Anda di halaman 1dari 8

1.

Pengenalan

Pada 2010, prosedur tawaran pengakuan telah diperkenalkan di Malaysia bagi

menangani kelewatan dalam proses perbicaraan jenayah. Tawaran pengakuan dipinda di

dalam undang-undang bagi mengurangkan kes-kes yang telah tertunggak sekian lama dan

disamping menambah baik perlaksanaan undang-undang yang lebih baik serta

memberikan keadilan yang efisien kepada tertuduh. Prosedur ini membolehkan tertuduh

untuk berunding untuk mengurangkan tuduhan atau hukuman dengan pendakwa sebagai

pertukaran untuk beberapa rundingan dimana tertuduh bersedia untuk mengaku salah

terhadap pertuduhan yang dibuat. Walau bagaimanapun, prosedur ini mencetuskan

sedikit kontroversi dimana ia telah mencetuskan kebimbangan bahawa pihak pendakwa

mungkin menyalahgunakan prosedur yang menimbulkan beberapa isu etika dalam

amalan tawaran pengakuan.

Tawaran pengakuan adalah langkah penyelesaian alternatif dari mahkamah.

Biasanya ia berlaku di antara pihak pendakwa dan tertuduh pada proses sebelum

perbicaraan. Proses tawaran pengakuan yang dilaksanakan berjaya mengurangkan

bilangan kes tertunda, kes rayuan dan membantu mempercepatkan penyelesaiaan kes

jenayah yang sekian lama tidak diselesaikan. Terdapat beberapa manfaat, antaranya ialah

pendakwa dapat menjamin pertuduhan dan hukuman terhadap tertuduh. Pada masa yang

sama, ia memberi manfaat dimana yang dituduh tidak dikenakan hukuman berat. Walau

bagaimanapun, Mahkamah harus adil di antara kepentingan orang ramai secara

keseluruhan dan kepentingan tertuduh. Hukuman yang dikenakan walaupun kurang

daripada hukuman asal sebagaimana dinyatakan dalam Kanun Keseksaan, Mahkamah

harus mematuhi prinsip keadilan untuk memutuskan sesuatu hukuman atas tertuduh.

1
2. Definisi Tawaran Pengakuan

Tawaran pengakuan adalah satu proses perundingan diantara pihak pendakwa dan

tertuduh atau pihak peguambela yang melakukan rundingan untuk menyelesaikan

pertuduhan jenayah terhadap tertuduh. Prosedur ini dilakukan tanpa melakukan

perbicaraan di mana tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang lebih rendah, atau

tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang lebih kecil di dalam pertukaran untuk

tidak di caj dengan pertuduhan yang serius berat atau tertuduh mengaku bersalah atas

pertuduhan untuk hukuman yang lebih rendah. (G. Nicholas Herman, 2012). Kehadiran

mangsa tidak diperlukan ketika rundingan kerana prosedur ini hanya melibatkan pihak

pendakwa dan tertuduh atau peguambela dan perkara atau pertikaian sama ada atas

kesalahan yang dikenakan atau hukuman. Walau bagaimanapun, pihak pendakwa perlu

menimbangkan implikasi jenayah ke atas mangsa semasa menimbangkan tawaran

pengakuan yang akan diberikan dan akibatnya (Maureen, 2004).

Tawaran pengakuan membolehkan pendakwa untuk menarik balik atau meminda

pertuduhan terhadap tertuduh atau tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang

dikurangkan atau tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan tertentu sebagai pertukaran

untuk membuang pertuduhan yang lain atau tertuduh mengaku bersalah seperti yang

didakwa tetapi dengan hukuman yang lebih rendah sebagai balasan diatas pengakuan

bersalah yang dipersetujui oleh pihak pendakwa atau tertuduh memohon pengakuan

dengan bersyarat. Tawaran pengakuan yang dibuat harus menentukan syarat-syarat

tertentu terhadap tertuduh seperti memberi ganti rugi kepada mangsa, tidak mengulangi

kesalahan yang sama atau bersedia untuk menjadi saksi terhadap pendakwaan yang lain

(G. Nicholas Herman, 2012).

2
3. Perbincangan Dan Analisis Kepentingan Tawaran Pengakuan

Di Malaysia, Kanun Prosedur Jenayah membenarkan tawaran pengakuan

dilaksanakan diantara tertuduh dan pendakwa berkenaan dengan pertuduhan atau

hukuman itu. Tawaran pengakuan yang diberikan kepada tertuduh harus dilaksanakan di

mahkamah dimana satu pemberitahuan akan diberikan pihak pendakwa dan tertuduh.

Kedua-dua belah pihak perlu hadir di hadapan Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan

untuk pendengaran permohonan itu. Jika mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh telah

membuat permohonan tawaran pengakuan secara sukarela, pendakwa raya dan tertuduh

harus memulakan perundingan mengenai penyelesaiaan kes yang dapat memenuhi

kehendak kedua-dua belah pihak. Sekiranya mahkamah mendapati permohonan itu

adalah dibuat secara paksaan oleh tertuduh, mahkamah akan menolak permohonan itu

dan kes itu akan diteruskan dan mahkamah akan mengeluarkan satu tarikh baru untuk

perbicaraan (Baljit, 2011).

Semasa proses rundingan dilakukan kedua belah pihak hanya membincangkan

sama ada untuk menerima tawaran pengakuan dengan balasan pengurangan hukuman

atau kesalahan. Sekiranya tertuduh dan pihak pendakwa bersetuju dengan penyelesaiaan

yang dikemukakan, maka segala butiran yang dibincangkan hendaklah ditulis dan

ditandatangani oleh tertuduh, peguam bela dan peguambela. Mahkamah hendaklah

menjatuhkan hukuman yang bersesuaiaan sebagaimana yang dipersetujui oleh tertuduh

dan pendakwa raya. Dalam erti kata lain, jika kedua-dua pihak terbabit bersetuju untuk

pengurangan pertuduhan, tertuduh perlu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dipinda

dan Mahkamah akan meluluskan hukuman berdasarkan tuduhan baru.

3
Jika kedua-dua pihak bersetuju untuk pengurangan hukuman, Mahkamah akan

memutuskan hukuman mengikut seksyen 172D Kanun Acara Jenayah 2012. Jika tidak,

maka kes itu hendaklah diteruskan dana akan dipindahkan ke mahkamah lain untuk

proses perbicaraan. (Baljit, 2011). Ini adalah bagi mengelakkan berlakunya ketidakadilan

daripada hakim jika hakim yang sama mendengar perbicaraan tersebut. Pihak pendakwa

dan pihak peguambela atau tertuduh tidak mempunyai hak untuk menentukan atau

membincangkan perkara mengenai hukuman yang akan diberikan oleh mahkamah

kerana perkara tersebut melanggar kuasa Mahkamah dalam menentukan sesuatu

hukuman yang dijatuhkan. Dengan merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Abdul Malik

bin Abdullah [2013] , Akhtar Tahir J mengamati bahawa hakim tidak akan hanya

mengenakan hukuman seperti yang dipersetujui oleh kedua belah pihak tersebut dalam

tawaran pengakuan yang dirundingkan.

Sebarang perjanjian atau tawaran pengakuan terhadap hukuman tidak akan

menghalang budi bicara hakim dalam mengenakan hukuman yang sesuai berdasarkan

situasi sesuatu kes. Hakim memetik Wan Yahya J di dalam kes New Tuck Shen v

Pendakwa Raya [1982] , Timbalan Pendakwa Raya dibenarkan untuk tidak meneruskan

perkara itu atau meminda pertuduhan dan ia tertakluk kepada mahkamah untuk

menjatuhkan hukuman samada untuk mengurangkan atau menambah hukuman. Perkara

ini memperlihatkan bahawa mahkamah mempunyai kuasa di dalam menjatuhkan

hukuman dengan kearifan seseorang Hakim untuk menjatuhkan hukuman. Perkara ini

disokong apabila mahkamah boleh menjatuhkan hukuman kepada tertuduh dengan

hukuman yang berat seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang seperti membayar

ganti rugi kepada mangsa atau sebarang hukuman yang dirasakn sesuai seperti yang

4
disediakan di dalam undang-undang. Walau bagaimanapun, jika kesalahan yang

dilakukan oleh tertuduh adalah satu kesalahan yang serius atau melibatkan kesalahan

berkaitan seksual atau tertuduh mempunyai sabitan yang terdahulu untuk kesalahan yang

berkaitan maka hukuman penjara tidak boleh kurang daripada separuh daripada hukuman

maksimum. Seperti contoh di dalam kes Ahmad Rashidi bin Zainol & Anor v Pendakwa

Raya [2014] , Mahkamah menegaskan kesan mengaku bersalah atas prosedur tawaran

pengakuan sebelum perbicaraan menyatakan bahawa jika tertuduh mengaku bersalah

sebelum permulaan perbicaraan, mahkamah akan membuat sabitan kepada tertuduh

sesuai dengan peraturan 172 (d) (1) (c) (ii) dari Kanun Prosedur Jenayah dimana

hukumannya tidak kurang dari hukuman maksimum penjara. Walau bagaimanapun, di

dalam hal ini tertuduh telah menuntut untuk dibicarakan sehingga akhir prosiding

mahkamah, jika tertuduh didapati bersalah dan disabitkan, peraturan 172 (D) (1) (c) (ii)

Kanun Prosedur Jenayah tidak terpakai.

Oleh itu, tawaran pengakuan adalah satu prosedur untuk penyelesaian kes-kes

jenayah dimana ia membenarkan tertuduh dan pendakwa untuk berunding mengenai

pengurangan caj atau hukuman ke atas tertuduh. Implikasinya ialah tiada rayuan

dibenarkan sekiranya pihak tertuduh mencapai persetujuan dan menerima tawaran

pengakuan. Walau bagaimanapun tawaran pengakuan mempunyai kelebihan dan

kekurangan yang tersendiri. Antara kelebihan yang terdapat dari prosedur tawaran

pengakuan ini adalah pihak tertuduh yang tela melakukan kesalahan jenayah akan

menerima hukuman yang lebih ringan sebagai balasan dari pengakuan bersalah yang

dibuat. Selain daripada itu, tertuduh juga berpeluang untuk mengurangkan tuduhan yang

disabitkan jika menerima tawaran pengakuan tersebut. Selain memberikan kemudahan

5
kepada tertuduh, prosedur tawaran pengakuan turut memudahkan pihak pendakwaan

untuk menyelesaikan sesuatu kes yang dilaporkan. Dengan adanya tawaran pengakuan ini

sudah pasti keadilan dapat ditegakan apabila tertuduh akan dikenakan hukuman yang

setimpal tampa perlu bimbang tertuduh bebas dari sebarang hukuman. Ia juga akan

memberikan keyakinan kepada mangsa bahawa tertuduh yang melakukan kesalah

jenayah tersebut telah menerima hukuman dari perbuatan mereka sendiri. Walaupun

terdapat kelebihan di dalam tawaran pengakuan namun terdapat juga kekurangan dari

prosedur tawaran pengakuan. Jika dilihat dari perspektif tertuduh, tawaran pengakuan

menjadikan tertuduh pada asasnya mengakui rasa bersalah dan menyebabkan tertuduh

mempunyai rekod jenayah yang berpotensi menjejaskan reputasi tertuduh setelah

dijatuhkan hukuman.

Selain itu jika tertuduh tidak melakukan kesalah tersebut namun mengaku

bersalah apabila bimbang akan dikenakan hukuman yang lebih berat sudah pasti akan

menjadikan keadilan tidak berpihak kepada tertuduh. Manakala dari perspektif pendakwa

pula, dengan adanya tawaran pengakuan ini akan menyebabkan pendakwa menggunakan

tawaran ini sebagai jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu kes tampa menghiraukan

hak dan keadilan kepada tertuduh. Selain itu pihak pendakwa juga cenderung untuk

berlaku tidak adil dengan menawarkan tawaran pengakuan kepada tertuduh disebabkan

kepentingan sesetengah pihak dan akan memberikan keuntungan kepada pihak tertentu

jika tertuduh mengaku bersalah. Disebabkan itu pindaan undang-undnag melibatkan

tawaran pengakuan ini harus dilaksanakan secara berhemah bagi memastikan sistem

keadilan di Malaysia tidak tercemar dengan kelakuan yang tidak berintegriti dari mana-

mana pihak.

6
4. Kesimpulan

Pada tahun 2010, prosedur tawaran pengakuan telah diperkenalkan di Malaysia

bagi menangani kelewatan dalam proses perbicaraan jenayah. Tawaran pengakuan

dipinda di dalam undang-undang bagi mengurangkan kes-kes yang telah tertunggak

sekian lama dan disamping menambah baik perlaksanaan undang-undang yang lebih baik

serta memberikan keadilan yang efisien kepada tertuduh. Prosedur ini membolehkan

tertuduh untuk berunding untuk mengurangkan tuduhan atau hukuman dengan pendakwa

sebagai pertukaran untuk beberapa rundingan dimana tertuduh bersedia untuk mengaku

salah terhadap pertuduhan yang dibuat. Walaupun prosedur ini mencetuskan

mencetuskan kebimbangan bahawa pihak pendakwa mungkin menyalahgunakan

prosedur yang menimbulkan beberapa isu etika dalam amalan tawaran pengakuan namun

terdapat juga kebaikan dari pindaan yang dibuat disamping itu menambahbaik

pentadbiran keadilan jenayah di Malaysia.

7
Rujukan

Akta Kanun Prosedur Jenayah (Pindaan) 2010 (Akta A1422)

Ahmad Rashidi bin Zainol & Anor v Pendakwa Raya [2014]

Baljit Singh Sidhu. (2011). Criminal Litigation Process. Malaysia: Sweet & Maxwell

Asia.

G. Nicholas Herman, (2012). Plea Bargaining. New York: Juris Publishing.

Maureen, E. L. (2004). Remarks On Case-Management Criminal Mediation. Idaho Law

Review. (40).

Pendakwa Raya v Abdul Malik bin Abdullah [2013]

Wan Arfrah Hamzah. (2009). A First Look at the Malaysian Legal System. Selangor:

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai