Anda di halaman 1dari 19

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KAMPUS INDUK, 11800 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG.

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH TAJUK : Manusia sebagai Khalifah Allah : Modul untuk kanak-kanak sekolah menengah

KUMPULAN 3
NAMA K/PENGENALAN NO. MATRIK PENGAJIAN NAMA K/PENGENALAN NO. MATRIK PENGAJIAN NAMA K/PENGENALAN NO. MATRIK PENGAJIAN PENSYARAH TARIKH SERAHAN : : : : : : : : : : : : : : AZHAR BIN YAHAYA 700105 08 5387 PPG/20353/11 PENDIDIKAN SENI VISUAL MOHD NAZRI BIN MD NOOR 730203 07 5251 PPG/20254/11 PENGAJIAN MATEMATIK TARMIZI BIN HUSHAINI 700602 02 5379 PPG/20584/11 PENGAJIAN SAINS DR. SHAHBUDIN HASHIM 21 MEI 2011

Manusia Sebagai Khalifah Allah: Modul Untuk Kanak-kanak Sekolah Menengah.


Manusia adalah makhluk paling unik berbanding dengan seluruh makhluk yang lain . Firman Allah bermaksud:

"Sesungguh Aku telah menciptakan manusia itu dalam bentuk sebaik-baiknya." (At-Tin: 4)

Keunikan manusa itu dapat dilihat sama ada dari aspek zahir mahupun aspek batin. Dari aspek zahirnya, manusia dikurniakan anggota tubuh badan yang lengkap dan sangat cantik serta bertambah cantik bila dilitupi dengan pakaian dan perhiasan yang sewajarnya. Dari aspek batin pula, manusia dikurniakan Allah dengan akal fikiran yang boleh berfikir, mengingat, merekacipta dan lain-lain. Disamping itu manusia juga dikurniakan hati yang dapat merasa sukaduka, riang-gembira dan sebagainya juga roh yang dapat berhubung dengan Allah.

Semua makhluk Allah mempunyai tugas masing-masing dan semuanya patuh menjalankan tugas yang telah ditetapkan . Bumi yang jaraknya kira-kira 93,000,500 batu daripada matahari sentiasa patuh kepada perintah Allah agar berpusing selama 24 jam satu pusingan dengan kelajuan kira-kira 1,000 batu sejam. Begitu juga bumi mentaati perintah Allah mengelilingi matahari dengan kelajuan kira-kira 65,000 batu sejam untuk mengelilingi matahari dalam masa 365 hari 5jam 49 minit, 12 saat.

Sebagai makhluk paling unik, manusia mempunyai tugas besar, tugas yang lebih besar daripada tugas seluruh makhluk ciptaan Allah, tugas yang tidak dapat dilaksanakan oleh makhlukmakhluk yang lebih besar seperti gunung-ganang, langit dan sebagainya seperti firman Allah bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah kami kepada langit dan bumi serta gunung-ganang untuk memikulnya, tetapi mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya kerana mereka tidak mempunyai kesediaan untuk memikulnya. Pada ketika itu manusia dengan persediaan yang padanya sanggup memikulnya. Ingatlah bahawa sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia suka melakukan kezaliman dan suka membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan" (Al-Ahzab : 72)

Allah SWT menciptakan manusia di muka bumi agar manusia dapat menjadi khalifah di muka bumi tersebut. Yang dimaksudkan dengan khalifah ialah manusia diciptakan untuk menjadi penguasa yang mengatur segala yang terdapat di muka bumi, seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, hutan belantara, air, sungai, gunung-ganang dan lautan. Manusia juga seharusnya

mampu memanfaatkan segala apa yang ada di bumi untuk kehidupannya. Jika manusia telah mampu menjalankan semua kewajiban maka tanggungjawab manusia sebagai khalifah di bumi benar-benar dijalankan dengan baik oleh manusia tersebut, terutama manusia yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah AlBaqarah ayat 30 yang bermaksud:

''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami seantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui (Al-Baqarah:30)

Sebagai khalifah manusia adalah hamba kepada Allah dan tuan kepada benda. Justeru, manusia mestilah sentiasa mengabdikan diri kepada Allah. Firman Allah bermaksud:

" Ingatlah ! Aku Tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada Ku." (Az Zariyat : 56)

Terkandung dalam pengertian khalifah ialah menguasai dan memerintah ataupun mempunyai sifat as siayadah ( ketuanan). Sebagai Khalifah, manusia diberikan mandat oleh Allah untuk menjadi " tuan " kepada semua makhluk Allah. Manusia hendaklah melaksanakan tugas mengatur seluruh alam dengan konsep pengabdian diri kepada Allah.

Ibadah ertinya tunduk, patuh, setia, menyembah, menghina diri dan memperhambakan diri kepada sesuatu. Sebagai hamba Allah, kita tidak dibenarkan mengabdikan diri kepada selain daripada Allah sepertimana ikrar kita dalam solat (maksudnya):

" Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu kami memohon pertolongan" (Al Fatihah : 5)

Allah SWT juga telah memberitahu tentang pemberian kurnia kepada Bani Adam dan penghormatan kepada mereka dengan membicarakan mereka di al-Mala'ul Ala, sebelum mereka diadakan. Maka Allah berfirman, ''Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat''. Maksudnya, Hai Muhammad, ceritakanlah hal itu kepada kaummu'', ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi'', yakni suatu kaum yang akan menggantikan satu sama lain, kurun demi kurun, dan generasi demi generasi, sebagaimana Allah SWT berfirman, ''Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi'' (Fathir: 39). Itulah penafsiran khalifah yang benar, bukan pendapat orang yang mengatakan bahwa Adam merupakan khalifah

Allah di bumi dengan berdalilkan firman Allah, ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.

Manusia diciptakan sebaik-baik kejadian dengan sifat-sifat kemalaikatan (dijadikan tanpa nafsu) dan kebinatangan (dijadikan tanpa akal) menyatu dalam diri setiap insan. Gabungan unsur-unsur inilah yang menjadikan manusia berpotensi untuk menjadi Khalifatu fii Ardh dan membawa misi rahmatan lil aalamiin (rahmat bagi alam semesta). Dalam al-Quran, manusia diberitahu bahawa mereka (manusia) diciptakan untuk dua tujuan utama iaitu sebagai hamba untuk mengabdi hanya kepada Allah semata-mata, dan juga sebagai khalifah untuk mentadbir di muka bumi dan mengurus kehidupan masyarakat. Keduadua elemen ini jelas dalam kewujudan hukum fardu ain dan fardu kifayah.

Oleh kerana umat Islam adalah masyarakat yang mempercayai dan meyakini al-Quran, maka sewajarnya mereka sebagai khalifah wajib melihat muka bumi (global) sebagai satu dunia yang perlu ditadbir dan masyarakat di seluruh muka bumi (manusia keseluruhannya) sebagai satu komuniti yang perlu diuruskan.

Justeru itu, umat Islam sebagai manusia pilihan harus kembali memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya. Umat Islam tidak sepatutnya hanya memikirkan masalah setempat. Umat Islam tidak seharusnya hanya berasa bertanggungjawab ke atas pencapaian mereka sebagai individu atau kelompok yang lebih kecil. Umat Islam tidak seharusnya hanya memfokus kepada penyelesaian masalah dan pembinaan masyarakat suku bangsanya.

Sudah tiba masanya umat Islam harus berfikiran sejagat berminda khalifah. Sudah tiba masanya umat Islam harus melihat dunia global (muka bumi) sebagai jajahan atau daerah yang perlu ditabdir dan masyarakatnya (manusia) diuruskan mengikut prinsip-prinsip yang diterangkan dalam al-Quran, al-Hadis dan Sunnnah Rasulullah SAW. Sudah tiba masanya untuk mengkaji semula kaedah atau pendekatan pengurusan dalam Islam. Sudah tiba masanya untuk mendahulukan fardu kifayah berbanding fardu ain sebagaimana yang ditekankan selama ini; atau sekurang-kurangnya kedua-dua fardu kifayah dan fardu ain ditegaskan sama pentingnya. Sudah tiba masanya individu dan umat Islam bukan sekadar 'menghitung' apa yang telah dimilikinya tetapi 'memperkirakan' apa yang telah dia dan mereka sumbangkan dalam pembinaan tamadun manusia di muka bumi dan sebesar mana sumbangan itu jika ada.

Sebagai seorang muslim dan hamba Allah SWT yang taat tentu kita akan menjalankan fungsi sebagai khalifah dimuka bumi dengan tidak melakukan kerosakan terhadap alam yang diciptakan oleh Allah SWT kerana sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan dan selama hidup di dunia manusia wajib beribadah, menghambakan diri kepada Allah SWT. Seluruh aktiviti kehidupannya harus diarahkan untuk beribadah kepadaNYA. Islam telah memberi petunjuk kepada manusia tentang tata cara beribadah kepada Allah. Jin dan manusia sebagai makhluk ciptaan Allah SWT mempunyai tugas utama di muka bumi, iaitu untuk mengabdi kepada Allah SWT. Pengabdian yang dikehendaki oleh Allah SWT adalah bertauhid kepadaNYA, iaitu bersaksi bahwa tiada tuhan selain daripada Allah SWT. Jin dan manusia wajib mengesakan Allah SWT dalam segala situasi dan ketika, baik dalam keadaan suka mahupun duka.

Petunjuk Allah SWT hanya akan diberikan kepada manusia yang taat dan patuh kepada Allah SWT dan rasulnya, serta berjihad dijalannya. Taat kepada Allah SWT dibuktikan dengan menjalankan perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Taat kepada rasul berarti bersedia menjalankan sunah-sunahnya. Kesilapan itu lalu ditambah dengan keseriusan berjihad, berjuang di jalan Allah dengan mengorbankan harta, tenaga, waktu, bahkan jiwa.

Manusia adalah makhluk Allah yang paling unik. Dengan keunikan itu, manusia diberi tugas besar, iaitu tugas memakmurkan bumi Allah dengan prinsip hamba kepada Allah dan tuan kepada benda., bukan sebaliknya iaitu tuan kepada Allah dan hamba kepada benda.

Manusia dibebani tanggung jawab yang begitu besar iaitu sebagai rahmat semesta alam. Keadaan ini begitu bertentangan dengan fakta dan realiti yang terjadi kini. Manusia yang dilahirkan oleh kaum Yahudi dengan Israel dan Amerikanya telah membuat kerosakan yang begitu besar di muka bumi ini. Mereka tidak hanya membuat kecacatan pada manusia tapi lebih dari itu mereka menghancurkan bumi dengan bom nuklernya di Hiroshima dan Nagasaki yang mengakibatkan jutaan manusia, haiwan dan tumbuhan mati sia-sia atau hancur binasa.

Sesungguhnya yang berhak menjadi ketua ataupun tanggung jawab sebagai khalifah di bumi seharusnya adalah orang muslim yang baik, yang bertakwa, beriman, dan senantiasa beribadat kepada Allah.. Manusia akan menjadi rahamatan lil alamin hanya apabila manusia menerapkan syariat Islam dengan sebaik-baiknya. Dengan kata lain maka rahmatan lil alamin senantiasa terlihat kelak apabila adanya suatu zaman dimana tercipta kehidupan yang hampir sama dengan kehidupan zaman rasul. Kekhalifahan akan dipimpin oleh orang-orang yang robbani.

Peranan manusia sebagai khalifah dibumi akan tercapai dengan sempurna apabila manusia dapat memanfaatkan segala fikiran hebatnya yang dianugerahkan dari Allah dengan menciptakan teknologi yang canggih dengan berdasarkan sifat-sifat Allah (Asmaul Husna) dan keislaman dengan kemampuan seni mengatur keseimbangan potensi alam dan lainnya dengan dipimpin oleh seorang khalifah yang robbani yang memerintah berdasarkan Syariat Islam.

BIBLIOGRAFI Abu Saif ( 2007 ). Khalifatullah Bermula Dengan Pendidikan. Diperolehi April 23, 2011 dari http://saifulislam.com/7707 KMS: Khalifatullah Bermula Dengan Pendidikan

Bustamam Ismail (2008). Manusia Sebagai Khalifah. Diperolehi April 27, 2011 dari http://hbis.wordpress.com/2008/12/03/manusia-sebagai-khalifah/Manusia Sebagai Khalifah Membangun Khazanah Ilmu dan Pendidikan Esteemje (2007).
Manusia Sebagai Khalifah Di Bumi. Diperolehi April 23, 2011 dari

http://esteemje.blogspot.com/2007/12/manusia-sebagai-khalifah-di-bumi.html

Taufik (2011). Cabaran Pembinaan Sahsiah Remaja. Diperolehi April 20, 2011 dari http://abihulwa.blogspot.com/2011/03/isu-pendidikan-cabaran-pembinaan.html BAHASA ITU INDAH: ISU PENDIDIKAN : Cabaran pembinaan sahsiah remaja

Ibnu Ismail (2008) Kewajipan Manusia Sebagai Khalifah.

Diperolehi April 27, 2011 dari

http://cetusanmindadaie.blogspot.com/2008/12/kewajipan-manusia-sebagai-khalifahdi.htmlCetusan Minda......: Kewajipan Manusia Sebagai Khalifah Di Bumi.. Mohd Anuar Ibrahim (2011). Manusia Sebagai Khalifah. Diperolehi Mei 9, 2011 dari http://www.scribd.com/doc/8469896/Manusia-Sebagai-Khalifah-Mohd-Anuar Mohd Shah A Hassan(2007) . Manusia sebagai khalifah. Diperoleh: April 27, 2011, dari http://my.opera.com/SHAHAIKAL/blog/manusia-sebagai-khalifah..... Mohd Makna Allah Menjadikan Manusia Khalifah Muka Bumi. Diperolehi April 27, 2011 dari http://www.indonesiaindonesia.com/f/9761-makna-allah-menjadikan-manusia-khalifahmuka/Makna Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi

Su

(2011).

Manusia

Sebagai

Khalifah

Allah.

Diperolehi

Mei

9,

2011

dari

http://w84ieta.multiply.com/journal/item/14/MANUSIA_SEBAGAI_KHALIFAH_ALLAH

Modul Program Pengisian Manusia Sebagai Khlaifah Di Muka Bumi

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS PELAJAR SEK. MEN. KEB. SIMPANG PULAI.

1.0 PENDAHULUAN Sekolah merupakan salah satu instutusi yang berperanan melahirkan bakal pemimpin Negara di masa hadapan yang bertanggung jawab bagi menjamin dan membentuk sebuah Negara yang maju dalam segenap aspek. Jesteru itu, di peringkatsekolah telah mewujudkan beberapa golongan pemimpin di kalangan pelajar yang mempunyai peranan dan tanggungjawab masingmasing. Pemimipin yang dimaksudkan itu ialah terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas.

2.0 MATLAMAT Menyediakan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong ketua kelas yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan rakan-rakan lain, mempunyai kemantapan jati diri dan mengetahui tugas yang perlu dilakukan serta bersedia melaksanakan tugas dengan amanah dan sebaik mungkin seiring konsep Manusia Sebagai Khalifah di muka Bumi.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM Program ini diharapkan dapat membantu kumpulan sasaran agar : 3.1 dapat melaksanakan tanggungjawab dan tugas dengan amanah. 3.2 mempunyai sikap dan gaya kepimpinan yang baik. 3.3 dapat menjadi teladan kepada rakan-rakan yang lain. 3.4 Dapat memahami dan mendalami pengertian Manusia Sebagai Khalifah Di Muka Bumi dan mengaplikasikan secara langsung di dalam dan di luar sekolah.

4.0 Kumpulan Sasaran Semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong ketua kelas.

5.0 Tarikh Perlaksanaan. 14 Mei 2011 (Sabtu) 8.30 pagi sehingga 3.30 petang

6.0 TEMPOH PERLAKSANAAN 6 jam

7.0 Tempat Dewan Ilmu

8.0 AKTIVTI 8.1 Ceramah - Nilai Kepimpinan berdasarkan Manusia Sebagai Khalifah Di Muka Bumi 8.2 Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) 8.3 Permainan dalam kumpulan - Jejak Maklumat 8.4 Penilaian Kendiri - 40 soalan objektif berkaitan kepimpinan dan sahsiah.

9.0 PENCERAMAH En. Rustam Affandy B. Abd. Aziz PMP,AMP,PJK

10.0 CADANGAN PENGISIAN 10.1 Pengawas Sekolah 10.1.1 Keyakinan dalam menjalankan tugas - yakin menegur pelajar yang melakukan kesalahan - cara membuat teguran yang efektif mengikut pendekatan manusia sebagai khalifah di muka bumi. 10.1.2 Pengawas sebagai model - akademik dalam kelas

- displin - penampilan - aktif dalam ko-kurikulum - tingkah laku di luar dan di dalam sekolah. 10.1.3 Mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar/rakan di sekolah.

10.2 Pengawas Pusat Sumber Sekolah 10.2.1 cara mendisiplinkan murid yang berada di dalam Pusat Sumber Sekolah. 10.2.2 penjagaan kebersihan diri 10.2.3 menjalankan tugas mengikut jadual yang telah ditetapkan 10.2.4 semangat kerjasama secara berpasukan 10.2.5 mengikut arahan guru PSS 10.2.6 memupuk perasaan sayang pada PSS sekolah

10.3 Ketua Dan Penolong Ketua Kelas 10.3.1 memupuk keyakinan jati diri 10.3.2 kemahiran menyampaikan maklumat daripada guru kepada rakan-rakan 10.3.3 kaedah kawalan kelas yang berkesan

11.0 PELAKSANA PROGRAM JK Bimbingan Kaunseling, JK Disiplin Dan JK Pusat Sumber Sekolah

12.0 PENUTUP Diharapakan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan member impak yang optimum kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

LAPORAN DAN KOMEN MODUL / AKTIVITI 1 Ceramah Nilai Kepimpinan berdasarkan Manusia Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Laporan Ceramah dapat berjalan lancer dan teratur. Penceramah dapat menyampaikan ceramah yang baik dan juga dapat mengupas tajuk dengan baik dan sempurna. Ianya bertepatan dengan kehendak atau objektif program. Komen Namun begitu penceramah hanya menyampaikan ceramah beliau menggunakan kaedah atau berceramah semata-mata. Beliau perlu pelbagaikan kaedah penyampaian agar pelajar tidak rasa bosan. Cadangan seperti mengadakan borang maklumat diri peserta perlu kerana ia dapat menerangkan watak yang ada pada peserta itu sebelum berada di dalam program ini. Setelah tamat program peserta dapat membuat penilaian tentang perubahan yang boleh dibuat keatas diri mereka. Beberapa soalan yang dikemukakan semasa bersoal jawab juga perlu yang membolehkan mereka mencetuskan kreativiti mereka dalam membuat keputusan dalam sesuatu masalah yang dihadapi.

MODUL / AKTIVITI 2 Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) Laporan. Aktiviti ini dapat dilakukan dengan baik dan berkesan. Peranan fasilitator juga memainkan peranan masing-masing dengan baik. Semua perserta dapat aktif dalam kumpulan dan dapat memberi sumbangan idea dalam menyelesaikan masalah yang diberi. Komen Perlu dibuat sedikit penambahbaikan dalam pengisian dalam LDK perlu lebih mencabar kerana program ini khas untuk pelajar sekolah menengah. Penekanan aktiviti perlu diberi bagi menambahkan kemahiran menyampaikan maklumat yang berfokus kepada ketua kerana mereka akan sampaikan maklumat itu kepada ahli kumpulan. Sebagai khalifah / ketua perlu menyampaikan maklumat dengan jelas dan tepat agar apa yang hendak dibincangkan dapat dilakukan dengan baik dan sempurna. Kebersihan dalam kumpulan perlu juga dititikberatkan kerana terdapat dalam objektif program iaitu kekemasan kerja dan kekemasan diri ahli itu sendiri. Penampilan atau watak yang bersih dapat dilatih dan dicungkil daripada setiap peserta. MODUL / AKTIVITI 3 Permainan dalam kumpulan - Jejak Maklumat Laporan Permainan ini amat menarik dan mencabar. Ia dapat dilihat daripada penglibatan semua peserta yang bersungguh-sungguh dalam permainan ini. Keaktifan semua peserta terserlah dalam

mengharungi setiap base yang ditentukan. Ada beberapa kumpulan terpaksa mengambil masa yang lama untuk melepasi halangan. Komen. Base atau halangan yang disediakan perlu lebih mencabar dan perlukan kekreatifan dalam menyelesaikan masalah. Soalan-soalan yang dikemukakan perlu lebih sukar agar ahli kumpulan perlu membuat perbincangan dalam mencari idea bagi menyelesaikannya. Ketua kumpulan perlu bertukar bagi setiap halangan atau base yang dilalui. Dalam objektif program hendak melahirkan pemimpin yang cemerlang. Jadi jika hanya seorang sahaja yang menjadi khalifah atau ketua maka ahli lain tidak berpeluang untuk memainkan peranan sebagai khalifah atau ketua. Ada sebilangan ahli tidak mengambil bahagian sepenuhnya dalam perbincangan atau penyumbang idea dan tidak mahu berfikir dalam menyelesaikan masalah. Mereka hanya menumpang dalam melakukan aktiviti sahaja. MODUL / AKTIVITI 4 Laporan Aktiviti ini amat menarik kerana selepas selesai program, kita akan dapat menonjolkan khalifah atau ketua yang berwibawa dan berkualiti. Mereka akan lebih memahami tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Komen. Pilihan jawapan dalam soalan objektif itu perlu lebih susah untuk membuat pilihan atau jawapan yang hamper-hampir sama. Ini akan kecekapan dan kekreatifan kepada setiap peserta program. Setelah selesai menjawab soalan tersebut, perlu disemak dengan segera dan diberi keputusan

kepada peserta agar mereka dapat membuat penilaian kendiri terhadap diri sendiri. Tahap pencapaian atau band perlu ditetapkan kerana membolehkan peserta sendiri boleh memahami tahap pencapaian sebagai seorang khalifah atau ketua yang berwibawa dan cemerlang. Ini akan menambahkan keyakinan diri, penampilan yang lebih menarik, kemahiran menyampaikan maklumat yang tinggi, memberi arahan dengan tepat dan tegas serta disiplin yang tinggi.

LAMPIRAN

Sesi Ceramah

Sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Taklimat Aktiviti Jejak Maklumat

Aktiviti Berkumpulan Jejak Maklumat

Anda mungkin juga menyukai