Anda di halaman 1dari 11

Perkembangan bahasa kanak-kanak

1.0 Definisi konsep perkembang bahasa kanak-kanak

Perkembangan bahasa merujuk kepada kebolehan seseorang memahami


perkataan (pengertiannya) dan struktur perkataan (membentuk ayat). Perkembangan
dan penggunaan bahasa adalah penting untuk membolehkan manusia berhubung
antara satu dengan lain. Perkembangan bahasa juga dapat memudahkan proses
pengajaran dan adalah berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis.
Dengan meningkatkan bahasa, ia akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-
konsep abstrak.

Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dibahagikan kepada tiga peringkat


iaitu peringkat awal kanak-kanak, peringkat pertengahan kanak-kanak dan peringkat
akhir kanak-kanak. Tetapi, kadar perkembangan kanak-kanak adalah berbeza-beza
walaupun mereka melalui peringkat perkembangan yang sama. Sebenarnya,
perkembangan kanak-kanak berlaku secara holistik, yakni berlakunya
pengintegrasian antara aspek kognitif, bahasa, sosial dan emosi dalam segala aktiviti
mereka.

2.0 Biodata kanak-kanak

Pada hari 26 Ogos 2016, saya telah bertemu duga dengan salah satu orang
anak perempuan pensyarah IPG Kampus Pulau Pinang. Anak perempuan pensyarah
adalah bernama Kang Sin Ying yang berumur 10 tahun. Dia belajar di SJK(C) PHEI
SHIN Jelutong, Pulau Pinang dan berdarjah empat. Sin Ying merupakan pelajar yang
pandai dan belajar di kelas pertama iaitu kelas 4M. Menurut kata pensyarah iaitu
ibunya, dia sentiasa mewakili sekolah menyertai pertandingan berperingkat daerah
serta negeri dan memenangi piala dan pingat. Selain itu, dia juga cemerlang dalam
akademik dan sentiasa berkedudukan tempat ketiga dalam peperiksaan sekolah.
Selain akademik, dia bermahir dalam peralatan muzik. Sin Ying mempunyai ibu bapa
dan tiga orang adik-beradik dalam keluarganya.

3.0 Isi kandungan

Saya telah memperkenalkan beberapa aktiviti berbahasa yang berkaitan


dengan tatabahasa dan perbendaharaan kepada Sin Ying untuk menguji
perkembangan bahasanya. Sebelum aktiviti bermulanya, saya memperhatikan
bahawa Sin Ying adalah seorang kanak yang introvert. Hal ini demikian kerana dia
seorang yang pemalu ,bersifat pasif dan tidak suka berkomunikasi dengan orang lain
mahupun ibunya. Pada mulanya, saya telah merancangkan satu aktviti iaitu teka-teki
ruang yang mengandungi gambar-gambar haiwan bagi dia menentukan dan mengisi
ruang kosong dengan nama haiwan tersebut. Saya juga menyuruhkan dia
menyebutkan perkataan yang dia menulis selepas mengisikan semua ruang kosong.
Selain itu, saya juga memberikan gambar-gambar kenderaan bagi dia mengenal pasti
dan mahukan dia menceritakan kegunaan kenderaan tersebut dalam kehidupan kita.
Seterusnya, dia juga dikehendaki menggariskan gambar-gambar makanan dengan
perkataan deria rasa iaitu masam, manis, pahit dan masin untuk menguji
kefahamannya tentang perbendaharaan tersebut. Tugasan yang seterusnya adalah
clasifikasikan benda-benda kepada kumpulan yang berbau dan tidak berbau. Aktiviti
yang terakhir adalah saya mahukan Sin Ying menyusunkan teka-teki yang terdiri
daripada gambar. Selepas dia menyusunkan semula gambar, dia dikehendaki menulis
lima patah perkataan berdasarkan aktiviti yang dilakukan oleh ahli keluarga yang
terdapat dalam gambar.

4.0 Pemerhatian

Dalam aktiviti-aktiviti berikut, Sin Ying berjaya mengisikan semua ruang


kosong teka-teki kecuali sejenis haiwan iaitu singa. Dia juga dapat memberikan
deskripsi konkrit untuk merujuk beberapa fungsi kenderaan, misalnya “lori dapat
mengangkut barang dari satu tempat ke tempat lain” dan “lori dapat mengangkut
barang yang sangat berat seperti besi dan pasir”. Daripada ayat yang disebut oleh Sin
Ying, dia dapat menggunakan ayat dengan lebih kreatif daripada frasa mudah kepada
frasa kompleks, misalnya “mengangkut barang” kepada “mengangkut barang yang
sangat berat”. Dia juga berjaya menggariskan makanan dengan deria rasa yang betul
dan classifikasi betul benda sama ada berbau dan tidak berbau. Dia memberitahu saya
bahawa terdapat makanan lain yang mempunyai deria rasa yang lain. Oleh itu, dia
berupaya memikir bahasa sebagai satu sistem. Akhir sekali, dia berjaya menyusun
semula gambar teka-teki dan menuliskan lima ayat yang mempunyai bahasa gramatis
yang komplek, seperti sesetengah ayat menggunakan ayat pasif dan ayat aktif berkait.
Semasa menyebut perkataan, sebutan bahasa melayu dia tidak begitu jelas dan
terdapat kesilapan antara sebutan “r” dan “l”.
5.0 Teori Perkembangan Bahasa: Perspektif Nativisme

Teori nativisme adalah teori yang paling sesuai dikaitankan dengan teori
tersebut. Teori ini dipelopori oleh Naom Chomsky. Teori nativis menyatakan bahawa
sejak lahir, kanak-kanak memang sudah ada keinginan untuk memahami dunia.
Chomsky menegaskan bahawa setiap individu telah pun diprogramkan secara genetik
untuk menguasai bahasa dan Chomsky melabelkannya sebagai “tatabahasa
universal”. Ia adalah asas kepada semua bahasa yang ada. Dengan keupayaan
penggunaan tatabahasa universal ini, mereka akan memerhati dan memadankan
cara-cara penyusunan ayat dengan bahasa yang digunakan di persekitaran mereka.
Akhirnya mereka akan menyesuaikan pembentukan ayat dengan gaya bahasa yang
terdapat di persekitaran.

Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky sebagai satu alat pembelajaran bahasa
yang ada pada setiap individu semenjak dilahirkan. Ia adalah bersifat semulajadi dan
diwarisi. Alat ini dikenali sebagai “Alat Penguasaan Bahasa” (Language Acquisition
Device). Dengan alatan tersebut, kanak-kanak dapat menguasai bahasa secara
semula jadi.

Hal ini dapat dibuktikan dengan keadaan Sin Ying, dia dapat bertutur mandarin
sejak kecil apabila dilahirkan dalam keluarga yang bertutur mandarin tanpa meniru
gaya percakapan ibu dan bapanya manakala dia dapat bertutur bahasa melayu dan
bahasa inggeris apabila belajar di tadika dan sekolah. Hal demikian kerana menurut
Lenneberg (1967), kanak-kanak yang sedang belajar bertutur hendaklah mendengar
orang lain berbual dalam bahasa tersebut untuk satu tempoh tertentu. Tempoh itu
penting dalam penguasaan dan pemerolehan bahasa. Umur antara satu hingga lima
tahun paling sesuai bagi kanak menerima pengaruh bahasa pertama yang didedahkan
kepada mereka. Semasa di kelas dan berkawan dengan rakan lain yang bertutur
bahasa lain, dia didedahkan kepada sesuatu bahasa, maka akan wujud desakan
semula jadi dalam diri kanak-kanak untuk mengecam bunyi bahasa dan merumus
maksudnya di sebaliknya ia dapat mencapai suatu kefahaman tentang dunia di
sekitarnya.

Bagi menyokongkan pendapatnya, Chomsky juga berhujah bahawa kanak-


kanak tidak diajar untuk membentuk ayat-ayat tertentu secara formal. Tambahan pula,
apabila individu yang lebih dewasa berinteraksi, pembentukan ayat mereka sentiasa
berubah-ubah, sering membuat kesilapan atau menukar fikiran apabila berinteraksi.
Tetapi, apabila kanak-kanak mencapai kematangan mereka boleh menguasai
kemahiran berbahasa dengan cara yang tersendiri. Hal ini dapat dibuktikan dalam Sin
Ying menyatakan beberapa fungsi kendaraan dan menuliskan lima patah perkataan
merujuk kepada gambar berdasarkan ayat sendiri dengan fakta yang betul dan
penggunaan yang tepat dengan situasi.

Chomsky juga mengutarakan teori nativisme dan berpendapat bahawa


kemahiran bahasa kanak-kanak adalah dipahatkan dalam struktur otak mereka. Otak
mempunyai dua struktur spesifik, kawasan Wernicke adalah bertanggungjawab untuk
menginter-prestasi bahasa dan kawasan Broca mengawal pengeluaran bahasa. Ia
disokong oleh Teori Kemahiran Roger Sperry bahawa otak kiri manusia mempunyai
salah satu aspek kemahiran berfikir dari segi bahasa. Otak kiri berfungsi sebagai
kemahiran berfikir secara kritis manakala otak kanan berfungsi sebagai kemahiran
berfikir secara kreatif. Seperti contohnya, Sin Ying dapat menentukan haiwan
berdasarkan warna dan lukisan haiwan dengan menggunakn otak kanan dan
menuliskan nama haiwan tersebut dengan perkataan dalam ruang kosong dengan
menggunakan otak kiri. Dia juga mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam
penggarisan gambar dengan makanan dan classifikasi makanan berdasarkan
perkataan yang ada.

Dengan menggunakan teori Vygotsky bagi memastikan aktiviti perkembangan


kanak-kanak berlansung dengan lancar, saya memberikan aktiviti yang berada dalam
lingkungan Zon Perkembangan Proksimal kanak tersebut yang berumur 10 tahun.
Selain itu, saya juga membimbing, melaraskan bahasa, menyokong pembelajaran dia
ke arah kefasihan yang baik. Sin Ying adalah sesuai dengan peringkat bahasanya
berdasarkan umurnya.

6.0 Cadangan

Cadangan yang dapat dilakukan untuk meningkatkan perkembangan bahasa


kanak-kanak adalah guru boleh kaitkan kemahiran berbahasa dengan pengalaman
yang konkrit. Contohnya memanggil kanak-kanak ceritakan bagaimana mereka
melakukan aktiviti. Semasa sesi membaca, guru menerangkan makna perkatan yang
susah dengan ayat yang mudah difahami. Guru juga harus menggunakan strategi
pengajaran yang pelbagai. Contohnya strategi bercerita, sumbangsaran dan simulasi
yang menonjolkan kemahiran berbahasa. Guru juga boleh memberi peluang kepada
kanak-kanak menggunakan bahasa dalam pembentangan dan hasil kerja. Di rumah,
ibu bapa harus meneruskan percakapan dan berbual dengan kanak-kanak. Ia dapat
memperkembangkan dan memperkayakan perbendaharaan kata dan pengalaman
bahasa kanak-kanak. Akhir sekali, ibu bapa harus meluangkan masa untuk
mendengar percakapan kanak-kanak.
7.0 Rumusan

Secara konklusi, pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa


kanak-kanak. Proses perkembangan bahasa di peringkat kanak-kanak bergantung
kepada quantity perbendaharaan bahasa yang diperoleh dan dikuasai. Ia dapat
diperoleh melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kecekapan
berbahasa membantu kanak-kanak berfikir, memahami konsep, berimaginasi,
berinteraksi dan mencetuskan idea. Pihak ibu bapa, sekolah dan masyarakat harus
memainkan peranan penting dalam perkembang bahasa kanak-kanak dalam
mencorakkan perwatakan kanak-kanak tersebut untuk melahirkan insan yang unggul
dari segi keperibadian untuk merealisasikan Wawasan 2020.

(1298 perkataan)

LAU WEE MENG

PISMP SAINS AMBILAN JUN 2016


Rujukan
Wong, K. W., Mohamad Isa Azis. & Rafidah Ruhani. (2016). Peringkat-

peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori perkembangan yang

berkaitan perkembangan bahasa dan kognitif. Siri Pendidikan Guru

Perkembangan kanak-kanak edisi kedua. Selangor, Malaysia: Oxford

Fajar Sdn. Bhd.

Wong, K. W., Khairuddin Mohamad., Maridah Hj. Alias., Rashinawati Abdul

Rashid. & Azlina Ahmad. (2013). Peringkat-peringkat perkembangan

Kanak-kanak dan teori perkembangan yang berkaitan- perkembangan

kognitif dan bahasa. Siri pendidikan guru perkembangan kanak-kanak.

Selangor, Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mok, S.S. (2009). Perkembangan bahasa. Siri pengajian profesional

perkembangan kanak-kanak. Selangor, Malaysia: Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah. & Samuel, I. N. (2008). Perkembangan bahasa.

Siri Pendidikan perguruan perkembangan kanak-kanak untuk program

Ijazah sarjana muda perguruan edisi kedua. Kuala Lumpur, Malaysia:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


Fadzillah Amzah. & Nor Hashimah Hashim. (2009). Perkembangan bahasa.

Peingkat awal kanak-kanak. Pendidikan prasekolah, 9. Merujuk pada

28 Ogos 2016. Diperoleh daripada


http://education.usm.my/images/docs/DigesPendidik/DP2009-1/3.pdf.

Zarif Azreen. (2014). Perkembangan bahasa kanak-kanak. Academia.edu.

Merujuk pada 2 September 2016. Diperoleh daripada

https://www.academia.edu/4098669/perkembangan_bahasa_kanak-

kanak.
Gambar

Buku latihan kanak


perempuan yang saya
temu duga pada hari
tersebut

Tulisan perkataan yang


dituliskan oleh Sin Ying. Kami
boleh melihat dari buku
latihan bahawa dia telah
belajar banyak perkataan
bahasa melayu di sekolah
Saya memberi tugasan
kepada dia untuk
mengenalpasti gambar
kenderaan dan
menerangkan fungsinya
dalam kehidupan

Saya merancangkan aktiviti yang memerlukan dia


menggariskan makanan dengan gambar dan clasifikasikan
benda dalam kertas tersebut.
Kanak sedang
memikir untuk
mengisikan ruang
kosong teka-teki
berdasarkan gambar
haiwan.

Kanak sedang menyusun


semula teka-teki dan
seterusnya menulis lima
patah perkataan dalam
kertas di sebelah kanan
dia berdasarkan aktiviti
yang dilakukan oleh
orang dalam gambar.

Anda mungkin juga menyukai