Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS- HARI RAYA

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMKPNZ 2018

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berbahagia, Pn Arifah bt Ariffin, Guru Besar SK Taman Senangan

En. Mazlan Bin Mat Zain, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Ridzuan bin Hashim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Chen Thean Hock, Penolong Kanan Kokurikulum

Rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bersongkok sampin segak bergaya


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan
Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di
Dewan Terbuka ini bagi meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat
sekolah bagi tahun 2018.

(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon
restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz
__________________________________ bagi memimpin pembacaan doa.
Dipersilakan al-fadzil ustaz.

terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis yang berlangsung akan diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya


Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Puan Guru Besar bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang
beruaha Pn Arifah bt Ariffin , Guru Besar Sk Taman Senangan untuk menyampaikan
sepatah kata.
Dipersilakan.

………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang


Berbahagia. Puan Guru Besar

PERSEMBAHAN:

ramadhan berlalu syawal pun tiba


rasa girang serta bahagia
Hilangkan duka serta nestapa
Bersama kita dengarkan lagu raya

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan
didendangkan oleh pelajar.

{1}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________


{3}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi


diucapkan kepada semua pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.

(6) JAMUAN

ketupat rendang menu utama


nasi impit tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Apa lagi jom jamu selera

Dipersilakan semua guru dan pelajar menjamu selera dengan juadah yang telah
disediakan. Sambil menjamu kita dengarkan gemersik alunan lagu-lagu raya
sepanjang zaman. Para pelajar bolehlah beramah mesra sambil menjamu selera
dengan para guru, ini ibarat rumah terbuka warga SKTS jadi jangan malu-malu,
jangan segan-segan, nikmatilah juadah yang telah disediakan oleh guru-guru dan
ada juga yang disumbangkan oleh para pelajar sendiri.

(8) PENUTUP

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan


waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya
Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga
diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi meharmonikan
majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Anda mungkin juga menyukai