Anda di halaman 1dari 1

APAKAH TALAK KINAYAH

Talaq Kinayah adalah kata-kata yang dikatakan secara samar atau secara bermakna
kepada perceraian. Cerai ini dikeluarkan tanpa menggunakan perkataan talaq, iaitu
dengan menggunakan tanda-tanda atau menyentuhnya secara tidak langsung.
Sebagai contoh, apabila si suami mengatakan “keluar dari rumah aku,” atau “pergilah
pulang ke keluarga kamu.” Dalam hal sebegini, si isteri haruslah minta penjelasan
dengan suaminya adakah dia memaksudkan talaq atau tidak.

2. Apakah hukum jika pasangan masih tinggal serumah selepas bercerai nanti?

Pasangan yang sudah bercerai namun terpaksa tinggal sebumbung perlu menjaga batas-batas
tertentu seperti aurat. Ini adalah kerana mereka bukan lagi dianggap sebagai suami dan isteri.
Mereka tidak boleh lagi tidur sebilik. Sebaik sahaja salah seorang dari mereka mencari
penginapan lain, maka ia harus melakukan demikian. Tinggal serumah bagi pasangan yang
bercerai dan telah selesai waktu ruju', hanya dibenarkan syara' sekiranya tiada tempat
berlindung yang lain atas dasar

3. Apa hukumnya jika suami telah terlepas kata kepada isteri, "Kau bukan isteri aku!"?

Suami adalah ketua rumahtangga. Sebagai ketua dia perlu tunjukkan akhlak yang baik agar
dijadikan contoh oleh ahli keluarganya, dan mendapat penghormatan yang sewajarnya.
Tanggung-jawab sebagai suami adalah lebih berat dari isteri kerana dia perlu sentiasa
memastikan agar dirinya menunjukkan contoh yang baik serta memimpin keluarganya ke arah
redha Allah.

Kekata yang keluar seperti 'Kau bukan isteri aku.', tidak sewajarnya diucapkan oleh suami
dalam keadaan marah sekalipun. Sebaliknya suami perlu memperbetulkan isterinya dengan
hikmah, sepertimana isteri menegur suami yang silap dengan berhikmah juga.

Kekata demikian termasuk dalam kategori talak kinayah, atau talak sindiran. Jika si suami
berniat untuk menceraikan isterinya ketika melafazkan kekata tersebut, maka gugur talak.
Jika tidak, maka tidak gugur talak.

4. Apa hukumnya apabila si suami telah mengatakan yang isterinya adalah jandanya?

Jika si suami melafazkan demikian secara bermain dan tiada niat untuk menjatuhkan talak,
maka pasangan tersebut masih kekal suami dan isteri. Tetapi jika suami tersebut berniat untuk
menceraikan isterinya, maka jatuh talak satu. Si suami perlu rujuk kembali kepada isteri dan
melaporkan kepada Mahkamah Syariah bahawa talak satu sudah jatuh.

Kekata 'janda' tidak seharusnya dijadikan bahan permainan kerana ia boleh menjadi doa,
samada si suami nanti akan menceraikan isterinya atau si suami itu tidak lama lagi akan
meninggalkan dunia ini.

5. Apakah hukum di sisi agama Islam apabila seorang suami meninggalkan isterinya lebih dari
3 bulan? Jika seorang suami berada di penjara, bagaimana pula hukumnya?

Suami yang meninggalkan isteri lebih dari 3 bulan beturut-turut tanpa nafkah dan sebab yang
munasabah, maka Hakim di Mahkamah Syariah berhak untuk memisahkan antara suami dan
isteri tersebut jika si isteri mengadu ke Mahkamah Syariah. Jika suami berada di penjara,
maka itu merupakan satu sebab yang munasabah lebih-lebih lagi jika tempoh penjara itu
terlalu lama

Anda mungkin juga menyukai