Anda di halaman 1dari 2

BUBUR ASYURA UTARA...

versi buat banyak

5 paket tepung beras


(1 pkt tepung = 500gm)
21/2 kg gula pasir
1 kg gula merah
5 tongkol jagung
1/2 kg kacang tanah- sangai
2kg keledek oren-rebus 1/2 masak
1 kg ubi kayu - rebus 1/2 masak
1 sikat pisang awak/pisang nipah
1/2 kg kacang hijau- rebus masak
2 kg santan ( tambah air biasa untuk dapat sukatan cecair yang diperlukan )
air untuk tambah dalam santan (anggaran ratio 1 tepung : 4 air termasuk air
gula merah )
2camb garam

1. Masak gula merah dengan 1jug air.tapis untuk buang pasir2.

2. Bancuh tepung dengan anggaran 1:4 ..contohnya jika tepung disukat ....1
mangkuk tepung : 4 mangkuk cecair ...(cecair tu maksudnya air ,santan,air
gula)

3. Masukkan dalam kuali besar & kacau hingga mendidih. Masa ni kena sabar
kerana perlu dikacau tanpa henti.Memang agak lambat untuk mendidih tapi
hasilnya bubur akan cantik.Kalau dikurangkan air memang waktu
mengacaunya singkat tapi dikhuatiri tepungnya tidak masak sempurna dan
bila sejuk kuih/bubur ni xakan lekang dengan cantik.

4. Bila mendidih baru masukkan gula & gula merah.

5. Kacau tanpa henti. Masa ni bubur akan meletup-letup menandakan sukatan


airnya ok..Kalau bubur terus pekat tanpa meletu-letup maknanya perlu
tambah air sikit demi sikit sambil terus kacau supaya tidak berketul...

6. Anggaran masa mengacaunya dalam 1 1/2 jam barulah dimasukkan semua


jenis kekacang & ubi-ubi serta campuran lain

7. Terus mengacau lagi.Untuk anggaran masa memasak adalah lebih kurang 2


1/2 hingga 3 jam

8. untuk mengetahui bubur sudah masak...akan terdapat lapisan selaput


terbentuk dipermukaan bubur w/pun sedang dikacau..@ jika diceduk sesudu
dan dibiarkan sejuk ia akan mengeras & lekang dari bekas..

9. Bila masak sendukkan dalam bekas yang besar dan lebar & tuang tidak
terlalu nipis & tidak terlalu tebal...

10. Untuk adunan ini boleh diisi dalam 8- 10 dulang yang bulat besar...

***Ubi,kacang & bahan alain adalah pilihan.Boleh tambah @ tukar jenis ubi &
kacang contohnya kacang kuda..kacang merah...kacang ketupat & lain-lain.

*** Jika hendak buat sikit boleh lah agak-agak sukatan bahan lain.Tepung &
air boleh sukat gunakan cawan untuk ratio 1:4 jika buat sikit...

*** Semua ini sekadar panduan..Boleh diubah suai ikut citarasa sendiri....

*** Jika dimasak dai dalam kawah x perlu letak gula merah..gantikan dengan
gula putih sepenuhnya & bubur akan menjadi warma purple muda kesan
tindak balas kawah & pisang.

Anda mungkin juga menyukai