Anda di halaman 1dari 2

TAJUK :- MENAIKI RAKIT

MASA : 45 minit

ALATAN : Kertas Suratkhabar

OBJEKTIF :

Objektif latihan dalam kumpulan ini adalah untuk melahirkan semangat


kekitaan dikalangan peserta. Selain itu,ia dapat meningkatkan kesedaran bahawa
perlunya semangat kerjasama. Dan seterusnya ia dapat membina sikap saling
perlu memerlukan bila keadaan terdesak.

PROSEDUR :

Prosedur latihan ini fasilitator membentangkan kertas surat khabar di atas lantai.
Kemudian semua peserta dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut.
Seterusnya fasilitator mengoyakkan kertas surat khabar tersebut sedikit demi
sedikit sehingga menjadi kecil. Peserta tidak dibenar meletakkan kaki di tempat
yang tiada surat khabar (lantai). Peserta akan berpaut antara satu sama lain agar
tidak jatuh. Peserta yang terjatuh dari 'rakit' dikira batal dan terkeluar. (Asingkan
peserta lelaki dan perempuan)

FALSAFAH :

Falsafah latihan ini boleh menyedarkan peserta bahawa yang berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing dan saling membantu sesama rakan dalam kumpulan. Selain
itu, latihan ini memberi makna bahawa latihan ini bermaksud hidup ini banyak
dugaan dan cabaran yang akan dihadapi. Justeru, perlunya kita berganding bahu
untuk mempertahankan maruah dan akhlak kita.
RUJUKAN

http://skldgp-kama.zoom-a.com/img/AKTIVITI%20LDK.pdf

https://www.scribd.com/doc/109980184/Modul-Aktiviti-Dan-Latihan-Dalam-
Kumpulan

Anda mungkin juga menyukai