Sifat PDF
Sifat PDF
Perkataan sifat dari segi istilah ilmu Tajwid bermaksud ciri yang
menjelaskan perihal sesuatu huruf. Melalui ciri-ciri huruf seseorang itu akan
dapat membezakan sesuatu huruf itu dengan keadaan-keadaan sebutannya
seperti ciri huruf yang tertahan, berdesing, melantun dan seumpamanya.
ii. Mengenal huruf yang kuat dan lemah atau huruf yang dilafazkan
secara tebal dan huruf yang dilafazkan secara tipis kerana sesuatu
yang wujud pada ciri huruf tersebut.
Secara amnya sifat (ciri) huruf dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
Sifat Lazimah dan Sifat `Ardiah: -
a. Sifat Lazimah ialah ciri kekal yang pasti ada bagi setiap sebutan huruf
dalam semua keadaannya, tetap tidak terpisah dari sesuatu huruf itu,
samada pada keadaan berbaris ataupun sukun (mati).
1. (Hams)
2. (Jahr)
Perkataan Jahr dari segi bahasa bermaksud nyata atau terang. Dari
segi istilah ilmu tajwid ia bermaksud tertahan nafas ketika menyebut huruf-
hurufnya kerana kuatnya pautan semasa menyebut huruf-huruf tersebut.
Maka Jahr adalah lawan kepada sifat Hams yang bermaksud terlepas nafas.
Sifat Jahr ini dapat dikesan dengan adanya udara yang tersekat semasa
menyebut huruf-huruf ini samada pada keadaan hurufnya berbaris atau
sukun (mati). Huruf adalah huruf yang paling kuat berbanding dengan
huruf-huruf yang lain.