Anda di halaman 1dari 7

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH


BAHASA MELAYU SPM
2018

LAPORAN KETUA PENTAKSIR SEKOLAH

NAMA SEKOLAH : SEK. MEN. AGAMA AT-TANWIRIAH


KOD SEKOLAH : JFT5006
NOMBOR PUSAT : JF106
NO. TELEFON : 06-987 2627 / 2468
BIL. CALON : 60 orang.

NAMA PENTAKSIR: MOHD. HASHIM BIN ALI

1
SMA AT-TANWIRIAH : ULBS 2018

A. LAPORAN PRESTASI CALON MENGIKUT KONSTRUK


(Kekuatan, Kelemahan, dan Kesilapan)

1.1 Tatabahasa dan kosa kata


i) Kekuatan.
-Masih terdapat calon yang boleh menggunakan bahasa gramatis,
penggunaan perkataan dan kosa kata tepat dan betul.

ii) Kelemahan / Kesilapan.


-Kebanyakan calon pada tahap baik dan memuaskan.
-Bahasa ada yang kurang gramatis, penggunaan perkataan dan kosa
kata kurang tepat, kurang betul dan kadangkala salah. Contohnya “di
waktu lapang saya melihat tv”.
-Terpengaruh dengan kata-kata pertuturan harian tidak rasmi dan
bahasa pasar. Contohnya, “bila waktu petang saya main bola sepak
sama kawan-kawan”.
-Kesilapan tatabahasa berkisar pada kesalahan ayat dan hukum
tatabahasa. Contohnya, “kereta mengeluar asap sebabkan alam
tercemar”. “Nyawa kita tak selamat lagi”.

1.2 Sebutan, intonasi dan nada;


i) Kekuatan.
-Menyebut dengan betul setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai
kata dan ayat-ayat mengikut bunyi ejaan dan makna.
-Intonasi ketika para pelajar melafazkan ayat ada turun naik atau tinggi
rendah mengikut jenis ayat dituturkan.

ii) Kelemahan / Kesilapan.


-Terdapat juga beberapa sebutan kurang betul, kurang jelas dan kurang
tepat serta intonasi kurang tepat.
-Kesilapan sebutan berkisar pada kesalahan sebutan dan intonasi serta
kejelasan pertuturan para pelajar.

2
SMA AT-TANWIRIAH : ULBS 2018

1.3 Kefasihan;
i) Kekuatan.
-Keseluruhan pengucapan sangat petah, fasih dan lancar.

ii) Kelemahan / Kesilapan.


-Terdapat pengucapan kurang petah, kurang fasih dan kurang lancar.
-Pelajar tidak dapat menghafal petikan, dan kerap membaca petikan
semasa pentaksiran.
-Kesilapan para pelajar berkisar pada permasalahan menghafal petikan
atau memberikan persembahan tanpa membaca petikan. Para pelajar
tidak bersedia secukupnya untuk pentaksiran mereka.

1.4 Bermakna;
i) Kekuatan.
-Keseluruhan pengucapan mencapai maksud, sangat tepat dan
bertatasusila serta matang.

ii) Kelemahan / Kesilapan.


-Terdapat beberapa pengucapan tidak mencapai maksud, kurang tepat
dan kurang bertatasusila.
-Calon-calon tidak bersedia dan bergantung bahan rangsangan yang
disediakan.
-Kesilapan bagi pelajar yang tahap penguasaan bahasa Melayu berada
pada tahap minimum, mereka hanya dapat menyatakan idea dalam
beberapa perkataan sahaja. Bagi pelajar yang lemah, mereka
memberikan respons yang tidak tepat dan kadangkala mendiamkan diri.

3
SMA AT-TANWIRIAH : ULBS 2018

B. PRESTASI KESELURUHAN CALON BERDASARKAN SKOR

PERINGKAT SKOR BILANGAN


CALON
Sangat baik 36 – 40 15
Baik 28 – 35 45
Memuaskan 20 – 27 0
Kurang Memuaskan 12 – 19 0
Pencapaian Minimum 4 – 11 0
Jumlah besar 60

C. KOMEN TENTANG INSTRUMENT / MODEL

a) MODEL / AKTIVITI.
i) Kesesuaian
- Sesuai kerana berupaya melatih calon agar berkeyakinan
untuk membuat rujukan, berkomunikasi, memupuk sikap
bertanggungjawab dan bekerjasama.
- Bagaimanapun, rama pelajar memilih aktiviti yang sama
dan tidak kreatif serta mengulang aktiviti pelajar lain.

ii) Prosedur pelaksanaan


- Sesuai.
- Pelaksanaan ULBS Bahasa Melayu dalam pengajaran dan
pembelajaran telah mantap.

iii) Rangsangan yang dikemukakan


- Rangsangan yang disediakan oleh pelajar sendiri lebih baik
dan sesuai kerana pelajar berkenaan tahu tahap pengetahuan
mereka.

4
SMA AT-TANWIRIAH : ULBS 2018

iv) Penyimpanan bahan ujian


- Diurus dengan baik.
- Difailkan.

b) PERUBAHAN PERATURAN PEMARKAHAN (jika ada)


Tiada

c) ISU-ISU

i) Calon berpindah.
Tindakan;
- Terus jalankan taksiran 3 bermula Januari hingga Mac.
- Jika di sekolah sebelumnya murid telah menjalani
taksiran, pentaksir hanya menjalankan taksiran 3 sahaja.
- Jika di sekolah sebelumnya tiada taksiran dilaksanakan,
bawa kepada Jawatankuasa Kes Khas untuk menduduki
taksiran khas.
ii) Calon tidak hadir.
Tindakan;
- Bawa kepada Jawatankuasa Kes Khas dan putuskan status
pelajar yang tidak menduduki ULBS.
- Pengetua sekolah menandatangani surat pengesahan
berkenaan.
- Sekolah hendaklah menghantar surat peringatan kepada
ibu/ bapa/ penjaga calon yang menyatakan calon tidak
menduduki ULBS.
iii) Calon tidak menduduki taksiran 3.
Tindakan;
- Sekolah menghantar surat kepada Pengarah LPM
(U.P: Unit SPM) memaklumkan jika ada pelajar enggan
menduduki taksiran 3.
- Tunggu jawapan daripada LPM untuk mengambil mana-
mana markah tertinggi bagi taksiran 1 atau taksiran 2.

5
SMA AT-TANWIRIAH : ULBS 2018

d) PENAMBAHBAIKAN

i) Saranan kepada calon


- Membuat persediaan lebih awal.
- Memahami kriteria penskoran.
- Perbincangan awal diadakan dengan guru.
- Memilih ahli-ahli kumpulan yang bersesuaian. (model
kumpulan)
- Perbincangan awal diadakan dengan rakan-rakan
sekumpulan. (model kumpulan)
ii) Saranan kepada guru.
- Bagi melaksanakan ULBS, jangan melaksanakan pada
hari minggu atau mewujudkan bulan ULBS.
- Jangan menggunakan bahan KOMSAS sepenuhnya.
- Sentiasa merujuk kriteria penskoran.
- Sentiasa mematuhi nasihat KPS, KPKw dan KPN.
- Kesahihan skor calon hendaklah dijaga.
- Hendaklah dilaksanakan penyelarasan dalaman di sekolah.
iii) Isu dan saranan penambahbaikan pelaksanaan ULBS.
- Borang markah individu murid daripada tingkatan 4 dan
tingkatan 5 adalah dalam satu borang sahaja.
- Kemasukan markah secara “on line” oleh pihak sekolah
tiada kawalan.
- LPM perlu memberikan pendedahan pengurusan dan
pengendalian ULBS kepada pengetua dari semasa ke
semasa.

Disediakan oleh:

(MOHD. HASHIM BIN ALI)


Ketua Pentaksir Sekolah
ULBS Bahasa Melayu 2018

6
SMA AT-TANWIRIAH : ULBS 2018

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai