Anda di halaman 1dari 17

C T U 0 8 5 – T A SA WWUR I S L A M

TOPIK 2:
TUJUAN PENCIPTAAN
MANUSIA
SEMESTER 1
HASIL PEMBELAJARAN:

1. Pelajar dapat memahami tanggungjawab sebenar sebagai hamba Allah dan


khalifah di muka bumi.

2. Pelajar dapat mengamalkan sikap saling menghormati terhadap nilai


persamaan dan perbezaan sesama manusia.
TOPIK PERBINCANGAN

1. PENGENALAN

2. MANUSIA SEBAGAI HAMBA ALLAH SWT

3. MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH SWT DI MUKA


BUMI

- Tugas Dakwah
- Memakmurkan Alam

4. HIKMAH PENCIPTAAN INSAN & KEPELBAGAIAN ETNIK DAN RAS


MANUSIA

5. RUMUSAN
PENGENALAN
Manusia merupakan makhluk paling istimewa dibandingkan
dengan makhluk-makhluk lain.

Allah SWT menciptakan manusia dengan matlamat yang


besar iaitu sebagai hamba Allah yang sentiasa beribadat
kepada-Nya dan sebagai khalifah yang akan memakmurkan
alam ini, sesuai dengan penciptaannya sebagai makhluk
terbaik di sisi Allah SWT.

Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW


menceritakan tentang matlamat penciptaan manusia,
antaranya:

“Katakanlah; Sesungguhnya, solatku, ibadatku, hidupku dan


matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan
mentadbir sekalian alam.” (al-An’am: 162)
MATLAMAT PENCIPTAAN MANUSIA
Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia melainkan memiliki maksud dan tujuan
khusus, firman Allah SWT yang bermaksud:

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada
kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka
pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?“ (al-Mukminun:115)

Dalam konteks umum, sebuah hadith Rasulullah s.a.w. menjelaskan dengan maksud:

“Setiap orang dari kamu sekalian adalah pengembala dan dipertanggungjawabkan terhadap apa
yang digembalainya...”

(Hadith Muttafaq ‘alaih)

Manusia dicipta untuk dikembalikan semula kepada Allah dan setiap manusia akan ditanya
tentang setiap usaha dan amal yang dilakukan selama ia hidup di dunia.
1 Menjadi hamba dan mengabdikan diri kepada Allah swt

“dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan


untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.”
(al-Dzariyat: 56)

“Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada
(Allah) ar-Rahman, sebagai hamba.”

(Mariam: 93)
Beriman dan mentauhidkan Allah

Manusia Mematuhi syariat Allah


sebagai
hamba Allah: Berakhlak mulia

Berlaku ehsan dalam kehidupan


Apakah perkara yang terlintas
di fikiran anda selepas melihat
gambar ini?

2 Khalifah di muka bumi

Allah telah memilih manusia untuk menjadi khalifah-Nya di bumi. Allah menjelaskan dengan
maksud:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi… (al-Baqarah:30)

Tugas ini amat sesuai dengan asas penciptaannya, Firman Allah mengenainya dengan maksud:

“…Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu
memakmurkannya..”
(Hud: 61)

Manusia diberi bekalan ilmu dan akal fikiran untuk tugas ini.
Firman Allah yang bermaksud:

Dan Dia mengajar kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya


kepada para malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini jika kamu
orang-orang yang benar” (al-Baqarah:31)
Definisi khalifah:

Perkataan “khalifah” berasal daripada perkataan “khalafa” yang bermaksud “menggantikan orang
lain”.

Dari segi istilah, ulama memberikan beberapa definisi kepada perkataan khalifah, antaranya:

1. Satu jawatan umum dalam negara Islam yang bertanggungjawab mentadbir urusan dunia & hal
ehwal agama selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

2. Orang yang diberi kuasa sebagai pemerintah untuk mengurus kepentingan orang-orang Islam
dan manusia seluruhnya di bumi berdasarkan wahyu dan syariat Allah SWT, supaya kehidupan
manusia teratur dan mencapai tujuan hidup untuk mendapatkan redha Allah SWT.

3. Khalifah ialah seluruh umat manusia, kerana mereka adalah anak cucuk Adam A.S yang saling
mengganti antara satu sama lain.
Kesimpulannya:

 Khalifah bermaksud generasi yang dipilih oleh


Allah swt sebagai pengganti dalam urusan
mentadbir, mengurus, dan memakmurkan muka
bumi dengan menjalankan segala syariah Allah
swt mencakupi semua peringkat kehidupan
manusia iaitu peringkat peribadi, keluarga,
masyarakat, negara, dan antarabangsa.
Menegakkan Keadilan

Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

Peranan Manusia
Sebagai Khalifah
Mewujudkan kedamaian

Membina kekuatan ummah


Tanggungjawab terhadap Allah

Skop Tanggungjawab atau Peranan Khalifah


Tanggungjawab terhadap diri

Tanggungjawab terhadap
keluarga

Tanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara

Tanggungjawab terhadap
makhluk-makhluk lain
HIKMAH PENCIPTAAN INSAN & KEPELBAGAIAN ETNIK
DAN RAS MANUSIA

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Al-Hujurat: 13)
Menerusi ayat 13 Surah al-Hujurat tersebut, terdapat beberapa intisari
penting yang boleh diambil iaitu:

1. Manusia diciptakan daripada pasangan lelaki & perempuan.

2. Manusia terdiri daripada pelbagai ras dan bangsa.

3. Manusia disarankan untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain.

4. Kemuliaan manusia di sisi Allah SWT adalah terletak pada takwanya.

5. Pengetahuan Allah SWT amat mendalam dan teliti terhadap setiap


perkara.
Antara hikmah kepelbagaian bangsa
manusia ialah:

1. Manusia saling kenal-mengenal.


2. Manusia saling bekerjasama.
3. Mengajar manusia bahawa di sisi Allah
swt, semua manusia adalah sama dan
ukuran kemuliaan seseorang itu adalah
ketakwaan.
4. Perbezaan manusia adalah sumber
kekuatan.
RUMUSAN
 Sebagai manusia yang beriman kepada
Allah SWT, kita seharusnya mensyukuri
nikmat kelebihan yang Allah SWT kurniakan
sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi.

 Kesedaran terhadap tanggungjawab


sebagai hamba Allah dan Khalifah-Nya di
muka bumi harus sentiasa disemat di hati
dan fikiran setiap Muslim agar tugas ini
dapat dilaksanakan dengan penuh
keikhlasan dan rasa tanggungjawab.

 Menjadi tanggungjawab setiap Muslim


untuk sentiasa memuliakan sesama
manusia dan saling hormat-menghormati
kerana hakikat kemuliaan dan ketakwaan
seseorang insan itu hanya diketahui oleh
Allah SWT.
Sekian,

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai