasiat agung yang perlu dilaksanakan, wasiat yang mana dikongsi bersama
semua para Rasul yang diutuskan kepada kita, manusia.

Wasiat itu adalah:

Tegakkanlah agama dan janganlah berpecah belah dalamnya..” (Surah asy-


Syura: 13)
Malanggnya dek kerana kerisawan mereka terhadap rezeki.

Mereka mula memalingkan matlamat utama mereka daripada menjadi hamba


Allah SWT kepada hamba yang bermatlamat kepada kekayaan dunia yakni
berkaitan rezeki.

Walhal mereka lupa bahawasanya rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah SWT
sebelum mereka diciptakan lagi.

Dan Allah SWT menyatakan jikalau hambanya itu bertakwa kepadaNya, maka
Allah SWT akan mencukupkan rezekinya.

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan


kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan
yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
nescaya Allah mencukupkan keperluannya (rezekinya).”

– Surah At-Talaq ayat 2-3


Lihat sejarah khalifah yang agung dalam sejarah umat Islam, Umar Bin Abdul
Aziz ketika beliau dipenghujung usianya, orang-orang bertanya kepada
beliau:
Apa yang engkau tinggalkan untuk anak-anakmu?!”
Umar bin ‘Abdul Aziz pun menjawab:

aku meninggalkan untuk mereka ketakwaan kepada Allah…

Jika mereka adalah orang-orang yang soleh, maka sesungguhnya Allah


adalah wali (pelindung) bagi orang-orang yang soleh…

Jika mereka bukan orang yang soleh, maka tidak akan aku tinggalkan
sedikitpun yang membantu mereka bermaksiat kepada Allah…”
Apabila kerajaan Umaiyyah jatuh, semua anak Umar Bin Abdul Aziz menjadi
kaya raya tetapi sebaliknya yang berlaku kepada anak khalifah Umaiyyah
yang lain walhal mereka mewarisi harta kekayaan yang banyak.

Lihat bagaimana Allah SWT memelihara rezeki orang yang soleh.

Rezeki Merupakan Hak Mutlak Allah SWT

Lihat usluk al-quran yang menyatakan bahawasanya rezeki itu bukanlah


daripada bumi tetapi ia daripada langit.

Ini bagi menunjukkan bahawasanya urusan rezeki ini adalah hak mutlak Allah
SWT.

FirmanNya dalam surah Adz-Dzaariyaat ayat 22:

Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa
yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.”
Jika kita mengetahui hakikat ini maka kita akan lebih tenang dalam hal rezeki
kerana mereka tahu Allah SWT itu Al-Rahman dan Ar-Rahim terhadap
hambaNya.
Tetapi jika mereka tidak mempercayai urusan rezeki itu adalah dari Allah
SWT maka kita melihat berapa ramai yang sanggup menjadikan dirinya
hamba kepada orang lain dek kerana hal rezeki.

Kerana dia meyakini rezekinya itu terikat dengan orang-orang tertentu walhal
dia lupa bahawasanya rezeki yang orang-orang yang dia harapkan itu juga
hadir daripada Allah SWT.

Bahawasanya hal rezeki ini telah menjadikan manusia itu sempit jiwanya
kerana takut kepada manusia yang lain.

Lihatlah antara doa yang dibaca oleh Rasulullah SAW selepas solat supaya
kita tahu segala pemberian didalam kehidupan kita ini adalah hak mutlak
Allah SWT:

Ya Allah tidak ada siapa yang boleh menghalang apa yang Engkau berikan,
tidak ada siapa yang dapat memberi apa yang Engkau halang dan tiada siapa
yang berkuasa memberikan manfaat selain daripada Mu”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sifat tercela Dalam Diri Manusia

Manusia di dalam diri mereka itu sifat sentiasa meninginkan lebih sama ada
dalam hal kebaikan dan keburukan.

Tetapi manusia itu ada kecendungan mereka. Allah SWT menyatakan


manusia itu sifatnya zalim dan jahil terhadap diri mereka.

Walaupun mereka tahu sifat-sifat itu akan membinasakan mereka kelak tetapi
untuk membebaskan jiwa mereka dari sifat-sifat itu memerlukn peperangan
jiwa yang panjang dan satu trabulasi yang memenatkan.

Antara sifat tersebut adalah sifat tamak dalam bab rezeki. Rasullulah SAW
bersabda:
Andai kata anak Adam itu telah mempunyai harta benda sebanyak dua
lembah emas, mereka masih ingin untuk mendapatkan satu lembah lagi.Tidak
ada yang dapat mengisi perutnya sampai penuh melainkan hanya tanah
(maut).

(Hadis Muslim)
Lihat bagaimana tamaknya kita, walaupun kita mempunyai rezeki yang orang
kata “Tak habis 7 keturunan” tetapi sifat berasa qanaah dengan rezeki Allah
SWT tiada.

Mereka itu sentiasa inginkan lebih dan lebih walhal di sisi mereka itu
dikurniakan kelapangan rezeki.

Golongan seperti ini kaya zahirnya tetapi miskin jiwanya.

Lihatlah Burung

Allah SWT menciptakan alam ini tentunya jika kita merenung dan memerhati
ciptaanNya, nescaya kita memprolehi manfaat daripadanya.

Nabi Muhammad SAW mengajar kita supaya melihat dan mengambil


mamfaat daripada alam ciptaan Allah SWT termasuk haiwan yang bernama
burung. Ini kerana ia merupakan suatu kemuliaan bagaimana makluk Allah
SWT itu tenang dengan rezekinya.

Dari Umar bin Khattab RA., ia berkata, Rasulullah SAW Bersabda:

Seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenarnya, niscaya


kalian diberi rezeki, sebagaimana burung mendapatkan rezeki, ia pergi di pagi
hari dengan perut kosong dan pulang di petang hari dengan perut yang
kenyang.”

(Hadis Riwayat Tirmizi).


Burung pada sisinya itu tiada kerisawan berkenaan rezeki, kerana ia
mempunyai sifat kebenggantungan yang penuh kepada Allah SWT.

Walaupun ada hari yang mana ribut melanda, hujan yang berpanjangan, dan
kemarau yang teruk, hakikatya Allah SWT menjamin rezeki seekor burung.

Kita seharusnya mempunyai hati seperti burung.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,

Akan masuk syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati


burung” (Hadis riwayat Muslim)
Sebahagian ulama menyatakan barangsiapa yang tidak percaya akan rezeki
pemberian itu dari Allah SWT, sebenarnya dia tidak percaya akan kewujudan
Tuhan.

Oleh itu, letaklah kebenggantungan yang sepenuhnya kepada Allah SWT


dalam hal rezeki nescaya kita akan dapati diri kita akan bebas dalam banyak
perkara dan ia akan membentuk diri kita insan yang kaya dengan jiwa yang
besar.

Dan itulah rezeki yang agung. Benarlah apa yang nukilkan oleh Abu Hurairah,
disabdakan oleh Rasulullah SAW:

Bukanlah kekayaan itu lantaran banyaknya harta, kekayaan itu adalah


kekayaan jiwa” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anda mungkin juga menyukai