Anda di halaman 1dari 6

Panduan Kerja Kursus Pendidikan Moral SPM (FOLIO)

AKTIVITI KERJA AMAL


PENYEDIAAN FOLIO

PENGLIBATAN DAN PERANAN (daripada pemerhatian & laporan aktiviti) kata kunci:

 Menyumbang tenaga •Kepimpinan


•Menyumbang idea •Toleransi
•Meluangkan masa •Prihatin
•Bertanggungjawab •Mengawal keadaan
•Rajin
•Kerjasama
KESAN (Daripada pemerhatian & laporan aktiviti) kata kunci:
•Insaf
•Kesedaran
•Iktibar
•Perubahan sikap

Catatan : Pelajar hendaklah memastikan kata kunci-kata kunci di atas terdapat


pada laporan kerja amal dan hendaklah digariskan.

CADANGAN AKTIVITI KERJA AMAL

BIDANG PEMBELAJARAN 1 : PERKEMBANGAN DIRI


•Aktiviti kokurikulum (sukan/persatuan) •Mengumpul bahan bacaan untuk
•Pembimbing Rakan Sebaya perpustakaan
•Menceriakan papan kenyataan sekolah •Perkhemahan
•Membaikpulih perabut sekolah •Membuat kerja bakti di rumah
kebajikan
•Keceriaan kelas

BIDANG PEMBELAJARAN 2 :KEKELUARGAAN


•Sambutan hari jadi/hari ibu
•Persediaan dan persiapan untuk Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas
•Majlis perkahwinan
•Membantu anggota keluarga membuat kerja rumah/menjalankan perniagaan

BIDANG PEMBELAJARAN 3 :ALAM SEKITAR


•Gotong royong membersihkahkan kawasan sekolah
•Menceriakan kawasan kediaman/kelas/kampung
•Menyertai kempen kitar semula
•Memelihara dan memulihara taman mini sekolah

* Pelajar dikehendaki menyediakan 2 laporan berkaitan BP3 (Alam Sekitar)


KERJA KURSUS
PENDIDIKAN MORAL
1225/2
FOLIO

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


2019/2020

NAMA :
KELAS :
NO KAD PENGENALAN :
ANGKA GILIRAN :
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 PENGHARGAAN

2 PENDAHULUAN

3 TUGASAN

4 TUGASAN 1

5 TUGASAN 2

6 TUGASAN 3

7 TUGASAN 4

8 KERJA AMAL

9 KERJA AMAL 1 BIDANG PERKEMBANGAN DIRI

10 KERJA AMAL 2 BIDANG KEKELUARGAAN

11 KERJA AMAL 3 BIDANG ALAM SEKITAR

12 KERJA AMAL 4 BIDANG ALAM SEKITAR

13 GAMBAR/EVIDENS

14 SURAT AKUAN
LAPORAN KERJA AMAL 1

Tajuk :

 Membersihkan dan Mencantikkan Bilik Kelas


Pengajur :

 Pn. Zaharah Binti Hairan


Matlamat :

 Mewujudkan bilik kelas yang cantik dan ceria serta dapat dimanfaatkan oleh para
pelajar.
Objektif :

 Menunjukkan sikap prihatin terhadap kebersihan dan keceriaan bilik kelas.


 Mewujudkan keadaan bilik kelas yang bersih dan selesa.
 Mewujudkan sikap bekerjasama dan interaksi yang positif antara para pelajar
serta rakan.

Perjalanan Aktiviti
Pada 10 Julai 2019, iaitu hari Rabu , di bawah pimpinan guru tingkatan saya, iaitu Pn
Zaharah Binti Hairan, semua pelajar dari kelas saya iaitu 4E berkumpul di dalam kelas
tersebut. Kami dikehendaki untuk membersih serta mencantikkan kelas kami pada pukul
7.00 pagi sehingga 7.30 pagi.

Sebelum memulakan kerja – kerja di dalam kelas, guru kelas saya telah
membahagikan bilangan pelajar kepada 6 kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 6
pelajar. Kumpulan saya telah diarahkan untuk menceriakan papan kenyataan yang
terletak di belakang bilik kelas saya. Saya mengumpul segala bahan-bahan yang
diperlukan untuk menyelesaikan tugas saya. Selaku ketua kumpulan, saya meminta
semua ahli saya agar memastikan kerja-kerja menceriakan papan kenyataan yang diberi
oleh guru berjalan lancar.

Setelah selesai, kumpulan saya telah menerima tugas yang baru. Tugas yang diberi
kepada kumpulan saya adalah membersihkan papan putih serta lantai bilik kelas. Tanpa
bantahan, saya segera mengarahkan ahli-ahli kumpulan saya untuk melaksanakan kerja
tersebut. Saya telah membahagikan kumpulan saya kepada 2 kumpulan kecil, setiap
kumpulan kecil tersebut terdiri daripada 3 individu.. Dengan begitu, saya dapat
memudahkan ahli kumpulan saya dalam perlaksanaan kerja mereka.
Peranan Saya
Sebelum memulakan kerja, saya telah dilantik ketua kumpulan saya, pada masa yang
sama juga, saya telah diberi kepimpinan. Selaku ketua kumpulan, semasa aktiviti
dijalankan pada hari Rabu, saya bertanggungjawab memastikan agar saya dapat
mengawal keadaan ahli-ahli kumpulan saya melaksanakan kerja mereka masing-
masing..

Saya juga memainkan peranan saya tersendiri semasa guru telah memberi tugas
pertama kepada kumpulan saya. Dalam tugas itu, saya bersikap toleransi dan
menyumbang tenaga ketika melekatkan kertas dinding pada papan kenyataan yang
terletak di belakang kelas saya agar tidak kelihatan buruk.. Ketika mereka menampal
fakta-fakta mata pelajaran, mereka menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi ketika
menyiapkan tugas mereka.

Akhirnya, saya meluangkan masa untuk memastikan agar segala kerja yang diberi
kepada kumpulan saya telah disiap serta lengkap sebelum melaporkan kepada guru
tingkatan. Ketika aktiviti gotong-royong dijalankan, saya juga menunjukkan sikap
prihatin terhadap rakan sekelas saya apabila saya meminta seorang rakan saya untuk
mengambil gambar supaya ahli-ahli kumpulan saya yang belajar Pendidikan Moral dapat
menyelesaikan laporan kerja amal mereka masing-masing.

Kesan Yang Deperolehi


Aktiviti ini yang saya lakukan bersama kumpulan saya telah membuatkan saya berasa
insaf tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan bilik kelas saya. Hal ini
turut memberi kesedaran kepada saya bahawa tugas menjaga bilik kelas bukan sahaja
terletak di tangan guru dan para pekerja sekolah. Iktibar yang saya peroleh ialah sebagai
pelajar, kita wajar mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai kemudahan yang ada
di bilik kelas kita, iaitu sentiasa menjaga dan memulihara kebersihan dan keceriaan bilik
kelas mereka. Akhirnya, saya bersyukur kerana aktiviti kerja amal ini telah mengubah
sikap saya supaya sentiasa menjaga dan meghargai kebersihan dan keceriaan bilik kelas
saya.
GAMBAR/EVIDENS

SEBELUM:

SEMASA:

SELEPAS:

Anda mungkin juga menyukai