Anda di halaman 1dari 1

PANDUAN PEMARKAHAN BAGI PERSEMBAHAN

LAKONAN/SKETSA/DRAMA MUZIKAL PATRIOTIK KVLD 2019

Bahasa ( 20 markah )

 Pengucapan dialog yang lancar menggunakan struktur ayat yang betul dari segi tatabahasa
dan sesuai dengan watak\
 Pemilihan kosa kata yang betul, jelas dan sesuai dengan watak
 Intonasi dan nada suara yang kuat, jelas dan sesuai dengan watak
 Penggunaan kata, frasa, bahasa kiasan, peribahasa, perumpamaan dan pantun mengikut situasi
yang sesuai dengan watak
 Memperlihatkan penggunaan ragam bahasa yang sejadi sesuai dengan watak dan budaya
setempat
 Pengolahan bahasa yang baik dan indah serta gramatis

Persembahan (30 markah)

 Memperlihatkan persembahan yang meyakinkan.


 Memperlihatkan persembahan yang menarik.
 Memperlihatkan persembahan yang kreatif.
 Memperlihatkan persembahan yang kaya dengan eleman dramatik.
 Memperlihatkan sebuah persembahan yang berjaya mengangkat tema, pemikiran dan nilai-
nilai murni dengan jelas.

Lakonan dan Penghayatan ( 30 markah )

 Pelakon berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dengan baik.
 Pelakon berjaya memperlihatkan lakonan melalui pergerakan ( gerak, gerak isyarat / gesture
dan ekspresi ) dengan baik.
 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan ( suara – artikulasi, intonasi dan projeksi )
yang baik .
 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (sebagai satu ensembel) dengan baik.
 Pelakon berjaya memperlihatkan penghayatan watak dengan baik.
 Pelakon berjaya mengolah bahasa dengan baik dan indah.

Pengarahan dan Sinematografi ( 20 markah )

 Pengarah berjaya melakukan tafsiran yang tepat dan menarik terhadap skrip.
 Pengarah berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dalam drama.
 Pengarah berjaya membentuk dan mengawal keseluruhan lakonan dengan baik.
 Rekaan set yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.
 Rekaan/pilihan prop yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.
 Rekaan cahaya yang menarik dan bermakna.
 Tatarias yang memperkuatkan watak dan perwatakan.
 Rekaan/pilihan kostum yang sesuai, menarik dan mampu memperkuatkan watak dan
perwatakan.
 Kesan khas dan kesan bunyi yang menarik dan berkesan